Thursday, March 3, 2011
Baru nak jenguk rakyat?
Posted by kerismuda at 4:53 PM 2 comments
Wednesday, September 29, 2010
Thursday, September 2, 2010
Lu Pikirlah sendiri
KUALA LUMPUR, 1 Sept: Pihak pembangkang Malaysia dan Indonesia sepakat untuk meneruskan dan memperbaiki hubungan baik antara kedua-dua negara, kata Timbalan Presiden PAS, Nasharudin Mat Isa. Kesepakatan itu dicapai dalam satu pertemuan di antara beberapa Ahli Parlimen PAS dan wakil Partai Demokrasi Indonesia Perjuangan (PDIP) di bangunan Parlimen, hari ini. "Kita mengadakan perbincangan mengenai beberapa perkembangan terkini yang sedang berlaku yang berkaitan hubungan antara kedua negara tanpa menafikan segala usaha baik yang telah dilakukan oleh kedua-dua pemerintah Indonesia dan Malaysia. "Pertemuan ini adalah sebagai satu lagi usaha yang dimainkan oleh ahli Parlimen untuk memastikan hubungan baik berkekalan dan beberapa isu telah kita bangkitkan tadi dan kita masuk kepada tahap memperbaiki dan menjernihkan hubungan baik melalui usaha ahli parlimen pembangkang," kata Nasharudin kepada pemberita selepas pertemuan hampir sejam itu. PAS menerima kunjung hormat daripada wakil pembangkang Indonesia itu bagi membincangkan isu utama berhubung hak asasi manusia melibatkan pendatang dari Indonesia. Kedua-dua negara bersetuju bahawa mereka yang melakukan kesalahan perlu dihukum tanpa melanggar batas-batas hak asasi manusia. "Kita telah bersetuju dalam hal-hal yang berkaitan dengan perlanggaran undang-undang di mana sahaja samaada di Malaysia atau di Indonesia, kita mahukan undang-undang dilaksanakan cuma kita akan pastikan perjalanan undang-undang itu menjaga hak asasi bagi memastikan keadilan dilaksanakan dalam proses perundangan tersebut," kata Nasharudin yang juga Ahli Parlimen Bachok. Sementara itu, anggota Dewan Perwakilan Rakyat (DPR), Reike Diah Pitalokal yang mengetuai rombongan berkata, pihaknya sedang berusaha untuk mewujudkan satu di Parlimen mereka bagi menangani kes-kes melibatkan rakyat mereka yang bekerja di Malaysia. "Kami sedang berupaya untuk membangun semacam polisi di Parlimen bagi persoalan buruh migran mudah-mudahan juga hal yang sama bisa dilakukan oleh Parlimen di Malaysia dan kita bisa berkomunikasi," katanya. Ahli Parlimen Tumpat, Datuk Kamaruddin Jaffar pula mencadangkan agar satu kaukus Parlimen diwujudkan berhubung hubungan Malaysia-Indonesia seperti mana wujudnya kakus hubungan Malaysia-Myanmar dan lain-lain lagi. "Bagi pihak ahli Parimen PAS, kita mencadangkan untuk mewujudkan kaukus hubungan Malaysia Indonesia di kalangan ahli parlimen sebagaimana sudah ada kaukus berkenaan Myanmar dan sebagainya. "Ini untuk memastikan kita dapat memberikan tumpuan yang khusus kepada isu yang besar dan penting untuk kemajuan kedua-dua negara dan kemajuan rakyat," katanya. Diminta mengulas mengenai demonstrasi yang dilakukan Benteng Demokrasi Rakyat (Bendera) di bangunan kedutaan Malaysia di Jakarta, Reike berkata, pihaknya tidak mahu membesarkan isu berkenaan sehingga menenggelamkan isu utama yang perlu diberi perhatian khusus. Manakala Ahli Parlimen Kubang Kerian, Salahuddin Ayub yang juga Naib Presiden PAS pula berkata, sepanas manapun situasi yang cuba diwujudkan di Indonesia, PAS tidak pernah bercadang untuk membuat tindakan balas sebaliknya berusaha untuk menyelesaikan perkara yang berlaku melalui diplomasi. "Saya rasa hubungan diplomatik yang baik dan kebijakan kita untuk menangani isu ini lebih penting kerana kami di Malaysia khususnya dari PAS apa pun yang berlaku di Jakarta, kami daripada PAS tidak pernah menggerakkan pemuda untuk berdemonstrasi di kedutaan Indonesia di sini. "Kita harus melihat itu dari segi kacamata yang lebih besar, kita punya masa depan yang lebih baik. Apa yang berlaku harus dicermati dan kebijakan politik penting dalam menangani isu sebegini," katanya. Pembangkang sepakat teruskan hubungan baik Malaysia-Indonesia Hazayani Zakaria
Labels: Ancaman
Posted by kerismuda at 5:02 AM 0 comments
Thursday, August 20, 2009
Minggu lalu kebetulan semasa KERISMUDA bertugas di Kuala Lumpur, KERISMUDA berpeluang untuk bertemu dengan seorang tetamu dari Jakarta. Setelah berkenalan barulah KERISMUDA tahu bahawa tetamu dari Jakarta ini bukanlah sembarangan orang. Rupa-rupanya beliau adalah Ahli Dewan Perwakilan Rakyat (DPR) Parlimen Republik Indonesia (Ahli Parlimen Indonesia). Beliau juga adalah anggota Komisi VII: ENERGI SUMBER DAYA MINERAL,RISET DAN TEKNOLOGI,LINGKUNGAN HIDUP (Mengikut struktur pentadbiran di Indonesia, Komisi-Komisi ditubuhkan untuk membantu Kerajaan Indonesia meneliti,memantau dan memberikan cadangan tindakan kepada Kerajaan tentang isu permasalahan dan pembangunan dalam bidang berkaitan. Di Malaysia Komisi ini serupa dengan apa yang kita panggil Suruhanjaya).
Tuan Achmad atau lebih mesra dipanggil “ Bapak Achmad” datang ke Malaysia kerana menguruskan urusan kemasukan anaknya yang ingin menyambung pelajarannya di Institut Lim Kok Wing. Namun apa yang menarik dalam pertemuan dengannya selama 2 jam adalah pandangannya yang mendalam tentang politik di Asia Tenggara khususnya di Malaysia dan di Indonesia.
Dalam perbualan bersama dengan Bapak Achmad dapat dilihat bahawa Bapak Achmad ini amat arif tentang perkembangan politik di Malaysia. Dia turut menyentuh tentang Gerakan Mansuhkan ISA (GMI) dan mengatakan bahawa ada pihak yang sengaja mahu mengaitkan Kerajaan Malaysia ini sebagai kerajaan yang zalim kerana melaksanakan ISA.Menurutnya undang-undang seperti ISA adalah perlu demi untuk membendung kegiatan seperti kegiatan pengganas dan demi untuk menjaga keamanan di dalam negara.
Katanya, mengapa bisa dilihat kejadian pengeboman berlaku di Indonesia di kawasan yang dikunjung oleh wisata (pelancong) sedangkan di Kuala Lumpur juga wujud kawasan-kawasan sedemikian. Kalau di Malaysia mana-mana orang yang cuba beli bahan letupan, Pihak Polisi (Pihak Polis) akan segera mengetahuinya.Di Indonesia dahulu ada undang-undang seumpama ISA tetapi telah dimansuhkan atas nama demokrasi dan “human rights”. Sekarang kerana tiadanya undang-undang seumpama itu membisakan orang yang ektrimis seperti Noordin Mat Top , Azahari duduk bersembunyi di Indonesia.
Beliau juga menyatakan tidak terkejut apabila di Malaysia orang bukan Islam mempertikaikan hak orang Islam., rakyat mula biadap kepada Raja dan pemerintah. Menurut beliau Indonesia sudah mempunyai pengalaman sebegitu. Lihat sahaja tragedi di Ambon iaitu pergaduhan antara orang Islam dan Kristus. Begitu juga di Aceh. Beribu-ribu nyawa telah melayang kerana pergaduhan tersebut. Sekiranya dikaji semula dilihat ada usaha pihak luar yang cuba memporak peranda keadaan dalam negara yang aman . Pihak luar ini seharusnya menggunakan orang dalam negara sendiri untuk merealisasikan agendanya. Mereka gunakan slogan yang sama “Demokrasi”! “Human Rights”! dan berusaha membangkitkan kemarahan rakyat kepada pemerintah. Perkara inilah yang berlaku di Indonesia sehingga terjadinya kejatuhan kepimpinan Bapak Suharto.Sejak itu Indonesia sudah ada 5 orang Presiden dalam tempoh 15 tahun. Ini menunjukkan ketidakstabilan keadaan kepimpinan di Indonesia.
Kenapa berlaku sedemikian? Menurut Bapak Achmad, jawapannya amat mudah.Indonesia mempunyai orang Islam teramai di rantau ini. Kedua teramai berada di Malaysia. Pihak luar tidak mahu melihat orang Islam dapat menguasai rantau ini atau mana-mana rantau pun di dunia ini. Siapakah pihak ini? CIA, Yahudi ? Semuanya mungkin! Katanya bacalah kalam Allah SWT dalam surah Al Baqarah ayat 120!
KERISMUDA teringat cerita rakan-rakan yang pulang berkempen dari Manik Urai. Menurut mereka semasa berhenti minum di Kg Pahi, Manik Urai Kelantan, mereka melihat seorang kanak-kanak sekolah rendah sedang menconteng gambar Pak Lah dan gambar Duli Yang Maha Mulia YDPA. Apabila anak kecil ini ditanya mengapa dia berbuat begitu, jawabnya mudah: CIKGU YANG SURUH!
Disini dapat dilihat anak yang masih kecil telah diajar untuk membenci pemimpin negara dan Raja yang memerintah! Sesuatu yang TIDAK BOLEH DIMAAFKAN!! Adakah ini bibit-bibit permulaan seperti yang di alami oleh Indonesia?
KERISMUDA merasakan bahawa cabaran untuk mengekalkan kepimpinan Melayu yang berteraskan Islam di tanahair tercinta ini akan menjadi lebih berat! Adakah kita sebagai pemuda bersedia untuk menggalas cabaran ini? Fikir-fikirkanlah bersama!
Labels: Ancaman, Hujah/Pandangan
Posted by kerismuda at 3:47 AM 0 comments
Tuesday, August 11, 2009
Revolusi melemahkan kepimpinan Melayu?
Apa yang menarik di sampaikan oleh beliau adalah bagaimana usaha pihak pembangkang untuk mewujudkan situasi agar orang Melayu bencikan pemimpin Melayu sendiri. Walau baik mana pemimpin tersebut, namun ia tetap akan dibenci oleh rakyat. Ini juga adalah helah pembangkang untuk mengalihkan perhatian rakyat dari bersyukur kerana jasa yang ditaburkan oleh pemimpin Melayu kepada kebencian yang tidak bersempadan. Setiap tindakan pemimpin akan dikeji dan dinista dan ini adalah strategi pembangkang untuk meraih undi untuk Pilihanraya akan datang untuk menutup kegagalan mereka merealisasikan apa yang telah dijanjikan kepada rakyat.
Usaha pihak pembangkang ini dilakukan terang-terangan. Contohnya tidak lama dahulu anak Karpal Singh menuduh Dato' Sri Mohd Najib sebagai pembunuh Altantunya dalam Parlimen.Ini dibuat untuk mewujudkan kesangsian dan skandal terhadap pemimpin Melayu oleh pembangkang. Anak Karpal Singh sekali-kali tidak berani untuk mengulangi tuduhan tersebut diluar Parlimen (kerana beliau ada kekebalan dalam Parlimen).Kita sedar ada juga umat Melayu yang mempercayai kata-kata anak Karpal Singh ini kerana minda mereka telah di sumbat dengan kebencian kepada pemimpin bangsa sendiri,walaupun tiada bukti yang membuktikan tuduhan tersebut.
Usaha ini diteruskan dengan pelbagai kaedah. Terbaru dengan menganjurkan perhimpunan Gerakan Mansuhkan ISA (GMI). Dari 589 orang yang ditahan oleh pihak berkuasa sewaktu perhimpunan tersebut ,583 daripadanya adalah orang Melayu. Ada yang berusia baru 13 tahun ! Mereka ini di momokkan dengan slogan Kerajaan BN yang diterajui oleh orang Melayu adalah zalim! Mereka ini adalah bangsa Melayu....yang terpaksa menahan balingan batu dan sepak terajang mereka adalah pihak berkuasa yang majoritinya adalah orang Melayu! Di belakang mereka ini berdiri pemimpin-pemimpin pembangkang yang bukan Melayu menyeru orang Melayu membenci kepimpinan orang Melayu!
Di Rembau isu pengambilan tanah di Chembong oleh KTMB laluan keretapi berkembar telah dijadikan mainan politik untuk menyemaikan kebencian rakyat kepada kepimpinan Melayu di Negeri Sembilan. Kita faham kalau perkara ini dimainkan oleh pembangkang kerana itu memang kerja mereka tetapi yang tidak boleh diterima apabila Ketua UMNO Bahagian Seremban juga turut campur tangan dalam memainkan isu berkaitan dengan pengambilan tanah di Chembong. Apa perlu beliau turun ke sana? Beliau hanya Ketua Bahagian UMNO di Seremban dan Chembong bukanlah dalam kawasan dalam bahagian Seremban untuk beliau campur tangan?
Yang paling tak sedap didengar adalah apabila Ketua UMNO ini turun di Rembau , beliau bersama Cikgu Bad, Ketua AMK PKR Negeri pergi berjumpa orang kampung di Chembong. Turut dimaklumkan bahawa beliau di depan khalayak ramai dan ahli-ahli pembangkang mengatakan wakil rakyat BN Chembong dan Menteri Besar Negeri Sembilan tak tahu buat kerja. Aduh! Kenapa pemimpin UMNO sendiri mahu melemahkan kepimpinan Melayu di Negeri Sembilan?
Persidangan Perwakilan Bahagian Rembau baru-baru ini berlaku pertelagahan apabila ada perwakilan dari Cawangan Mampong Perigi Jernih secara biadap berteriak kepada Menteri Besar ( yang juga Ketua UMNO Bahagian Rembau) semasa beliau berucap merasmikan Mesyuarat Bahagian. Isu yang berkaitan adalah isu pengambilan tanah tersebut. Apa yang berlaku menunjukkan ahli UMNO sendiri sudah mula biadap dan membenci pemimpin mereka sendiri. Firasat KERISMUDA ini adalah kesan dari tindakan pemimpin UMNO sendiri yang mahu melemahkan kepimpinan UMNO sendiri.Sudahlah pembangkang dari setiap sudut cuba untuk mewujudkan kebencian rakyat kepada pemimpin UMNO tetapi apabila pemimpin UMNO sendiri juga turut bersama berusaha unuk mewujudkan kebencian tersebut, keadaan diihat sudah menjadi parah!
Atas dasar prinsip KERISMUDA dengan ini secara tegasnya membantah tindak-tanduk Ketua UMNO Bahagian Seremban dan akan melawan sebarang usaha untuk melemahkan kepimpinan Melayu di Negeri Sembilan!
Labels: Ancaman, Hujah/Pandangan
Posted by kerismuda at 11:55 AM 6 comments
Monday, June 8, 2009
PKR dah mula mengkader!
Tujuan penganjuran ini mempunyai serampang dua mata. Pertama, nak mendekatkan orang muda dengan PKR. Selain dari itu, ada gerakan untuk mengkaderkan orang muda untuk jadi penyokong AMK.
Semasa pertandingan ini dijalankan, puak-puak AMK ini akan buat pemantauan dan mengenalpasti 'kepala" di kalangan para peserta yang menyertai pertandingan ini. "Kepala" yang dimaksudkan individu yang dilihat mempunyai pengaruh dikalangan orang muda yang menyertai pertandingan tersebut.
Butiran dan no telefon "kepala" ini didapatkan dan puak-puak AMK ini mula rapat dengan "kepala" ini. Mereka tidak terus bagi borang keahlian PKR tetapi yang penting adalah untuk membina hubungan dengan " kepala-kepala" ini.
Perkara ini tidak habis di situ sahaja. Puak-puak AMK ini akan terus berhubung dengan "kepala-kepala" ini. Mereka akan dari masa ke semasa diajak untuk bejumpa, minum teh tarik ke dan sebagainya. Sedikit demi sedikit puak AMK ini akan masukkan jarum dan semaikan kebencian kepada Kerajaan di kalangan "kepala-kepala" ini. Sedikit demi sedikit mereka mengindoktrinasikan "kepala-kepala" ini dengan idealgi mereka. Mereka tahu bahawa "kepala-kepala" ini berupaya mempengaruhi rakan-rakan mereka.Menjadi ahli PKR tak penting tapi mengundi PKR untuk PRU 13 akan datang adalah agenda yang maha penting dalam gerakan pengkaderan ini.
Inilah pendekatan PKR dan menerusi pendekatan ini sukar untuk dikesan ini sama ada orang muda ini menyokong pembangkang atau sebaliknya kerana mereka bukan terang-terangan menjadi ahli AMK atau PKR. Kalau UMNO buat program pun mereka boleh terlibat!UMNO kelak akan ingat mereka dah dapat sokongan padu dari orang muda tapi kelak masa mengundi esok keputusan akan jadi sebaliknya.
Oleh itu rakan-rakan kita perlu hati-hati, PKR dah mulakan pengkaderan!
Labels: Ancaman
Posted by kerismuda at 9:24 AM 0 comments
Wednesday, May 27, 2009
KEPERCAYAAN KEPADA TUHAN SERTA KESETIAAN KEPADA RAJA DAN NEGARA
Menteri Pertahanan Dato’ Seri Dr. Ahmad Zahid Hamidi berkata, "Saya tidak dapat memaklumkan secara khusus tentang adanya gerakan untuk hidupkan ideologi komunis dalam negara, tetapi ada macam suatu usaha yang berbaur komunis yang cuba dihidupkan semula oleh beberapa badan yang tidak berdaftar dan ada juga yang mahu hidupkannya melalui parti politik,"
Pada hemat KERISMUDA gerakan untuk menghidupkan semula idealogi komunis bukan hanya wujud baru-baru ini tetapi telah bermula beberapa tahun lalu.
Di awal tahun 2007 dahulu, Menteri Penerangan pada masa itu, Datuk Zainuddin Maidin telah secara terbuka melahirkan rasa tidak senang tentang pembinaan tugu peringatan di Sarawak dan juga di Nilai yan dibina memperingati kematian ahli-ahli MPAJA (sayap gerakan Komunis) dan mengiktirafkan mereka sebagai pejuang kemerdekaan Tanah Melayu.

Di Nilai, Tugu Peringatan ini masih wujud kerana ia dibina di atas tanah persendirian di Nilai Memorial Park dan tidak banyak Kerajaan mahupun Kerajaan Negeri dapat lakukan untuk menyekat pembinaan tersebut.
Kenyataan umum Datuk Zainuddin Maidin tersebut telah mengundang kecaman hebat dari parti DAP dan pemimpin –pemimpin mereka seperti Dr Lim Kit Siang dan Ronnie Liu yang mengatakan bahawa Datuk Seri Zainuddin Maidin buta sejarah dan sebagainya Mereka menganggap bahawa ahli-ahli MPAJA yang gugur tersebut sebagai pejuang kebebasan yang berjuang melawan pendudukan tentera Jepun d tanah Melayu.
Sementara itu pembinaan Tugu Peringatan tersebut diteruskan dan upacara perasmian dan pengebumian semula 18 pejuang MPAJA di Nilai telah dibaut secara besar-besaran yang turut di hadiri oleh Datuk Tan Chai Ho, Timbalan Menteri Tenaga, Komunikasi dan Multimedia pada masa itu.
Pada masa itu, sedikit sangat reaksi kurang senang timbul dari rakyat,termasuklah salah satunya dari seorang ketua pemuda cawangan UMNO Jalan Kuala Pilah (kini, Penolong Setiausaha Pererakan Pemuda UMNO Bahagian Seremban) yang telah menulis dalam ruangan Forum akhbar Utusan Malaysia pada 5-1-2007 bertajuk "Tugu Peringatan Nilai mengundang kekeliruan” yang mana antaranya dinyatakan:-
“….Oleh itu, adakah memperingati pemimpin PKM ini sebagai wira atau hero suatu konsep yang sesuai dan boleh diterima? Lebih-lebih lagi PKM telah melakukan banyak jenayah pembunuhan ke atas orang yang tidak berdosa di tanah air ini selepas Jepun menyerah kalah.
Adakah pembinaan memorial ini mengambil kira sensitiviti ahli keluarga mangsa keganasan PKM dan ahli keluarga pasukan tentera yang gugur menentang komunis?
Oleh itu, saya amat bersetuju malah menyokong pendirian Zainuddin bahawa memorial tersebut secara tidak langsung dibina sebagai memberi makna untuk memperingati pemimpin PKM sebagai wira atau hero. Ini sepatutnya tidak dibiarkan kerana sensitiviti dan sentimen umum terhadap komunis di Malaysia telah tidak diambil kira.
Merujuk pula kepada pembinaan tugu bagi memperingati hero Malaya dalam gerakan menentang penaklukan Jepun yang dibina di sebelah memorial tersebut, saya tidak nampak rasional untuk keperluan bagi pembinaan tugu tersebut.
Saya percaya Tugu Negara yang terletak di Kompleks Tugu Negara, Taman Tasik Perdana, Kuala Lumpur sudah cukup sempurna untuk memperingati jasa pahlawan negara. Tugu pertama dibina bagi memperingati tragedi kemanusiaan dan jasa pahlawan negara dalam Perang Dunia Pertama (1914-1918), Perang Dunia Kedua (1939-1945) dan Darurat (1948-1960).
Binaan tugu kedua yang menggambarkan sekumpulan pahlawan mengibarkan Jalur Gemilang dibina bagi memperingati 11,000 pahlawan negara yang gugur semasa Darurat (1948-1960).
Di negara ini, tarikh 31 Julai setiap tahun telah dipilih sebagai Hari Pahlawan dan setiap tahun upacara memperingati jasa pahlawan negara dilakukan dengan penuh penghormatan.
Oleh itu, apakah rasionalnya membina tugu untuk memperingati hero Malaya menentang penaklukan Jepun di tanah perkuburan Cina? Adakah motif pembinaan tersebut hanya menjurus kepada memperingati perjuangan kaum Cina atau gerakan MPAJA yang sebahagian besarnya dianggotai oleh kaum Cina?
Sesungguhnya saya percaya pembinaan tugu di tanah perkuburan ini hanya akan mengundang kekeliruan kerana Chin Peng dan anggota komunis lain juga boleh mengaku wira atau hero dalam konteks tugu tersebut dibina.
Tahun ini kita akan menyambut ulang tahun kemerdekaan negara kita yang ke-50 dan dengan meluahkan pendapat ini, sama sekali tidak bermakna saya hendak menafikan sumbangan orang Cina terhadap kemerdekaan dan pembangunan negara.
Namun sekiranya cara ini dimaksudkan sebagai simbol sumbangan orang Cina kepada kemerdekaan negara, ia sesuatu yang amat mengelirukan.
Saya juga berharap kerajaan negeri dan pihak berkuasa tempatan (PBT) dapat memainkan peranan dalam melihat serta memantau pembinaan memorial atau tugu peringatan yang dibina dalam negeri atau kawasan PBT selaras dengan dasar dan wawasan negara. Pembinaan memorial atau tugu peringatan yang tidak selaras atau tidak menepati dasar dan wawasan kerajaan haruslah disekat dan dihentikan.”
– ABDUL HALIM LOKMAN,
Seremban, Negeri Sembilan.
Selain itu, wujud juga usaha lain untuk membangkitkan idealogi komunis semula yang dilakukan antaranya melalui penulisan dan buku.
Chin Peng dalam komentar bukunya Alias Chin Peng My Side of History jelas menunjukkan usaha untuk memupuk idea sosialis kepada generasi muda Malaysia.
Petikan dari komentar bukunya:-
“Despite his experiences and the bitter pill of ultimate defeat, Chin Peng restates his faith in the socialist future for Malaysia and the world. The tragedy of those like him and his followers was that he was trapped within a Stalinist framework. His and his comrades’ heroic struggle was doomed, partly because of the objective circumstances, which were not a simple replication of China or Vietnam, and partly through the mistakes, some honestly admitted, by Chin and the CPM leadership. He states: “I am still a socialist. I certainly still believe in the equitable distribution of wealth, though I see this could take eons to evolve… In the Malaysian context, I have definitely dropped the idea of the dictatorship of the proletariat as the central concept for an administrative blueprint.” Genuine Marxism long abandoned the formula of “dictatorship of the proletariat” because of its association with the dictatorial bureaucratic regimes of Russia, Eastern Europe and China. However, its original usage by Marx, Engels, Lenin and Trotsky meant workers’ democracy. This idea retains its full validity today.
This is a book full of many lessons for the modern generation seeking the correct means of struggle against capitalism in Malaysia and worldwide. It is a cautionary tale about the limits of guerrilla war. Those with a keen eye will seek out the lessons of this important book, the role of the working class in the socialist revolution, the need for democracy of the parties that fight for such an idea, and the absolute necessity for workers’ democracy in the state that ushers from a revolution, in transition between capitalism and socialism. We can salute those who heroically fought against British imperialism but the new generation, standing on their shoulders, must learn the lessons in preparing for the new socialist future.”
Selain dari itu,wujud perkembangan yang mengejutkan apabila pihak Universiti Kebangsaan Malaysia menerbitkan buku-buku mengenai pemimpin –pemimpin komunis Melayu bertajuk “ Memoir Ibrahim Chik: Dari API ke Rejimen ke 10 “, Memoir Shamsiah Fakeh : Dari AWAS ke Rejimen ke 10 dan Gerakan Kiri Melayu dalam Perjuangan Kemerdekaan. Kesemua buku-buku ini cuba menggambarkan ahli-ahli komunis Rejimen ke 10 (Sayap Gerilla Komunis yang terdiri dari bangsa Melayu) merupakan pejuang-pejuang kemerdekaan.
Adakah semua ini satu kebetulan? Bagi KERISMUDA ini semua adalah bibit-bibit dari sebuah MASTER PLAN untuk pihak-pihak yang inginkan idealogi komunisme hidup semula di Malaysia. Apatah lagi pada zaman kepimpinan Pak Lah, Parti Sosialis Malaysia telah dibenarkan pendaftarannya oleh pihak Pendaftar Pertubuhan!
KERISMUDA menegaskan apa yang diperkatakan oleh Dato Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi sememangnya wujud dan seharusnya serta sewajibnya diambil tindakan pencegahan segera!
Sekiranya idealogi ini dibiarka terus menular, ia bakal meracuni minda rakyat Malaysia seperti apa yang pernah berlaku pada 13 Mei 1969 yang mana idealogi komunis telah meracuni minda anak muda Melayu terpelajar seperti Syed Hussin Ali, Syed Hamid Ali dan Abdul Rahman Embong ( sekarang Datuk Dr Abdul Rahman Embong, Felow Penyelidik Utama Institut Kajian Malaysia & Antarabangsa (IKMAS) Universiti Kebangsaan Malaysia.
Kerajaan pada tahun 1970 telah melancarkan Prinsip Rukun Negara yang mana antara prinsipnya adalah KEPERCAYAAN KEPADA TUHAN SERTA KESETIAAN KEPADA RAJA DAN NEGARA. Di sebalik prinsip-prinsip ini yang juga merupakan idealogi negara, adalah untuk rakyat Malaysia menerima kepimpinan Raja Berperlembagaan dan Demokrasi Berparlimen dan menolak sama sekali idealogi komunis yang TIDAK MEMPERCAYAI TUHAN serta mahukan sebuah negara REPUBLIK yan tiada RAJA tetapi di perintah oleh Badan Proletariat.
Oleh itu saudara seperjuangan sekalian , bangkitlah! Ini adalah ancaman kepada negara!
Labels: Ancaman
Posted by kerismuda at 4:06 AM 1 comments




