Sunday, May 31, 2009

Berbaloi ke rm 200 juta?

Dulu PAS mainkan isu bahawa Taman Tamadun Islam di Pulau Wan Man,Kuala Terengganu ni projek membazir! RM 200 juta dibelanjakan untuk buat Taman Tamadun Islam dan Masjid Kristal dan orang-orang PAS kata patut beri peruntukan itu kepada orang miskin. Macam-macam lagi dikaitkan katanya Idris Jusoh (Menteri Besar Terengganu pada masa itu) dapat banyak keuntungan dari Projek ini dan sebagainya.

KERISMUDA tak pasti sama ada orang-orang PAS ni dah pergi ke Taman Tamadun Islam tu ke belum, sebelum keluar kata-kata macam ni.Kadang-kadang orang kita ni suka dengar cakap-cakap orang dan juga suka menambah cerita. Kadang-kadang cerita 10 sen boleh jadi RM 1.00 dek kepakaran orang kita menokok tambah cerita.

Kalau belum pergi, elok lah pergi. Mungkin setelah pergi mungkin kita boleh faham sama ada Taman Tamadun Islam ini projek membazir atau sebaliknya.

Taman Tamadun Islam(TTI) ini dibina di atas Pulau WanMan,Kuala Terengganu. Jalan ke sana perlu masuk ke jalan Kg Losong (terkenal dengan keropok Losong) dan projek ini telah menelan kos sebanyak RM 200 juta.

Apa yang ada di TTI ni ? Dalam TTI ini dikumpulkan replika monumen-monumen dari 21 negara yang melambangkan ketinggian senibina, budaya dan tamaddun Islam. Setiap monumen ada sejarahnya sendiri dan sejarah monumen-monumen ini telah di kaji dan di selidik dengan teliti agar fakta yang sahih dapat disampaikan kepada para pengunjung.



Replika menara Masjid Xian, China yang dibina oleh Laksamana Cheng Ho



Replika Masjid Negara Brunei DarusSalam. Mengikut faktanya, semua kubah-kubah di masjid ini disaluti dengan emas

Banyak fakta yang menarik boleh didapati dari monumen-monumen TTI. Barulah KERISMUDA tahu selain ibadah ISLAM juga turut menggalakkan kemajuan dari segi sains, teknologi,budaya yang mana adalah komponen penting dalam pembentukan tamadun sesuatu bangsa itui.Dari sinergi komponen-komponen ini monumen-monumen yang indah tersebut dapat dibina.

Walaupun di TTI hanya terbina replika-replika monumen,namun apa yang menarik adalah cerita serta fakta di sebalik pembinaan monumen-monumen tersebut serta kehalusan kerja, senibina dan ciri-ciri kebudayaan bangsa yang terserlah dari setiap monument tersebut.Ia juga turut menggambarkan tamadun bangsa yang berkembang dibawah kebesaran syiar Islam yang banyak mempengaruhi perkembangan budaya dan kehidupan bangsa tersebut.

Antara fakta yang menarik adalah berkenaan dengan Kubah As Sakhrah,Baitul Muqaddis,Palestin. Kubah ini dibina berdekatan dengan Masjidil Al Aqsa,kiblat awal umat Islam. Kubah ini di bina semasa pemerintahan Khalifah Bani Umaiyyah Abd Malik Ibni Marwan untuk melindungi batu pejal yang besar yang terapung 10 kaki dari muka bumi. Menurut sejarah batu ini adalah batu tempat berpijak Rasullullah SAW sebelum di naikkan ke langit semasa Israk Mikraj. Apabila Rasullulah SAW diangkat ke langit untuk menerima syariat ibadah sembahyang dari Allah SWT , batu ini turut mahu mengikut Rasullullah ke langit,namun atas perintah Allah SWT batu ini diperintahkan untuk tinggal dan tidak mengikut Rasullullah. Atas ketaatan batu itu kepada perintah Allah SWT, batu itu berhenti separuh jalan menyebabkan ia terapung 10 kaki dari muka bumi sehingga sekarang dan menjadi bukti nyata akan kekuasaan dan kebesaran Allah SWT. Namun bukti kebesaran dan kekuasaan Allah SWT ini terlalu besar untuk diterima manusia sehingga manusia yang melihatnya boleh menjadi gila dan ibu yang mengandung boleh keguguran apabila melihatnya. Oleh itu, Khalifah Abd Malik telah mengambil inisiatif untuk melindunginya bagi mengelakkan kemudaratan kepada manusia apabila melihatnya.Ketika orang Yahudi Israel menguasai Palestin mereka telah membina tiang dibawah batu tersebut dan cuba menyangkal fakta bahawa batu itu terapung dan mengatakan batu itu berada sedemikian kerana di sokong oleh tiang-tiang tersebut. Ini adalah antara agenda serta propaganda Yahudi untuk menyangkal kebenaran Rasullullah sebagai Rasul terakhir dan syariat ibadah sembahyang.


Replika kubah As Sakrah, Palestin

Ini adalah salah satu contoh kisah yang Kerajaan mahu tonjolkan supaya umat Islam di negara ini sedar tentang kebenaran dan agenda musuh untuk menidakkan kebenaran. Walaupun perkara ini berlaku berkurun lamanya namun perkara ini masih berlaku hingga sekarang. Walaupun kesahihan perkara tersebut telah jelas namun ada pihak di negara ini mahu menidakkan kebenaran. Kalau fakta sejarah menunjukkan bahawa UMNO berjuang mendapatkan kemerdekaan negara ini namun ada pihak menidakkan fakta ini dengan mengagung-agungkan komunis yang dikatakan sebagai pejuang kebebasan bagi negara ini.Ini dibuat untuk mengelirukan minda warga muda negara ini tentang siapa yang mendapatkan kemerdekaan negara ini. Sekiranya perkara ini tidak dibendung akhirnya generasi akan datang akan lupa siapakah yang telah berjasa memerdekakan negara ini. Begitu juga Gagasan 16 September yang dibawa oleh PKR dan pakatan pembangkang. Mereka mahu 16 September dianggap sebagai Hari Kebangsaan kerana tarikh tersebut adalah tarikh penubuhan Malaysia.Mereka tidak mahu lagi menerima tarikh 31 Ogos sebagai tarikh Hari Kebangsaan kerana tarikh tersebut terlalu sinonim dengan perjuangan UMNO dalam usaha mencapai kemerdekaan negara ini.Mereka mahu rakyat melupakan sumbangan UMNO dan mereka mahu melenyapkan sejarah perjuangan UMNO dari minda generasi muda negara ini.



Masjid Kristal,Pulau Wanman,Kuala Terengganu

Sekiranya anda berpeluang melawat TTI jangan lupa singgah bersolat di Masjid Kristal yang dibina dihujung kawasan TTI dan sebahagian dari masjid itu berada di atas air. Orang ramai memperkatakan buat apa bina masjid kalau tak boleh sembahyang Jumaat di sana?. Perlu dinyatakan bahawa masjid ini dibina bukannya untuk dijadikan masjid kariah tetapi dibina untuk memudahkan pelancong menunaikan solat waktu ketika berkunjung di TTI serta mempamerkan kemahiran dan teknologi arkitek dan jurutera tempatan. Lagipun kalau perasan, sudah ada masjid kariah yang dibina di kawasan berdekatan dan pembinaan Masjid Kristal ini bukan bertujuan lansung untuk mengambilalih fungsi masjid kariah yang berdekatan. Oleh itu tak perlu jadikan isu kenapa solat Jumaat tidak di buat di Masjid Kristal berkenaan.

Kalau ada ruang dan peluang, berkunjunglah ke sana! Faham dan hayatilah bahawa agama Islam tidak menghalang pembangunan dan perkembangan sains dan teknologi. Ketahuilah bahawa Islam meggalakkan perkembangan budaya dan tamadun DAN BUKAN kemunduran!

Thursday, May 28, 2009

MAN U ke BARCELONA?





Malam ni Man U lawan Barca untuk Champion League. Sapa menang? Tengah tunggu di Temiang Corner nak tengok di Skrin Besar
Nujum-nujum Pak Belalang meramalkan:-
Barca 3 Man U 1 - Adik Az
Barca 2 Man U 0 - Appu
Man U 1 Barca 0 - Samsor
Barca 2 Man U 0 - Kudin
Barca 1 Man U 0 - Charlie
Barca 5 Man U 4- ( Penalty kick out) Aboy
Barca 3 Man U 1 - anai-anai
Barca 2 Man U 1 - Nor Rabun
Fuh! Ramai menyokong Barca, Samsor sorang je sokong Man U ! Itu pun sebab Arsenal x masuk Champion League.
Kita tengok le.

Wednesday, May 27, 2009

KEPERCAYAAN KEPADA TUHAN SERTA KESETIAAN KEPADA RAJA DAN NEGARA

Dalam Berita Buletin 3 di saluran TV 3 malam tadi ada di siarkan tentang wujud suatu gerakan yang dilaksanakan oleh pihak-pihak tertentu untuk menghidupkan gerakan komunis di Malaysia.

Menteri Pertahanan Dato’ Seri Dr. Ahmad Zahid Hamidi berkata, "Saya tidak dapat memaklumkan secara khusus tentang adanya gerakan untuk hidupkan ideologi komunis dalam negara, tetapi ada macam suatu usaha yang berbaur komunis yang cuba dihidupkan semula oleh beberapa badan yang tidak berdaftar dan ada juga yang mahu hidupkannya melalui parti politik,"

Pada hemat KERISMUDA gerakan untuk menghidupkan semula idealogi komunis bukan hanya wujud baru-baru ini tetapi telah bermula beberapa tahun lalu.

Di awal tahun 2007 dahulu, Menteri Penerangan pada masa itu, Datuk Zainuddin Maidin telah secara terbuka melahirkan rasa tidak senang tentang pembinaan tugu peringatan di Sarawak dan juga di Nilai yan dibina memperingati kematian ahli-ahli MPAJA (sayap gerakan Komunis) dan mengiktirafkan mereka sebagai pejuang kemerdekaan Tanah Melayu.





Di Nilai, Tugu Peringatan ini masih wujud kerana ia dibina di atas tanah persendirian di Nilai Memorial Park dan tidak banyak Kerajaan mahupun Kerajaan Negeri dapat lakukan untuk menyekat pembinaan tersebut.

Kenyataan umum Datuk Zainuddin Maidin tersebut telah mengundang kecaman hebat dari parti DAP dan pemimpin –pemimpin mereka seperti Dr Lim Kit Siang dan Ronnie Liu yang mengatakan bahawa Datuk Seri Zainuddin Maidin buta sejarah dan sebagainya Mereka menganggap bahawa ahli-ahli MPAJA yang gugur tersebut sebagai pejuang kebebasan yang berjuang melawan pendudukan tentera Jepun d tanah Melayu.

Sementara itu pembinaan Tugu Peringatan tersebut diteruskan dan upacara perasmian dan pengebumian semula 18 pejuang MPAJA di Nilai telah dibaut secara besar-besaran yang turut di hadiri oleh Datuk Tan Chai Ho, Timbalan Menteri Tenaga, Komunikasi dan Multimedia pada masa itu.

Pada masa itu, sedikit sangat reaksi kurang senang timbul dari rakyat,termasuklah salah satunya dari seorang ketua pemuda cawangan UMNO Jalan Kuala Pilah (kini, Penolong Setiausaha Pererakan Pemuda UMNO Bahagian Seremban) yang telah menulis dalam ruangan Forum akhbar Utusan Malaysia pada 5-1-2007 bertajuk "Tugu Peringatan Nilai mengundang kekeliruan” yang mana antaranya dinyatakan:-

“….Oleh itu, adakah memperingati pemimpin PKM ini sebagai wira atau hero suatu konsep yang sesuai dan boleh diterima? Lebih-lebih lagi PKM telah melakukan banyak jenayah pembunuhan ke atas orang yang tidak berdosa di tanah air ini selepas Jepun menyerah kalah.

Adakah pembinaan memorial ini mengambil kira sensitivi
ti ahli keluarga mangsa keganasan PKM dan ahli keluarga pasukan tentera yang gugur menentang komunis?

Oleh itu, saya amat bersetuju malah menyokong pe
ndirian Zainuddin bahawa memorial tersebut secara tidak langsung dibina sebagai memberi makna untuk memperingati pemimpin PKM sebagai wira atau hero. Ini sepatutnya tidak dibiarkan kerana sensitiviti dan sentimen umum terhadap komunis di Malaysia telah tidak diambil kira.

Merujuk pula kepada pembinaan tugu bagi memperingati hero Malaya dalam gerakan menentang penaklukan Jepun yang dibina di sebelah memorial tersebut, saya tidak nampak rasional untuk keperluan bagi pembinaan tugu tersebut.


Saya percaya Tugu Negara yang terletak di Kompleks Tugu Negara, Taman Tasik Perdana, Kuala Lumpur sudah cukup sempurna untuk memperingati jasa pahlawan negara. Tugu pertama dibina bagi memperingati tragedi kemanusiaan dan jasa pahlawan negara dalam Perang Dunia Pertama (1914-1918), Perang Dunia Kedua (1939-1945) dan Darurat (1948-1960).

Binaan tugu kedua yang menggambarkan sekumpulan pahlawan mengibarkan Jalur Gemilang dibina bagi memperingati 11,000 pahlawan negara yang gugur semasa Darurat (1948-1960).
Di negara ini, tarikh 31 Julai setiap tahun telah dipilih
sebagai Hari Pahlawan dan setiap tahun upacara memperingati jasa pahlawan negara dilakukan dengan penuh penghormatan.

Oleh itu, apakah rasionalnya membina tugu untuk memperingati hero Malaya menentang penaklukan Jepun di tanah perkuburan Cina? Adakah motif pembinaan tersebut hanya menjurus kepada memperingati perjuangan kaum Cina atau gerakan MPAJA yang sebahagian besarnya dianggotai oleh kaum Cina?
Sesungguhnya saya percaya pembinaan tugu di tanah
perkuburan ini hanya akan mengundang kekeliruan kerana Chin Peng dan anggota komunis lain juga boleh mengaku wira atau hero dalam konteks tugu tersebut dibina.

Tahun ini kita akan menyambut ulang tahun kemerdekaan negara kita yang ke-50 dan dengan meluahkan pendapat ini, sama sekali tidak bermakna saya hendak menafikan sumbangan orang Cina terhadap kemerdekaan dan pembangunan negara.

Namun sekiranya cara ini dimaksudkan sebagai simbol sumbangan orang Cina kepada kemerdekaan negara, ia sesuatu yang amat mengelirukan.


Saya juga berharap kerajaan negeri dan pihak berkuasa tempatan (PBT) dapat memainkan peranan dalam melihat serta memantau pembinaan memorial atau tugu peringatan yang dibina dalam negeri atau kawasan PBT selaras dengan dasar dan wawasan negara. Pembinaan memorial atau tugu peringatan yang tidak selaras atau tidak menepati dasar dan wawasan kerajaan haruslah disekat dan dihentikan.”

– ABDUL HALIM LOKMAN,
Seremban, Negeri Sembilan.


Selain itu, wujud juga usaha lain untuk membangkitkan idealogi komunis semula yang dilakukan antaranya melalui penulisan dan buku.

Chin Peng dalam komentar bukunya Alias Chin Peng My Side of History jelas menunjukkan usaha untuk memupuk idea sosialis kepada generasi muda Malaysia.



Petikan dari komentar bukunya:-

Despite his experiences and the bitter pill of ultimate defeat, Chin Peng restates his faith in the socialist future for Malaysia and the world. The tragedy of those like him and his followers was that he was trapped within a Stalinist framework. His and his comrades’ heroic struggle was doomed, partly because of the objective circumstances, which were not a simple replication of China or Vietnam, and partly through the mistakes, some honestly admitted, by Chin and the CPM leadership. He states: “I am still a socialist. I certainly still believe in the equitable distribution of wealth, though I see this could take eons to evolve… In the Malaysian context, I have definitely dropped the idea of the dictatorship of the proletariat as the central concept for an administrative blueprint.” Genuine Marxism long abandoned the formula of “dictatorship of the proletariat” because of its association with the dictatorial bureaucratic regimes of Russia, Eastern Europe and China. However, its original usage by Marx, Engels, Lenin and Trotsky meant workers’ democracy. This idea retains its full validity today.

This is a book full of many lessons for the modern generation seeking the correct means of struggle against capitalism in Malaysia and worldwide. It is a cautionary tale about the limits of guerrilla war. Those with a keen eye will seek out the lessons of this important book, the role of the working class in the socialist revolution, the need for democracy of the parties that f
ight for such an idea, and the absolute necessity for workers’ democracy in the state that ushers from a revolution, in transition between capitalism and socialism. We can salute those who heroically fought against British imperialism but the new generation, standing on their shoulders, must learn the lessons in preparing for the new socialist future.




Antara buku yang diterbitkan oleh UKM

Selain dari itu,wujud perkembangan yang mengejutkan apabila pihak Universiti Kebangsaan Malaysia menerbitkan buku-buku mengenai pemimpin –pemimpin komunis Melayu bertajuk “ Memoir Ibrahim Chik: Dari API ke Rejimen ke 10 “, Memoir Shamsiah Fakeh : Dari AWAS ke Rejimen ke 10 dan Gerakan Kiri Melayu dalam Perjuangan Kemerdekaan. Kesemua buku-buku ini cuba menggambarkan ahli-ahli komunis Rejimen ke 10 (Sayap Gerilla Komunis yang terdiri dari bangsa Melayu) merupakan pejuang-pejuang kemerdekaan.

Adakah semua ini satu kebetulan? Bagi KERISMUDA ini semua adalah bibit-bibit dari sebuah MASTER PLAN untuk pihak-pihak yang inginkan idealogi komunisme hidup semula di Malaysia. Apatah lagi pada zaman kepimpinan Pak Lah, Parti Sosialis Malaysia telah dibenarkan pendaftarannya oleh pihak Pendaftar Pertubuhan!

KERISMUDA menegaskan apa yang diperkatakan oleh Dato Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi sememangnya wujud dan seharusnya serta sewajibnya diambil tindakan pencegahan segera!

Sekiranya idealogi ini dibiarka terus menular, ia bakal meracuni minda rakyat Malaysia seperti apa yang pernah berlaku pada 13 Mei 1969 yang mana idealogi komunis telah meracuni minda anak muda Melayu terpelajar seperti Syed Hussin Ali, Syed Hamid Ali dan Abdul Rahman Embong ( sekarang Datuk Dr Abdul Rahman Embong, Felow Penyelidik Utama Institut Kajian Malaysia & Antarabangsa (IKMAS) Universiti Kebangsaan Malaysia.

Kerajaan pada tahun 1970 telah melancarkan Prinsip Rukun Negara yang mana antara prinsipnya adalah KEPERCAYAAN KEPADA TUHAN SERTA KESETIAAN KEPADA RAJA DAN NEGARA. Di sebalik prinsip-prinsip ini yang juga merupakan idealogi negara, adalah untuk rakyat Malaysia menerima kepimpinan Raja Berperlembagaan dan Demokrasi Berparlimen dan menolak sama sekali idealogi komunis yang TIDAK MEMPERCAYAI TUHAN serta mahukan sebuah negara REPUBLIK yan tiada RAJA tetapi di perintah oleh Badan Proletariat.

Oleh itu saudara seperjuangan sekalian , bangkitlah! Ini adalah ancaman kepada negara!

Sunday, May 24, 2009

Rang Pindaan Perlembagaan UMNO


Suatu Jawatankuasa Teknikal telah dibentuk menyediakan suatu rang pindaan Perlembagaan UMNO. Menurut Pengerusi Jawatankuasa Teknikal, Dato' Seri Hishamuddin bahawa dia akan turut menimbangkan sebarang cadangan dari bahagian-bahagian tentang pindaan yang akan dilakukan.

Pindaan Perlembagaan UMNO ini dicadangkan ekoran dari sistem kuota dan gejala politik wang yang menular dalam cara memilih pemimpin yang ada dalam Perlembagaan UMNO sekarang.

Memetik kata ucapan Dato Sri Najib:

" ....kita mesti mengubah cara UMNO menentukan pemimpin termasuklah sistem kuota. Kita perlu memberikan hak memilih ke tangan kumpulan yang lebih besar. Sekarang ini,sebagai contoh pemilih bagi perhimpunan Agung UMNO hanya di kalangan hampir 2,600 orang yang terdiri daripada perwakilan dari 191 bahagian. Sudah tentu keputusan yang dibuat oleh perwakilan sejumlah itu tidak mencerminkan sepenuhnya hasrat lebih tiga juta ahli UMNO di peringkat akar umbi seluruh negara. Pada hemat saya telah tiba masanya untuk mengkaji semula Perlembagaan UMNO dari aspek ini agar proses pemilihan kepimpinan UMNO dapat disertai oleh lebih ramai ahli dari semua peringkat. Inilah jalan yang akan dapat masalah politik wang dan salah guna kuasa. Inilah juga jalan, jika kita ingin parti ini terus kekal kuat dengan sewajarnya mengembalikan semula mandat pemilih kepada akar umbi..."

Hasrat meminda Perlembagaan untuk mengkaji perkara ini amatlah dialukan,namun untuk menambah atau menggantikan peruntukan bagi mencerminkan hasrat Presiden ini bukanlah suatu perkara yang mudah.

Contoh, untuk jawatan Presiden UMNO dalam Perlembagaan yang ada sekarang perlu 30% pencalonan dari bahagian-bahagian (191 bahagian). Sekiranya peratusan ini dihapuskan bermakna 1 pencalonan sudah cukup melayakkan mana-mana ahli untuk bertanding jawatan Presiden. Ini bermakna pintu akan terbuka kepada mana-mana individu untuk bertanding jawatan Presiden walaupun dia mungkin tidak ada kredential untuk menjawat jawatan tersebut. Ramai akan berebut untuk jawatan tersebut sehingga menjadikan pemilihan untuk jawatan tertinggi parti seolah-olah pesta joget lambak. Bayangkanlah 191 bahagian dan 191 calon Presiden dan bayangkanlah jika jawatan individu yang mahu bertanding tersebut hanya ketua di cawangan.Kalau ini berlaku alamatnya Perhimpunan Agung UMNO akan diadakan 7 hari 7 malam.

Jikalau sistem pencalonan dari bahagian-bahagian ini hendak dimansuhkan, apakah cara lain yang sesuai untuk mencalonkan calon ke jawatan tersebut. Adakah akan diberi kepada cawangan-cawangan? Contohnya Seremban ada 65 cawangan. Mungkin ada 65 pencalonan(sekiranya setiap pencalonan dari cawangan-cawangan ini berbeza dari satu sama lain) Terdengar maklumat di Sabah, ada bahagian yang mempunyai 400 cawangan. Haru jadinya!

Apakah mekanisme yang sesuai untuk memperbaharui sistem yang ada?Semak juga otak untuk memikirkannya. Bukan mudah!

Oleh itu peranan Jawatankuasa ini perlu mengemukakan cadangan-cadangan pindaan serta mekanisme pembaharuan dalam bentuk Rang Pindaan Perlembagaan dan barulah dihantar ke bahagian-bahagian.

Kata Dato' Seri Hishamuddin pendapat bahagian-bahagian akan diambil tentang pindaan Perlembagaan adalah murni. Ini membolehkan suara akar umbi diambilkira dalam pindaan Perlembagaan. Namun kalau tidak diberikan suatu garis panduan yang jelas tentang perkara yang perlu dipinda atau mekanisme pembaharuan, akan membuat bahagian-bahagian meneka dalam kesamaran dan akhirnya wujud berbagai usul dan memorandum dari bahagian-bahagian yang kebanyakannya tidak releven dan terkeluar tajuk.

Oleh itu seharusnya, Jawatankuasa Teknikal Pindaan Perlembagaan menyediakan suatu rang pindaan Perlembagaan dan rang ini di hantar ke bahagian-bahagian sambil memberikan garis panduan perkara apa yang perlu dibahaskan. Dengan ini perbahasan pindaan akan lebih terarah dan fokus. Pihak perwakilan cawangan di bahagian sewaktu Persidangan Bahagian akan lebih maklum tentang apa yang mereka perlu bahaskan dan membuat keputusan sama ada menerima sebulat suara atau menerima dengan pindaan atau menolaknya.

Hanya dengan itu,proses mendapatkan suara akar umbi dapat diuruskan dengan licin.Diharap pihak pucuk pimpinan UMNO dapat menimbangkan perkara ini. Masa Tan Sri Muhydin dahulu buat pindaan Perlembagaan UMNO , suara akar umbi tidak diminta. Oleh itu, kali ini buatlah pembaharuan!


Gooooooooool, Yop! teman leading 2-1 dah!




Goooooool, Yop! teman leading 2-1 dah ! Mahkamah dah kata teman MB yang sah! Klik Goool

Saturday, May 23, 2009

Peguam yang tak tahu Perlembagaan dan buta sejarah



" Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Kota Alam Shah,M Manoharan mengemukakan cadangan pembukaan takrifan Bumiputera kepada semua rakyat yang lahir selepas negara mencapai kemerdekaan" Berita Harian, Sabtu 23-5-09.


Mungkin lama dah duduk dalam tahanan mungkin air dah sampai kepala, Tambey ni mula buat cadangan yang bukan-bukan?Tambey ni bukan orang sebarangan. Qualified lawyer tapi pemikirannya seperti tak qualified sahaja! Klik sini

Kenapa suka cari pasal dengan 55% kaum yang telah diiktrafkan sebagai Bumputera di Malaysia ini. Bukan dengan orang Melayu sahaja tapi Bumiputra Sabah dan Sarawak juga Konsep "Malaysian Malaysia" ini dah lapuk la.

Semua ini dah termaktub dalam Perlembagaan. Termaktub dalam Perjanjian Persekutuan Tanah Melayu 1948 dan termasuk dalam Perjanjian Malaysia untuk kemasukan Sabah dan Sarawak.

Cadangan ini nampaknya bertujuan nak meluputkan sejarah pengorbanan orang Melayu yang telah berkorban berseuju memberi kewarganegaraan kepada kaum lain. Baca balik kata-kata Tun Sambanthan yang orang India di SriLanka dan Burma ditindas dan dihalau keluar dan bagaimana beliau berterimakasih kepada orang Melayu menerima orang India sebagai rakan dan diberi kewarganegaraan.

Cadangan ni juga bertujuan nak hapuskan hak keistimewaan orang Melayu dan Bumiputera dibawah Perkara 153 Perlembagaan Persekutuan. Dia tak suka dengan keadaan yang menyaksikan Kontaktor Bumiputera , Syarikat Bumiputera dan bantuan-bantuan yang diberikan kepada Bumiputera.

Orang macam Manoharan sebenarnya tak selesa duduk Malaysia ini dan sebab itu dia buat cadangan yang bukan-bukan. Tak mahu menghayati Prinsip Rukun Negara sebagai idealogi negara ini.Kalau dah tak selesa, angkat kaki la pergi ke tempat yang kau selesa Manoharan!

Tapi hairan juga kepala hotak orang Melayu yang sokong perjuangan mereka ini! Orang PKR sokong sangat Hindraf. Untuk orang Melayu PKR, korang suka ke dengan cadangan-cadangan macam ni?

Friday, May 22, 2009

PEMUDA UMNO SEREMBAN MENYOKONG PROGRAM SATU KOMUNITI SATU PERSATUAN




Imam Al Ghazali pernah berkata " Untuk mengetahui untung nasib sesuatu bangsa di masa hadapan, lihatlah pada generasi muda bangsa itu sekarang"


Sesungguhnya kata-kata Imam Al Ghazali itu memberikan nilai yang besar tentang peranan generasi muda kerana di atas generasi muda lah terletak untung nasib sesuatu bangsa.

Kementerian Belia dan Sukan (KBS) pada akhir bulan Mac yang lalu telah melancarkan program dinamakan SATU SUARA: SATU KOMUNITI SATU PERSATUAN".Ia adalah initiatif KBS untuk merealisasikan satu platform bagi peranan belia serta orang muda dapat dimainkan dengan berkesan dan suara serta pandangan belia serta orang muda ini dapat di ketengahkan. Antara perlaksanaan program ini merangkumi usaha memperkasakan persatuan belia yang sedia ada serta menubuhkan dan mengupayakan persatuan-persatuan baru. Kaedah penubuhan dan pendaftaran persatuan dipermudahkan malah diberikan insentif serta bantuan modal kepada persatuan tersebut.

Bagi Parlimen Seremban disasarkan sebanyak 500 persatuan baru ditubuhkan. Setelah KBS diambilalih oleh YB Dato' Ahmad Shabery Cheek, sasaran tersebut telah dipertingkatkan ke 1000 persatuan baru.

Pergerakan Pemuda UMNO Bahagian Seremban amat menyokong usaha Kerajaan dalam mengiktiraf serta mengupayakan kaum muda melalui program sebegini. Ketua Pergerakan Pemuda UMNO Bahagian Seremban, Sdr Shahrul Ekhsan telah merencanakan tindakan kerja yang proaktif agar Pergerakan Pemuda UMNO Bahagian Seremban menyumbang serta membantu merealisasikan usaha murni Kerajaan ini.

Pergerakan Pemuda UMNO Bahagian Seremban telah bergerak menggalakkan penajaan persatuan-persatuan belia dengan matlamat agar setiap pemuda cawangan mempunyai persatuan belianya sendiri atau dalam ertikata lain komunitinya sendiri. Disamping itu Pergerakan Pemuda UMNO Bahagian Seremban juga telah bertindak sebagai pemudahcara membantu dalam proses penerangan program ini kepada para belia di akar umbi, membantu dalam proses penajaan serta pendaftaran persatuan-persatuan ini. Sejak 8.11.2008 (tarikh pemilihan lepas) sehingga setakat ini, 13 persatuan belia baru telah di taja, 9 di DUN Lenggeng manakala 4 persatuan belia baru di DUN Ampangan. Selepas Mesyuarat cawangan-cawangan selesai, Pergerakan Pemuda UMNO merancang untuk menyambung serta menyusul gerakan proaktif ini di DUN- DUN lain pula.

DENGAN IZIN ALLAH SWT, misi kepimpinan Pergerakan Pemuda UMNO Bahagian Seremban untuk mewujudkan gagasan SINERGI PEMUDA:BELIA di Seremban, akan menjadi kenyataan.

Antara gerakan-gerakan penajaan persatuan belia.....





Justify Full