Friday, February 26, 2010

KITA PERWARIS HARAPAN BANGSA....




Salam kepada semua...kembali menulis semula di dalam blog ini....sebelum ini tidak berkesempatan berkongsi idea dan cerita....saya ingin berkongsi pengalaman dengan pembaca semua tentang pemuda-pemudi belia kita masa kini....Baru-baru ini saya terlibat sebagai fasi di dalam program Himpunan Patriotik Negara (HIMPUN) kawasan zon utara...program ini khas dianjurkan utk mahasiswa dan juga mahasiswi tahun pertama....program ini mereka didedahkan dengan isu semasa, sejarah pembentukan negara, perkara-perkara penting semasa menuntut kemerdekaan dan juga perlembagaan negara.....Semasa sesi perbincangan di dalam kita menilai sejauh mana pengetahuan mereka tentang perkara-perkara ini....Saya ambli ungkapan Tun Dr. Mahathir " Anak -anak muda zaman sekarang lahir selepas zaman merdeka"....memang benar istilah itu.....Secara keseluruhan mereka masih kurang memahami sejarah yang berlaku pada zaman dahulu....Tidak hairanlah jika sekarang pemuda-pemudi berani memohon sesuatu yang termaktub dan tidak akan berubah......Justeru itu, inilah motif sebenar program HIMPUN ini diadakan.....Memberi kesedaran kepada generasi muda bahawa pentingnya kita melihat kepada sejarah.....Abadikan nama Tunku Abdul Rahman,Tun Tan Cheng Lok, Tun Sambathan dan yang lain di dalam sanubari kita....Generasi muda zaman sekarang juga kurang amik tahu dengan isu politik semasa dalam negara....Ada sesetengah memberitahu kepada saya tidak penting dengan politik....Yang penting kita kena jaga diri kita sahaja....Justeru kepada seluruh anggota Pemuda UMNO...Menjadi tugas kita memberi penerangan dan juga mendekati golongan ini...Cabaran bagi kita untuk mengembalikan semangat yang dapat dilihat sejak 53 tahun yang lepas....Ayuh!!!!! Kita bergerak seiringan dan senada demi mencapai satu tujuan, satu matlamat dan satu malaysia.....Sekian...

0 comments: