Wednesday, May 6, 2009

Setakat Ini Apo Di Buek dek Pemuda Soromban?


Pergerakan Pemuda UMNO Bahagian Seremban mengumpul derma kilat untuk disumbangkan ke Tabung GAZA bagi membantu rakyat Palestine yang diserang dengan kejam oleh Rejim Israel. Derma terkumpul adalah sebanyak RM 5000-00 dan sumbangan di sampaikan kepada Utusan Media ........

Menyertai protes Badan Bertindak Melayu Negeri Sembilan yang memprotes tindakan Karpal Singh mahu menyaman Sultan Perak.......

Mendekati para belia dalam usaha mewujudkan satu pertubuhan belia untuk setiap komuniti atau kampung.....


Mendengar permasalahan rakyat dan dalam kes ini mendengar rintihan pihak pengelola Pertubuhan Anak Yatim Darul Aminan tentang masalah yang dihadapi mereka demi menjaga dan mendidik anak yatim jagaan mereka.


Menziarah kepada mereka yang kurang berkemampuan dan memberi sedikit sumbangan dibawah program Amal Jariah....

Melawat rumah penduduk yang daif dalam usaha untuk menyampaikan bantuan dana amal jariah di bawah program Amal Jariah.

Baru-baru ini pihak Majlis Perbandaran Seremban bersetuju utuk pihak PergerakanPemuda untuk terlibat dalam usaha membasmi kemiskinan bandar dibawah Program Pembasmian Kemiskinan Bandar. InsyaAllah Pemuda akan terus berusaha untuk mendampingi serta membantu rakyat.

2 comments:

Anonymous said...

Ok gak budak pemuda sban ni

pengundi lenggeng said...

bukan ok tapi cemerlang