Friday, November 27, 2009

BTN tidak berniat jahat..

BTN tidak berniat jahat - Muhyiddin

MUAR - Tan Sri Muhyiddin Yassin berkata, kursus Biro Tata Negara (BTN) tidak bermotifkan doktrinasi politik sebaliknya ia menerapkan semangat kenegaraan dan perpaduan masyarakat selaras dengan konsep 1Malaysia.

"Kursus BTN tidak bertujuan untuk membawa peserta-peserta kepada UMNO dan Barisan Nasional. Ia tidak mempunyai niat yang jahat, ia mempunyai tujuan-tujuan yang baik," katanya kepada pemberita di Pagoh dekat sini semalam pada majlis penyerahan lembu untuk dikorban sempena sambutan Hari Raya Aidiladha.

Beliau berkata demikian ketika diminta mengulas keputusan kerajaan Selangor melarang kakitangannya dan pelajar institusi pengajian tinggi milik kerajaan negeri itu daripada menghadiri kursus BTN berkuat kuasa serta-merta dengan alasan kononnya kursus BTN adalah satu proses doktrinasi oleh kerajaan Barisan Nasional. - Bernama.

1 comments:

Anonymous said...

btn menyemai rasa cinta kepada agama bangsa dan negara. pemuda perlu di didik dengan nilai-nilai jatidiri untuk menjaga negara. kalau ada kursus advance btn tolong war-warkan.

ahli dun nilai