Saturday, August 29, 2009

KIBARKAN JALUR GEMILANG DENGAN BANGGA...

Tak sampai 48 jam lagi kita akan menyambut ulang tahun kemerdekaan negara ini kali ke 52. Walaupun pada tahun ini hari ulang tahun kemerdekaan jatuh dalam bulan Ramadhan namun ini tidak menjejaskan semangat dan kempen sambutan serta kempen mengibarkan Jalur Gemilang.

Dalam kempen menyambut Hari Kemerdekaan kita sering mengaitkan sambutan tersebut dengan mengibarkan bendera Malaysia. Dalam kesempatan ini elok juga kita tahu beberapa fakta tentang bendera Malaysia agar semasa kita mengibarkannya , kita dapat kibarkan dengan penuh bangga


Jalur Gemilang : 1963 hingga kini

Makna disebalik warna dan design

Bendera Malaysia yang juga dikenali sebagai Jalur Gemilang mempunyai 14 jalur putih dan merah (7 jalur putih dan 7 jalr merah) menggambarkan 13 negeri dan 1 wilayah Persekutuan yang bersatu di bawah Persekutuan yang di namakan Malaysia. Bintang yang berbucu 14 (Bintang Persekutuan) melambangkan kesatuan negeri-negeri bersama Persekutuan.Bulan sabit melambangkan Islam sebagai agama Persekutuan. Warna kuning melambangkan warna di raja Raja-Raja Melayu manakala warna biru melambangkan perpaduan rakyat di Malaysia.Lambang dan warna di bendera tersebut cukup menjelaskan kaitan antara Raja dan rakyat, Persekutuan dan negeri-negeri dan agama Islam yang dimartabatkan di negara ini.

Pencipta bendera Malaysia

Bendera Malaysia ini dicipta oleh Allahyarham Mohamed Hamzah seorang arkitek Melayu yang bekerja dengan Jabatan Kerja Raya . Bendera tersebut dicipta bagi pertandingan merekacipta bendera Persekutuan Tanah Melayu pada tahun 1947 bagi menggantikan bendera Federated Malay States yang digunakan ketika itu. Mohamed Hamzah yang pada ketika itu berumur 29 tahun telah memenangi pertandingan tersebut mengalahkan 372 penyertaan yang lain. Ciptaan asal Mohamed Hamzah menggambarkan bintang berbucu 5 bermakna negeri-negeri bersekutu iaitu Perak,Selangor,Pahang,Negeri Sembilan dan Johor.Namun selepas kemenangan beliau, Dato Onn Jaafar mencadangkan agar bintang tersebut dibuat agar berbucu 11 bagi melambangkan negeri-negeri Melayu yang bersetuju bersekutu dibawah Persekutuan

Allahyarham Mohamed Hamzah meninggal dunia pada 13-2-1993 pada umur 75 tahun di Kampung Melayu Majidee,Johor.

Bendera yang dicipta oleh Allahyarham Mohamed Hamzah pertama kali dikibarkan pada 26-5-1950 di Istana Selangor setelah King George VI meluluskan bendera itu sebagai bendera Persekutuan Tanah Melayu menggantikan yang lama. Bendera ini dikibarkan secara rasminya di dataran Merdeka menggantikan bendera Union Jack pada malam 31-8-1957 dan digunakan bendera tersebut digunakan sehingga 1963.Kemasukan Sabah dan Sarawak serta Singapura dalam gagasan Malaysia telah mengubah sedikit design bintang dan jalur.bintang tersebut diubah agar berbucu 14 dan jalur ditambah menjadi 14 jalur semuanya.Apabila Singapura keluar dari Malaysia design 14 jalur dan14 bucu dikekalkan dengan di wujudkan Wilayah Persekutuan


Bendera ciptaan Allahyarham Mohamed Hamzah, digunakan sejak 1950 hingga 1963


Bendera Negeri-Negeri Melayu Bersekutu 1896 hingga 1950

Pada tahun 1997, rakyat Malaysia telah dijemput untuk memberi nama kepada Bendera Malaysia dan dari keseluruhan penyertaan tersebut Tun Dr Mahathir (Perdana Menteri semasa itu) memilih nama JALUR GEMILANG.

Adab mengibarkan bendera

Semua rakyat Malaysia dianjurkan agar mengibarkan bendera semasa sambutan Hari Kemerdekaan . Sekiranya dkibarkan dirumah atau dipejabat ia mesti dikibarkan dengan cara menghalakan bendera ke arah jalanraya

Sekiranya dinaikkan bersama bendera negeri dan bendera persatuan atau organisasi, bendera Malaysia mesti dinaikkan ditengah dan dinaikkan lebih tinggi dari bendera-bendera lain.

Kesemua ini adalah bagi menghormati serta memuliakan bendera Malaysia sebagai Panji Negara.

Oleh itu kita sebagai rakyat Malaysia harus berbangga dan menghormati bendera Jalur Gemilang kerana ia adalah suatu gambaran maruah negara kita dan seharusnya maruah ini perlu dijaga dan dipertahankan.




Tindakan membakar bendera oleh penyokong PAS pada 9 September 2007 di Pantai Batu Burok Terengganu adalah sesuatu amat menyedihkan dan menghina maruah negara. Sudahlah diluar contohnya di Indonesia bendera Malaysia sewenang-wenang dibakar dan dipijak-pijak sekiranya ada isu antara 2 negara. Tetapi itu budaya rakyat di Indonesia yang mana hampir 2 juta rakyatnya mencari makan disini.. Semasa konfrontasi Indonesia - Malaysia tahun 1965 dahulu pernah sekumpulan pemuda merampas bendera Indonesia dari Kedutaan Indonesia dan mendesak Tunku Abdul Rahman memijak bendera tersebut. Namun Tunku enggan kerana menurutnya itu bukan budaya rakyat Malaysia dan rakyat Malaysia menghormati Panji negara lain walaupun negara itu terang-terangan mencabar kedaulatan Malaysia.Jelas memijak atau membakar bendera bukanlah budaya rakyat di Malaysia. Penyokong PAS ini wajar dan sepatutnya duduk di Indonesia kerana mereka yang mulakan budaya bakar bendera. Orang Malaysia tidak pernah bakar maruah mereka sendiri


Perilaku rakyat Indonesia menghina Malaysia berkaitan isu Ambalat. Bandingkan dengan perilaku penyokong PAS di Pantai Batu Burok 9-9-2007

Oleh itu,sempena Hari Kemerdekaan ini kibarkan Jalur Gemilang dengan bangga…

0 comments: