Sunday, May 31, 2009

Berbaloi ke rm 200 juta?

Dulu PAS mainkan isu bahawa Taman Tamadun Islam di Pulau Wan Man,Kuala Terengganu ni projek membazir! RM 200 juta dibelanjakan untuk buat Taman Tamadun Islam dan Masjid Kristal dan orang-orang PAS kata patut beri peruntukan itu kepada orang miskin. Macam-macam lagi dikaitkan katanya Idris Jusoh (Menteri Besar Terengganu pada masa itu) dapat banyak keuntungan dari Projek ini dan sebagainya.

KERISMUDA tak pasti sama ada orang-orang PAS ni dah pergi ke Taman Tamadun Islam tu ke belum, sebelum keluar kata-kata macam ni.Kadang-kadang orang kita ni suka dengar cakap-cakap orang dan juga suka menambah cerita. Kadang-kadang cerita 10 sen boleh jadi RM 1.00 dek kepakaran orang kita menokok tambah cerita.

Kalau belum pergi, elok lah pergi. Mungkin setelah pergi mungkin kita boleh faham sama ada Taman Tamadun Islam ini projek membazir atau sebaliknya.

Taman Tamadun Islam(TTI) ini dibina di atas Pulau WanMan,Kuala Terengganu. Jalan ke sana perlu masuk ke jalan Kg Losong (terkenal dengan keropok Losong) dan projek ini telah menelan kos sebanyak RM 200 juta.

Apa yang ada di TTI ni ? Dalam TTI ini dikumpulkan replika monumen-monumen dari 21 negara yang melambangkan ketinggian senibina, budaya dan tamaddun Islam. Setiap monumen ada sejarahnya sendiri dan sejarah monumen-monumen ini telah di kaji dan di selidik dengan teliti agar fakta yang sahih dapat disampaikan kepada para pengunjung.



Replika menara Masjid Xian, China yang dibina oleh Laksamana Cheng Ho



Replika Masjid Negara Brunei DarusSalam. Mengikut faktanya, semua kubah-kubah di masjid ini disaluti dengan emas

Banyak fakta yang menarik boleh didapati dari monumen-monumen TTI. Barulah KERISMUDA tahu selain ibadah ISLAM juga turut menggalakkan kemajuan dari segi sains, teknologi,budaya yang mana adalah komponen penting dalam pembentukan tamadun sesuatu bangsa itui.Dari sinergi komponen-komponen ini monumen-monumen yang indah tersebut dapat dibina.

Walaupun di TTI hanya terbina replika-replika monumen,namun apa yang menarik adalah cerita serta fakta di sebalik pembinaan monumen-monumen tersebut serta kehalusan kerja, senibina dan ciri-ciri kebudayaan bangsa yang terserlah dari setiap monument tersebut.Ia juga turut menggambarkan tamadun bangsa yang berkembang dibawah kebesaran syiar Islam yang banyak mempengaruhi perkembangan budaya dan kehidupan bangsa tersebut.

Antara fakta yang menarik adalah berkenaan dengan Kubah As Sakhrah,Baitul Muqaddis,Palestin. Kubah ini dibina berdekatan dengan Masjidil Al Aqsa,kiblat awal umat Islam. Kubah ini di bina semasa pemerintahan Khalifah Bani Umaiyyah Abd Malik Ibni Marwan untuk melindungi batu pejal yang besar yang terapung 10 kaki dari muka bumi. Menurut sejarah batu ini adalah batu tempat berpijak Rasullullah SAW sebelum di naikkan ke langit semasa Israk Mikraj. Apabila Rasullulah SAW diangkat ke langit untuk menerima syariat ibadah sembahyang dari Allah SWT , batu ini turut mahu mengikut Rasullullah ke langit,namun atas perintah Allah SWT batu ini diperintahkan untuk tinggal dan tidak mengikut Rasullullah. Atas ketaatan batu itu kepada perintah Allah SWT, batu itu berhenti separuh jalan menyebabkan ia terapung 10 kaki dari muka bumi sehingga sekarang dan menjadi bukti nyata akan kekuasaan dan kebesaran Allah SWT. Namun bukti kebesaran dan kekuasaan Allah SWT ini terlalu besar untuk diterima manusia sehingga manusia yang melihatnya boleh menjadi gila dan ibu yang mengandung boleh keguguran apabila melihatnya. Oleh itu, Khalifah Abd Malik telah mengambil inisiatif untuk melindunginya bagi mengelakkan kemudaratan kepada manusia apabila melihatnya.Ketika orang Yahudi Israel menguasai Palestin mereka telah membina tiang dibawah batu tersebut dan cuba menyangkal fakta bahawa batu itu terapung dan mengatakan batu itu berada sedemikian kerana di sokong oleh tiang-tiang tersebut. Ini adalah antara agenda serta propaganda Yahudi untuk menyangkal kebenaran Rasullullah sebagai Rasul terakhir dan syariat ibadah sembahyang.


Replika kubah As Sakrah, Palestin

Ini adalah salah satu contoh kisah yang Kerajaan mahu tonjolkan supaya umat Islam di negara ini sedar tentang kebenaran dan agenda musuh untuk menidakkan kebenaran. Walaupun perkara ini berlaku berkurun lamanya namun perkara ini masih berlaku hingga sekarang. Walaupun kesahihan perkara tersebut telah jelas namun ada pihak di negara ini mahu menidakkan kebenaran. Kalau fakta sejarah menunjukkan bahawa UMNO berjuang mendapatkan kemerdekaan negara ini namun ada pihak menidakkan fakta ini dengan mengagung-agungkan komunis yang dikatakan sebagai pejuang kebebasan bagi negara ini.Ini dibuat untuk mengelirukan minda warga muda negara ini tentang siapa yang mendapatkan kemerdekaan negara ini. Sekiranya perkara ini tidak dibendung akhirnya generasi akan datang akan lupa siapakah yang telah berjasa memerdekakan negara ini. Begitu juga Gagasan 16 September yang dibawa oleh PKR dan pakatan pembangkang. Mereka mahu 16 September dianggap sebagai Hari Kebangsaan kerana tarikh tersebut adalah tarikh penubuhan Malaysia.Mereka tidak mahu lagi menerima tarikh 31 Ogos sebagai tarikh Hari Kebangsaan kerana tarikh tersebut terlalu sinonim dengan perjuangan UMNO dalam usaha mencapai kemerdekaan negara ini.Mereka mahu rakyat melupakan sumbangan UMNO dan mereka mahu melenyapkan sejarah perjuangan UMNO dari minda generasi muda negara ini.



Masjid Kristal,Pulau Wanman,Kuala Terengganu

Sekiranya anda berpeluang melawat TTI jangan lupa singgah bersolat di Masjid Kristal yang dibina dihujung kawasan TTI dan sebahagian dari masjid itu berada di atas air. Orang ramai memperkatakan buat apa bina masjid kalau tak boleh sembahyang Jumaat di sana?. Perlu dinyatakan bahawa masjid ini dibina bukannya untuk dijadikan masjid kariah tetapi dibina untuk memudahkan pelancong menunaikan solat waktu ketika berkunjung di TTI serta mempamerkan kemahiran dan teknologi arkitek dan jurutera tempatan. Lagipun kalau perasan, sudah ada masjid kariah yang dibina di kawasan berdekatan dan pembinaan Masjid Kristal ini bukan bertujuan lansung untuk mengambilalih fungsi masjid kariah yang berdekatan. Oleh itu tak perlu jadikan isu kenapa solat Jumaat tidak di buat di Masjid Kristal berkenaan.

Kalau ada ruang dan peluang, berkunjunglah ke sana! Faham dan hayatilah bahawa agama Islam tidak menghalang pembangunan dan perkembangan sains dan teknologi. Ketahuilah bahawa Islam meggalakkan perkembangan budaya dan tamadun DAN BUKAN kemunduran!

Thursday, May 28, 2009

MAN U ke BARCELONA?





Malam ni Man U lawan Barca untuk Champion League. Sapa menang? Tengah tunggu di Temiang Corner nak tengok di Skrin Besar
Nujum-nujum Pak Belalang meramalkan:-
Barca 3 Man U 1 - Adik Az
Barca 2 Man U 0 - Appu
Man U 1 Barca 0 - Samsor
Barca 2 Man U 0 - Kudin
Barca 1 Man U 0 - Charlie
Barca 5 Man U 4- ( Penalty kick out) Aboy
Barca 3 Man U 1 - anai-anai
Barca 2 Man U 1 - Nor Rabun
Fuh! Ramai menyokong Barca, Samsor sorang je sokong Man U ! Itu pun sebab Arsenal x masuk Champion League.
Kita tengok le.

Wednesday, May 27, 2009

KEPERCAYAAN KEPADA TUHAN SERTA KESETIAAN KEPADA RAJA DAN NEGARA

Dalam Berita Buletin 3 di saluran TV 3 malam tadi ada di siarkan tentang wujud suatu gerakan yang dilaksanakan oleh pihak-pihak tertentu untuk menghidupkan gerakan komunis di Malaysia.

Menteri Pertahanan Dato’ Seri Dr. Ahmad Zahid Hamidi berkata, "Saya tidak dapat memaklumkan secara khusus tentang adanya gerakan untuk hidupkan ideologi komunis dalam negara, tetapi ada macam suatu usaha yang berbaur komunis yang cuba dihidupkan semula oleh beberapa badan yang tidak berdaftar dan ada juga yang mahu hidupkannya melalui parti politik,"

Pada hemat KERISMUDA gerakan untuk menghidupkan semula idealogi komunis bukan hanya wujud baru-baru ini tetapi telah bermula beberapa tahun lalu.

Di awal tahun 2007 dahulu, Menteri Penerangan pada masa itu, Datuk Zainuddin Maidin telah secara terbuka melahirkan rasa tidak senang tentang pembinaan tugu peringatan di Sarawak dan juga di Nilai yan dibina memperingati kematian ahli-ahli MPAJA (sayap gerakan Komunis) dan mengiktirafkan mereka sebagai pejuang kemerdekaan Tanah Melayu.





Di Nilai, Tugu Peringatan ini masih wujud kerana ia dibina di atas tanah persendirian di Nilai Memorial Park dan tidak banyak Kerajaan mahupun Kerajaan Negeri dapat lakukan untuk menyekat pembinaan tersebut.

Kenyataan umum Datuk Zainuddin Maidin tersebut telah mengundang kecaman hebat dari parti DAP dan pemimpin –pemimpin mereka seperti Dr Lim Kit Siang dan Ronnie Liu yang mengatakan bahawa Datuk Seri Zainuddin Maidin buta sejarah dan sebagainya Mereka menganggap bahawa ahli-ahli MPAJA yang gugur tersebut sebagai pejuang kebebasan yang berjuang melawan pendudukan tentera Jepun d tanah Melayu.

Sementara itu pembinaan Tugu Peringatan tersebut diteruskan dan upacara perasmian dan pengebumian semula 18 pejuang MPAJA di Nilai telah dibaut secara besar-besaran yang turut di hadiri oleh Datuk Tan Chai Ho, Timbalan Menteri Tenaga, Komunikasi dan Multimedia pada masa itu.

Pada masa itu, sedikit sangat reaksi kurang senang timbul dari rakyat,termasuklah salah satunya dari seorang ketua pemuda cawangan UMNO Jalan Kuala Pilah (kini, Penolong Setiausaha Pererakan Pemuda UMNO Bahagian Seremban) yang telah menulis dalam ruangan Forum akhbar Utusan Malaysia pada 5-1-2007 bertajuk "Tugu Peringatan Nilai mengundang kekeliruan” yang mana antaranya dinyatakan:-

“….Oleh itu, adakah memperingati pemimpin PKM ini sebagai wira atau hero suatu konsep yang sesuai dan boleh diterima? Lebih-lebih lagi PKM telah melakukan banyak jenayah pembunuhan ke atas orang yang tidak berdosa di tanah air ini selepas Jepun menyerah kalah.

Adakah pembinaan memorial ini mengambil kira sensitivi
ti ahli keluarga mangsa keganasan PKM dan ahli keluarga pasukan tentera yang gugur menentang komunis?

Oleh itu, saya amat bersetuju malah menyokong pe
ndirian Zainuddin bahawa memorial tersebut secara tidak langsung dibina sebagai memberi makna untuk memperingati pemimpin PKM sebagai wira atau hero. Ini sepatutnya tidak dibiarkan kerana sensitiviti dan sentimen umum terhadap komunis di Malaysia telah tidak diambil kira.

Merujuk pula kepada pembinaan tugu bagi memperingati hero Malaya dalam gerakan menentang penaklukan Jepun yang dibina di sebelah memorial tersebut, saya tidak nampak rasional untuk keperluan bagi pembinaan tugu tersebut.


Saya percaya Tugu Negara yang terletak di Kompleks Tugu Negara, Taman Tasik Perdana, Kuala Lumpur sudah cukup sempurna untuk memperingati jasa pahlawan negara. Tugu pertama dibina bagi memperingati tragedi kemanusiaan dan jasa pahlawan negara dalam Perang Dunia Pertama (1914-1918), Perang Dunia Kedua (1939-1945) dan Darurat (1948-1960).

Binaan tugu kedua yang menggambarkan sekumpulan pahlawan mengibarkan Jalur Gemilang dibina bagi memperingati 11,000 pahlawan negara yang gugur semasa Darurat (1948-1960).
Di negara ini, tarikh 31 Julai setiap tahun telah dipilih
sebagai Hari Pahlawan dan setiap tahun upacara memperingati jasa pahlawan negara dilakukan dengan penuh penghormatan.

Oleh itu, apakah rasionalnya membina tugu untuk memperingati hero Malaya menentang penaklukan Jepun di tanah perkuburan Cina? Adakah motif pembinaan tersebut hanya menjurus kepada memperingati perjuangan kaum Cina atau gerakan MPAJA yang sebahagian besarnya dianggotai oleh kaum Cina?
Sesungguhnya saya percaya pembinaan tugu di tanah
perkuburan ini hanya akan mengundang kekeliruan kerana Chin Peng dan anggota komunis lain juga boleh mengaku wira atau hero dalam konteks tugu tersebut dibina.

Tahun ini kita akan menyambut ulang tahun kemerdekaan negara kita yang ke-50 dan dengan meluahkan pendapat ini, sama sekali tidak bermakna saya hendak menafikan sumbangan orang Cina terhadap kemerdekaan dan pembangunan negara.

Namun sekiranya cara ini dimaksudkan sebagai simbol sumbangan orang Cina kepada kemerdekaan negara, ia sesuatu yang amat mengelirukan.


Saya juga berharap kerajaan negeri dan pihak berkuasa tempatan (PBT) dapat memainkan peranan dalam melihat serta memantau pembinaan memorial atau tugu peringatan yang dibina dalam negeri atau kawasan PBT selaras dengan dasar dan wawasan negara. Pembinaan memorial atau tugu peringatan yang tidak selaras atau tidak menepati dasar dan wawasan kerajaan haruslah disekat dan dihentikan.”

– ABDUL HALIM LOKMAN,
Seremban, Negeri Sembilan.


Selain itu, wujud juga usaha lain untuk membangkitkan idealogi komunis semula yang dilakukan antaranya melalui penulisan dan buku.

Chin Peng dalam komentar bukunya Alias Chin Peng My Side of History jelas menunjukkan usaha untuk memupuk idea sosialis kepada generasi muda Malaysia.



Petikan dari komentar bukunya:-

Despite his experiences and the bitter pill of ultimate defeat, Chin Peng restates his faith in the socialist future for Malaysia and the world. The tragedy of those like him and his followers was that he was trapped within a Stalinist framework. His and his comrades’ heroic struggle was doomed, partly because of the objective circumstances, which were not a simple replication of China or Vietnam, and partly through the mistakes, some honestly admitted, by Chin and the CPM leadership. He states: “I am still a socialist. I certainly still believe in the equitable distribution of wealth, though I see this could take eons to evolve… In the Malaysian context, I have definitely dropped the idea of the dictatorship of the proletariat as the central concept for an administrative blueprint.” Genuine Marxism long abandoned the formula of “dictatorship of the proletariat” because of its association with the dictatorial bureaucratic regimes of Russia, Eastern Europe and China. However, its original usage by Marx, Engels, Lenin and Trotsky meant workers’ democracy. This idea retains its full validity today.

This is a book full of many lessons for the modern generation seeking the correct means of struggle against capitalism in Malaysia and worldwide. It is a cautionary tale about the limits of guerrilla war. Those with a keen eye will seek out the lessons of this important book, the role of the working class in the socialist revolution, the need for democracy of the parties that f
ight for such an idea, and the absolute necessity for workers’ democracy in the state that ushers from a revolution, in transition between capitalism and socialism. We can salute those who heroically fought against British imperialism but the new generation, standing on their shoulders, must learn the lessons in preparing for the new socialist future.




Antara buku yang diterbitkan oleh UKM

Selain dari itu,wujud perkembangan yang mengejutkan apabila pihak Universiti Kebangsaan Malaysia menerbitkan buku-buku mengenai pemimpin –pemimpin komunis Melayu bertajuk “ Memoir Ibrahim Chik: Dari API ke Rejimen ke 10 “, Memoir Shamsiah Fakeh : Dari AWAS ke Rejimen ke 10 dan Gerakan Kiri Melayu dalam Perjuangan Kemerdekaan. Kesemua buku-buku ini cuba menggambarkan ahli-ahli komunis Rejimen ke 10 (Sayap Gerilla Komunis yang terdiri dari bangsa Melayu) merupakan pejuang-pejuang kemerdekaan.

Adakah semua ini satu kebetulan? Bagi KERISMUDA ini semua adalah bibit-bibit dari sebuah MASTER PLAN untuk pihak-pihak yang inginkan idealogi komunisme hidup semula di Malaysia. Apatah lagi pada zaman kepimpinan Pak Lah, Parti Sosialis Malaysia telah dibenarkan pendaftarannya oleh pihak Pendaftar Pertubuhan!

KERISMUDA menegaskan apa yang diperkatakan oleh Dato Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi sememangnya wujud dan seharusnya serta sewajibnya diambil tindakan pencegahan segera!

Sekiranya idealogi ini dibiarka terus menular, ia bakal meracuni minda rakyat Malaysia seperti apa yang pernah berlaku pada 13 Mei 1969 yang mana idealogi komunis telah meracuni minda anak muda Melayu terpelajar seperti Syed Hussin Ali, Syed Hamid Ali dan Abdul Rahman Embong ( sekarang Datuk Dr Abdul Rahman Embong, Felow Penyelidik Utama Institut Kajian Malaysia & Antarabangsa (IKMAS) Universiti Kebangsaan Malaysia.

Kerajaan pada tahun 1970 telah melancarkan Prinsip Rukun Negara yang mana antara prinsipnya adalah KEPERCAYAAN KEPADA TUHAN SERTA KESETIAAN KEPADA RAJA DAN NEGARA. Di sebalik prinsip-prinsip ini yang juga merupakan idealogi negara, adalah untuk rakyat Malaysia menerima kepimpinan Raja Berperlembagaan dan Demokrasi Berparlimen dan menolak sama sekali idealogi komunis yang TIDAK MEMPERCAYAI TUHAN serta mahukan sebuah negara REPUBLIK yan tiada RAJA tetapi di perintah oleh Badan Proletariat.

Oleh itu saudara seperjuangan sekalian , bangkitlah! Ini adalah ancaman kepada negara!

Sunday, May 24, 2009

Rang Pindaan Perlembagaan UMNO


Suatu Jawatankuasa Teknikal telah dibentuk menyediakan suatu rang pindaan Perlembagaan UMNO. Menurut Pengerusi Jawatankuasa Teknikal, Dato' Seri Hishamuddin bahawa dia akan turut menimbangkan sebarang cadangan dari bahagian-bahagian tentang pindaan yang akan dilakukan.

Pindaan Perlembagaan UMNO ini dicadangkan ekoran dari sistem kuota dan gejala politik wang yang menular dalam cara memilih pemimpin yang ada dalam Perlembagaan UMNO sekarang.

Memetik kata ucapan Dato Sri Najib:

" ....kita mesti mengubah cara UMNO menentukan pemimpin termasuklah sistem kuota. Kita perlu memberikan hak memilih ke tangan kumpulan yang lebih besar. Sekarang ini,sebagai contoh pemilih bagi perhimpunan Agung UMNO hanya di kalangan hampir 2,600 orang yang terdiri daripada perwakilan dari 191 bahagian. Sudah tentu keputusan yang dibuat oleh perwakilan sejumlah itu tidak mencerminkan sepenuhnya hasrat lebih tiga juta ahli UMNO di peringkat akar umbi seluruh negara. Pada hemat saya telah tiba masanya untuk mengkaji semula Perlembagaan UMNO dari aspek ini agar proses pemilihan kepimpinan UMNO dapat disertai oleh lebih ramai ahli dari semua peringkat. Inilah jalan yang akan dapat masalah politik wang dan salah guna kuasa. Inilah juga jalan, jika kita ingin parti ini terus kekal kuat dengan sewajarnya mengembalikan semula mandat pemilih kepada akar umbi..."

Hasrat meminda Perlembagaan untuk mengkaji perkara ini amatlah dialukan,namun untuk menambah atau menggantikan peruntukan bagi mencerminkan hasrat Presiden ini bukanlah suatu perkara yang mudah.

Contoh, untuk jawatan Presiden UMNO dalam Perlembagaan yang ada sekarang perlu 30% pencalonan dari bahagian-bahagian (191 bahagian). Sekiranya peratusan ini dihapuskan bermakna 1 pencalonan sudah cukup melayakkan mana-mana ahli untuk bertanding jawatan Presiden. Ini bermakna pintu akan terbuka kepada mana-mana individu untuk bertanding jawatan Presiden walaupun dia mungkin tidak ada kredential untuk menjawat jawatan tersebut. Ramai akan berebut untuk jawatan tersebut sehingga menjadikan pemilihan untuk jawatan tertinggi parti seolah-olah pesta joget lambak. Bayangkanlah 191 bahagian dan 191 calon Presiden dan bayangkanlah jika jawatan individu yang mahu bertanding tersebut hanya ketua di cawangan.Kalau ini berlaku alamatnya Perhimpunan Agung UMNO akan diadakan 7 hari 7 malam.

Jikalau sistem pencalonan dari bahagian-bahagian ini hendak dimansuhkan, apakah cara lain yang sesuai untuk mencalonkan calon ke jawatan tersebut. Adakah akan diberi kepada cawangan-cawangan? Contohnya Seremban ada 65 cawangan. Mungkin ada 65 pencalonan(sekiranya setiap pencalonan dari cawangan-cawangan ini berbeza dari satu sama lain) Terdengar maklumat di Sabah, ada bahagian yang mempunyai 400 cawangan. Haru jadinya!

Apakah mekanisme yang sesuai untuk memperbaharui sistem yang ada?Semak juga otak untuk memikirkannya. Bukan mudah!

Oleh itu peranan Jawatankuasa ini perlu mengemukakan cadangan-cadangan pindaan serta mekanisme pembaharuan dalam bentuk Rang Pindaan Perlembagaan dan barulah dihantar ke bahagian-bahagian.

Kata Dato' Seri Hishamuddin pendapat bahagian-bahagian akan diambil tentang pindaan Perlembagaan adalah murni. Ini membolehkan suara akar umbi diambilkira dalam pindaan Perlembagaan. Namun kalau tidak diberikan suatu garis panduan yang jelas tentang perkara yang perlu dipinda atau mekanisme pembaharuan, akan membuat bahagian-bahagian meneka dalam kesamaran dan akhirnya wujud berbagai usul dan memorandum dari bahagian-bahagian yang kebanyakannya tidak releven dan terkeluar tajuk.

Oleh itu seharusnya, Jawatankuasa Teknikal Pindaan Perlembagaan menyediakan suatu rang pindaan Perlembagaan dan rang ini di hantar ke bahagian-bahagian sambil memberikan garis panduan perkara apa yang perlu dibahaskan. Dengan ini perbahasan pindaan akan lebih terarah dan fokus. Pihak perwakilan cawangan di bahagian sewaktu Persidangan Bahagian akan lebih maklum tentang apa yang mereka perlu bahaskan dan membuat keputusan sama ada menerima sebulat suara atau menerima dengan pindaan atau menolaknya.

Hanya dengan itu,proses mendapatkan suara akar umbi dapat diuruskan dengan licin.Diharap pihak pucuk pimpinan UMNO dapat menimbangkan perkara ini. Masa Tan Sri Muhydin dahulu buat pindaan Perlembagaan UMNO , suara akar umbi tidak diminta. Oleh itu, kali ini buatlah pembaharuan!


Gooooooooool, Yop! teman leading 2-1 dah!




Goooooool, Yop! teman leading 2-1 dah ! Mahkamah dah kata teman MB yang sah! Klik Goool

Saturday, May 23, 2009

Peguam yang tak tahu Perlembagaan dan buta sejarah



" Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Kota Alam Shah,M Manoharan mengemukakan cadangan pembukaan takrifan Bumiputera kepada semua rakyat yang lahir selepas negara mencapai kemerdekaan" Berita Harian, Sabtu 23-5-09.


Mungkin lama dah duduk dalam tahanan mungkin air dah sampai kepala, Tambey ni mula buat cadangan yang bukan-bukan?Tambey ni bukan orang sebarangan. Qualified lawyer tapi pemikirannya seperti tak qualified sahaja! Klik sini

Kenapa suka cari pasal dengan 55% kaum yang telah diiktrafkan sebagai Bumputera di Malaysia ini. Bukan dengan orang Melayu sahaja tapi Bumiputra Sabah dan Sarawak juga Konsep "Malaysian Malaysia" ini dah lapuk la.

Semua ini dah termaktub dalam Perlembagaan. Termaktub dalam Perjanjian Persekutuan Tanah Melayu 1948 dan termasuk dalam Perjanjian Malaysia untuk kemasukan Sabah dan Sarawak.

Cadangan ini nampaknya bertujuan nak meluputkan sejarah pengorbanan orang Melayu yang telah berkorban berseuju memberi kewarganegaraan kepada kaum lain. Baca balik kata-kata Tun Sambanthan yang orang India di SriLanka dan Burma ditindas dan dihalau keluar dan bagaimana beliau berterimakasih kepada orang Melayu menerima orang India sebagai rakan dan diberi kewarganegaraan.

Cadangan ni juga bertujuan nak hapuskan hak keistimewaan orang Melayu dan Bumiputera dibawah Perkara 153 Perlembagaan Persekutuan. Dia tak suka dengan keadaan yang menyaksikan Kontaktor Bumiputera , Syarikat Bumiputera dan bantuan-bantuan yang diberikan kepada Bumiputera.

Orang macam Manoharan sebenarnya tak selesa duduk Malaysia ini dan sebab itu dia buat cadangan yang bukan-bukan. Tak mahu menghayati Prinsip Rukun Negara sebagai idealogi negara ini.Kalau dah tak selesa, angkat kaki la pergi ke tempat yang kau selesa Manoharan!

Tapi hairan juga kepala hotak orang Melayu yang sokong perjuangan mereka ini! Orang PKR sokong sangat Hindraf. Untuk orang Melayu PKR, korang suka ke dengan cadangan-cadangan macam ni?

Friday, May 22, 2009

PEMUDA UMNO SEREMBAN MENYOKONG PROGRAM SATU KOMUNITI SATU PERSATUAN




Imam Al Ghazali pernah berkata " Untuk mengetahui untung nasib sesuatu bangsa di masa hadapan, lihatlah pada generasi muda bangsa itu sekarang"


Sesungguhnya kata-kata Imam Al Ghazali itu memberikan nilai yang besar tentang peranan generasi muda kerana di atas generasi muda lah terletak untung nasib sesuatu bangsa.

Kementerian Belia dan Sukan (KBS) pada akhir bulan Mac yang lalu telah melancarkan program dinamakan SATU SUARA: SATU KOMUNITI SATU PERSATUAN".Ia adalah initiatif KBS untuk merealisasikan satu platform bagi peranan belia serta orang muda dapat dimainkan dengan berkesan dan suara serta pandangan belia serta orang muda ini dapat di ketengahkan. Antara perlaksanaan program ini merangkumi usaha memperkasakan persatuan belia yang sedia ada serta menubuhkan dan mengupayakan persatuan-persatuan baru. Kaedah penubuhan dan pendaftaran persatuan dipermudahkan malah diberikan insentif serta bantuan modal kepada persatuan tersebut.

Bagi Parlimen Seremban disasarkan sebanyak 500 persatuan baru ditubuhkan. Setelah KBS diambilalih oleh YB Dato' Ahmad Shabery Cheek, sasaran tersebut telah dipertingkatkan ke 1000 persatuan baru.

Pergerakan Pemuda UMNO Bahagian Seremban amat menyokong usaha Kerajaan dalam mengiktiraf serta mengupayakan kaum muda melalui program sebegini. Ketua Pergerakan Pemuda UMNO Bahagian Seremban, Sdr Shahrul Ekhsan telah merencanakan tindakan kerja yang proaktif agar Pergerakan Pemuda UMNO Bahagian Seremban menyumbang serta membantu merealisasikan usaha murni Kerajaan ini.

Pergerakan Pemuda UMNO Bahagian Seremban telah bergerak menggalakkan penajaan persatuan-persatuan belia dengan matlamat agar setiap pemuda cawangan mempunyai persatuan belianya sendiri atau dalam ertikata lain komunitinya sendiri. Disamping itu Pergerakan Pemuda UMNO Bahagian Seremban juga telah bertindak sebagai pemudahcara membantu dalam proses penerangan program ini kepada para belia di akar umbi, membantu dalam proses penajaan serta pendaftaran persatuan-persatuan ini. Sejak 8.11.2008 (tarikh pemilihan lepas) sehingga setakat ini, 13 persatuan belia baru telah di taja, 9 di DUN Lenggeng manakala 4 persatuan belia baru di DUN Ampangan. Selepas Mesyuarat cawangan-cawangan selesai, Pergerakan Pemuda UMNO merancang untuk menyambung serta menyusul gerakan proaktif ini di DUN- DUN lain pula.

DENGAN IZIN ALLAH SWT, misi kepimpinan Pergerakan Pemuda UMNO Bahagian Seremban untuk mewujudkan gagasan SINERGI PEMUDA:BELIA di Seremban, akan menjadi kenyataan.

Antara gerakan-gerakan penajaan persatuan belia.....





Justify Full

Thursday, May 21, 2009

BN Bacul?




Keputusan kepimpinan BN untuk tidak meletakkan calon untuk PRK Dun Penanti sekaligus membuat keputusan untuk tidak bertanding telah menarik reaksi dari pelbagai pihak.

Beberapa pandangan dari beberapa pemimpin BN:

" Kita ada asas-asas yang kukuh dan sebab musabab kenapa buat begitu"
TS Muhyiddin Yassin*

" Imej BN tidak akan terjejas tetapi akan lebih terjejas jika perkhidmatan kepada rakyat dan negara ini tidak dapat dilaksanakan dengan berkesan.....Kita tidak berupaya memberikan tumpuan kepada pengurusan dan pentadbiran kerajaan jika lebih banyak tertumpu menghadapi pilihanraya kecil"
DS Mohd Shafie Afdal*

" Kita tak perlu bertanding, ini agenda pembangkang,ini protes kita terhadap pembangkang yang hanya memainkan sistem demokrasi dengan cara mengadakan pilihanraya"
YB Khairy Jamaluddin*

" Kita dah dengar ungkapan serial rapist,serial killer dan kita tak mahu ada serial by-election pula kerana pilihanraya bukan permainan"

DS Sharizat Abdul Jalil*

" Kita tidak boleh terima cara mereka. setiap wakil rakyat harus kerja keras bukannya berhenti separuh jalan apabila ada masalah dalaman parti,lebih baik kita tumpu kepada pembangunan rakyat di Penanti"

DSU Mohamad Hj Hasan*

* di petik dari akhbar Utusan Malaysia 20-5-2009


namun ahli-ahli di akar umbi mempunyai pendapat yang berbeza:
Seorang Ketua Cawangan yang sempat diambil pandangan mengatakan adalah telah menjadi tradisi kepada BN untuk meletakkan calon sewaktu PRK kerana prinsip BN untuk membela untung nasib rakyat. Dahulu PRK di salah satu DUN di Pahang apabila pembangkang tidak bertanding,kita kata pembangkang penakut lah, bukan menjaga kepentingan rakyat la. Sekarang kena batang hidung kita sendiri!
Seorang ketua pemuda cawangan pula mengatakan sistem demokrasi memang macam tu. Bila Speaker Dewan dah isytihar kerusi DUN tu kosong dan bila dah dibagi tau kepada SPR kena ada Pilihanraya sama ada kita suka atau tidak dan waima apa jua sebab pengosongannya. BN sepatutnya bertanding dan di situ kita dapat lihat sama ada sokongan orang Melayu kepada BN bertambah atau sebaliknya bila DS Mohd Najib mengambilalih kepimpinan negara.Kita tak boleh bagi kemenangan"walk over" kepada mereka. Lawan tetap lawan!

Kepada individu yang pro pembangkang pula pandangannya mudah- BN Bacul,takut kalah!

Seharusnya kita lihat perkara dari pelbagai perspektif. Apakah BN benar bacul?
Dari segi undang-undang dan sistem demokrasi yang diamalkan tiada apa-apa kewajipan atau mandatori bagi BN untuk bertanding.Tiada apa-apa pun peruntukan dalam Perlembagaan yang mewajibkan BN bertanding. Oleh itu dari perspektif undang-undang BN adalah berhak untuk buat keputusan untuk tidak bertanding.
Namun bak kata seorang Tok Batin Kelantan yang kini menetap di Rasah Jaya " Eventhough it is legally correct yet morally it may be wrong"
Adakah keputusan BN untuk tidak bertanding menjejaskan reputasinya dari segi moral? Adakah moralnya BN takut kalah kerana Penanti adalah kampung Brader Anwar Bin Ibrahim dan semestinya kubu kuat PKR?Adakah secara moralnya BN melihat sekiranya BN menang bertanding ia tak akan mengubah fakta kekuasaan pembangkang di Pulau Pinang. Maka dari banyak mengeluarkan belanja baik jangan bertanding. Lagipun lagi 2 atau 3 tahun Pilihanraya Umum akan menjelang semula. Buat apa bertanding?
Mungkin di atas adalah sebahagian dari persoalan yang timbul apabila cuba melihat perkara ini dari perspektif moral. Perbahasan dari segi moral tidak ada penghujungnya kerana perbahasan begini melibatkan pandangan. Malaysia mempunyai 22 juta penduduk maka 22 juta pandangan mungkin boleh diberikan.
Yang penting apa jua keputusan PRK Penanti tidak akan menjejaskan kepimpinan negara yang ada sekarang.Kerajaan harus memfokuskan kepada agenda pembangunan dan kesejahteraan rakyat. lebih-lebih lagi dalam situasi ekonomi dunia yang tidak menentu dan dan dalam keadaan wabak penyakit rentas sempadan yang melanda.
Gembira melihat usaha kerajaan untuk menyelaraskan harga barangan di kawasan bandar dan pendalaman. Bayangkan di kawasan pendalaman Sabah harga minyak masak sampai RM40.00 sebotol dan gas memasak hampir RM70.00 setong.Perkara ini lebih penting diperjuangkan dari hanya nak rakyat keluar mengundi akibat parti ada masalah dalaman.
Kata mereka, BN Bacul! Kata kita, Pedulilah! kita ada agenda yang lebih penting nak buat!










Tuesday, May 19, 2009

Semangat HINDRAF?

Bila bercakap pasal HINDRAF ni, aku teringat lagi masa mula2 mereka buat demo di KLCC pada 25 Nov 2007. Hebat semangat mereka. 
Aku puji. Mereka berdemo dari subuh sampai petang... 
Aku pulak, give up dlm pukul 2 petang. Penat makan asap gas pemedih mata, 
miang satu badan kena air dari water cannon FRU. Ahad lepas, aku pegi pulak ke 
Batu Caves untuk tengok P.Uthayakumar bercukur jambang dan gunting rambut. 
Sekali lagi, beribu jugak pengikut HINDRAF ni berkumpul... 

Ok, sekarang mari kita fikir KENAPA MEREKA BERKUMPUL? 
Jawapannya adalah KERANA SATU MATLAMAT UNTUK `KAUM INDIA'. 
Perjuangan mereka sukar, tapi mereka terus berjuang untuk MATLAMAT mereka.
Sekarang, mari kita tengok diri kita `pejuang' UMNO..... dan tanya semula diri kita, 
SANGGUPKAH KITA BERJUANG MEMPERTAHANKAN HAK KITA?
Tak perlu la kita pergi jauh-jauh.... kita tengok kat sini je cukup laa....
UMNO yg dah makin kecil ni pun masih berpuak-puak...

Semakin hari semakin kecil pengaruh UMNO sedangkan masa dulu orang 
kampung kata ` Kalau lotak selipar jadi wakil UMNO/BN pun buleh monang'.... KENAPA? APA BEZA DULU DAN SEKARANG?

Kita semua tahu jawapannya.... SEMANGAT JUANG dan MATLAMAT.....

Adakah kita masih ada SEMANGAT JUANG dalam diri kita? Adakah MATLAMAT kita sama?
Renung-renungkan lah...... 

Dey Tambey! Apa lagi lu mau ?



Revoke order or it's war, warns Hindraf
Athi Veeranggan May 18, 09 1:35pm
Hindu Rights Action Force (Hindraf) leader P Waythamoorthy has given an ultimatum to Prime Minister Najib Abdul Razak's government. From Malaysiakini.


Ni apa lagi Tambey-Tambey ni nak ni? Hari tu kengkawannya dah dilepaskan! Ini nak apa lagi ni?

Memang dasar berlagak, tak sedar dek untung tambey-tambey ni semua! Kalau di Malaysia ni semua tak betul korang semua pegi le mana kau nak pegi! Berambus dari Malaysia ni!

18 tuntutan Hindraf konon! Tengok sikit tuntutan tambey-tambey ni, Ada logik ka?





Tolong sikitlah tambey! Kerajaan yang didokong oleh UMNO mustahil buat macam tu. Korang tarak pegi sekolah ka Tambey? Tarak tau baca ini statistik ka? Kalau lu orang kena tindas macamana ini statistik boleh dapat?


Tengok statistik la tambey! Ini statistik ada cakap kalu Melayu ada 1 ringgit lu ada 1.27 ringgit. Melayu lagi susah dari lu, tau ka?

Tambey ! Lu mau human right, Lu mau perpaduan. Tapi apsal lu mau lagi sekolah tamil. Kenapa lu tak pergi sekolah kebangsaan. Sume ada. Bahasa Tamil pun ada ajar! Lu mahu hak sama rata tapi mau sekolah lu punye sorang! Apa cerita ni Tambey?

Tambey lu punya agama kena jaga la. lu jangan simply buat tempat lu sembahyang atas tanah government, atas tanah worang. Kalau government ka orang ka angkat Court Order kasi runtuh sama lu punya tempat sembahyang lu marah. Tambey lu ada wang punya orang. Kasi belilah tanah bikin tempat lu sembahyang. Apasal bikin atas government land, Tambey?

Tambey,lu mau government post, mesti apply masuk government la. Masuk government lu kena ikut dia punya cara naik pangkat. Lu tak bley baru masuk mau terus jadi Pengarah atau Ketua Pengarah. Ini job application masuk government 10% pun tak sampai. Ramai masuk layak hanya subordinate officers. BM ramai tak dapat credit. Macamana mau masuk goverment? Sudah lebih 50 tahun merdeka pun tarak boleh cakap BM ka Tambey?

Sekarang Tambey lu jangan banyak cerita! Kalau tak suka duduk sini Malaysia lu angkat kaki jalan. Lu pigi duduk sana England ka, boleh jadi PAKI!

Ini artikel bukan untuk orang India di Malaysia yang cintakan keamanan, keharmonian dan kemakmuran. Ini artikel hanya ditujukan kepada Tambey-Tambey yang tak sedar dek untung. Ingat jangan sampai orang Melayu jumpa lu dengan ular, lu kena hantam.Jumpa lu sama kambing, lu jugak kena hantam. Jumpa lu dengan tikus, luorang jugak kena hantam! Patience orang Melayu ada limit, lu tau ka?

Monday, May 18, 2009

Mana lebih bahaya? Virus Selsema Babi ke Virus B.A.B.I?

Baru-baru ini Ketua Pengarah dan Menteri Kesihatan berlumba-lumba buat press statement tentang penularan Virus Selsema Babi (H1N1) ke Malaysia dan melaporkan perkembangannya setiap hari.

Akibat dari seorang pelajar kita telah terdedah kepada virus tersebut semasa di Amerika, habih semua orang yang naik kapal terbang dengan dia kena dikuarantin dan apabila "girl friend" pelajar ini menunjukkan gejala terkena virus selsema babi, semua orang yang naik kapal terbang Air Asia ke Pulau Pinang bersama girlfriend pelajar ini turut kena kuarantin(termasuklah kapten kapal yang tak jumpa langsung dengan penumpang)

Antara gejala yang tersurat oleh orang yang menghidapi penyakit ini adalah demam panas, sakit-sakit badan, kerap terbersin dan selsema.Kementerian Kesihatan memberikan jaminan bahawa kes virus selsema babi ini boleh dirawat dengan ubat Tamil Flu dan penularannya di Malaysia adalah terkawal.

Kalau dah terkawal tu baguslah tapi ada satu lagi jenis virus yang dah lama menular ke Malaysia ini dan tidak ada suatu kawalan pun dilaksanakan. Virus ini dinamakan Virus B.A.B.I.dan hingga kini tiada kaedah perubatan atau saintifik dapat digunakan untuk mengesan jangkitan Virus B.A.B.I ini!

Walaupun virus ini tidak membunuh tetapi jangkitan virus ini jika tidak dikawal atau disekat, bisa memporak perandakan satu Malaysia.

Gejala yang boleh dilihat dari individu yang telah dijangkiti virus ini adalah:-

  • Fikiran menjadi keliru dan celaru
  • Gagal membezakan yang mana fakta dan yang mana rekaan atau fitnah semata-mata
  • Mudah tertipu dan mudah menipu
  • Kecenderungan menyebarkan fitnah
  • Semua orang lain salah kecuali diri sendiri
  • Tidak bersyukur dan tidak berterima kasih
  • Kelakuan menjadi luar kawalan dan suka menunjuk protes dan melibatkan diri dalam demonstrasi.
Dibawah adalah contoh individu yang terkena virus tersebut:-

















Itulah Virus Brader Anwar Bin Ibrahim yang kian menular dan meracuni pemikiran rakyat kebanyakan. Ada yang keliru dan celaru hingga menyangkakan Anwar bin Ibrahim akan jadi Perdana Menteri Ke-6 pada 16 September 2008 yang lalu. Orang yang mempercayainya akan mengatakan Kerajaan yang ada korup menyeleweng dan sebagainya. Ada yang mengatakan PM sekarang ini pembunuh walhal tidak ada satu bukti pun yang dizahirkan.ada yang sanggup memukul polis kerana na tunjuk hebatnya dia berdemonstrasi hingga lupa dia menyusahkan mak bapak, anak bini di rumah!

Rasanya orang sedemikian perlu juga dikuarantin. Mungkin boleh bagi juga pil Tamil Flu nak sembuhkan penyakit diaorang ni!

Sunday, May 17, 2009

Orang Melayu terbuka untuk bertolak ansur bukannya terbuka untuk ditolak beransur-ansur



  1. Baru-baru ini Presiden MCA, DS Ong Tee Kiat dengan lantangnya mendesak agar Kerajaan mengkaji semula pemberian biasiswa Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA) kerana katanya banyak aduan pelajar Cina yang menurutnya layak tetapi tidak menerima biasiswa untuk menyambung pelajaran keluar negara.
  2. Timbalan Menteri Pelajaran Datuk Dr Wee Ka Siong pula menegaskan desakan parti (MCA) itu bersandarkan konsep 1 Malaysia. " Ini bukan soal bumiputra atau tidak. Jika anak Melayu yang dapat 13A1 dan tidak ditawarkan tempat ke luar negara ia juga menjadi isu yang dibincangkan. Perjuangan MCA adalah berkonsepkan 1Malaysia tanpa mempertibangkan sesuatu isu itu daripada perspektif yang sempit" katanya
  3. Kalau dilihat hujah kedua-dua pemimpin MCA ini,ramai orang termasuk orang Melayu sendiri mungkin termakan dengan desakan mereka. AWAS! Kita perlu AMAT BERWASPADA dengan hujah yang bersandarkan konsep 1 Malaysia ini,takut-takut ia penuh berstrategi untuk menidakkan landasan Kontrak Sosial yang telah landasan persefahaman antara kaum yang wujud sejak merdeka lagi.
  4. Mari kita lihat beberapa fakta berkait dengan perkara ini. Terma Kontrak Sosial menyatakan orang Melayu diberikan sedikit keistimewaan di negara ini. Ini bukan cakap kosong kerana ia telah dimaktubkan dalam Perlembagaan Persekutuan di bawah Artikel 153. Artikel 153 antara lain menyata Yang DiPertuan Agong boleh merezabkan kuota khas untuk orang Melayu dalam bidang perniagaan, pelajaran (termasuk biasiswa) dan penjawatan dalam sektor awam. Itu adalah apa yang termaktub dan itulah faktanya.
  5. Jika dirujuk dalam Perlembagaan juga,keistimewaan orang Melayu ini tidak boleh sewenang-wenangnya dikaji kerana Artikel 38(5) Majlis Raja-Raja hendaklah diminta fikirannya terlebih dahulu sebelum dibuat apa-apa perubahan tentang dasar mengenai tindakan pentadbiran dibawah Artikel 153. Oleh itu apa-apa kajian semula tentang pelajaran atau biasiswa mestilah mendapat kelulusan dari Majlis Raja-Raja terlebih dahulu. Tidak boleh buat kajian sahaja dan tidak boleh ditidakkan sewenang-wenangnya peranan Majlis Raja-Raja Melayu.
  6. Tahun 2008, Kerajaan pimpinan Pak Lah telah amat baik dan bertolak ansur mengkaji semula struktur pemberian biasiswa JPA ini kepada 55% Melayu/Bumiputra dan 45% kepada kaum-kaum lain. Walaupun ini menerima banyak tentangan orang-orang Melayu tetapi struktur ini kekal.
  7. Rakyat Malaysia berjumlah 22 juta orang. Jumlah peratusan rakyat mengikut kaum di Malaysia ini, Melayu adalah 55% Cina 26% India 7% dan lain-lain 12%.Struktur ini cukup menggambarkan agihan yang adil berdasarkan peratusan jumlah rakyat di Malaysia ini.Jadi apa lagi yang MCA ni tak puas hati?Nak kaji lagi 55% yang diberikan kepada orang Melayu ? Nak ambil lagi hak orang Melayu atas konsep 1 Malaysia? Nak ditolak lagi orang Melayu ni ke tepi? BEDEBAH!
  8. Fakta yang perlu kita semua ketahui sekarang ini adalah jumlah pelajar Melayu yang sedang mengikuti pengajian di IPTA , IPTS di Malaysia dan di universiti-universiti di luar negara hanya 175,000 orang ,manakala jumlah pelajar kaum-kaum lain Cina, India dll di IPTA , IPTS di Malaysia dan di universiti-universiti di luar negara adalah seramai 250,000.Faktor kemampuan adalah antara faktor yang mempengaruhi polarisasi ini. Kaum lain mampu untuk menghantar anak mereka belajar di Universiti tetapi orang Melayu masih perlu dibantu!
  9. 175,000 ini mewakili 0.014% dari 12.2 juta orang Melayu di Malaysia.250,000 mewakili 0.025% dari 9.9 juta kaum lain di Malaysia. Fakta nombor ini cukup menjelaskan orang Melayu jauh ketinggalan berbanding kaum lan di Malaysia. Justeru itu mereka perlu dibantu dan bukan ditolak beransur-ansur! Konsep 1 Malaysia mengutamakan RAKYAT DIDAHULUKAN. Bukan RAKYAT DINAFIKAN!
  10. Oleh itu Mr Ong, THINK BEFORE YOU TALK!

Kenape bang? Tak Percaya ke?

“Huh! Tak percaya aku pemuda Seremban ini nak buat kerja –kerja amal!”kata seorang Ahli Jawatankuasa UMNO sebuah cawangan di Ampangan.

Perkataan ini termuntah secara spontan dari mulut seorang yang boleh dikatakan Veteran dalam UMNO Bahagian Seremban apabila seorang ketua pemuda cawangan yang terlibat menjalankan kerja Program Amal Jariah membaiki rumah penduduk yang telah usang,cuba menjelaskan kerja –kerja amal yang dibuatnya bersama beberapa lagi ahli pemuda di rumah penduduk tersebut kepada Veteran UMNO tersebut.

Mungkin kalau dibentangkan gambar-gambar kerja-kerja program amal jariah dan gotong royong Pergerakan Pemuda UMNO Bahagian Seremban setakat ini , veteran UMNO tersebut mungkin pengsan kerana terkejut!

Kenapa bang? Tak percaya ke Pemuda Umno boleh buat begitu? Seharusnya sebagai seorang yang boleh dianggap Veteran UMNO memberikan galakan dan semangat, bukan mengeluarkan kata-kata yang bernada melekehkan atau mempertikaikan usaha amal pemuda UMNO Bahagian Seremban.

Mungkin juga sebelum ini kepimpinan Pergerakan Pemuda UMNO Bahagian jarang turun padang mendekati orang-orang kampung dan ini telah membina satu kerangka minda (mind set) dalam benak Veteran UMNO ini bahawa pemuda UMNO tidak mahu membuat kerja-kerja amal untuk masyarakat!

Ketua Pergerakan Pemuda UMNO Bahagian Seremban , Sdr Ekhsan menekankan “KITA HARUS MEMASYARAKATKAN UMNO INI UNTUK UMNO INI TERUS RELEVAN……..dan berikut adalah bukti manifestasi penekanan tersebut!

Gerakkerja gotong royong dan amal jariah di Kg Mendom,Lenggeng



Naib Ketua Pemuda UMNO Cawangan Mendom, Sdr Azizul menyerahkan sumbangan kepada Nenek Zahariah ,80 tahun disaksikan oleh Pen Setiausaha Pemuda dan rakan-rakan Jawatankuasa Pergerakan Pemuda UMNO Bahagian Seremban

Memetik kata-kata Datuk Sri Mohd Najib ketika memberikan ucapan Perasmian Serentak Persidangan Wanita, Pemuda dan Puteri Malaysia 2008;

“…UMNO juga akan menjadi hebat jika budaya merendah diri dan sikap suka berkhidmat kepada masyarakat menjadi amalan ahli-ahlinya. UMNO akan menjadi lebih kukuh jika ahli-ahli UMNO berhenti mempersoalkan apa yang mereka boleh dapat dari parti, sebaliknya apakah sumbangan mereka kepada agama, bangsa dan negara melalui UMNO.

Lalu, sewajibnya dikikis serta dibuang jauh,imej serta tanggapan bahawa pimpinan UMNO kini elitis dan terasing dari dakapan rakyat. Pemimpin UMNO mestilah cekap menafsir apakah hasrat dan apa sebenarnya berlaku di kalangan masyarakat. Janganlah kita “ seperti kaduk naik junjung” seraya lupa bahawa UMNO itu adalah parti akar umbi.

Lupa akan hakikat UMNO itu,parti yang lahir daripada semangat membara rakyat kebanyakan . INSAFLAH, di jemala UMNO terjunjung amanah membela untung nasib rakyat……”

Khas kepada Veteran UMNO tersebut, ambillah kata-kata Datuk Sri Mohd Najib ini jadi panduan…

Saturday, May 16, 2009

APO LAEII..... NI TOK?


“ Saya orang UMNO, saya bukan orang PAS,PKR atau DAP. Kenapa saya di pinggirkan dan disekat untuk membuat program dengan ejensi Kerajaan”

Demikian adalah kata-kata Dato’ Ishak Ismail, Ketua UMNO Bahagian Seremban yang mendakwa ada pihak yang menyekat beliau untuk terlibat dalam program KEMAS seperti dilaporkan dalam Harian Metro 15-5-2009.

Hari ini, Pengarah KEMAS Negeri menafikan dakwaan beliau tersebut.

Apo laeii… ni tok ?

Tak penat ke Atok buat isu yang sebenarnya tiada ini? Atok ni tak habih-habih nak berpolitik sehingga perkara yang tidak perlukan pun nak dipolitikkan

Beberapa minggu lepas Atok datang ke Kampung Ismail, Ampangan buat lawatan ke mangsa banjir. Atok buat press statement kata mangsa banjir itu susah dan dalam masa yang sama Atok bantai Pusat Khidmat DUN Barisan Nasional tak turun padang.

Atok bukan tak tau Ampangan jatuh ke tangan PKR. Wakil rakyat Ampangan sekarang ni namanya Cikgu Rashid Latiff,orang PKR. Kenapa Atok tak hentam wakil rakyat Ampangan ni kerana tak jalankan kerja sebagai orang yang diberi mandat mewakili rakyat? Kenapa nak hentam Pusat Khidmat DUN BN yang tak dapat mandat rakyat di Ampangan.Peliklah perangai Atok ni!

Atok pun tahu perlantikan pegawai Pusat Khidmat DUN BN ni adalah di bawah kuasa dan budibicara Pengerusi BN Negeri, dalam ertikata lain Menteri Besar. Apo laee nak pertikaikan. Atok pecat orang, lantik orang dalam Jawatankuasa UMNO Bahagian takde pun orang pertikaikan . Sebab Atok selalu kata itu kuasa Atok! Tapi bila perkara itu dalam kuasa dan budibicara orang lain, kenapa beria-ia Atok nak pertikaikan?

Faham! Ada elaun RM 1500 sebagai pegawai Pusat Khidmat DUN BN. Kalau Atok dapat control bolehlah bagi elaun itu pada juak-juak setia Atok. Bolehlah Atok control balik kawasan Sikamat dan Ampangan.

Tok, sekarang masanya kita fokus untuk memenangi hati rakyat agar rakyat kembali menyokong UMNO dan BN. Tak perlu lagi berpolitiking sepanjang masa dan menimbulkan isu yang tidak ada. Kalau ada isu pun kita hadap dan lawan pembangkang,bukannya hentam orang yang satu bendera yang satu kapal!Tak guna kita kuat dalam kerangka UMNO sahaja tapi kalah dalam Pilihanraya!

Anggaplah ini sebagai teguran yang terbuka yang ikhlas kepada Atok. Bak kata orang; ORANG TUA TAK SENANTIASANYA BETUL DAN ORANG MUDA TAK SENANTIASANYA SALAH . Mari kita sama-sama fokus macamana nak menang balik 5 DUN yang kalah dan 1 Parlimen yang kecundang . Rontikanlah buat isu-isu picisan ini!

Apa khabar semua?

Sebahagian ahli pemuda akar umbi sedang mendengar ucapan Sdr Ekhsan

Suatu program Majlis Taklimat & Ramah Mesra Pemuda UMNO Bahagian Seremban telah berlangsung pada 15.5.09 di Balairaya Sikamat, Seremban. Antara matlamat program ini adalah untuk memberikan taklimat tentang perjalanan Mesyuarat pemuda-pemuda cawangan dan disamping itu dailog turut diadakan antara Saf kepimpinan peringkat Bahagian dan ahli serta pemimpin akar umbi.

Ketua Pergerakan Pemuda UMNO Bahagian, Sdr Shahrul Ekhsan Osman memberikan ucapan beliau

Dalam ucapan Sdr Ekhsan,Ketua Pergerakan Pemuda UMNO Bahagian Seremban , beliau amat berharap melalui program seumpama ini ahli pemuda akar umbi dapat menyuarakan pandangan dan isu yang dihadapi sama ada oleh pemuda sendiri atau masyarakat setempat. Dengan maklumat-maklumat sebegini sesungguhnya dapat membantu kepimpinan Pemuda UMNO Bahagian Seremban sentiasa peka kepada permasalahan atau isu yang membelenggu pemuda dan masyarakat di sekeliling.

Sdr Ekhsan juga turut menambah program sebegini akan dibuat secara berkala dan pada masa akan datang formatnya akan di buat dengan kaedah yang lebih santai bagi membentuk hubungan 2 hala yang lebih efektif dan bebas (free flowing)

Pemimpin Pemuda UMNO Bahagian dan ahli akar umbi menikmati jamuan sambil membincangkan perkara-perkara semasa

Wednesday, May 13, 2009

Alamak! baru score gol dan kena gol balik!


Lagaknya seperti Penjaring Gol Penentuan di padang bola sepak. Tapi bayangkanlah rasa syok menjaringkan gol tu tidak berpanjangan sebab DS Dr Zambry dah jaringkan satu gol pulak!

Mungkin itu yang dirasakan oleh DS ir Nizar Jamaluddin yang hanya 19 jam dapat menduduki kembali jawatan Menteri Besar Perak.

Mungkin rasa " manager"nya juga iaitu Ngeh dari DAP itu juga sedemikian. Baru nak sengeh dah kena score pulak!

Tapi cuba bandingkan kenyataan kedua-dua pemimpin ini apabila menerima keputusan Mahkamah.

DS Dr Zambry ;" Saya terima keputusan Mahkamah (Mahkamah Tinggi) dengan minda dan hati yang terbuka"

DS Ir Nizar 19 jam selepas itu ;" Keputusan Mahkamah (Mahkamah Rayuan) menangguhkan keputusan Mahkamah (Tinggi) jelas menafikan hak rakyat untuk memilih Kerajaan.."

Seolah-olah suatu kelaziman bagi pihak pembangkang sekiranya keputusan memihak kepadanya (tak kira le keputusan Pilihanraya ke, keputusan Mahkamah ke) dia kata telus, baik dsb TETAPI bila keputusan sebaliknya mulalah kata yang bukan-bukan dan dalam kes ini mewujudkan dakwaan bahawa "MAHKAMAH SEBUAH INSTITUSI YANG MENAFIKAN HAK RAKYAT"( Scandalous statement tu-patut kena Contempt of Court).

Apakah ini SOP (Standard Operation Procedure) pihak Pembangkang?

Yang pasti Ngeh tetap tersengeh.....dua pemimpin Melayu berjuang,Melayu ibarat menang jadi arang kalah jadi abu!

Tak habis-habis berlagak!


Sabtu lepas, selepas pengumuman pembebasan 13 orang tahanan ISA oleh Menteri Dalam Negeri,kita dapat melihat gelagat tahanan yang telah dibebaskan.Antara gelagat yang dapat disaksikan adalah peguam penasihat Hindraf, P. Uthayakumar.

Dalam ucapannya kepada pada media beliau sikit pun tidak berterima kasih kepada pihak Kerajaan kerana membebaskannya. Malah Kerajaan dicaci kerana telah mengurung beliau.

Tapi persoalannya sebab apa Kerajaan mengurung beliau? Adakah sebab saja-saja sahaja pihak Kerajaan nak menahan beliau.Mesti ada sebabnya.

Kita tengok keratan akhbar interview dia dengan pihak Media Singapura;






Untuk apa dia kata " I can't rule out volence" ? Hanya untuk memperjuangkan hak kaum India yang tertindas . Betul ke kaum India di Malaysia ini tertindas ? The Star Online melaporkan;

"A lawyer by training and profession, Uthayakumar said that before going to prison he could not have imagined a life without cable TV, air conditioning, hot water showers, cell-phones and holidays."

Tertindas ke kalau ada cable TV, selesa berhawa dingin, dapat mandi air panas,kemudahan hand phone dan percutian..? Berapa ramai orang Melayu yang tidak dapat atau berupaya mengecapi kemewahan sedemikian ? Adakah kemewahan yang dikecapi ini membuatkan beliau lupa berterima kasih kerana hidup dalam negara yang aman makmur.Atau sudah bosan dengan keamanan dan kemakmuran lantas dia mahu cetuskan kekacauan dan kegusaran?

Agaknya masa dia ditahan siapa tanggung makan dia?Itu dia tak sedar! Katalah kos makan minum orang yang tak berterima kasih ini RM 13.00 sehari , kalau 514 hari maknanya RM 13 x 514= RM 6682.00. Ada 2 orang lain yang macam dia ni yang turut dibebaskan. Oleh itu RM6682 x 3 = 20,046 jumlah wang rakyat yang dihabihkan untuk mereka bertiga ini.Bukankah RM 20,046 ni lebih baik beri pada orang yang memerlukan untuk mulakan meniaga. Dapat tanggung makan anak bini!

Memang orang macam ini tak akan tau nak berterima kasih. Tak habih-habih berlagak!

Ingatlah kaum ku, jangan ada sifat angkuh dan riak dalam diri. Kononnya perjuangkan hak tetapi sebenarnya mengambil hak orang lain. Mari berfikir secara rasional sebelum bertindak!

Tuesday, May 12, 2009

Kedaulatan Undang-Undang, Kesopanan dan Kesusilan.




1. Hakim Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur, Datuk Abdul Aziz Abdul Rahim semalam mengisytiharkan Mohammad Nizar Jamaluddin dari Pakatan Pembangkang sebagai Menteri Besar Perak yang sah.

2. Dr. Zambry Abdul Kadir telah memohon agar menangguhkan pelaksanaan keputusan sementara mahu mengemukakan rayuan.

3. Satu tamparan yang sangat hebat, bukan saja kepada BN, tetapi juga kepada Sultan Azlan Shah dan Institusi Diraja.

4. Sebelum keputusan diumumkan, rata-rata penyokong pembangkang mengatakan "Jangan di harap mahkamah akan berlaku adil".

5. Namun dengan keputusan mahkamah hari ini, maka nada pembangkang pasti berubah.

6. TAPI suatu fakta yang menarik, penyokong BN atau penyokong UMNO walau fanatik manapun tidak menunjukkan protes ,tunjuk perasaan atau memperlekeh-lekehkan Mahkamah atau cuba memfitnah Mahkamah berat sebelah tetapi menerima keputusan Mahkamah dengan minda dan hati yang terbuka.

7. Jelas orang BN atau UMNO tahu keputusan tersebut belum muktamad dan masih lagi boleh di rayu ke Mahkamah yang lebih tinggi.

8. Orang BN atau UMNO cukup faham makna " Kedaulatan Undang-Undang"serta " Kesopanan dan Kesusilaan"

9. Mari kita fikirkan siapakah lebih matang dari segi sikap dan politiknya ?

Sunday, May 10, 2009

Anak Melayu Tak Sedar UNTUNG

Pak Sedaro bongieh bonar dengan anak-anak Melayu yang tak sodar di UNTUNG...Apo laie, yang sekolah, masuk universiti & kojo dengan Kerajaan Persekutuan, Jabatan Kerajaan, Agensi mahu pun Badan Berkanun juga Syarikat Berkaitan Kerajaan.

Pak Sedaro nak robek Jiwa dan Perasaan, musang berjanggut dan kucing bertanduk ini...

Khabar yang Pak Sedaro terimo, ialah 65% yang pernah terima ganjaran khas Kerajaan Malaysia mulo LUPO DIRI...mulo nafikan ehsan Kerajaan yang diterimo...Bilo dah bosar pangkat, mulo temberang dan gelembong...Kalu tak racun fikiran orang lain tak po... Ni bukan ajo meracun,menobeh, meragut, merobek, merodok...fikiran orang lain...lebih-lebih lagi, yang kojo misalnya Cikgu-Cikgi, yang mengajar di Sekolah Berasrama Penuh@Berasmara Penuh, MRSM pun dongar dah ramai "Musuh Dalam Selimut", "Kacang Lupo Kulit", "Gunting Dalam Lipatan", "Api Dalam Sekam", "Duri Dalam Daging", "Di sangka beruk tapi Mengkarung", "Di sangka Ular tapi Keling"...

Jika ramai Anak Melayu tak sodar Di Untung, ramai dan beranak-pinak dalam Alam Melayu Moden Millenium ini, Pak Sedaro fikir la sikit hari lagi..kita akan jadi macam:-

1. Pencabulan hak etnik di Bosnia
2. Jerman Barat & Jerman Timur
3. Korea Selatan & Korea Utara
4. Vietnam Utara & Vietnam Selatan [dulu]
5. Perang Saudara seperti zaman Raja Abdullah di Selangor
6. Perang Kapitan China seperti zaman kekayaan lombong bijih di Perak dan Selangor
7. Perang Antara Hitler & Yahudi
8. Perang Arab Palestine & Israel
9. Rebut koloni Kulit Hitam & Kulit Putih

Anak Melayu Yang Tak Sodar Di UNTUNG, nie...WAJIB di Azan & Iqamah semula! WAJIB di TADIKA & ikut Kelas PERALIHAN! WAJIB poei Masjid, Madrasah, Musolla, Surau, Pasentran, Pondok yang berpaksi Ahli Sunnah Wal-Jamaah untuk ULANG PERIKSA ... apa itu Agama, Negara dan Tanahair....

Anak Melayu Yang Tak Sodar Di UNTUNG, nie...WAJIB di TITIK dan PUPUK AKAL berfikir oleh insan seperti Prof. Di Raja Ungku Aziz, Prof. Dr. Syed Muhammad Naquib Al-Attas, Prof. Politik Seumur Hidup Tan Sri Aziz Tapa, Prof. Negara Bangsa Tun Dr. Mahathir, Prof. Kalam Suci Kalam Allah Sheikh Tantawi, ....Apa itu Perlembagaan Negara oleh Prof. Hukum Negara DYMM Sultan Azlan Shah, sebagainya...

Anak Melayu Yang Tak Sodar Di UNTUNG, nie...WAJIB di PULUN dan LATIH TUBI dalam survival sebenar kultus Melayu sebelum Merdeka!...Campak di Hutan, Hidup Mandiri, Buat Penarikan dan Penolakan Jiwa dalam Hutan, di Lautan, di Pergunungan, di Pulau Impian, dengan keperluan terhad dan kehendak pelbagai...Ramai yang MEMOKAK tak SEDAR diUNTUNG ialah generasi lahir selepas tahun 1965.

Orang lahir selepas 1965-1975; mula nunjuk LAGAK yang sudah pandai melawak.
Orang lahir selepas 1975-1985; mula nunjuk LAGAK yang sudah jadi biawak hidup.
Orang lahir selepas 1985-1995; mula nunjuk LAGAK yang sudah JAHILIYYAH, tak do MAK BAPAK, tak do WAN dan ATOK, tak do KETURUNAN dan ASAL-USUL, mulo MEMBIULkan Negara...
Orang lahir selepas 1995-2005;tak tau apo-apo, nengok telatah 3 generasi MULO percayo dan yakin...
Orang lahir selepas 2005-2015, takat ini ramai masih kategori "baby" dan kanak-kanak riang...Jiko tak diSUSUN keturunan 1965-1975, makanya Musuh Umat Melayu ialah Anak Melayu Tak Sedar Di Untung kumpulan ini...

Tak Percayo...Tunggu dan Lihat, Jangan dah Menangkup baru sibuk nak bertateh...Buat ajo la, Banglo 5x7, bikin housing sikit untuk air-cond...Dari Tanah Kau Datang, ke Tanah jua Kau Kembali...

Sodih, Bongieh...Pak Sedaro dan cicit-cicit...

Saudara-saudaraku Ingatlah......!

Bait-bait terakhir sajak Tun Dr Mahathir " Melayu Mudah Lupa"

Melayu mudah lupa
Melayu mudah lupa
Melayu mudah lupa

Sejarah bangsanya yang lena
Tanah lahirnya yang merekah berdarah

Ingatlah
Ingatlah
Ingatlah

Wahai bangsaku
Jangan mudah lupa lagi

Kerana perjuanganmu belum selesai...

Ingatlah : 31-8-1957 Kemerdekaan negara kita meletakkan bangsa Melayu itu istimewa ditanah air tercinta ini. 4 perkara utama yang dijaminkan kepada orang Melayu:

  1. Islam adalah agama Persekutuan
  2. Raja -raja Melayu yang berdaulat sebagai Tuan dan Payung kepada orang Melayu dan batas terakhir yang mempertahankan hak serta keistimewaan orang Melayu.
  3. Bahasa Melayu adalah Bahasa Persekutuan
  4. Hak keistimewaan Melayu dalam aspek pendidikan, perniagaan dan penjawatan dalam sektor awam

Ingatlah : Ogos 1965, Walaupun orang Melayu telah bertolak ansur dengan kaum lain dengan bersetuju memberian kewarganegaraan serta hak kepada mereka namun mereka mula membangkitkan pertikaian kepada keistimewaan orang Melayu. "Malaysian Malaysia" kata Lee Kuan Yew sebagai slogan mempertikaikan hak orang Melayu dan mahu hak yang sama diberikan kepada semua kaum. Lee Kuan Yew berjaya memainkan slogan ini hingga mempengaruhi Ratu Elizabeth ,Queen of England menulis surat kepada Tunku Abdul Rahman untuk meletakkan jawatan Perdana Menteri dan memberikan jawatan itu kepada Lee Kuan yew atas dasar keadilan kepada kaum lain. Kerana pertikaian ini dan demi untuk mengelakkan kekacauan kaum dan kemerdekaan ditarikbalik oleh Brittish (dalam tempoh 10 tahun dari 1957) , Tunku terpaksa memisahkan Singapura dari Malaysia demi untuk menyelamatkan kemerdekaan Malaysia.

Ingatlah
: 13 Mei 1969 rusuhan kaum berlaku rentetan dari keputusan Pilihanraya ke 3 pada 10 Mei 1969 dimana di bandar-bandar utama kerusi kebanyakan dimenangi oleh DAP dan Gerakan (pada masa itu pihak pembangkang). Penyokong-penyokong parti-parti ini melakukan provokasi melampau menghina orang Melayu. Melalui jalan-jalan utama dengan membawa replika Penyapu Besar sambil melaungkan " Kita sapu orang Melayu balik kampung,biar mereka tanam jagung".


Ingatlah: Pada tahun 1987, parti komponen Barisan Nasional MCA sendiri melalui satu seminar yang dianjurkan oleh MCA pucuk pimpinan MCA membuat resolusi agar formula sebelum merdeka (Kontak sosial) dikaji semula dalam aspek pembahagian ekonomi dimana hak keistimewaan orang Melayu dipertikaikan. MCA Selangor pula meluluskan ketetapan untuk mengkaji semula kedudukan Raja-Raja Melayu. MCA mahu menggugurkan istilah "Bumiputera" yang diberikan kepada orang Melayu, bumiputera Sabah dan Sarawak.


Ingatlah: Pada tahun 1997 ,selepas keputusan Pilihanraya tahun 1997 yang mana dipengaruhi oleh dengan pemecatan dan kes rasuah Brader Anwar Bin Ibrahim,pihak Persatuan Perayu-Perayu Undi Kaum Cina (SUQUI) yang didalangi oleh MCA membangkitkan 17 tuntutan (yang dikenali sebagai Tuntutan SUQUI )yang menuntuk hak samarata kepada semua kaum dan secara tak langsung mempertikaikan hak keistimewaan orang Melayu.


Ingatlah: Pada tahun 2007, seorang pelajar kaum Cina menggunakan nama jolokan Namewee (anak kepada pemimpin cawangan MCA) telah membuat lagu Negara Ku Ku mempersendakan serta menghina agama Islam, wanita Melayu dan Kerajaan.

Ingatlah : Pada tahun 2007 juga, kaum India terlibat dalam gerakan HINDRAF yang menuduh Kerajaan yang didokong oleh UMNO telah menindas kaum India di Negara ini dan mempertikaikan keistimewaan yang diberikan kepada orang Melayu.


Ingatlah : Pada tahun 2008 setelah Pilihanraya Umum ke 12, 5 buah negeri-negeri Melayu jatuh ke tangan pembangkang. Pembangkang menghadiahkan kepada orang Melayu berikut:-

  1. Projek Khinzir terbesar di Selangor dan cadangan dibuat di kawasan orang Melayu.
  2. Ketua Menteri Pulau Pinang menolak perlaksanaan dan semangat Dasar Ekonomi Baru dan menggantikan dengan dasar merit.
  3. Adun DAP Selangor mempertikaikan laungan azan
  4. Nama-nama jalan di Selangor yang bertulis tulisan Jawi ditukarkan kepada tulisan Cina
  5. Kerajaan Negeri Perak yang didalangi oleh DAP telah menghadiahkan hakmilik tanah-tanah kampung baru selama 999 tahun kepada orang Cina (sedangkan sejarah membuktikan kampung-kampung baru adalah asalnya petempatan orang-orang Cina yang menyokong gerakan Komunis) yang mana Brittish telah mengambil peruntukan sebanyak 10 juta Malayan Dollar dari peruntukan untuk memajukan ekonomi orang Melayu bagi membina kampung-kampung baru.
  6. Orang Melayu dipergunakan oleh kaum lain untuk menderhaka kepada Raja Melayu.

Ingatlah sahabat-sahabat sekalian , adakah perkara -perkara ini akan terhenti disini? Adakah apa-apa jaminan ancaman kepada orang Melayu tidak akan berlaku lagi?


INGATLAH,INGATLAH,INGATLAH! Jangan kita mudah lupa. Perjuangan kita mengekalkan kemerdekaan belum selesai......




Saturday, May 9, 2009

Gerak Langkah PEMUDA Seremban

Gerak Langkah Pemuda UMNO Bahagian Seremban

Melihat kepada kekuatan pasukan PEMUDA UMNO Bahagian Seremban 2008-2011, terpanggil untuk mengirim serba sikit perkara yang boleh dipermolek dan diperindah oleh barisan hadapan PEMUDA UMNO ini.

1. Buat diari harian untuk "task force khas" mengunjungi semua Surau yang ada dalam Bahagian Seremban, dan lawat beberapa lokasi strategik sekitar Surau tersebut. Antaranya Tandas, Tempat Wuduk, Kebersihan lantai dalaman, keindahan lanskap dan sisi-sisi cermin dan pintu Surau. Koleksi kitab dan risalah ilmu yang ada dalam Surau. Tahap keusangan dan keuzuran tertentu surau tersebut.

2. Buat diari untuk berkunjung ke Semua Masjid dalam Bahagian Seremban. Lakukan gerakan yang sama di atas dan beri tumpuan kepada kawasan Audio dan Sistem Visual, Mimbar dan Celahan Daun Pintu, Mimbar dan sebagainya.

3. Buat lawatan ke Semua premis Balairaya di Bahagian Seremban.

4. Buat lawatan ke Semua premis Padang dan Tapak Rekreasi dalam Bahagian Seremban.

5. Pergi melihat dengan mata kepala sendiri, di semua premis Pasar Rakyat dalam Bahagian Seremban, buat proses pemantauan Harga, tanya dan kaji bagaimana Harga Di Tentukan Oleh Pemborong atau Cartel Pembekal!

6. Semua Urusetia Zon buat kerja lapangan. Tak cukup RM, buat belanjawan Mengurus dan kaji bagaimana boleh memperoleh sejumlah RM untuk merancak gerakan Pemuda! Bukan pulun kerja kontrak, belakang makan habis sampai tertonggeng... Setiap 5% disumbang kepada Tabung Tadbir Urus PEMUDA UMNO Bahagian Seremban...

7. Setiap Urusetia Zon buat senarai semak dan laporan bergambar dan bertulis yang memberi justifikasi. Inilah kaedah penaklukan PRU-13.

8. Mesti ada aktiviti ILMU Bulanan secara Massa. Dengan himpunan jadual yang menarik dan pembicara Ilmu yang berkesan. Ini penting untuk mendapat cahaya ILMU dan pendekatan TAWANAN KALBU amat strategik.

9. Mesti buat hubungan komunikasi bijaksana dengan Semua YBM dan YBTM, juga semua Ketua Jabatan Persekutuan dan Negeri, agar banyak isu rakyat beres dan diperjelas.

10. Buat misi Kunjungan Hormat kepada DYMM Yam Tuan Besar, agar dapat memberi perspektif baru kepada DYMM. Pemuda UMNO Bahagian Seremban sebagai barisan kepimpinan bertali dan bersedi Adat.

11. Buat misi Kunjungan Hormat kepada Datuk Undang Kelana Putra, Luak Sungai Ujong.

12. Buat misi "Nostalgia UMNO 63 tahun Seremban" dengan mengadakan pertemuan ehsan budi bakti kepada semua mantan Ketua Bahagian Seremban, Ketua Pemuda Bahagian, Ketua Wanita, Veteran UMNO yang banyak menyumbang amal bakti kepada UMNO Seremban termasuk mantan-mantan YAB Menteri Besar.

13. Buat misi "Mengangkasa Pemuda UMNO" dengan mengadakan latihan-latihan kepemimpinan dengan BTN, IIM, JASA, MKN, JAKIM, ATM, PDRM, KBS, JPAM DAN SMART.

14. Pemuda UMNO Bahagian Seremban tubuhkan Pasukan BOMBA Sukarela UMNO Seremban, 1 x Kompeni Askar Wataniah 508 Rej 1, Pasukan Polis Sukarela Seremban, Pasukan Pertahanan Awam 991 JPAM Seremban, Pasukan Rela Bahagian Seremban, Pasukan Penyelamat Khas SMART Seremban... Ini semua merupakan pasukan sukarela yang berorientasi ilmu dan berhak menerima saguhati latihan sebagainya...termasuk markas-markas taktikal untuk diwujudkan.

15. Pemuda UMNO Bahagian Seremban wajar berfikir untuk membina Kumpulan Pemikir Pemuda untuk Tugasan Khas Perisikan, Kumpulan Pemidato Pemuda, Kumpulan Usahawan Melayu yang berJATI DIRI tinggi untuk membantu selesai kemaslahatan ummah di Seremban, pasukan Ronda Masalah Rakyat, dan Kumpulan Khidmat Sosial Belia... Semua ini boleh dilaksana dengan iltizam dan rangka kerja, dasar, strategi dan geran duit ringgit Permulaan yang baik daripada usahawan dan anak Melayu yang sudi menderma dan menyumbang.

16. Inilah "Doktrin atau Kertas Putih 20 tahun Pemuda Bahagian Seremban". Kata mesti di Kota. Kita boleh melihat prestasi yang boleh dibangga dengan penglibatan ramai pihak, bukan sahaja anak Melayu malah anak-anak bangsa lain di Malaysia.

17. Pemuda UMNO mesti bukan sahaja boleh BERSILAT, tetapi boleh juga BERSILAP dan BERSILAU. Dalami ilmu keGayungan "SILAT, SILAP, SILAU"...Moga Allah s.w.t. memberi rahmat dan menempat Almarhum Guru Hj Abdul Rahman, di kalangan para solihin dan syahid...Amin

Kaedah kita perlu berubah.....

Bagaikan suatu fenomena apabila melihatkan keputusan PRU-12 dan keputusan-keputusan PRK di mana dapat dilihat bahawa sokongan orang Melayu kepada BN kian mengurang. Peti undi-peti undi yang majoritinya pengundi Melayu mula menunjukkan corak undi “terbelah dua” di mana separuh mengundi calon BN dan separuh lagi mengundi pihak lawan walhal pada pilihanraya-piihanraya sebelum ini peti-peti undi inilah tradisinya yang menjamin kemenangan calon BN. Bila berlakunya fenomena ini,ditambah lagi corak sokongan pengundi bukan Melayu , maka kita mula lihat kejatuhan kawasan-kawasan tradisi BN ke pihak lawan.

Pada hakikatnya fenomena ini berlaku hampir di seluruh negara dan tidak terkecuali di kawasan Parlimen Seremban yang telah menyaksikan kawasan Ampangan dan Sikamat yang sebelum PRU 12 dianggap sebagai “kawasan selamat BN” jatuh ke tangan pihak pembangkang.

Berbagai teori dan pandangan terkeluar dari mulut pelbagai pihak akibat kejatuhan dua kawasan ini. Ada yang mengatakan ini disebabkan pengundi saluran 5 dan 6 (pengundi muda dari julat umur 21 hingga 40) telah terpengaruh dengan dakyah pembangkang yang mudah diterima melalui tulisan blog yang membanjiri alam siber,lantas mereka mengundi pembangkang.

Mungkin ada kebenarannya tetapi ini seolah –olah mencari alasan dan sebab kekalahan sekaligus mahu menjustfikasi punca kekalahan kerana faktor di luar kawalan.

Persoalannya benarkah begitu? Pernah kah kita UMNO di Bahagian Seremban khususnya mencerminkan diri untuk memeriksa kalau-kalau punca kekalahan ini datang dari kita sendiri?

Pernahkah kita sedar kita berlagak selesa dan terasing dari masyarakat hinggakan masyarakat merasakan UMNO tidak mahu ambil tahu permasalahan mereka?. Dalam UMNO pulak kita menyangkakan tanggungjawab mendampingi rakyat boleh kita serahkan 100% kepada wakil rakyat kita manakala kita sibuk ber “politicking” sesama kita dan buat program “syok sendiri” sehingga kita lupa kehendak dan permasalahan masyarakat sekeliing kita.

Bolehkah pemuda berbangga dengan program bolasepak, takraw atau bowling sahaja?Bolehkah program ini menarik minat masyarakat kepada UMNO dan memberi sokongan kepada UMNO? Tak semua golongan muda boleh bermain bola, bermain takraw dan bowling. Golongan muda berjulat umur 21 hingga 40 tahun ini adalah golongan yang sedang berjuang untuk membina kehidupan dan sudah tentu mereka menghadapi masalah dalam perjuangan tersebut. Bolehkah permasalahan mereka selesai dengan bermain bola,takraw atau bowling?Apabila Pemuda UMNO tidak peka dengan masalah mereka, mereka akan menjauhkan diri.Bila pihak pembangkang tampil dengan gaya dan imej memperjuangkan masalah rakyat, terus sahaja golongan muda ini tertarik walaupun ramai yang tahu pihak pembangkang ini sebenarnya tidak berupaya berbuat apa-apa pun. Namun dek kerana UMNO juga tak mahu tahu masalah orang muda , mereka berpendapat baik mereka sokong sahaja pembangkang. Tak rugi apa pun!

Kaedah kita perlu berubah. Di Seremban,sepatutnya UMNO berupaya dan boleh membantu orang Melayu dengan berkesan. UMNO berupaya membantu dengan saluran yang disediakan oleh Kerajaan BN seperti bantuan pinjaman TEKUN, Skim Rumah Mesra Rakyat SPNB , PPRT dan banyak lagi.

Mari kita buat pungutan suara orang ramai tentang beberapa saluran bantuan ini. Adakah perlaksanaan bantuan ini dapat dijalankan dengan berkesan? Persoalan yang timbul adalah:

1. Perlukah nak buat pinjaman TEKUN wajib berjumpa dan di temuramah oleh Ketua UMNO Bahagian di Pantai selepas waktu sembahyang Jumaat?
2. Perlukah si suami buat ikrar untuk tidak berkahwin lain di depan Ketua UMNO Bahagian apabila isteri memohon pinaman TEKUN?.
3. Perlukah seseorang Melayu itu menjadi ahli UMNO sebelum pinjaman TEKUN boleh dipohon?
4. Perlukah rapat dengan pengikut Ketua Bahagian bagi memastikan pinjaman TEKUN itu diluluskan?
5. Adakah menjadi suatu kerja kepada Ketua UMNO Bahagian utuk melawat tempat perniagaan pemohon sebagai syarat wajib permohonan diproses?
6. Berapakah jangka masa pemprosesan? Banyak janji-janji diberikan tetapi dah hampir 3 bulan masih belum diluluskan.

Semua perkara ini nampak lucu tetapi inilah HAKIKATNYA berlaku di Seremban!



Perlu dinyatakan disini PINJAMAN TEKUN adalah untuk membantu orang Melayu ,tidak kira ahli UMNO atau tidak, bukannya nak menyusahkan orang Melayu! Ini perlu berubah. UMNO harus permudahkan saluran bantuan bukan menyusahkan! Sebahagian besar persoalan itu tidak sepatutnya timbul kerana ianya langsung bukan merupakan syarat untuk permohonan bantuan TEKUN diluluskan. Kalau ini tidak berubah orang Melayu rela meminjam kepada Ah Long. Dalam 48 jam boleh dapat duit walaupun akhirnya mereka sendiri terjerat.Dalam keadaan ini adakah kita masih boleh berharap orang Melayu masih mahu menyokong UMNO?




Rumah SPNB

Dalam permohonan Rumah SPNB pula, kaedah yang digunapakai adalah bakal pemohon perlu ditemuramah dahulu oleh Ketua UMNO Bahagian (selalunya di di Pantai selepas waktu sembahyang Jumaat ) sebelum dapat borang permohonan.Perlukah prosedur sedemikian? Ramai yang memohon, dah pun ditemuramah tapi hasilnya tiada. Bila lihat anakbuah kepada Ketua Wanita boleh dapat skim itu dan bila anak Setiausaha Kerja sampai dapat 2 buah rumah SPNB,orang mula membuat tohmahan yang bukan-bukan dan selalunya berjaya mewujudkan kebencian orang pada UMNO. Kata-kata “orang UMNO ni lopehkan tokak sendiri yo” menjadi terlalu bingit untuk didengar.

Hakikatnya, kaedah kita perlu berubah. UMNO tidak kira peringkat bahagian,pemuda atau puteri seharusnya berperanan sebagai pemudahcara memudahkan saluran bantuan kepada golongan yang memerlukan. Kita kena buang kaedah-kaedah “birokrasi omokan” yang menyusahkan orang Melayu sendiri.

Untuk tawan semula hati orang Melayu khususnya golongan muda, kaedah kita perlu berubah!

" Jika benar kita telah menyimpang dari roh dan semangat asal perjuangan suci UMNO,maka haruslah kta berubah dan balik semula ke pangkal jalan. Kita bawa semula UMNO menyelusuri landasan sebenar.Untuk itu, kita perlukan barisan pemimpin yang berupaya lagi mengupayakan:pemimpin yang berani berubah dan sanggup menerima perubahan:yang berani menegur dan terbuka pula menerima teguran"

petikan ucapan YAB Dato' Sri Mohd Najib bin Hj Tun Abdul Razak dalam ucapan perasmian Persidangan Serentak Wanita,Pemuda dan Puteri 2008