Sunday, May 17, 2009

Kenape bang? Tak Percaya ke?

“Huh! Tak percaya aku pemuda Seremban ini nak buat kerja –kerja amal!”kata seorang Ahli Jawatankuasa UMNO sebuah cawangan di Ampangan.

Perkataan ini termuntah secara spontan dari mulut seorang yang boleh dikatakan Veteran dalam UMNO Bahagian Seremban apabila seorang ketua pemuda cawangan yang terlibat menjalankan kerja Program Amal Jariah membaiki rumah penduduk yang telah usang,cuba menjelaskan kerja –kerja amal yang dibuatnya bersama beberapa lagi ahli pemuda di rumah penduduk tersebut kepada Veteran UMNO tersebut.

Mungkin kalau dibentangkan gambar-gambar kerja-kerja program amal jariah dan gotong royong Pergerakan Pemuda UMNO Bahagian Seremban setakat ini , veteran UMNO tersebut mungkin pengsan kerana terkejut!

Kenapa bang? Tak percaya ke Pemuda Umno boleh buat begitu? Seharusnya sebagai seorang yang boleh dianggap Veteran UMNO memberikan galakan dan semangat, bukan mengeluarkan kata-kata yang bernada melekehkan atau mempertikaikan usaha amal pemuda UMNO Bahagian Seremban.

Mungkin juga sebelum ini kepimpinan Pergerakan Pemuda UMNO Bahagian jarang turun padang mendekati orang-orang kampung dan ini telah membina satu kerangka minda (mind set) dalam benak Veteran UMNO ini bahawa pemuda UMNO tidak mahu membuat kerja-kerja amal untuk masyarakat!

Ketua Pergerakan Pemuda UMNO Bahagian Seremban , Sdr Ekhsan menekankan “KITA HARUS MEMASYARAKATKAN UMNO INI UNTUK UMNO INI TERUS RELEVAN……..dan berikut adalah bukti manifestasi penekanan tersebut!

Gerakkerja gotong royong dan amal jariah di Kg Mendom,Lenggeng



Naib Ketua Pemuda UMNO Cawangan Mendom, Sdr Azizul menyerahkan sumbangan kepada Nenek Zahariah ,80 tahun disaksikan oleh Pen Setiausaha Pemuda dan rakan-rakan Jawatankuasa Pergerakan Pemuda UMNO Bahagian Seremban

Memetik kata-kata Datuk Sri Mohd Najib ketika memberikan ucapan Perasmian Serentak Persidangan Wanita, Pemuda dan Puteri Malaysia 2008;

“…UMNO juga akan menjadi hebat jika budaya merendah diri dan sikap suka berkhidmat kepada masyarakat menjadi amalan ahli-ahlinya. UMNO akan menjadi lebih kukuh jika ahli-ahli UMNO berhenti mempersoalkan apa yang mereka boleh dapat dari parti, sebaliknya apakah sumbangan mereka kepada agama, bangsa dan negara melalui UMNO.

Lalu, sewajibnya dikikis serta dibuang jauh,imej serta tanggapan bahawa pimpinan UMNO kini elitis dan terasing dari dakapan rakyat. Pemimpin UMNO mestilah cekap menafsir apakah hasrat dan apa sebenarnya berlaku di kalangan masyarakat. Janganlah kita “ seperti kaduk naik junjung” seraya lupa bahawa UMNO itu adalah parti akar umbi.

Lupa akan hakikat UMNO itu,parti yang lahir daripada semangat membara rakyat kebanyakan . INSAFLAH, di jemala UMNO terjunjung amanah membela untung nasib rakyat……”

Khas kepada Veteran UMNO tersebut, ambillah kata-kata Datuk Sri Mohd Najib ini jadi panduan…

0 comments: