Friday, November 27, 2009

BTN dan Chin Peng....

Salam kembali menulis lagi.....Sebelum ini agak sibuk dengan kerja-kerja ilmiah...Cuti ini baru terluang untuk menulis....Minggu lepas padat dengan isu-isu panas yang menguji kepimpinan tertinggi negara...Antara isu panas adalah permohonan maaf Chin Peng (Parti Komunis Malaya) kepada negara...dalam keratan akhbar ada membawakan permohonan maaf secara eksklusif dari Chin Peng....Dan dua hari lepas negara digemparkan dengan pengumuman kerajaan negeri Selangor tentang menghalang pelajar atau kakitangan awam dari negeri itu terlibat dalam kursus Biro Tatanegara di bawah kelolaan Jabatan Perdana Menteri......Di sini saya ingin memberikan pendapat saya dan saya memohon maklum balas dari saudara mara atau rakan-rkan yang membaca tulisan saya ini...Kenyataan Timb Perdana menteri: "Tiada Maaf Bagimu Chin Peng" adalah bertepatan sekali......Sebagai warganegara Malaysia yang tercinta kita harus menolak permohonan maaf Chin Peng untuk kembali ke Malaysia....kenyataan dari Persatuan Bekas Perajurit Malaysia (PBPM) ada menyatakan bahawa mereka akan memastikan bahawa nyawa Chin Peng akan pendek dan akan mereka akan mencari Chin Peng sehingga ke lubang cacing.....Ini membuktikan semangat mereka sangat terguris kerana rakyat mereka sendiri tidak menghargai pengorbanan mereka dalam menuntut kemerdekaan......Ini amat sedih sekali....walaupun saya dilahirkan selepas zaman pasca merdeka tetapi saya dapat merasai dan menjiwai darah yang mengalir di dalam tubuh para perajurit yang berjuang sebelum zaman merdeka.......Sebenarnya mereka tidak faham sejarah yang berlaku....Sedihnya mereka yang terpelajar menganggap Chin Peng adalah pejuang.....Ini adalah tidak boleh diterima sama sekali.....Sebenarnya mereka ini perlu pergi kursus yang dianjurkan oleh BTN......saya yang acap kali pergi ke kursus yang dianjurkan oleh BTN mendapati kursus yang dianjurkan oleh BTN bukanlah untuk mendoktrinisasikan para peserta untuk menyokong kerajaan yang ada sekarang dan utk merekrut ahli umno....sebenarnya kursus BTN adalah satu kursus yang dianjurkan untuk memupuk semangat kerjasama dalam kalangan rakyat dan juga menyemarakkan semangat 1Malaysia!!!!!!!!!.....Tetapi sesetengah pihak menganggap ini adalah alat yang digunakan oleh kerajaan dan Kerajaan barisan nasional untuk merekrut ahli baru.....Sedar atau tidak mereka menyusun dengan baik agenda mereka....Mula-mula mereka mengangkat Chin Peng sebagai pejuang dan kemudian menyalahkan BTN kerana mendoktrinkan rakyat.......Lepas ini apa pula.....Saya secara peribadi sanggup mempertahankan supaya Chin Peng tidak dibenarkan masuk sama sekali ke dalam Bumi bertuah nie walaupun abu beliau...Dan bagi penggerak BTN jangan sesekali patah semangat.......teruskan berbakti pada rakyat.......

3 comments:

Anonymous said...

kenapalah ada orang melayu islam sendiri yang menyokong cp ni. x paham aku. memang bodohhh...

adn

Anonymous said...

apa pun cp tidak boleh ke malaysia,

anak jati ns said...

biar berkerat rotan berpatah arang chin peng samasekalai jgn dibenar pulang. darah perjuangan serta pengorbanan pejuang kemerdekaan tiada tolok ganti kpd pengorbanan jiwa dan raga mereka yang terdahulu.