Saturday, May 9, 2009

Kaedah kita perlu berubah.....

Bagaikan suatu fenomena apabila melihatkan keputusan PRU-12 dan keputusan-keputusan PRK di mana dapat dilihat bahawa sokongan orang Melayu kepada BN kian mengurang. Peti undi-peti undi yang majoritinya pengundi Melayu mula menunjukkan corak undi “terbelah dua” di mana separuh mengundi calon BN dan separuh lagi mengundi pihak lawan walhal pada pilihanraya-piihanraya sebelum ini peti-peti undi inilah tradisinya yang menjamin kemenangan calon BN. Bila berlakunya fenomena ini,ditambah lagi corak sokongan pengundi bukan Melayu , maka kita mula lihat kejatuhan kawasan-kawasan tradisi BN ke pihak lawan.

Pada hakikatnya fenomena ini berlaku hampir di seluruh negara dan tidak terkecuali di kawasan Parlimen Seremban yang telah menyaksikan kawasan Ampangan dan Sikamat yang sebelum PRU 12 dianggap sebagai “kawasan selamat BN” jatuh ke tangan pihak pembangkang.

Berbagai teori dan pandangan terkeluar dari mulut pelbagai pihak akibat kejatuhan dua kawasan ini. Ada yang mengatakan ini disebabkan pengundi saluran 5 dan 6 (pengundi muda dari julat umur 21 hingga 40) telah terpengaruh dengan dakyah pembangkang yang mudah diterima melalui tulisan blog yang membanjiri alam siber,lantas mereka mengundi pembangkang.

Mungkin ada kebenarannya tetapi ini seolah –olah mencari alasan dan sebab kekalahan sekaligus mahu menjustfikasi punca kekalahan kerana faktor di luar kawalan.

Persoalannya benarkah begitu? Pernah kah kita UMNO di Bahagian Seremban khususnya mencerminkan diri untuk memeriksa kalau-kalau punca kekalahan ini datang dari kita sendiri?

Pernahkah kita sedar kita berlagak selesa dan terasing dari masyarakat hinggakan masyarakat merasakan UMNO tidak mahu ambil tahu permasalahan mereka?. Dalam UMNO pulak kita menyangkakan tanggungjawab mendampingi rakyat boleh kita serahkan 100% kepada wakil rakyat kita manakala kita sibuk ber “politicking” sesama kita dan buat program “syok sendiri” sehingga kita lupa kehendak dan permasalahan masyarakat sekeliing kita.

Bolehkah pemuda berbangga dengan program bolasepak, takraw atau bowling sahaja?Bolehkah program ini menarik minat masyarakat kepada UMNO dan memberi sokongan kepada UMNO? Tak semua golongan muda boleh bermain bola, bermain takraw dan bowling. Golongan muda berjulat umur 21 hingga 40 tahun ini adalah golongan yang sedang berjuang untuk membina kehidupan dan sudah tentu mereka menghadapi masalah dalam perjuangan tersebut. Bolehkah permasalahan mereka selesai dengan bermain bola,takraw atau bowling?Apabila Pemuda UMNO tidak peka dengan masalah mereka, mereka akan menjauhkan diri.Bila pihak pembangkang tampil dengan gaya dan imej memperjuangkan masalah rakyat, terus sahaja golongan muda ini tertarik walaupun ramai yang tahu pihak pembangkang ini sebenarnya tidak berupaya berbuat apa-apa pun. Namun dek kerana UMNO juga tak mahu tahu masalah orang muda , mereka berpendapat baik mereka sokong sahaja pembangkang. Tak rugi apa pun!

Kaedah kita perlu berubah. Di Seremban,sepatutnya UMNO berupaya dan boleh membantu orang Melayu dengan berkesan. UMNO berupaya membantu dengan saluran yang disediakan oleh Kerajaan BN seperti bantuan pinjaman TEKUN, Skim Rumah Mesra Rakyat SPNB , PPRT dan banyak lagi.

Mari kita buat pungutan suara orang ramai tentang beberapa saluran bantuan ini. Adakah perlaksanaan bantuan ini dapat dijalankan dengan berkesan? Persoalan yang timbul adalah:

1. Perlukah nak buat pinjaman TEKUN wajib berjumpa dan di temuramah oleh Ketua UMNO Bahagian di Pantai selepas waktu sembahyang Jumaat?
2. Perlukah si suami buat ikrar untuk tidak berkahwin lain di depan Ketua UMNO Bahagian apabila isteri memohon pinaman TEKUN?.
3. Perlukah seseorang Melayu itu menjadi ahli UMNO sebelum pinjaman TEKUN boleh dipohon?
4. Perlukah rapat dengan pengikut Ketua Bahagian bagi memastikan pinjaman TEKUN itu diluluskan?
5. Adakah menjadi suatu kerja kepada Ketua UMNO Bahagian utuk melawat tempat perniagaan pemohon sebagai syarat wajib permohonan diproses?
6. Berapakah jangka masa pemprosesan? Banyak janji-janji diberikan tetapi dah hampir 3 bulan masih belum diluluskan.

Semua perkara ini nampak lucu tetapi inilah HAKIKATNYA berlaku di Seremban!



Perlu dinyatakan disini PINJAMAN TEKUN adalah untuk membantu orang Melayu ,tidak kira ahli UMNO atau tidak, bukannya nak menyusahkan orang Melayu! Ini perlu berubah. UMNO harus permudahkan saluran bantuan bukan menyusahkan! Sebahagian besar persoalan itu tidak sepatutnya timbul kerana ianya langsung bukan merupakan syarat untuk permohonan bantuan TEKUN diluluskan. Kalau ini tidak berubah orang Melayu rela meminjam kepada Ah Long. Dalam 48 jam boleh dapat duit walaupun akhirnya mereka sendiri terjerat.Dalam keadaan ini adakah kita masih boleh berharap orang Melayu masih mahu menyokong UMNO?




Rumah SPNB

Dalam permohonan Rumah SPNB pula, kaedah yang digunapakai adalah bakal pemohon perlu ditemuramah dahulu oleh Ketua UMNO Bahagian (selalunya di di Pantai selepas waktu sembahyang Jumaat ) sebelum dapat borang permohonan.Perlukah prosedur sedemikian? Ramai yang memohon, dah pun ditemuramah tapi hasilnya tiada. Bila lihat anakbuah kepada Ketua Wanita boleh dapat skim itu dan bila anak Setiausaha Kerja sampai dapat 2 buah rumah SPNB,orang mula membuat tohmahan yang bukan-bukan dan selalunya berjaya mewujudkan kebencian orang pada UMNO. Kata-kata “orang UMNO ni lopehkan tokak sendiri yo” menjadi terlalu bingit untuk didengar.

Hakikatnya, kaedah kita perlu berubah. UMNO tidak kira peringkat bahagian,pemuda atau puteri seharusnya berperanan sebagai pemudahcara memudahkan saluran bantuan kepada golongan yang memerlukan. Kita kena buang kaedah-kaedah “birokrasi omokan” yang menyusahkan orang Melayu sendiri.

Untuk tawan semula hati orang Melayu khususnya golongan muda, kaedah kita perlu berubah!

" Jika benar kita telah menyimpang dari roh dan semangat asal perjuangan suci UMNO,maka haruslah kta berubah dan balik semula ke pangkal jalan. Kita bawa semula UMNO menyelusuri landasan sebenar.Untuk itu, kita perlukan barisan pemimpin yang berupaya lagi mengupayakan:pemimpin yang berani berubah dan sanggup menerima perubahan:yang berani menegur dan terbuka pula menerima teguran"

petikan ucapan YAB Dato' Sri Mohd Najib bin Hj Tun Abdul Razak dalam ucapan perasmian Persidangan Serentak Wanita,Pemuda dan Puteri 2008

2 comments:

Anonymous said...

Memang orang UMNO macam tu! Cubo kau tengok Sahak tu. Dah X jadi wakil rakyat baru nak sibuk tengok masalah rakyat. Heboh jaja rumah PPRT kat orang kampung. Maso jadi wakil rakyat dulu sibuk dengan kroni ee ajo!Nak berubah Sahak tu mesti pencen atau dipencenkan dari jawatan Ketua Bahagian

anak pantai said...

sahak penipu dan akan terus menipu untuk idup dlm politik.