Friday, August 20, 2010

Makin Teruk ..dalam Kutbah pun Sebut Khalifah LGE

"UMNO PP protes guna nama KM dalam khutbah
19/08/2010 8:17pm

KEPALA BATAS 19 Ogos - Badan Perhubungan UMNO Pulau Pinang memprotes penggunaan nama Ketua Menteri Pulau Pinang, Lim Guan Eng dalam doa khutbah kedua solat Jumaat bagi menggantikan nama Yang di-Pertuan Agong Tuanku Mizan Zainal Abidin.

Pengerusinya, Datuk Seri Dr. Ahmad Zahid Hamidi berkata, penggunaan nama ketua menteri itu dalam khutbah Jumaat dikesan sejak minggu lepas di beberapa buah masjid sekitar Tasek Gelugor, Permatang Pauh dan Jelutong.

Beliau berkata, tindakan menggunakan nama ketua menteri bagi menggantikan nama Yang di-Pertuan Agong dalam khutbah Jumaat adalah di luar daripada keputusan Majlis Raja-Raja.

"Lazimnya lafaz doa bagi khutbah kedua dibacakan untuk ketua negeri atau ketua agama Islam,” katanya kepada pemberita selepas mempengerusikan mesyuarat Badan Perhubungan UMNO Pulau Pinang di sini hari ini.

Setakat ini tiada laporan polis dibuat berhubung perkara itu tetapi segala bukti berhubung perkara berkenaan memang ada, katanya.

Selain itu Ahmad Zahid turut mempersoalkan tindakan ketua menteri yang hadir pada majlis pengagihan wang zakat yang sepatutnya dilakukan oleh pemimpin Islam.

"Walaupun niat kerajaan negeri adalah untuk menggambarkan bahawa beliau (ketua menteri) seorang yang fleksibel tetapi mungkin ia mempunyai agenda tersembunyi bagi tujuan politik,” katanya. - Bernama

_____________________________________________
Komen;

Apalah nak jadi ni...dulu suka kafir orang, la ni pula si kafir di junjung sampai dalam kutbah pun tak tahu nak beza mana isle mana kafir. Dah teruk sangatlah penyakit depa ni, tak pernah terjadi sebelum ni....kalau ngadu kat Nicky 65k..takut tiket syurga d tarik balik.
Seingat den..namo Perdano Mentori ko, MB ko, tak ponah disobut dalam doa kutbah, ...tinggi sungguh taraf Ustaz LGE di mata Nicky 65k & pengikutnya. Mana ustaz Nga untuk baca dalil dalam surah aura dia. Sedarlah dulu Sultan Perak, La ni pulak Yg Di Pertuan Agong...Pandai sunggah puak ni menepikan Ketua Agama Islam Negeri-negeri....

Sekian...Walharammu Walhalalku

1 comments:

pemburu babi said...

babi kalau dah banyak dalam hati jd mcm babi la