Wednesday, September 9, 2009

Jom Singgah Sahur dilaporkan dalam Sinar Harian



Program jom singgah sahur dilaporkan dalam Sinar Harian ,Selasa 8-9-2009




Monday, September 7, 2009

Program Jalan-Jalan Ramadhan: Jom Singgah Sahur! (Part 3)

Jikalau TV3 ada program Singgah Sahur seperti yang ditayangkan diTV3 ,Gabungan Pergerakan Pemuda UMNO , Pergerakan Puteri UMNO Bahagian Seremban beserta Persatuan-Persatuan Belia DUN Ampangan juga mempunyai program Singgah Sahurnya sendiri yang diberi nama Jom Singgah Sahur. Ini adalah juga sebahagian dari Program Jalan-Jalan Ramadhan anjuran Pergerakan Pemuda dan Puteri UMNO Bahagian Seremban.Dalam program Jom Singgah Sahur, rombongan Pemuda,Puteri dan Belia telah singgah ke 7 Perhentian (macam tajuk cerita wayang lak!) dan memberikan sumbangan wang,barang keperluan dapur dan juadah untuk bersahur kepada penerima-penerima bantuan yang telah dikenalpasti. Program ini diserikan lagi dengan kehadiran YB Tuan Hj Mustafa Salim di Lenggeng dan YB Dato' Yunus Rahmat di Ampangan

Peserta rombongan Jom Singgah Sahur bergambar bersama sebelum meneruskan perjalanan

Destinasi Pertama: Kg Mantin Dalam,kelihatan Sdr Mohd Razif Razaly, Ketua Pemuda Cawangan Mantin (dua dari kanan)

Destinasi Kedua: Pekan Lenggeng. Rombongan di sambut oleh YB Tuan Mustafa Hj Salim,ADUN Lenggeng dan sahabat-sahabat di Lenggeng


Destinasi Ketiga: Kg Bukit Temiang

Destinasi Ke Empat: Kg Ujong Pasir,Sikamat .Kelihatan Sdr Zul Hisham ,Pengerusi Pemuda DUN Sikamat (berbaju hitam) turut sama dalam program ini.

Destinasi Kelima: Kg Dusun Nyior,Ampangan. Kelihatan YB Dato'Yunus Rahmat (berbaju kuning) beserta isteri turut sama dalam program ini di Ampangan

Destinasi Ke Enam: Kg Sekolah, Ampangan

Destinasi Terakhir : Rumah Anak-anak Yatim Darul Aminan,Ampangan. Turut bersama Penarah Belia dan Sukan Negeri, Tuan Baharuddin Jali (berbaju coklat gelap)

Walaupun hujan turun dengan amat lebat semasa rombongan sampai di DUN Temiang,namun initidak melemahkan semangat peserta rombongan dari melaksanakan program ini. Pada masa yang sama pemimpin-pemimpin muda yang bersama dalam program ini dapat melihat kedaifan hidup penerima-penerima bantuan dan beriltizam agar mereka ini mendapat pembelaan yang sewajarnya.

Pihak Pemuda Seremban ingin merakamkan ucapan jutaan terima kasihkepada YB Tuan Mustafa Hj Salim dan isteri, YB Dato' Yunus Rahmat dan isteri,Pengarah Belia dan Sukan Negeri dan warga kerja Jabatan Belia Negeri,Ketua JKKK dan ketua-ketua Cawangan serta kepada sahabat-sahabat Pemuda,Puteri dan Belia kerana menjayakan program ini. Program ini berkhir jam 5.30pagi selepas jamuan sahur di Rumah Darul Aminan, Ampangan.

Jalan-Jalan Ramadhan (Part 2)

Memandangkan wabak H1N1 yang kian menular di Malaysia yang telah menyebabkan kematian seramai 73 orang di Malaysia (setakat 6-9-2009) ,Pergerakan Pemuda dan Puteri UMNO bersama dengan Jabatan Belia Negeri mengambil inisiatif menyampaikan kepada orang ramai,topeng hidung (mask) serta risalah berkaitan H1N1 bagi memupuk kesedaran kepada orangramai tentang bahaya wabak H1N1 serta langkah-langkah menghindarinya.Ini adalah sebahagian dari Program Jalan-Jalan Ramadhan anjuran Pergerakan Pemuda UMNO dan Puteri Bahagian Seremban. Lokasi edaran topeng hidung adalah di Bazaar Ramadhan Ampangan.Turut sama dalam program ini adalah Exco Angkat DUN Ampangan,YB Dato'Yunus Rahmat.


YB Dato Yunus memberikan taklimat rigkas kepada peserta di Pusat Khidmat BN Dun Ampangan


Peserta bergambar sebelum melaksanakan tugas mengedarkan topeng hidung kepada orang ramai



Peserta proram turut memberi kurma kepada orang ramai selain mengedarkan topeng hidung dan risalah.

PROGRAM PEMUDA & PUTERI dalam akhbar........


Hari ini disiarkan program Pergerakan Pemuda & Puteri UMNO Bahagian Seremban dalam DUN Ampangan. Kepada yang masih sangsi atau skeptik kepada kemampuan gerakan muda dalam Bahagian Seremban untuk membuat perubahan, boleh tatap keratan akhbar ini lama-lama..............

Sunday, September 6, 2009

Program Jalan-Jalan Ramadhan (Part 1)

Seperti dalam posting yang lalu telah dinyatakan susuncara program Jalan-Jalan Ramadhan,suatu program yang menterjemahkan sinergi antara Pergerakan Puteri dan Pemuda UMNO Bahagian Seremban. Dalam program (Part 1) ini, rombongan Pemuda dan Puteri Bahagian telah pergi ke DUN Nilai dan Lenggeng bagi bertemu dan memberikan sumbangan kepada golongan yang memerlukan....











Lihat sambungan program dalam Part 2 nanti.....

Saturday, September 5, 2009

AL Fatihah.......


Al Fatihah! KERISMUDA menghadiahkan bacaan Al Fatihah kepada Allahyarham YB Azman bin Mohd Noor yang telah pulang ke Rahmatullah jam 2.30 petang tadi kerana sakit jantung.

Diberitakan Allahyarham yang telah lama menghidapi sakit jantung telah dikejarkan ke Hospital Pakar KPJ Seremban tengahari tadi apabila beliau mengadu sakit dada. Namun Allah lebih menyayangi beliau.Takziah diucapkan kepada keluarga Allahyarham atas pemergian beliau.

Kali terakhir KERISMUDA bertemu Allahyarham (yang juga Naib Ketua UMNO Bahagian Teluk Kemang) adalah di ILMU (Institut Latihan Memperkasakan UMNO) ,Janda Baik, Pahang ketika beliau merasmikan kursus Pemuda UMNO Bahagian Teluk Kemang. Ketika itu beliau dilihat dalam keadaan sihat dan ceria.Beliau adalah pemimpin yang amat serius dalam tugasnya selaku wakil rakyat dalam membela nasib rakyat dan orang Melayu khususnya di Bagan Pinang dan di bahagian Teluk Kemang. KERISMUDA merasakan warga UMNO di Negeri Sembilan telah kehilangan seorang pemimpin yang amat perihatin dan berjiwa rakyat.



SALAM TAKZIAH SEKALI LAGI DIUCAPKAN KEPADA KELUARGA ALLAHYARHAM!!


Pemergian Allahyarham ini telah membuatkan kekosongan kerusi bagi DUN Bagan Pinang .Isnin nanti barangkali ,pejabat Speaker DUN akan menghantar notis pengisytiharan kekosongan kerusi DUN Bagan Pinang kepada SPR dan menurut Perlembagaan kekosongan ini harus diisi dalam tempoh 60 hari pengistiharan tersebut dibuat.Dalam erti kata lain gelombang Pilihanraya Kecil (PRK) telah sampai ke Negeri Sembilan.

Bolehkah BN mengekalkan kerusinya di DUN Bagan Pinang? DUN Pinang adalah salah satu dari 20 DUN yang dimenangi oleh BN dalam PRU-12.Kemenangan BN di DUN ini dalam PRK kelak akan mengekalkan jumlah kerusi BN TETAPI kekalahan BN dalam PRK kelak akan menyebabkan pakatan pembangkang menambah satu kerusi lagi.Bolehkah BN mengekalnya atau akan berlaku lagi situasi seperti PRK di kuala Terengganu? Setakat ini dalam PRK -PRK yang dijalankan BN ketinggalan 7-1 (satu kemenangan di DUN Batang Ai,Sarawak)

Mari tengok keputusan PRU-11 dan 12 di DUN Bagan Pinang:-

2004(PRU-11)
Calon BN- Mohd Faizal Ramli
Calon PAS- Hassan Alias

BN- 5,967 undi, PAS -1,556. Undi majoriti kepada BN - 4,411. Jumlah pemilih 2004- 11,205
Melayu-58.1%,Cina- 14.1%, India-25.5%,Lain-lain- 2.3%

2008 (PRU-12)
Calon BN-Azman Mohd Noor
Calon PAS- Ramli Ismail

BN- 6,430, PAS-4097,Undi majoriti pada BN-2,333.Jumlah pemilih 2008-14,192
Melayu-66%,Cina - 10.5%, India 19.9%,Lain-lain-3.5%

Pandangan KERISMUDA dalam kedua keputusan PRU ini melihatkan pertambahan pengundi Melayu dari 58% ke 66%. Adakah mereka ini pengundi muda Melayu.?Sekirannya YA,pertambahan pengundi kaum Melayu sahaja beranggaran seramai 2918. Adakah pertambahan bilangan pengundi muda ini juga telah meninggikan undi yang diberikan kepada PAS. Tahun 2004 PAS hanya dapat 1556 undi tetapi tahun 2008 PAS mendapat 4097 undi. Pertambahan sebanyak 2541 undi iaitu hampir kepada jumlah pertambahan pengundi muda Melayu.Apakah undi Melayu akan berpecah? APAKAH PENGUNDI INDIA DAN CINA akan jadi penentu kepada kemenangan calon?

KERISMUDA amat berharap agar kepimpinan UMNO/BN negeri dan pusat dapat melihat perkara ini.Jangan dibiarkan perkara ini diletakkan dibawah sedar. Jangan biarkan score meningkat menjadi 8-1!

SUSUNCARA PROGRAM JALAN-JALAN RAMADHAN PUTERI & PEMUDA BAHAGIAN SEREMBAN

SUSUN CARA PROGRAM JALAN-JALAN RAMADHAN PUTERI & PEMUDA BAHAGIAN SEREMBAN


05-09-2009 (SABTU)


PROGRAM BERSAMA JASA(Bhg 1)

8.00 AM- Berkumpul di Pusat Khidmat BN DUN Ampangan

8.30 AM- Bertolak ke DUN Nilai dan pemberian sumbangan kepada keluarga miskin

10.30AM-Bertolak dari DUN Nilai ke DUN Lenggeng dan pemberian sumbangan kepada
keluarga miskin

12.00PM - Bersurai

PROGRAM BERSAMA JABATAN BELIA

3.00 PM- Berkumpul di Kompleks Belia dan Sukan Daerah Seremban, Ampangan,Seremban.
untuk taklimat ringkas

4.00 PM - Mengedarkan topeng /penutup hidung H1N1 serta kurma kepada orang ramai di
bazaar Ramadhan Ampangan dan Paroi Jaya.

6.30PM - Berada di rumah Sdr Mohd Amir Semansor,AJK Pemuda UMNO Bahagian
Seremban di No. 3072 SJ 3/3A Taman Seremban Jaya , Seremban,NSDK bagi
Majlis Berbuka Puasa

8.00PM- Bersurai


PROGRAM INDAHNYA RAMADHAN (SINGGAH SAHUR )

10.30 PM - berkumpul di Pusat Khidmat BN DUN Ampangan

11.00PM- Bertolak ke DUN Nilai, DUN Lenggeng, DUN Temiang, DUN Sikamat dan DUN
Ampangan untuk singgah dan menyampai juadah sahur dan sumbangan kepada
keluarga-keluarga miskin dalam DUN terbabit

4.30 AM (06-09-2009)- Bersahur bersama anak-anak Yatim Darul Aminan bersama EXCO
Angkat Ampangan Dato' Yunus Rahmat

5.30 AM(06-09-2009) - Bersurai

06-09-2009(AHAD)

PROGRAM BERSAMA JASA (Bhg 2)

4.00 PM- Berkumpul di Pusat Khidmat DUN Ampangan

4.30 PM - Bertolak ke DUN Temiang dan seterusnya ke DUN Sikamat untuk memberikan
sumbangan kepada keluarga miskin

6.00PM - Bersurai


DIHARAP AHLI YANG BERKESEMPATAN DAPAT MELIBATKAN DIRI DALAM PROGRAM INI