Monday, August 23, 2010

Tahniah Dato' Sri Haji Mohd. Najib bin Tun Haji Abdul Razak

Malaysia di kedudukan ke-37 senarai 'Negara Terbaik Dunia' Newsweek


2010/08/23 (Berita Harian)

KUALA LUMPUR: Malaysia berada di kedudukan ke-37 dalam senarai "Negara Terbaik Dunia" majalah Newsweek dari segi penyediaan ekonomi, politik, pendidikan, kesihatan dan kualiti kehidupan. Di kalangan jiran, Singapura di kedudukan ke-20, Thailand (58), Filipina (63) dan Indonesia (73). Dalam senarai membabitkan 100 negara itu, Finland di kedudukan pertama, diikuti Switzerland dan Sweden.

Dalam keluaran khas pertama "Negara-negara Terbaik" Newsweek, mereka diminta menjawab satu soalan sederhana tetapi agak kompleks - jika anda dilahirkan hari ini, negara mana yang akan menyediakan anda peluang terbaik untuk menjalani kehidupan yang sihat, selamat, makmur, dan bergerak maju. Bagi tinjauan khas ini, Newsweek memilih lima kategori kesejahteraan negara - pendidikan, kesihatan, kualiti kehidupan, daya saing ekonomi, dan persekitaran politik.

Komen:

1 malaysia, Rakyat didahulukan & pencapaian diutamakan. Lihatlah prestasi DSN yang mengutamakan kesejahteraan hidup rakyat, penilaian oleh salah satu majalah yang berpengaruh. Moga moga, kita sama-sama membantu DSN untuk kedudukan yang lebih baik untuk tahun hadapan pula.

TQ..FZ

0 comments: