Monday, August 31, 2009

MAJLIS PENYERAHAN JALUR GEMILANG DUN AMPANGAN





Suatu majlis ringkas Penyerahan Jalur Gemilang di DUN Ampangan telah dlaksanakan di Pusat Khidmat Barisan Nasional di DUN Ampangan pada 30-09-2009 jam 9.30 pagi.

Bendera Jalur Gemilang tersebut telah disampaikan oleh EXCO Angkat bagi DUN Ampangan YB Dato’ Yunus Rahmat dan bendera-bendera Jalur Gemilang tersebut disampaikan kepada Pengerusi-Pengerusi JKKK dan para belia di DUN Ampangan.

YB Yunus Rahmat dalam ucapan ringkasnya menyeru agar semua penduduk di DUN Ampangan khususnya mengibarkan bendera sama ada di rumah atau di tempat perniagaan atau pejabat bagi melambangkan semangat bangga dan cintakan tanahair kita yang merdeka.

Selepas majlis ringkas tersebut YB Dato Yunus berkesempatan untuk mengunjungi kedai-kedai di Plaza Ampangan dan menyerahkan bendera Jalur Gemilang kepada peniaga untuk dikibarkan.

0 comments: