Showing posts with label Kenyataan Ketua Pemuda Seremban. Show all posts
Showing posts with label Kenyataan Ketua Pemuda Seremban. Show all posts

Friday, August 13, 2010

Salam Ramadan dari Ketua Pergerakan Pemuda UMNO Bahagian Seremban

Syukur alhamdulillah bertemu kita kembali Ramadan 1431H yang mulia ditahun ini dan Allah terus merahmati dan memberikan keizinan untuk kita semua menikmati kelazatan berpuasa serta memperbaiki diri dalam usaha menentang hawa nafsu serta menginsafi akan kekurangan dan ketidaksempurnaan saudara sesama kita dalam kehidupan yang sementara ini.

Dikesempatan ini ingin saya mengucapkan selamat menjalani ibadah puasa pada seluruh warga muda serta keluarga semoga kita bersama mengambil ruang serta peluang dibulan yang penuh dengan hikmah yang dijanjikan Allah yang hanya datang sekali dalam setahun bagi memperbaiki diri serta mengandakan amalan untuk bekalan dunia dan akhirat. Kepada sahabat semua, rebutah peluang keemasan yang ada bagi kita bermuhasabah diri serta melihat sekeliling kita apa yang perlu untuk kita laksanakan kearah yang lebih menambahbaik akan diri kita sendiri dalam kehidupan. Marilah sama-sama kita mengisi sebaik mungkin dengan amalan serta aktiviti-aktiviti yang lebih berfaedah dalam membantu anak bangsa yang lebih memerlukan perhatian serta bantuan yang diperlukan.

Bersandarkan kepada kebiasaan, saya yakin ramai pihak mahupun pertubuhan atau badan-badan tertentu berbondong-bondong akan melaksanakan kerja-kerja amal seperti kebiasaan sepanjang bulan ini dan Pemuda Seremban sendiri telah mengadakan perancangan serba sedikit bagi pengisian aktiviti-aktiviti sepanjang bulan Ramadan yang mulia ini mengikut kemampuan yang ada dan akan diwar-warkan didalam blog ini kelak untuk makluman semua.

Pada seluruh warga muda, marilah kita bersama-sama mengambil peluang sepenuhnya bagi menghayati hikmah sepanjang Ramadan ini sebaik mungkin kerana belum pasti kita akan berkesempatan bagi menemuinya ditahun-tahun yang bakal mendatang. Selamat menjalankan ibadah berpuasa serta mengerjakan solat tarawih pada malam hari dan juga amalan-amalan yang sesuai untuk kita rebut dibulan yang penuh dengan kenikmatan dan keberkatan yang dijanjikan Allah S.W.T.



Salam hormat.

Shahrul Ekhsan Hj Osman

Thursday, September 24, 2009

KES TUN DR MAHATHIR TAK SAMA DENGAN KES TAN SRI ISA ,BANG FAIZAL OOI....




Shahrul Ekhsan Hj Osman said...

Betullah tu kata siti zubaidah dan frodo...tak perlulah kita samakan TUN dgn Tan Sri tapi apapun siapa yang yang menjadi calun akan kami bekerja 120% malahan telah pun bermula dari bulan puasa lagi bagi memastikan kemenangan UMNO secemerlang mungkin. Kita sudah tiada masa bagi menuding jari sesama sendiri serta memberi ruang serta "peluru" kepada pembangkang yang tiada isu tempatan selain dari memecahbelahkan perpaduan orang Melayu dan mengelirukan pengundi dengan fitnah2 yang tak perlu kita perkuatkan hujah serta tuduhan2 yang kebanyakannya langsung tiada asas semata2 penuh dengan sikap benci dan dendam yang membuak didada peminpin2 yang memang kerjayanya asyik menabur fitnah serta mengadu domba semata.

Kepada generasi muda ayuh kita sama2 buktikan bahawa kita ada agenda yang lebih besar bagi pembangunan bangsa dan negara dari bercakaran sesama sendiri. Secara peribadi, saya kurang bersetuju juga dengan pandangan beliau ttg TUN dan langsung tidak menyokong kenyataan sedemikian rupa tp masa yang sama menghormati pandangan peribadi beliau sbg ketua pemuda cuma tidak manislah kita berpandangan sedemikian dikala kita semua tgh bersungguh2 bekerja bagi memastikan kemenangan yang lebih besar dari pilihanraya 2008. Cahaya kemenangan besar telah nampak bersinar diakar umbi Bagan Pinang cuma jgnlah kita pula membantutkan usaha semua warga UMNO selama ini. Kalau Tan Sri Isa kita terima sepenuh hati dan begitu juga jika sesiapa calon yang akan diendorse oleh YAB PM dan YAB TPM kerana memiliki akses yang tidak terhad bagi menilai calon yang sesuai utk diletakkan di sana kelak.

Di petik dari http://paneh.blogspot.com

Saturday, September 19, 2009

SALAM AIDILFITRI,MAAF ZAHIR BATIN


Assalamualaikum wbt dan salam perjuangan kepada semua….

Kehadapan sahabat-sahabat dan rakan-rakan, semoga sihat dan bahagia hendaknya disamping keluarga dan saya doakan agar sentiasa dalam rahmat Allah SWT.

Ramadhan kali ini kian sampai ke penghujung. Hampir sebulan kita telah menunaikan ibadat puasa seperti yang diperintahkan oleh Allah SWT dan saya mendoakan Ramadhan kali ini membawa seribu keberkatan kepada kita semua..Di penghujung Ramadhan yang mulia ini marilah kita sama-sama berdoa agar kita diberikan kekuatan dan semangat untuk meneruskan beban dan tanggungjawab perjuangan kita semua sebagai pemuda.

Mungkin apabila diimbas masih banyak kelemahan yang perlu diperbaiki. Masih banyak perkara yang perlu dilaksanakan. Saya insaf bahawa menatang cabaran kepimpinan muda bukanlah perkara yang mudah. Sebagai insan biasa saya beriltizam dan akan berusaha melakukan yang terbaik.

Mungkin atas kekurangan ini,ada yang merungut dan tidak kurang juga yang mengutuk serta mencerca. Namun saya terima semua ini sebagai asam garam dalam memikul tanggungjawab sebuah kepimpinan.

Dalam kesempatan Aidil Fitri yang kian menjelang ini saya dan keluarga ingin menyusun sepuluh jari memohon kemaafan zahir dan batin dari semua sekiranya ada terkasar bahasa dan tersilap perlakuan yang mungkin menyingung serta mengguris hati semua. Saya turut ingin mengucapkan Salam Aidilfitri buat semua dan semoga sahabat dan rakan semua berbahagia disamping keluarga dan diberkati oleh Allah SWT sentiasa.

AllahuAkbar, AllahhuAkbar, AllahuAkbar wa Lillahilham.

Akhir kalam Salam Perjuangan, Salam 1 Malaysia dan Salam Aidilfitri buat semua…..di mana sahaja anda berada.

Thursday, August 27, 2009

KEBENARAN PASTI BERSAMA MEREKA YANG PENUH DGN SIFAT KESABARAN

Syabas dan tahniah buat abang Md Nur Awang atas apa yang telah diputuskan oleh mahkamah atas tuduhan yang telah dikenakan kepada beliau selama ini oleh mereka yang sengaja ingin melihat kehancuran UMNO atas desakan nafsu serakah dan hajat serta niat yang lebih busuk dari bangkai. Kami di Pergerakan Pemuda UMNO Seremban telah lama menjangkakan tiada apa yang bakal mensabitkan beliau atas tuduhan liar dan bermotif jahat bagi menganiaya beliau dalam proses pemilihan yang telah lepas tapi biarlah masa serta keputusan mahkamah menentukan segalanya akan kebenaran. Sempena hari dan bulan yang mulia ini, berkat kesabaran serta sokongan dan doa seluruh warga UMNO di Seremban yang senantiasa dahagakan arus perubahan, kebenaran telah di paparkan dengan izin ALLAH dan telah terbukti beliau telah dianiaya atas niat jahat segelintir manusia yang bernafsukan haiwan dan bertopengkan syaitan bagi menghalang beliau dari terus menerajui arus perubahan di Bahagian Seremban.



Sesungguhnya di dalam kehidupan yang sementara ini sudah sinonim yang pahit itu merupakan ubat manakala yang manis itu biasanya memudarat dan hari ini apabila mahkamah memutuskan bahawa beliau didapati tidak bersalah walaupun pahit pengalaman yang telah dilalui beliau. Apa pun saya mewakili rakan-rakan di dalam Pergerakan Pemuda UMNO Seremban berharap beliau tidak akan berputus asa dan kecewa atas apa yang telah berlaku dan anggaplah ianya sebahagian dari asam garam kehidupan dalam proses mendewasakan perjalanan politik dan kami tiada berbelah bahagi serta berdiri teguh menyokong penuh di hadapan beliau bagi meneruskan perjuangan yang belum selesai.



Kepada seluruh ahli Pergerakan Pemuda UMNO Seremban....ayuh kita berterusan gerakkan langkah dalam menghidupkan obor arus perubahan demi memartabatkan Agama, Bangsa dan Negara.



Hidup Md Nur!! Hidup UMNO!! Hidup Melayu!!





Shahrul Ekhsan Hj Osman