Saturday, April 14, 2012

BUKU APA INI ...... ADAKAH ANDA SUDAH DAPATKANNYA





SUDAHKAH ANDA MENDAPATKAN BUKU INI ???








Sudahkah anda mendapatkan buku Janji Ditepati yang dilancarkan
oleh Perdana Menteri, Dato Seri Najib Tun Razak di Batu Pahat,

Saya sendiri pun tak dapat lagi. Tapi saya akan cuba dapatkan juga dalam masa terdekat ni ......











bagi yang tak apa isi kandungan buku tu sila lah baca keratan akhbar di bawah




JANJI DI TEPATI
BN BAGUS
DULU KINI DAN SELAMANYA

Tuesday, April 12, 2011

Kenapa pandangan anak muda diketepikan...


Salam pada semua...

Saya dekat sini ingin melahirkan rasa kurang senang dengan pemimpin UMNO dalam kawasan Seremban yang kurang peka dengan pandangan dan idea daripada generasi muda...Saya merupakan anak jati Seremban yang merantau jauh ke Pulau Pinang untuk bekerja..Saya ada melontarkan keinginan saya untuk mendaftar sebagai ahli Pemuda UMNO..Namun usaha saya hanya sia-sia sahaja...SMS dan panggilan saya untuk bertanya langsung tidak di jawab...Pandangan saya terus diketepikan...Bagi saya inikan yang dinamakan Pemimpin yang mesra..Saya melihat pemimpin UMNO kawasan seremban hanya mementingkan generasi muda yang berada di kawasan mereka sehaja...Tapi adakah mereka sedar bahawa ramai anak muda dari kawasan mereka yang bekerja diluar kawasan Seremban...Pernahkah mereka mengambil kira pandangan dan idea mereka...Ada sesetengah daripada mereka menjadi pemimpin dalam sektor pekerjaan mereka...Apa yang mereka mahu adalah SALURAN untuk melontarkan idea dan pendapat...Selama ini saya menyokong UMNO dengan perjuangan mereka...tapi kini saya menjadi letih dan sedih dengan kerenah birokrasi yang ada...Saya kenal pemimpin kawasan saya,kenal pemimpin bahagian saya,kenal siapa MB saya...Nasihat saya pandangan anak muda jangan diketepikan...Mereka pewaris negara dan bakal mencorakkan negara pada masa hadapan...Bagi seluruh kepimpinan UMNO kawasan Seremban, bukalah mata anda....jangan sampai anak muda yang menyokong anda selama ini berpaling tadah kepada anda...Pemimpin yang berjiwa rakyat,kenal akarnya...

Tulisan di atas adalah luahan hati penulis....Sekian..

Friday, March 4, 2011

Al Fatihah




Pergerakan Pemuda UMNO Bahagian Seremban mengucapkan takziah kepada keluarga Allahyarham Abdul Mujib bin Hamzah Ketua Pergerakan Pemuda UMNO Kg Ujong Pasir atas kembalinya beliau ke rahmatullah pada 27-2-2011. Semoga roh Allahyarham di bariskan dengan roh orang-orang yang soleh dan dicucuri rahmat oleh Allah SWT.Al Fatihah.

Thursday, March 3, 2011

Baru nak jenguk rakyat?

1.Baru-baru ini KERISMUDA berhadapan dengan orang kuat PKR Cabang Seremban di sebuah rumah penduduk di Kg Durian 3 Batang di Ampangan. Kumpulan PKR ini diketuai oleh Dr Ahmad Azam Hamzah, ketua cabang PKR Seremban diikuti dengan Timbalan , Setiausaha beliau dan beberapa orang lagi. Ada 8 orang semuanya.

2.Cerita bermula apabila orang PKR peringkat cabang ini datang ke rumah penduduk tersebut menawarkan khidmat untuk membaiki atap rumah penduduk tersebut yang bocor dan usang. Mereka bercadang untuk membaiki atap rumah penduduk tersebut secara gotong royong.

3.Apabila disiasat ,menurut tuan rumah, rupa-rupanya suatu permohonan untuk membaiki rumah tersebut telahpun dibuat ke pejabat daerah kira-kira setahun yang lalu, namun hingga pihak PKR datang ke rumah beliau masih tiada apa perkembangan susulan dari pejabat daerah.

4. Bagaikan "Orang Mengantuk di sorongkan bantal" tuanpunya rumah pada awalnya menerima tawaran dari orang PKR ini kerana mengikut katanya" Nak tunggu Kerajaan buat lambat sangat".

5. Bila disiasat lagi, di dapati pihak PKR ini sejak dari awal tahun telah mula bergerak dalam kawasan Ampangan dan Sikamat, ,masuk ke kampung-kampung menawarkan khidmat pembaikan atap kepada penduduk. Kebanyakan rumah-rumah tersebut sebenarnya telah pun di lawat sama ada oleh JKKK ataupun wakil pusat khidmat DUN dan permohonan pembaikan juga telah di buat,namun tiada jawapan mahupun perkembangan susulan dimaklumkan kepada penduduk tersebut.Gerakan ini dilihat sebagai gerakan kempen mereka untuk meraih sokongan serta undi penduduk kepada mereka. Maklumlah bahang Pilihanraya Umum telah pun terasa.

6. Dalam kes di Kg Durian 3 Batang tersebut , PKR tidak dapat masuk menggerakkan kempen mereka kerana En Ahmad Misni (Pengerusi JK Ketua Kampung DUN Ampangan) En Idris (Pengerusi JKKK Kg Ismail) dan En Adam (Pengerusi JKKK Kg Jiboi baru) bersama dengan ketua cawangan UMNO Jalan Kuala Pilah dan ajknya telah berjaya mempercepatkan peruntukan kerja dari pejabat daerah sekaligus menghalang gerakan PKR ini. Namun perkara ini tidak akan berakhir di sini kerana mereka (PKR) akan meneruskan gerakan mereka ke kampung-kampung lain dalam DUN Ampangan dan Sikamat.

7. Semasa berhadapan dengan orang PKR ini ada ditanya berapa rumah yang telah mereka baiki. Kata mereka , mereka telah siapkan 8 rumah. Persoalannya, apalah sangat 8 buah rumah berbanding dengan 300 buah rumah yang telah di baiki oleh Kerajaan BN dalam DUN Ampangan dan Sikamat? Kenapa sejak menduduki kerusi DUN Ampangan dan Sikamat pada PRU-12 yang lalu,baru 8 buah rumah sahaja yang dibaiki? Jelas gerakan mereka ini hanya untuk meraih undi bukan untuk benar-benar menolong penduduk. Namun mereka bijak memainkan peranan mereka. Mereka akan datang ke rumah yang masih menunggu peruntukan pembaikan dari Kerajaan BN dan mereka akan kata mereka yang tolong rakyat dan bukannya Kerajaan.

8. Semasa berhadapan dengan mereka banyak sindiran pedas di lontarkan kepada UMNO dan BN terutamanya tentang kelewatan birokrasi tentang bantuan kepada penduduk.Kelewatan ini dan tiada perkembangan susulan dijadikan modal oleh mereka menghentam BN.

9. Ini adalah kelaziman orang PKR. Sejak menang kerusi DUN Ampangan YBnya asyik masuk keluar hospital. Penduduk/pengundi tak dihiraukan. BN juga yang turun padang mendekati rakyat. Tapi bila PRU dah dekat baru nak turun jumpa penduduk dan menggunakan kelewatan birokrasi ini untuk kepentingan mereka. Dah nak masuk 3 tahun dah jika dikira sejak 2008, Baru nak jenguk rakyat?

10. Namun ada pengajarannya dari peristiwa ini kepada BN. Dibawah Gagasan 1 Malaysia,kita kata kita dahulukan rakyat tapi pencapaian tidak diutamakan. Banyak lagi rumah-rumah yang perlu dibaiki yang masih menunggu peruntukkan pembaikan rumah. Kerismuda tahu JKKK pening kepala dek kelewatan ini tetapi mereka setelah serahkan permohonan mereka tidak boleh nak buat apa-apa. Penghulu Ampangan entah ke mana. Sejak disiasat SPRM ini Penghulu hanya menyepi diri.Oleh itu Kerismuda harapkan En Khairy ADO pejabat tanah dan daerah dan pejabat Menteri Besar dapat membantu dalam mempercepatkan proses bantuan. Kalau tidak nanti berlaku keadaan di mana "BN punya susu, PKR yang dapat nama".


Sunday, November 7, 2010

KENANGAN MANIS HARI PERTAMA PEMUDA SEREMBAN DI GALAS

BULUH RUNCING SATU..........????

Ane jual suratkhabar di Taman Wangi di Galas


Boss sedang tunjuk skill BBQ pada penduduk Tmn Wangi...laris wa ckp lu!!


Confirm kono koncing YB Tok Samad dgn pembongak2 ni.....

Soba yolah yo tok.....:)



KP mengiringi Boss bagi beramah mesra bersama pengundi tempatan



Pekerja "MPN" yang sempat berebut2 nak jual kotak




Dah penat menyeludup beras budak-budak agaknya....steadylah kau orang tak banyak karenah tapi tetap membantu jentera di Galas walaupun berbantalkan beras...syabas beta.


Terima kasih YB Mustafa dan selamat harijadi.................................


KP juga dikerumuni pemberita bagi mendapatkan pandangan isu2 semasa


Dik Az pun sama enter frame dgn press tapi...terlebih sudah!!


Ketua Pemuda Seremban@PSU Pemuda NS, Pembantu Khas Supol Menteri Kerja Raya serta Ketua Pemuda Tampin@Bendahari Pemuda NS



I Like........................!!!!

Friday, October 22, 2010

Keuntungan KLCC

Bagi yang membantah pembinaan Menara Merdeka, mereka ini juga yang membantah pembinaan KLCC dahulu. Lihat dari tahun 2006 hingga 2009 keuntungan KLCC adalah seperti berikut;

539 j
557 j
626 j
627 j


sumber maklumat dari: http://www.klcc.com.my/InvestorRelations/Pages/Annual%20Reports/annual-report-2009.aspx

Thursday, September 30, 2010

POGRAM PENUTUP PENGAGIHAN BUBUR LAMBUK SERTA BANTUAN PD YG KURANG BERKEMAMPUAN SEMPENA BULAN RAMADAN DI DUN LENGGENG BERSAMA YB KAWASAN

Bersungguh-sungguh budak ni nampaknya...





YB Mustafa sedang memulakan pengagihan bubur lambuk yang telah di masak oleh ahli-ahli Pemuda sendiri dari pagi yang dianggarkan sebanyak 1,500 bungkus utk disumbangkan.











Penat sangat nampaknya tu.....bulan puasa ye tak?