Sunday, August 23, 2009

Sedikit Peringatan di bulan Ramadhan...........

Termasuk hari ini,sudah 2 hari umat Islam di Negara ini mula menjalankan ibadat puasa sebagaimana yang disyariatkan dalam Al Quran.

Firman Allah SWT:


(Maksudnya) "Wahai orang-orang yang beriman telah diwajibkan ke atas kamu berpuasa sebagaimana telah diwajibkan ke atas umat-umat yang sebelum kamu semoga kamu menjadi orang-orang yang bertaqwa."
(Surah Al-Baqarah Ayat 183)

Sebagai sebuah negara yang memartabat Islam sebagai agama Persekutuan (rujuk Perkara 3 Perlembagaan Persekutuan) seluruh umat Islam di dalam negara ini diwajibkan berpuasa seperti yang disyariatkan. Perlu kita tekankan bahawa syariat dalam Surah Al Baqarah tersebut adalah untuk orang-orang beriman (Ya ayuhal lazi na aa manu kutiba alaikumussiyam...) namun Kerajaan di negara ini telah menguruskan agar seruan syariat ini dilaksanakan oleh seluruh umat Islam yang tinggal di Malaysia ini agar keimanan terhadap perintah Allah ini dan yang juga merupakan rukun Islam ke Tiga ini dilaksanakan oleh semua umat Islam di Malaysia....... termasuklah umat Islam yang berada di Kelantan,Kedah,Selangor dan Wilayah Persekutuan.

Tidak perlu lagi dimakumkan dan tidak perlu lagi di ceritakan bahawa Kerajaan yang ada sejak merdeka hingga sekarang ini adalah Kerajaan BN dan UMNO adalah tunjang kepada Kerajaan tersebut. Maka Kerajaan yang ditunjangi oleh UMNO inilah yang secara hakikatnya telah memartabatkan Islam malah meninggikan lagi seruan syariat Islam seperti dalam kalam Allah SWT dalam Surah Al Baqarah tersebut.

Tetapi ini tidak dilihat sebegitu oleh pemimpin yang bergelar "Mursyidul Am "atau yang berjolokan dengan nama "Tuan Guru". Malah beliau dengan secara terang-terangan mengatakan bahawa ISLAM CARA UMNO INI AKAN BAWA KE NERAKA!!!

Adakah dengan berusaha memartabatkan Islam dan meninggikan seruan syariat akan mengheret manusia ke neraka? Acapkali dalam Al Quran disebutkan Allah SWT menjanjikan syurga kepada manusia yang mengikut perintahnya dan yang bertaqwa kepadanya. Tidak ada dalam Al Quran di sebutkan Allah SWT menjanjikan "neraka" kepada mereka yang mengikut perintahnya dan yang bertaqwa kepadanya. ALLAH SWT MAHA ADIL DAN TIDAK PERNAH MEMUNGKIRI JANJI! Cuma Mursyidul Am yang memberikan gambaran sebaliknya!



Tuan Guru ini adalah pemimpin dan ahli kepada parti yang merupakan parti serpihan dari UMNO sendiri. Kalau kita imbas sejarah dapatlah kita memahami mengapa Tuan Guru ini boleh mengeluarkan kata-kata sedemikian:-


Fakta #1

Pada tahun 1962, PAS telah mengeluarkan fatwa mengkafirkan UMNO.UMNO dikatakan kafir kerana menubuhkan PERIKATAN dengan MCA dan MIC.Fatwa dikeluarkan oleh 3 ulama’ PAS iaitu Tok Guru Hj. Mat Nor Teliar (Setiausaha DewanUlama Pas),Tok Guru Hj. Mat Nor Selising (Penolong Setiausaha Dewan Ulama Pas) danTok Guru Hj. Umar Daud. Kesemuanya diberikan jolokan "TOK GURU". Akibat dari "Fatwa" ini berlaku perpecahan antara orang Melayu. Perkara ini terhenti apabila Majlis Raja-Raja Melayu kemudiannya telah mengharamkan pengkafiran UMNO oleh parti Pas ini.

Fakta # 2

Tuan Hj Abd Hadi Awang dalam ceramah politik beliau di Kampung Banggol Peradong,Kuala Terengganu pada 7-4-1981 telah mengeluarkan suatu amanat dan amanat tersebut berbunyi seperti berikut:-

"Sdra2 sekelian, percayalah kita menentang UMNO bukan kerana nama dia UMNO, kita menentang BN bukan kerana nama dia BN, kita menentang dia kerana dia mengekalkan peraturan kafir, mengekalkan peraturan jahiliah, oleh kerana itu kita menentang mereka, oleh kerana itu kita berjuang melawan mereka.

Percayalah, perjuangan kita adalah jihad, ucapan kita adalah jihad, derma kita adalah jihad dan kerana kita berjuang dengan puak-puak ini, kalau kita mati kerana berlawan ini, mati kita adalah syahid, mati kita adalah Islam.

Kita tak payah masuk Yahudi, kita tak payah masuk Kristian, kita tak payah masuk Hindu, kita tak payah masuk Buddha, tetapi kita menjadi kafir dengan mengatakan politik suku, agama suku….”

Ini dikenali sebagai amanat Hj Hadi (sekarang Presiden PAS) . Kesan dari amanat ini adalah seperti berikut:-
  1. Sembahyang dua imam di masjid yang sama di Kampung Gong Pasir,Terengganu (Jun-Julai 1982) atas alasan sembahyang yang diimamkan oleh Imam yang dilantik oleh Kerajaan kafir adalah tidak sah.
  2. Mencetuskan perpecahan antara umat Islam sehinggakan ada yang berkata bersalam dengan orang UMNO perlu disamak dan jika orang UMNO masuk ke rumah, rumah perlu di samak.
  3. Beberapa kes penceraian berlaku di Terengganu dan Kelantan atas alasan nikah yang dilaksanakan oleh Kadhi /Imam tidak sah kerana Kadhi /imam digajikan oleh Kerajaan kafir.
  4. Peristiwa berdarah Memali,Baling,Kedah pada 19-11-85 dimana 18 orang telah terkorban atas sangkaan bahawa mereka syahid menentang Kerajaan Kafir.
Amanat ini mengatakan bahawa UMNO ini layak ditentang kerana mengekalkan Perlembagaan (termasuklah Perkara 3) yang di katakan kafir dan bersekongkol dengan MCA dan MIC dalam Barisan Nasional.

Tapi apabila PAS bersekongkol pula dengan DAP dalam Pakatan Rakyat adakah mereka juga turut kafir dan tangan mereka yang bersalaman dengan pemimpin DAP perlu di samak?






Renungkanlah...! Mengapa perlunya kenyataan, fatwa dan amanat yang akhirnya memecahbelahkan umat Islam serta memecahbelahkan Melayu di tanahair ini? PAS menggunakan tektik yang sama dari dahulu dan tektik yang sama akan digunakan oleh mereka dari masa ke semasa. Matlamatnya adalah jelas iaitu untuk mengurangkan sokongan orang Melayu kepada UMNO, mengurangkan kepercayaan kepada Kerajaan dan memecahbelahkan orang Melayu. Mereka hanya akan mendapat tempat atau undi apabila orang Melayu berpecah. Malangnya Islam yang sepatutnya dimartabatkan digunakan sebagai alat untuk memecahbelahkan umat untuk kepentingan diri sendiri. Apabila "orang lain" memerintah ,Islam dihina dan syariat Islam tidak dipedulikan (rujuk penghinaan Islam oleh Pengerusi DAPSY dan arahan memulangkan arak yang dirampas oleh EXCO kaum CINA Selangor!

Saudara, kedatangan bulan Ramadhan yang mulia ini harus kita manfaatkan kepada kebaikan dan untuk mendapatkan rahmat Allah. Bagi saudara seIslam di Permatang Pasir ,renungkanlah ingatan ini agar segala tindakan saudara semua dalam bulan yang mulia ini mendapat keredhaan dari Allah SWT. Amin!

1 comments:

Anonymous said...

P.A.S parti angkatan syaitan...
nik aziz dan abdul hadi sebenarnya sesat dah bangang bodoh lak tu