Monday, August 30, 2010

SUMBANGAN DAN AGIHAN BUBUR LAMBUK PERGERAKAN PEMUDA UMNO SEREMBAN DI DUN SIKAMAT BERSAMA YB DATO' RAZI B. HJ. KAIL EXCO KERAJAAN NEGERI SEMBILAN


GAYA SEORANG MUSAFIR YANG SEMPAT MENERIMA AGIHAN BUBUR LAMBUK DARI YB DATO' RAZI UNTUK JUADAH BERBUKA.....(PONEK NAMPAK GAYO PUASO TU ABOY?)
BUDAK NI TUNJUK BADAN KO JAGA LALUAN TRAFIK....TKSH KERANA BANTU LANCARKAN LALUAN KENDERAAN SEPANJANG PROGRAM AGIHAN.









SAUDARA KETUA PEMUDA UMNO BAHAGIAN SEDANG MENGIRINGI TUAN HJ. KHALID MUHAMMAD S/U KRT(B) TAMAN PAROI JAYA SERTA YB DATO' RAZI BAGI MENGAGIHKAN BUBUR KPD ORANGRAMAI

PENGERUSI PEMUDA UMNO DUN SIKAMAT SERTA PENYELARAS PENGERAK BELIA DUN SIKAMAT BERGANDING BAHU MENYIAPKAN JUADAH BUBUR LAMBUK

PATUTLAH SOLD OUT TIAP KALI BUBUR DIAGIHKAN.....EN AZIZ PENGERUSI BIRO AGAMA SENDIRI YANG MASAK DENGAN KAWAN-KAWAN. BERTUAH ORG RUMAH....



BERGAMBAR KENANGAN TUAN HJ. KHALID MUHAMMAD S/U SERTA AJK KRT (B) TAMAN PAROI JAYA YANG HADIR AWAL BERSAMA YB DATO' RAZI DAN JUGA KETUA PERGERAKAN PEMUDA UMNO BAHAGIAN SEREMBAN



MALAM PERSIAPAN BAGI MENYEDIAKAN PROGRAM BUBUR LAMBUK DI DUN SIKAMAT SECARA GOTONG ROYONG OLEH AHLI-AHLI PERGERAKAN PEMUDA UMNO BAHAGIAN SEREMBAN YANG BERKESEMPATAN HADIR.





Sunday, August 29, 2010

Selamat Tiba Wahai 20 Ramadan

Bulan Ramadan 1431H/2010M sudah hampir tiba ke penghujungnya. Rebutlah pahala di sepuluh malam yang terakhir ini sesungguhnya di sepuluh malam yang terakhir ini…..””Dimalam itu (Lailatul Qadr) malaikat dan ruh turun dengan izin Tuhan mereka …” (Al-Quran).

Pernah dimalam itu Al-Quran diturunkan dari Luh Mahfuz ke langit dunia, Baitul Izzah. Mukmin sejati semakin menggiatkan ibadah mereka khususnya di seluruh 10 malam terakhirnya, yakin pahala di salah satu dari malam-malam tersebut digandakan pahalanya sebanyak ibadah yang sama dikerjakan selama 1000 bulan! Itulah malam Lailatul Qadar. Pada 10 malam tersebut, demi berebut untuk mendapatkannya, Rasulullah saw mengasingkan dirinya dari isteri-isterinya, beriktikaf di dalam Masjid Nabawi, beribadah dan bermunajat kepada Allah swt sambil diikuti oleh para Sahabat ra. Firman Allah swt bermaksud,

Sesungguhnya Kami menurunkan (Al-Quran) dalam malam Lailatul Qadr. Tahukah kamu apa itu malam Lailatul Qadr. Malam Lailatul Qadr lebih baik dari 1000 bulan. Malaikat dan ruh turun pada malam itu dengan izin Tuhan mereka dalam semua urusan. Salam (sejahtera) malam tersebut hingga naik fajar” (Al-Quran).

Diantara ibadah-ibadah yang boleh dilakukan ialah qiamulail, puasa fardhu, berbuka, solat Tarawih, tilawah Al-Quran, berdoa, zikir, istighfar, memuhasabah diri, merancang untuk amalan diri, keluarga dan Dakwah dan sebagainya.

Tips

Beberapa tips dalam merebut pahala dan kelebihan malam Lailatul Qadr :

1. Bersedia untuk merebutnya dari sekarang terutama disegi keyakinan, kesungguhan merebut peluang tahunan ini dan merancang kalender harian agar mengosongkan 10 malam-malam terakhir tersebut untuk tujuan itu semata-mata, tidak untuk kesibukan lain.

2. Memahami bahawa dimana jawatan, kedudukan dan kesibukan kita di dunia ini, tujuanutama manusia dijadikan ialah untuk beribadah kepada Allah swt dengan penuh keikhlasan, bersedia untuk “Hari (Akhirat) yang tiada gunanya lagi harta dan anak-anak, melainkan orang yang bertemu Allah dengan hati yang sejahtera” (Al-Quran).

3. Putuskan dari sekarang masjid mana yang akan kita gunakan untuk Iktikaf, siang dan malam, samada sebahagian atau 24 jam sehari. Pastikan AJK masjid tersebut memahami ibadah Iktikaf dan Qiyamullail 10 Malam terakhir agar tidak berlaku masalah pengurusan dengan mereka yang tidak memahaminya.

4. Dapatkan teman agar sama-sama dapat melakukan ibadah tersebut secara berjemaah.Jika anda bekerja dibawah majikan, kenalpasti hari-hari yang akan dimohon cuti agar dapat lebih hari untuk beriktikaf di masjid. Jika anda tidak dapat mengambil cuti kerja, anda boleh cuba berktikaf di masjid sepenuhnya dalam cuti hujung minggu pada hari Sabtu dan Ahad .

5. Jika anda seorang pelajar, cuba habiskan kerja-kerja rumah atau assignments dari sekarang agar tidak tertimbun pada 10 malam terakhir Ramadan. Beli tiket balik kampung lebih awal agar tidak disibukkan mencari tiket nanti.

6. Bersedia untuk Aidil Fitri lebih awal, sebelum 10 Malam Terakhir, agar kita tidak disibukkan nanti dengan membeli belah, memasang langsir, membuat kuih muih, menyiap atau menjahit pakaian Raya dan sebagainya seperti yang sering berlaku pada ramai orang yang kurang memahami dan menghayati kelebihan 10 malam terakhir Ramadan.

7. Memahami bahawa asas perubahan ke arah kebaikan pada seseorang bahkan pada sesebuah umat ialah pembaikan jiwa yang ada di dalam diri masing-masing. Madrasah 10 Malam Terakhir Ramadan yang bakal dilalui boleh turut membantu mencapai kearah perubahan tersebut.

Semoga Allah mengurniakan ketaqwaan kepada kita setelah menjalani ibadah di bulan Ramadan ini. Kita keluar darinya nanti dengan beroleh rahmah, keampunan dan selamat dari api neraka.

Petua Imam Al Ghazali Mengenal hari Lailatulqadar

Petua oleh Imam Ghazali dan lain-lain ulama’ untuk cari mencari malam Lailatul Qadar

Jika awal ramadhan jatuh pada hari:

1. Ahad atau rabu – malam qadar dijangka berlaku pada malam 29 ramadhan

2. Isnin – malam qadar dijangka berlaku pada malam 21 ramadhan;Selasa atau jumaat – malam qadar dijangka berlaku pada malam 27 ramadhan;

3. Khamis- malam qadar dijangka berlaku pada malam 25 ramadhan;

4. Sabtu- malam qadar dijangka berlaku pada malam 23 ramadhan

Menurut Sheikh Abu Hassan bahawa mula dia baligh, dia sentiasa dapat menghidupkan lailatul qadar pada malam yang tepat mengikut petua diatas.

Tanda malam qadar ialah :

1. Malam itu tenang, tidak dingin dan tidak panas;

2. Siangnya cahaya matahari warnanya jernih tidak terlalu terik;

3. Pada malam itu malaikat jibril akan menyalami orang yang beribadat pada malam itu dan tandanya ialah kita tiba-tiba rasa sangat sayu dan kemudiannya menangis teresak-esak secara tiba-tiba.

Saturday, August 28, 2010

KONVOI BERMOTOR PEMUDA UMNO DUN NILAI & LENGGENG KE HULU TERENGGANU "MENYUSUR LALUAN PAHLAWAN MAT KILAU"


JEJAKA PERASAN BEREHAT DI HENTIAN JABOR



PELANCARAN KONVOI DILAKSANAKAN OLEH YB TUAN MUSTAFA B. SALIM ADUN KAWASAN LENGGENG SERTA PEMIMPIN KEDUA-DUA DUN YANG SEMPAT HADIR





PENGIRING KONVOI YANG BERPENGALAMAN SERTA BERDISIPLIN DARI JUZZRIDE CLUB.....MEMANG GEREK SEH DAN SEMPOI














ANAK SIAPA YANG HILANG NI?