Thursday, December 3, 2009

Bahang pilihanraya kampus akan bermula tidak lama lagi.......


Salam kepada semua penganalisis dan pembaca yang setia....Hari ini saya ingin berkongsi dengan semua tentang bahang pilihanraya kampus yang dah mula rancak diperkatakan......Bagi ahli politik pilihanraya kampus mencerminkan wajah pemimpin masa hadapan negara...Bermula dari pilihanraya kampus, maka ramai pemimpin hebat dalam negara berjaya di hasilkan...Namun ada beberapa perkara yang ingin saya kongsikan....Semasa pilihanraya kampus hendak bermula...ahli politik dari setiap parti politik dalam Malaysia berlumba-lumba untuk mendekati mahasiswa...Tidak kira secara legal atau illegal....Masing-masing sibuk untuk membantu mahasiswa berkempen di dalam kampus....Mengikut pengalaman saya semasa bergelar pengarah jentera pilihanraya kampus....... masa ini parti-parti politik paling aktif mendekati mahasiswa adalah dari parti PAS dan DAP...Mana perginya UMNO????....sepatutnya merekalah yang paling dekat dengan mahasiswa sekarang...Saya pelik alasan yang mereka berikan kalau kita masuk campur dalam politik kampus adalah menyalahi undang-undang universiti...Pernah saya dulu menjadi calon umum bagi kerusi tertinggi dalam Majlis Perwakilan Pelajar saya terpaksa turun naik pejabat umno dan barisan nasional untuk meminta bantuan dari segi logistik....bermacam-macam alasan yang mereka berikan....Tapi pihak lawan saya dapat bantuan sewajarnya dari DAP dan juga PAS...Kempen mereka lebih hebat dari saya di dalam kampus.....Tapi syukurlah kerja keras team saya akhirnya saya menang dalam pertandingan satu lawan satu itu......Justeru itu di kesempatan yang ada nie saya menyeru agar sume pemimpin UMNO yang ada sekarang peka dengan masalah yang ada disekeliling khususnya generasi muda....... Kita yang buat undang-undang.....Kalau pihak pembaca nak tahu hasil daripada kajian yang saya buat...bekas pemimpin pelajar di universiti sekarang cenderung menyertai parti PAS dan DAP kerana hanya sedikit bantuan yang diberikan kepada mereka semasa mereka berjuang di dalam universiti dulu.....walaupun kesusahan yang saya alami semasa berjuang di universiti dulu....ini sedikit pun tidak memudarkan semangat saya untuk menyokong UMNO....Bagi saya inilah parti keramat yang dapat membawa negara ini ke arah GAGASAN 1 MALAYSIA......

Kepada mana-mana pemimpin UMNO yang ingin tahu cara mendekati mahasiswa dan ingin belajar mendekatinya boleh menghubungi saya.....

3 comments:

kerismuda said...

Salam Sdr Khairul,

Saya lihat dan faham rintihan mahasiswa seperti tuan, apa tah lagi bila tuan berjawatan dan pilihanraya kampus kian menjelang.

Saya faham benar sebab saya pernah melalui apa yang sdr hadapi sekarang.

Memang sebelum ini Akta Kolej dan Universiti menjadi kekangan terhadap aktiviti pihak luar mencampuri hal ehwal mahasiswa WALAUPUN pihak pembangkang dengan pelbagai kaedah telah menyusup masuk ke universiti bagi mempengaruhi pelajar.

Kini Akta Kolej dan Universiti telah dipinda tetapi persoalan yang timbul adakah pemimpin UMNO bersedia untuk bergerak atau hanya bersedia memberikan alasan-alasan seperti sdr dapat sebelum ini.

Namun ini sesuatu isu yang perlu diperjuangkan bersama. insyaAllah pemuda UMNO Bahagian Seremban akan bersama dan cuba membantu sedaya boleh dalam hal ini. InsyaAllah!

khairul anuar said...

Insyaallah sama-sama kita berjuang demi mempertahankan negara yang kita cintai ini...kita tidak boleh dengan hanya berpeluk tubuh..kita kena bersatu semula dan sama-sama menyusuri minda dan fikiran generasi belia masa kini....

Anonymous said...

keep up the gud work and keep op sending the frienly reminder from time to time..melayu mudah lupa