Thursday, August 27, 2009

KEBENARAN PASTI BERSAMA MEREKA YANG PENUH DGN SIFAT KESABARAN

Syabas dan tahniah buat abang Md Nur Awang atas apa yang telah diputuskan oleh mahkamah atas tuduhan yang telah dikenakan kepada beliau selama ini oleh mereka yang sengaja ingin melihat kehancuran UMNO atas desakan nafsu serakah dan hajat serta niat yang lebih busuk dari bangkai. Kami di Pergerakan Pemuda UMNO Seremban telah lama menjangkakan tiada apa yang bakal mensabitkan beliau atas tuduhan liar dan bermotif jahat bagi menganiaya beliau dalam proses pemilihan yang telah lepas tapi biarlah masa serta keputusan mahkamah menentukan segalanya akan kebenaran. Sempena hari dan bulan yang mulia ini, berkat kesabaran serta sokongan dan doa seluruh warga UMNO di Seremban yang senantiasa dahagakan arus perubahan, kebenaran telah di paparkan dengan izin ALLAH dan telah terbukti beliau telah dianiaya atas niat jahat segelintir manusia yang bernafsukan haiwan dan bertopengkan syaitan bagi menghalang beliau dari terus menerajui arus perubahan di Bahagian Seremban.



Sesungguhnya di dalam kehidupan yang sementara ini sudah sinonim yang pahit itu merupakan ubat manakala yang manis itu biasanya memudarat dan hari ini apabila mahkamah memutuskan bahawa beliau didapati tidak bersalah walaupun pahit pengalaman yang telah dilalui beliau. Apa pun saya mewakili rakan-rakan di dalam Pergerakan Pemuda UMNO Seremban berharap beliau tidak akan berputus asa dan kecewa atas apa yang telah berlaku dan anggaplah ianya sebahagian dari asam garam kehidupan dalam proses mendewasakan perjalanan politik dan kami tiada berbelah bahagi serta berdiri teguh menyokong penuh di hadapan beliau bagi meneruskan perjuangan yang belum selesai.



Kepada seluruh ahli Pergerakan Pemuda UMNO Seremban....ayuh kita berterusan gerakkan langkah dalam menghidupkan obor arus perubahan demi memartabatkan Agama, Bangsa dan Negara.



Hidup Md Nur!! Hidup UMNO!! Hidup Melayu!!





Shahrul Ekhsan Hj Osman