Saturday, September 5, 2009

AL Fatihah.......


Al Fatihah! KERISMUDA menghadiahkan bacaan Al Fatihah kepada Allahyarham YB Azman bin Mohd Noor yang telah pulang ke Rahmatullah jam 2.30 petang tadi kerana sakit jantung.

Diberitakan Allahyarham yang telah lama menghidapi sakit jantung telah dikejarkan ke Hospital Pakar KPJ Seremban tengahari tadi apabila beliau mengadu sakit dada. Namun Allah lebih menyayangi beliau.Takziah diucapkan kepada keluarga Allahyarham atas pemergian beliau.

Kali terakhir KERISMUDA bertemu Allahyarham (yang juga Naib Ketua UMNO Bahagian Teluk Kemang) adalah di ILMU (Institut Latihan Memperkasakan UMNO) ,Janda Baik, Pahang ketika beliau merasmikan kursus Pemuda UMNO Bahagian Teluk Kemang. Ketika itu beliau dilihat dalam keadaan sihat dan ceria.Beliau adalah pemimpin yang amat serius dalam tugasnya selaku wakil rakyat dalam membela nasib rakyat dan orang Melayu khususnya di Bagan Pinang dan di bahagian Teluk Kemang. KERISMUDA merasakan warga UMNO di Negeri Sembilan telah kehilangan seorang pemimpin yang amat perihatin dan berjiwa rakyat.



SALAM TAKZIAH SEKALI LAGI DIUCAPKAN KEPADA KELUARGA ALLAHYARHAM!!


Pemergian Allahyarham ini telah membuatkan kekosongan kerusi bagi DUN Bagan Pinang .Isnin nanti barangkali ,pejabat Speaker DUN akan menghantar notis pengisytiharan kekosongan kerusi DUN Bagan Pinang kepada SPR dan menurut Perlembagaan kekosongan ini harus diisi dalam tempoh 60 hari pengistiharan tersebut dibuat.Dalam erti kata lain gelombang Pilihanraya Kecil (PRK) telah sampai ke Negeri Sembilan.

Bolehkah BN mengekalkan kerusinya di DUN Bagan Pinang? DUN Pinang adalah salah satu dari 20 DUN yang dimenangi oleh BN dalam PRU-12.Kemenangan BN di DUN ini dalam PRK kelak akan mengekalkan jumlah kerusi BN TETAPI kekalahan BN dalam PRK kelak akan menyebabkan pakatan pembangkang menambah satu kerusi lagi.Bolehkah BN mengekalnya atau akan berlaku lagi situasi seperti PRK di kuala Terengganu? Setakat ini dalam PRK -PRK yang dijalankan BN ketinggalan 7-1 (satu kemenangan di DUN Batang Ai,Sarawak)

Mari tengok keputusan PRU-11 dan 12 di DUN Bagan Pinang:-

2004(PRU-11)
Calon BN- Mohd Faizal Ramli
Calon PAS- Hassan Alias

BN- 5,967 undi, PAS -1,556. Undi majoriti kepada BN - 4,411. Jumlah pemilih 2004- 11,205
Melayu-58.1%,Cina- 14.1%, India-25.5%,Lain-lain- 2.3%

2008 (PRU-12)
Calon BN-Azman Mohd Noor
Calon PAS- Ramli Ismail

BN- 6,430, PAS-4097,Undi majoriti pada BN-2,333.Jumlah pemilih 2008-14,192
Melayu-66%,Cina - 10.5%, India 19.9%,Lain-lain-3.5%

Pandangan KERISMUDA dalam kedua keputusan PRU ini melihatkan pertambahan pengundi Melayu dari 58% ke 66%. Adakah mereka ini pengundi muda Melayu.?Sekirannya YA,pertambahan pengundi kaum Melayu sahaja beranggaran seramai 2918. Adakah pertambahan bilangan pengundi muda ini juga telah meninggikan undi yang diberikan kepada PAS. Tahun 2004 PAS hanya dapat 1556 undi tetapi tahun 2008 PAS mendapat 4097 undi. Pertambahan sebanyak 2541 undi iaitu hampir kepada jumlah pertambahan pengundi muda Melayu.Apakah undi Melayu akan berpecah? APAKAH PENGUNDI INDIA DAN CINA akan jadi penentu kepada kemenangan calon?

KERISMUDA amat berharap agar kepimpinan UMNO/BN negeri dan pusat dapat melihat perkara ini.Jangan dibiarkan perkara ini diletakkan dibawah sedar. Jangan biarkan score meningkat menjadi 8-1!

0 comments: