Thursday, August 13, 2009

XPDC BELIA ,PEMUDA & PUTERI

Suatu program yang memaparkan sinergi belia pemuda dan puteri telah dapat direalisasikan pada 8 hingga 10 Ogos lalu apabila wakil-wakil dari Majlis Belia Negeri,Pergerakan Pemuda UMNO Seremban dan Pergerakan Puteri UMNO Seremban telah bersama-sama menyertai ekspedisi(XPDC) 1 Belia 1 Malaysia yang dianjurkan secara bersama dengan Jabatan Belia dan Sukan Negeri. XPDC yang telah melibatkan penyertaan seramai 70 orang ini dimulakan dari Kompleks Belia dan Sukan ke destinasi seperti Jasin, Batu Pahat , Kuantan dan akhirnya di Serting, Negeri Sembilan.

Pergerakan Pemuda UMNO Bahagian Seremban telah diberi penghormatan sebagai "hos"apabila delegasi XPDC tiba di Kuantan. Dengan sumbangan,i hksan serta sambutan ikhlas dari Ketua Pergerakan Pemuda UMNO Kuantan, Sdr Mohd Suffian Awang merangkap EXCO Pemuda UMNO Malaysia peranan sebagai hos telah dapat dilaksanakan dengan sempurnanya di Kuantan. Di Kuantan makan malam disumbang oleh Pejabat Menteri Besar Pahang yang mana telah diadakan di Annex Rest House Kuantan. Disana delegasi XPDC telah diraikan dan majlis dimeriahkan lagi dengan kehadiran Sdr Mohd Suffian Awang, Ketua Pergerakan Pemuda UMNO Bahagian Kuantan.




Delegasi Khusyuk mendengar taklimat




Barisan kenderaan yang terlibat dalam XPDC



Sdri Wan Salwati, Sdr Mohd Suffian dan Sdr Samsor Zainal bergambar sewaktu jamuan makan malam



Tuan Pengarah Belia turut menunjukkan skill nyanyian karaoke sewaktu majlis makan malam



Abang kat belakang tuh...! Suara Ketua Puteri Seremban OK ape! Tak yah le sampai tepuk dahi!



Pemimpin muda negara, Sdr Mohd Suffian yang mempunyai ketrampilan sendiri!


Delegasi XPDC bergambar kenangan bersama Sdr Mohd Suffian

Bagi pihak Pergerakan Pemuda UMNO Bahagian Seremban, KERISMUDA mengucapkan ribuan terima kasih dan penghargaan kepada YAB Menteri Besar Pahang atas sumbangan makan malam di Kuantan dan kepada Sdr Mohd Suffian Awang, Ketua Pergerakan Pemuda UMNO Kuantan merangkap ahli EXCO Pergerakan Pemuda UMNO Malaysia yang telah menjadikan persinggahan delegasi di Kuantan amat bermakna. Tidak lupa kepada Pengarah dan pasukan dari Jabatan Belia dan Sukan Negeri, Negeri Sembilan yang telah menganjurkan program ini dengan jayanya. Terima Kasih kepada semua yang terlibat!

0 comments: