Sempena bulan Ramdhan Al Mubarak yg mulia, Biro Agama Pergerakan Pemuda UMNO Bahagian Seremban dan bersama-sama Pemuda UMNO DUN-DUN telah pun merancang serta mengadakan program pengagihan bubur lambuk pada setiap hari Sabtu dlm DUN kawasan Parlimen Seremban. Program pertama telah sempurna dilaksanakan bertempat di Surau Al Mustafa (surau hitam) bg kawasan DUN Ampangan pada 14 hb ogos 2010 yang mana kesemua bubur lambuk tersebut telah dimasak secara bergotong royong dari jam 10pg dengan kerjasama penduduk kampung setempat, AJK Surau Al Mustafa serta rakan2 dari Pergerakan Pemuda UMNO Seremban dan Pemuda UMNO DUN Ampangan.
Ahli EXCO Kerajaan Negeri Sembilan,YB Dato' Hj. Yunus Bin Hj. Rahmat yang juga merupakan bapa angkat bagi kawasan DUN Ampangan telah pun berbesar hati untuk turut sama hadir bagi merasmikan program tersebut seterusnya bersama-sama mengagihkan bersama ahli2 Pergerakan Pemuda UMNO Seremban sebanyak 1500-1700 peket bubur lambuk bagi juadah berbuka kepada semua penduduk yang hadir dan mereka yg dalam perjalanan pulang ke destinasi masing2.
Program ini dirancang bagi bertujuan mengeratkan lagi hubungan siraturrahim dan menghidupkan semangat gotong royong antara rakan2 Pemuda UMNO DUN dan Bahagian serta penduduk setempat disamping bersedekah seadanya bagi sedikit juadah berbuka puasa dibulan yang penuh keberkatan ini.
Di sini dinyatakan tarikh dan lokasi bagi program pengagihan bubur lambuk yang bakal dilaksanakan seterusnya sepanjang bulan Ramadan ini umtuk makluman semua :-
(1) Kawasan DUN Nilai lokasi balai raya Taman Andalas,Mantin bertarikh 21.8.2010
bermula dari jam 10.00 pagi dan akan diagihkan selepas waktu Asar di balairaya
serta berdekatan Masjid Mantin Luar/Bazaar Ramadan.
(2) Kawasan DUN Sikamat,Temiang dan Lobak lokasi KRT Taman Paroi Jaya@ Bazaar
Ramadan Stadium Paroi Jaya pada tarikh 28.8.2010 dari jam 10.00 pagi dan waktu
pengagihan juga selepas Asar.
(3) Kawasan Dun Lenggeng pula lokasinya adalah di Masjid Pekan Lenggeng, Lenggeng
pada 4.9.2010 juga dari jam 10.00 pagi dan akan diedarkan selepas Asar di Pekan
Lenggeng.
Diharapkan pada semua ahli Pergerakan Pemuda UMNO di Bahagian Seremban yang berkelapangan dan berkesempatan agar dapat bersama2 dalam menjayakan program ini di DUN2 yang telah ditetapkan. Sedikit amalan bersedekah adalah langkah permulaan bagi amalan yang seterusnya yang harus kita rebut bersama2 di bulan yang penuh dengan kenikmatan dan hikmah ini.
Disini juga bagi pihak Pergerakan Pemuda UMNO Bahagian Seremban ingin mengambil kesempatan utk mengucapkan ribuan terima kasih kepada semua yang terlibat serta penderma-penderma yang telah bermurah hati samada dari tenaga,keringat,masa serta wang ringgit dalam menjayakan usaha murni ini.
## Sebarang perubahan tarikh dan lokasi akan di maklum dari semasa ke semasa.
1 comments:
tahniah kepada pemuda seremban dan pemuda dun
Post a Comment