Monday, August 16, 2010

Wahai bangsa Ku Sedarlah?

  1. Belajar dari sejarah bukan hanya mengingat tahun ttp ambil iktibar darinya. Sejarah yang telah berlalu akan terus berlaku...bagai putaran roda.
  2. Awal pagi tadi iaitu dari jam 1.00 am hingga 3.00 am aku tengok dokumentari Malaya Emergency di Astro History. Ianya menceritakan tentang zaman sebelum perang dunia keII, zaman darurat dan awal kemerdekaan.
  3. Antara pengejaran darinya, komunis ni masih nak bertutur bahasa ibunda dia dan kebanyakan pangkat tertinggi dari bangsa dia dan untuk menekang pengaruh komunis maka Sir Templer telah memperkenalkan konsep 'jus soli' dan
  4. mungkin kaedah yang sama di utarakan pula oleh mereka melalui parti politik samada DAP atau MCA untuk ekonomi. Lihatlah dari kerakyatan mereka dah dapat dan kini secara formal mereka minta ekonomi pula walhal kita tahu golongan kiasu yang menikmati ekonomi lebih dari golongan bumiputra.
  5. memang cilako..tapi..aku mmg dah agak dr dulu semasa diumumkan perletakan senjata oleh PKM.. dia orang tidak akan meninggalkan ideologi dan perjuangan mereka..sebaliknya mereka akan meresap dalam masyarakat melalui badan-badan politik... bacalah utusan hari ini 15/8/2010, tentang perlembagaan ingin dipinda dengan menidakkan agama islam sebagai agama rasmi dan hak bumiputra.

"
IPOH 15 Ogos - Mengejutkan! Sudah ada 'perlembagaan baru' dibuat oleh pihak tertentu bagi menggantikan Perlembagaan Persekutuan yang menjadi teras kemakmuran negara selama ini.

Perkara tersebut didedahkan Mufti Perak, Tan Sri Harussani Zakaria semasa menjadi panel Wacana Perpaduan Ummah Dalam Kesedaran Penghakisan Hak Orang Melayu di Taman Budaya di sini, hari ini.

Menurut Harussani, perlembagaan baru itu menyisihkan hak-hak orang Melayu dan juga Islam yang dijamin dalam Perlembagaan sekarang.

''Saya dimaklumkan sekarang sudah ada perlembagaan baru yang dibuat oleh pihak tertentu.

''Kebetulan saya ada memberi satu ceramah di Alor Setar. Ada seseorang datang dan memberikan saya tiga buah buku Perlembagaan yang dikehendaki pihak tertentu," katanya pada wacana tersebut di sini, hari ini.

Bagaimanapun Harussani ketika ditemui selepas wacana tersebut enggan mengulas lanjut tentang dakwaannya itu.

Selain Harussani, program itu turut disertai Penasihat Gabungan Pelajar Melayu Semenanjung (GPMS), Datuk Seri Reezal Merican Naina Merican; Presiden Pertubuhan Pemikir Melayu Malaysia, Prof. Datuk Dr. Kamarudin Kachar dan Naib Pengerusi Ulama Malaysia Cawangan Pulau Pinang, Hafiz Nordin.

Presiden Gagasan Melayu Perak (GMP), Datuk Seri Mohd. Hilmi Ismail pula bertindak sebagai perantara program berkenaan.

Kira-kira 300 orang terdiri daripada ahli GMP, pelajar Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI), Universiti Teknologi Mara (UiTM) Perak dan aktivis Melayu termasuk Tan Sri Jins Shamsuddin hadir pada program anjuran GMP dan GPMS itu.

Pada wacana itu juga, Harussani berkata, perpecahan di kalangan orang Melayu menyebabkan bangsa itu hilang kewibawaan sehingga kaum lain semakin berani membuat pelbagai tuntutan dan mahu hak keistimewaan orang Melayu dihapuskan.

''Kenapa kita berpecah-belah hanya kerana salah tafsir iaitu melampau dalam berpegang pada syariat Islam.

''Saya menyuruh kita semua bersatu, saya tidak suruh hapuskan parti tetapi saya minta orang Melayu pertahankan Islam dan hak-hak mereka," katanya yang banyak menerima cemuhan daripada penyokong pembangkang kerana mengajak orang Melayu dan Islam bersatu.

Sementara itu, Hafiz yang merupakan bekas Ketua Pemuda Pas Pulau Pinang bimbang dengan nasib yang menimpa orang Melayu di Pulau Pinang sekarang.

Jelas beliau, begitu banyak gerai perniagaan orang Melayu yang didirikan di atas tanah kerajaan dirobohkan tetapi tindakan sama tidak diambil ke atas peniaga bukan Melayu yang berniaga di atas jalan raya.

''Kerajaan Negeri Pulau Pinang juga tidak membenarkan rumah bernilai RM150,000 ke bawah dibina di tengah bandar. Pulau Pinang kini ke arah menjadi Singapura.

''Jambatan kedua Pulau Pinang yang menjadi kebanggaan kita akan memudahkan pengusiran orang Melayu secara beramai-ramai dari Pulau Pinang," katanya.

Reezal Merican yang juga Ketua Penerangan Pergerakan Pemuda UMNO pula meminta orang Melayu menentang habis-habisan 'Abdullah Ibn Saba' yang memecahbelahkan umat Islam di Malaysia sekarang.

''Dalam setiap tamadun manusia mesti ada pengkhianatan yang menghancurkan perpaduan. Kalau zaman Khalifah Usman dan Ali dulu ada Abdullah Ibn Saba yang melaga-lagakan umat Islam, zaman sekarang pun ada 'Abdullah Ibn Saba' yang menyebabkan perpecahan orang Melayu dan Islam di Malaysia," katanya.

Kamarudin pula menyifatkan orang Melayu sebagai lemah jika tidak mampu membalas balik apabila agama dan bangsa mereka dihina.

''Saya hairan kenapa kerajaan tidak mengambil tindakan ke atas pihak-pihak yang mempertikaikan kedudukan Islam dan hak-hak orang Melayu," katanya dalam nada kesal. "
_______________________________________

Sedarlah hanya UMNO memperjuangkan agama Islam dan bumiputra serta menghormati para ulamak..bukan hendak memuji tapi ianya adalah hakikat sejak merdeka lagi.


Banyak Melayu bangang dan pengkhianat tak percaya pada Tan Sri Harussani ni dan lebih percaya pada komunis
dan melabel mufi sebagai "pencacai" sebagi buktinya

(
Mahfuz menjelaskan, Hassan telah mengakui yang beliau pernah berjumpa dengan Harussani tetapi perjumpaan itu hanya melibatkan perbincangan mengenai Islam dan tidak menyentuh soal kerjasama UMNO dan Pas. Ini menunjukkan Harussani berbohong dan mendedahkan peranannya sebagai alat dan pencacai UMNO,” katanya....sumber http://www.sinarharian.com.my/johor/content/story7999777.asp)

dan mereka
mempergunakan CAUVINIS untuk memerintah negara serta tak peduli apa yang bakal terjadi dan lebai pas mana nak kisah semua ni.

Yang baik itu daripada Allah SWT dan yang serba kekurangan dan kejahilan itu adalah daripada diri saya sendiri , tapi hakikatnya semuanya dari Allah jua. Wal Allah hua`lam.

Ikhlas dari FZ











0 comments: