Thursday, September 2, 2010

INI BUDAYA KITA?????

PERGERAKAN PEMUDA UMNO SEREMBAN MENUNGGU MASA DAN MELIHAT APA TINDAKAN SUSULAN DEMI MENGHORMATI PROSES UNDANG-UNDANG.........






Berita: "Jemaah terkejut surau disimbah cat merah
2010/08/24


KERJA membersih cat dijalankan di surau Taman Pulai Impian dekat Seremban, semalam.
SEREMBAN: Sekumpulan jemaah yang mahu mengerjakan solat Subuh terperanjat apabila mendapati surau yang baru dibina di Taman Pulai Impian di sini, disimbah cat merah, pagi semalam.

Pengerusi surau itu, Mohd Hasbi Ismail, 35, berkata mereka menyedari perkara itu ketika tiba di surau kira-kira jam 5.50 pagi. Kami terkejut melihat satu daripada pintu utama serta sebahagian dinding surau yang mula digunakan sejak sebulan lalu disimbah cat merah. Pemeriksaan lanjut kemudian menemui beberapa botol minuman keras yang sudah pecah di tepi surau, katanya ketika ditemui di sini, semalam.
Beliau percaya perbuatan itu dilakukan sekitar jam 3.30 hingga jam 4 pagi kerana ada jiran mendakwa terdengar bunyi botol pecah dan tin dicampak di belakang rumah, tetapi tidak menyangka ia mempunyai kaitan dengan perbuatan khianat.

Beliau membuat laporan polis dan menyerahkan pihak berkuasa menyiasat lanjut kejadian berkenaan.

Sementara itu, Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Negeri Sembilan, Asisten Komisioner Mohd Zaki Masroh, berkata unit forensik sudah ke lokasi kejadian menjalankan siasatan.
Kita masih belum membuat tangkapan dan akan memeriksa botol arak yang ditemui untuk mengesan cap jari suspek. Kes ini disiasat mengikut Seksyen 298A Kanun Keseksaan kerana berniat melukakan perasaan agama seseorang dan sengaja menyebabkan suasana tidak harmoni, katanya.

Mohd Zaki berkata, masyarakat Islam perlu bersabar dan menyerahkan perkara itu kepada polis dan orang ramai yang mempunyai maklumat kes itu diminta menghubungi polis bagi membantu siasatan."

1 comments:

anak sikamat jati said...

baguslah tunggu dan lihat dulu jgn jd mcm ada org tu yg suka ambil kesempatan