Monday, June 22, 2009

Tak kan sikit punye pasal nak letak jawatan?

Cawangan Kg Bahagia Jiboi bermesyuarat pada 21-06-2009. Mesyuaratnya berjalan seperti biasa. Suatu perkara yang dilihat di mesyuarat cawangan ini adalah ianya tidak dihadiri oleh ketua cawangannya sendiri Sdr Zaki bin Talib. Bila dirisik-risik, taulah cerita ketua cawangan ni dah letak jawatan.

Persoalannya, kenapa letak jawatan. Ceritanya dia letak jawatan sebagai protes perlantikan semula Hj Ujang Bulat sebagai Ketua JKKK Kg Bahagia Jiboi.Cerita ini disamaikan sendiri oleh Ketua Pemudanya Sdr Shahfuddin.

Takan pasal tu aje? Tau Sdr Zaki ini cadangkan orang lain jadi Ketua JKKK. Tapi rezeki Hj Ujang tu masih ada. Takan kecewa pasal tu terus letak jawatan?

Sdr Zaki ni KERISMUDA dah lama kenal. Orang berpelajaran! Tapi kenapa terlalu emosional hingga letak jawatan. Adakah perjuangan seorang ketua cawangan hanya kerana nak letakkan seseorang ke jawatan Ketua JKKK?

Dalam UMNO kita boleh cadangkan sesiapa jadi Ketua JKKK. Tapi kuasa melantik JKKK muktamad pada MB. Takan Sdr Zaki tak tau?

Sdr Shahfuddin galak menghentam MB khususnya pasal perlantikan Ketua JKKK oleh MB. Bercakap ketidakpuashatian ikut saluran tak salah. Tapi jangan hingga orang lihat seolah-olah seperti anjing menyalak bukit!

Seperti yang dikatakan tadi ini semua rezeki.Kita yang jadi pemimpin UMNO jangan janji yang bukan-bukan kepada orang,bila tak menjadi kita malu sendiri!

KERISMUDA harap pemimpin UMNO lihat medan perjuangan dalam pandangan yang makro jangan jumud memandang membesarkan perkara yang kecil

4 comments:

anak kg bahagia jiboi said...

zaki ni dulu hentam sahak macam tak cukup tanah tapi kini dah jadi orang suruhan sahak pasal nak hidup konon2nya nak jadi pendekar kepada 2 dato penipu bangsa selama ini. sahak dan zakaria. apa nak herankan beb!!! UMNO bukan individu tapi parti orang melayu mengadu nasib bukannya nasib org yang tiada jatidiri. letaklah jwtn ajk bahagian sekali kalau sungguh ada prinsip atau sekadar wayang tinggi ikut nasihat 2 penipu tu. zaki org muda dan terpelajar dan tak seharusnya tertipu dan mengikut telunjuk bekas 2 pemimpin penipu tu? ghontikanlah ikut skrip lamo sahak dan zakaria tu.

Anonymous said...

Sahabat Semua ...

Dalam politik ...tak ada permanent enemy dan tak ada permanent friend. Itu perkara nombor satu yang semua wannabe politican kena tau. Apa sebab dia marah, tak payahlah kita nak kaji.

Dalam ketika kita dalam keadaan yang amat lemah, kita harus berhati-hati dalam memilih pemimpin. Ini bukan masanya nak memperkuatkan politik individu. Kita mesti pilih, samada ketua UMNO ataupun ketua kampung yang accessible dan disenangi oleh rakyat dan boleh menyelesaikan masalah rakyat. Kalau nak main politik je sepanjang masa, tunggulah 2013, Anthony Loke, Taufik, Aminuddin ataupun Cikgu Rashid (kalau panjanglah umur dia) menunggu je nak jadi MB Negeri Sembilan.

Penat

Anonymous said...

Aku rasa lak, kalau nak kecewa letak jawatan baik tak yah politik. Baik hisap tetek bini kat rumah!X yah bertanding langsung 2008 ari tu!

Anonymous said...

sebenarnya Zaki tu jadi ketua pun bukan sebab dia baguih tapi orang Jiboi hormat arwah bapak dia i.e. arwah Cikgu Talib, former Ketua UMNO Jboi, sepatutnya selapas arwah Cikgu Talib meninggal Haji Ujang yang jadi Ketua tapi Zaki nak lawan gak dengan Haji Ujang…tapi disebabkan Haji Ujang rapat sangat dengan arwah Cikgu Talib dia tarik diri dan bagi Zaki jawatan tu..so Zaki nie menang tanpa bertanding lah….kurang ajar tak kurang ajar Zaki nie..masa dia bagi nomination list untuk jawatan Ketua JKKK, nama Haji Ujang langsung takde…tapi MB tau yang mana kaca yang mana intan…tapi dengar2 dia tarik balik perletakan jawatan Ketua UMNO tu…manusia2 macam nie lah yang membuatkan UMNO terus lemah