Thursday, August 20, 2009

Bersama Bapak Achmad (baju biru) di Hotel Grand Pavillion Kuala Lumpur.

Minggu lalu kebetulan semasa KERISMUDA bertugas di Kuala Lumpur, KERISMUDA berpeluang untuk bertemu dengan seorang tetamu dari Jakarta. Setelah berkenalan barulah KERISMUDA tahu bahawa tetamu dari Jakarta ini bukanlah sembarangan orang. Rupa-rupanya beliau adalah Ahli Dewan Perwakilan Rakyat (DPR) Parlimen Republik Indonesia (Ahli Parlimen Indonesia). Beliau juga adalah anggota Komisi VII: ENERGI SUMBER DAYA MINERAL,RISET DAN TEKNOLOGI,LINGKUNGAN HIDUP (Mengikut struktur pentadbiran di Indonesia, Komisi-Komisi ditubuhkan untuk membantu Kerajaan Indonesia meneliti,memantau dan memberikan cadangan tindakan kepada Kerajaan tentang isu permasalahan dan pembangunan dalam bidang berkaitan. Di Malaysia Komisi ini serupa dengan apa yang kita panggil Suruhanjaya).

Tuan Achmad atau lebih mesra dipanggil “ Bapak Achmad” datang ke Malaysia kerana menguruskan urusan kemasukan anaknya yang ingin menyambung pelajarannya di Institut Lim Kok Wing. Namun apa yang menarik dalam pertemuan dengannya selama 2 jam adalah pandangannya yang mendalam tentang politik di Asia Tenggara khususnya di Malaysia dan di Indonesia.

Dalam perbualan bersama dengan Bapak Achmad dapat dilihat bahawa Bapak Achmad ini amat arif tentang perkembangan politik di Malaysia. Dia turut menyentuh tentang Gerakan Mansuhkan ISA (GMI) dan mengatakan bahawa ada pihak yang sengaja mahu mengaitkan Kerajaan Malaysia ini sebagai kerajaan yang zalim kerana melaksanakan ISA.Menurutnya undang-undang seperti ISA adalah perlu demi untuk membendung kegiatan seperti kegiatan pengganas dan demi untuk menjaga keamanan di dalam negara.

Katanya, mengapa bisa dilihat kejadian pengeboman berlaku di Indonesia di kawasan yang dikunjung oleh wisata (pelancong) sedangkan di Kuala Lumpur juga wujud kawasan-kawasan sedemikian. Kalau di Malaysia mana-mana orang yang cuba beli bahan letupan, Pihak Polisi (Pihak Polis) akan segera mengetahuinya.Di Indonesia dahulu ada undang-undang seumpama ISA tetapi telah dimansuhkan atas nama demokrasi dan “human rights”. Sekarang kerana tiadanya undang-undang seumpama itu membisakan orang yang ektrimis seperti Noordin Mat Top , Azahari duduk bersembunyi di Indonesia.

Beliau juga menyatakan tidak terkejut apabila di Malaysia orang bukan Islam mempertikaikan hak orang Islam., rakyat mula biadap kepada Raja dan pemerintah. Menurut beliau Indonesia sudah mempunyai pengalaman sebegitu. Lihat sahaja tragedi di Ambon iaitu pergaduhan antara orang Islam dan Kristus. Begitu juga di Aceh. Beribu-ribu nyawa telah melayang kerana pergaduhan tersebut. Sekiranya dikaji semula dilihat ada usaha pihak luar yang cuba memporak peranda keadaan dalam negara yang aman . Pihak luar ini seharusnya menggunakan orang dalam negara sendiri untuk merealisasikan agendanya. Mereka gunakan slogan yang sama “Demokrasi”! “Human Rights”! dan berusaha membangkitkan kemarahan rakyat kepada pemerintah. Perkara inilah yang berlaku di Indonesia sehingga terjadinya kejatuhan kepimpinan Bapak Suharto.Sejak itu Indonesia sudah ada 5 orang Presiden dalam tempoh 15 tahun. Ini menunjukkan ketidakstabilan keadaan kepimpinan di Indonesia.

Kenapa berlaku sedemikian? Menurut Bapak Achmad, jawapannya amat mudah.Indonesia mempunyai orang Islam teramai di rantau ini. Kedua teramai berada di Malaysia. Pihak luar tidak mahu melihat orang Islam dapat menguasai rantau ini atau mana-mana rantau pun di dunia ini. Siapakah pihak ini? CIA, Yahudi ? Semuanya mungkin! Katanya bacalah kalam Allah SWT dalam surah Al Baqarah ayat 120!

KERISMUDA teringat cerita rakan-rakan yang pulang berkempen dari Manik Urai. Menurut mereka semasa berhenti minum di Kg Pahi, Manik Urai Kelantan, mereka melihat seorang kanak-kanak sekolah rendah sedang menconteng gambar Pak Lah dan gambar Duli Yang Maha Mulia YDPA. Apabila anak kecil ini ditanya mengapa dia berbuat begitu, jawabnya mudah: CIKGU YANG SURUH!


Gambar yang sempat dirakam dari buku sekolah kanak-kanak di Kg Pahi, Manik Urai, Kelantan

Disini dapat dilihat anak yang masih kecil telah diajar untuk membenci pemimpin negara dan Raja yang memerintah! Sesuatu yang TIDAK BOLEH DIMAAFKAN!! Adakah ini bibit-bibit permulaan seperti yang di alami oleh Indonesia?

KERISMUDA merasakan bahawa cabaran untuk mengekalkan kepimpinan Melayu yang berteraskan Islam di tanahair tercinta ini akan menjadi lebih berat! Adakah kita sebagai pemuda bersedia untuk menggalas cabaran ini? Fikir-fikirkanlah bersama!

0 comments: