Wednesday, July 22, 2009

Pendekar Bukit Sagu

Arakian tersebutlah kisah kelahiran Perajurit di Bukit Sagu. Panglima Tempur dan Latihan KePahlawanan yang dianggotai oleh 50 orang perajurit Melayu merupakan cetakan awal kepada misi yang lebih bosar.

Pado asal ado la 57 orang, tapi 7 pulang. Bolum berLACAK dah sabut LARI. Inilah kelompok insan yang BACUL, DAYUS dan PENGECUT. Kalau ikut kaedah kePENDEKARAN dan kePERAJURITAN, kumpulan ini dah kono penggal atau Kasi.

Nampak gaya, al kisah 50 perajurit ini berjaya juga melewati batasan medan yang PERIT, GETIR dan SUKAR. Inilah 50 Perajurit Anak Melayu, Waris UMNO yang suci hati dan berakal budi. Syabas.

Anak Banjar mengucap tahniah atas sifat TAAT SETIA dan RELA BERKORBAN yang dilahir secara spontan tanpa paksa, terpancar secara Jujur dan Ikhlas tanpa upacara berpesta-pesta, tersinar dengan penuh sikap JUANG dan SATU HATI, SATU JIWA dan SATU KATA.

Ambillah...Pulanglah 50 Perajurit Melayu anak UMNO ke gelanggang sebenar. Kisah Pendekar Bukit Sagu yang gugur di medan perang menjadi teladan yang baik untuk masa depan.

Wahai sahabat semua, UMNO perlu tangkas dan cergas dalam proses PENGKADERAN. Bukan cakap-cakap tapi laksanakan. Ketua Pemuda UMNO Bahagian mesti punya FOKUS yang betul dan tepat. Ayuhlah rakan kita bergerak ke hadapan, sementara melihat pada sisi kiri dan kanan. Tembok Besar UMNO yang membatasi perjuangan bangsa Melayu mesti dicipta dengan terancang dan rapi.

Apakah perlu Tembok Besar UMNO? Apakah perlu 50 Perajurit dikembang kepada 5 juta Perajurit Melayu UMNO? Apakah Pemuda UMNO sanggup di Anjing KURAP kan demi mensasar melahir Perajurit KENTAL, TAAT SETIA, RELA BERKORBAN, SATU HATI, SATU JIWA, SATU KATA?

Apakah Pemuda UMNO sanggup di BAKUL SAMPAH kan? di DUGA seDALAM lautan? di UJI seJAUH mata memandang? di ukur seFAKIR kera di Hutan?

Apakah Pemuda UMNO hanya bersedia dalam arena di Kutub Utara? Terjun dan Berenang dalam Tempayan purbakala? Atau dibuai dengan Nyanyian Indah, di solek dengan Kosmetik Palsu dan dimomok dengan Dongengan Tarzan?

Wahai PEMUDA UMNO Seremban, hiduplah sebagai Pendekar. Hiduplah sebagai Perajurit. Hiduplah sebagai Insan yang terus memberi MAKNA kepada nakhoda zaman. Ketua Pemuda UMNO Bahagian Seremban dan Barisan Pimpinan Pemuda UMNO Bahagian, beringatlah "Pelanduk Sering Lupa Akan Jerat, Namun, Jerat Tidak Sesekali Lupa Akan Pelanduk"

Sunday, July 12, 2009

Program Pembasmian Kemiskinan GIAT MARA


Hari Jumaat hari itu, suatu taklimat peringkat negeri di buat di Kompleks Rakan Muda Kuala Pilah tentang program pembasmian kemiskinan yang dilaksanakan oleh GiatMara. Walaupun taklimat tersebut khas di adakan untuk pemimpin-pemumpin UMNO Negeri, namun yang kelihatan hadir hanya beberapa kerat sahaja. Seorang Ketua Wanita Bahagian, seorang Ketua Pemuda Bahagian, 2 dan 3 orang wakil rakyat. Mungkin ramai yang berada di Manek Urai membanu jentera BN di sana atau mungkin merasakan program ini tidak penting! Tak tahu lah...

Apa yang ingin disampaikan kepada pemimpin-pemimpin UMNO Bahagian adalah permintaan untuk penglibatan secara proaktif dalam mencapai dan memastikan agar program pembasmian ini dapat disalurkan kepada golongan miskin tegar, miskin dan mudah miskin di bahagian atau Parlimen masing-masing.

Mengikut sistem E kasih (Portal Pembasmian Kemiskinan) Parlimen Seremban setakat sekarang mempunyai seramai 1005 orang yang termasuk dalam golongan miskin. Namun statistik Pejabat pembangunan Negeri di Seremban terdapat hanya seramai 291 orang miskin yang mana terdiri seramai 51 orang miskin dan 48 orang miskin tegar.Yang lain-lain adalah terdiri dari golongan mudah miskin.

Cerita tentang mudah miskin ini, dilihat orang Melayu ini adalah golongan yang mudah menjadi miskin. Senang sahaja nak jelaskan, terjadi sesuatu musibah kepada Ketua Isi Rumah (KIR) maka keseluruhan ahli keluarga jadi miskin. Katakanlah si suami atau si bapa bekerja.Isteri hanya seorang suri rumah. Katakanlah si suami ini umur tak panjang. Balunya dan anak-anaknya terus hilang punca pendapatan untuk menyara keluarga. Sekiranya tiada simpanan maka keluarga yang ditinggalkannya mudah termasuk dalam kategori golongan miskin.

Berbalik pasal program ini, ia terdiri dari 2 komponen bantuan. Pertamanya, Latihan Menjana Pendapatan (LMP). Latihan praktikal diberikan dalam jangkamasa pendek melatih peserta (yang dipilih dari ahli keluarga miskin) dan Basic Tools diberikan untuk peserta terus berupaya memulakan perniagaan.Kursus dan basic tools ini diberikan percuma. Malah yang pergi kursus ini pun dibayar RM 35 sehari.

Kedua adalah bantuan Giat Dekat Rakyat (GDR). Ini adalah gerakan masuk ke kawasan kampung untuk mengenalpasti golongan yang memerlukan bantuan dari segi kemudahan infra. Kalau motorsikal rosak atau kereta rosak dan ini menjejaskan pencarian pendapatan,maka kenderaan ini akan dibaiki secara percuma. Bantuan ini diberi atas dasar keperluan dan bukan untuk kesenangan. Kalau ada motorsikal lama yang memang tak pakai sebab ada motorsikal baru,tak layak dapat bantuan ini!

Apa yang diharapkan oleh pihak GiatMARA agar pemimpin UMNO ini dapat turun padang mengenalpasti golongan yang memerlukan bantuan sebegini. Melalui LMP ,golongan ini diharap dapat melangkau keluar dari garis kemiskinan.

Pergerakan Pemuda UMNO Bahagian Seremban menyambut niat murni Kerajaan BN ini dengan tangan terbuka. Kecil tapak tangan Nyiru kami tadahkan!

Saturday, July 11, 2009

Nik Aziz -Ulama atau Umarak


Nik Aziz kadangkala melakukan sesuatu yang mungkin menjadi pertanyaan kita semua. Dia adalah Menteri Besar Kelantan sejak pilihanraya tahun 1990. Kelantan hampir tumpas ke tangan BN di bawah UMNO pada pilihanraya tahun 2004. Namun, Nik Aziz menggunakan kelebihan beliau sebagai ulama untuk tetap menerajui Kelantan.


Taktik yang digunakan adalah dengan memperbesar-besarkan gambar beliau mengangkat tangan berdoa pada Allah. Ini dilakukan ketika pilihanraya ke-12 pada tahun lalu. Ini satu strategi untuk memenangi hati rakyat. Pemimpin kita juga berdoa selepas sembahyang tetapi tidak diwarwarkan kerana beribadat adalah di antara kita dan Ilahi bukan untuk dipertontonkan kepada umum.


Jelas, Nik Aziz memakai dua baju iaitu ulama dan umarak namun ini memberikan kesan yang amat negatif. Di Kelantan, PAS menang kerana kononnya imej Nik Aziz yang bersih sedangkan beliau menggunakan peranan sebagai ulamak ketika menjadi umarak! Fikir-fikirkanlah.



P/S: Ayuh Pemuda Seremban, maghi kita bantu di Manek Urai-demo mesti bantu calun UMNO BN kita Tuan Aziz. Awek Kelate come-come Abe......

Hidup UMNO! Hidup Melayu!

Thursday, July 9, 2009

Draf Konsep Pemilihan & Pindaan Perlembagaan UMNO: Bahagian 2

Sejak KERISMUDA paparkan Deraf Cadangan Konsep Pemilihan dan Pindaan Perlembagaan UMNO Jumaat lepas , KERISMUDA hanya terima 9 komen aje berkenaan Deraf tersebut! Ini mengejutkan sebab setahu KERISMUDA pemuda cawangan di bahagian Seremban ada 60 cawangan. Kalau 60 cawangan ada 60 Ketua Pemuda dan 420 AJK yang dipilih (7 X 60). Pegawai lantikan (Pen SU, Pen Bendahari dan K.Penerangan) ada 180 orang (3X60) . Itulah jumlah insan yang sebenarnya diharapkan untuk memberi komen atau pandangan.

Mungkinkah wujud jurang digital dikalangan pemuda. Apakah masih sukar pemuda untuk melayari internet dan beri komen di blog? Macamana kita nak mengharungi cabaran dunia "online"?

Atau mungkin kita tidak mahu ambil kisah! Apa nak jadi, jadilah! Sikap macam ini yang harus dan patut kita jauhi kerana apa yang dibentangkan sedikit sebanyak akan memberi kesan kepada organisasi yang kita sayangi ini.

Kepada 9 orang yang telah memberi komen, KERISMUDA mengucapkan ribuan terima kasih. Sesungguhnya komen-komen tersebut amat dihargai oleh KERISMUDA. KERISMUDA akan meneliti dan mengkaji setiap komen yang diberikan.

Berikut adalah 9 komen yang telah diberikan tersebut. Kepada ahli dan pembaca blog ini kaji-kajilah komen ini agar kita lebih faham tentang Deraf yang dibentangkan!

budak ampangan said...

Alamak koram sayap dah jadi 25 orang untuk mesyuarat? Mesyuarat pemuda nak sah kene cari 25 orang pulak dah untuk cukup koram.Dikira pada situasi sekarang ni banyak yang tak dapat bermesyuarat ni sebab tak cukup koram!Jadi payah lah pulak.Patut kekalkan 9.

July 3, 2009 5:49 PM

Delete
Anonymous Anonymous said...

Semua nak jadi ahli seumur hidup? Nak masuk UMNO bayar rm100? Fuh!mahal tu. Budak umur 18 tahun boleh ke cari rm 100? Takan ketua cawangan nak bayar sume! mampos tak ada orang nak jadi ketua cawangan,pemuda,wanita atau puteri!

July 4, 2009 6:24 PM

Delete
Anonymous Anonymous said...

Puteri je ke boleh di naikkan had umur? Minta pemuda pun dinaikkan had umur ke 45. baru le matang. Mesti ramai sokong ni,sebab masih boleh bertanding dan jadi perwakilan walaupun umur dah lebih 40.Umur 45 ni siape yang layak jadi KP cawangan atau bahagian dah kira matang. korum 25 orang pun x de hal sebab KP dah berpengalaman

July 4, 2009 11:01 PM

Delete
Anonymous Anonymous said...

Cadangan ak naikkan jumlah koram pemuda,puteri dan wanita ini dibuat tanpa tengok hakikat sebenarnya apa yang berlaku kat akar umbi. Nak tanya cket mana dia dapat angka 25 ni? Ahli pemuda di setiap cawangan mesti lebih dari 25. Kalau ada 24 ahli tak boleh lagi buat mesyuarat atau kalau baru tak leh taja pemuda. Ini bukan hal koram aje tapi boleh bagi kesan nak tubuhkan pemuda di cawangan. Ni sapelah punye cadangan nih!

July 6, 2009 3:35 AM

Delete
Anonymous Petua (Pemuda Tua) said...

Nampak gayanya proses pemilihan ahli MT dan bahang serta kempen untuk ke jawatan MT nak ditolak ke Bahagian-Bahagian. Persoalannya adakah ia akan menyelesaikan masalah lobi melobi,masalah SI (salam isi) dan politik wang?

Pada situasi sekarang, jumlah perwakilan adalah 191 bahagian x 13 orang = 2483
Campur wakil pemuda,puteri dan wanita = 30 orang. Tak masuk yang menyandang jawatan MT, perwakilan adalah seramai 2513 orang.

Pada situasi sekarang yang berminat nak bertanding jawatan MT kene lobi dan kempen kepada 2513 orang. Walaupun ramai tetapi situasi pemilihan yang lalu menggamarkan x de masalah untuk melobi 2513 orang.

Dengan pindaan ini, hajat nak buat pemilihan dibuat oleh para perwakilan. Katalah 1 bahagian ada seramai 350 orang . 350 x191 bahagian =66850. Dengan ini dijangkakan susah untuk sesiapa yang melobi nak melobi dengan 66,850 orang. Yalah kalau sorang bagi RM 200, cube kalikan RM 200 dengan 66,850. Cecah sampai RM13 juta tuh!

Tapi kene ingat! UMNO nak banteraskan politik wang dengan cara menyusahkan kempen dijalankan. Tapi AWAS kaedah ini boleh backfire!

Hakikatnya di bahagian-bahagian, politiknya amat mudah. Kau orang Ketua Bahagian atau tidak? Yang mana kuat dia akan jadi Ketua Bahagian dan perwakilan bahagian akan majoritinya orang Ketua Bahagian. Ye laa, kalau majoriti bukan orang dia, macam mana dia dapat jadi Ketua Bahagian!.

Ketua Bahagian akan control orang-orang dia. Orang-orang Ketua Bahagian le yang akan mencorakkan undi / pemilihan MT di sesetiap bahagian.

Siapa yang pandai bertanding MT, dia cuma jaga 191 Ketua Bahagian aje! Tak Payah susah2 nak jage sampai 2513 orang seperti sekarang atau nak jage 66,000 lebih orang seperti yang nak dicadangkan sekarang!

Dalam hal ini yang menyandang jawatan menteri akan beruntung dan mempunyai advantage bertanding ahli MT!

Masa ini siape yang jadi Ketua Bahagian akan jadi little Nepoleon/Warlord!

Tak selesai masalah UMNO ni!

July 6, 2009 6:18 PM

Delete
Anonymous orang UMNO said...

Aku sokong dengan pandangan Petua! Ramai yang akan mahu bertanding jawatan ketua bahagian.Yelah sape tak nak rasai manfaat ada "bargaining power" dalam tangan. Beramuk-amuk esok tu nak jadi Ketua bahagian. Betul jugak cakap Petua tu! Bahang dan sepak terajang kempen utk jawatan dalam MT nak di tolakkan ke bahagian.Ini orang atas punye idea la ni suruh orang di akar umbi beramuk-amuk!Pak Menteri-Pak Menteri yang pegang portfolio yang ada projek akan tersenyum lebar. Demokrasi macamana nih. Ini Monopoli!

Satu lagi kriteria nak bertanding mesti ada dinyatakan jelas dalam Perlembagaan.Kalau tak ade nanti ikut suka hati ahli majlis tertinggi nak tetapkan. Kita akan tengok ketetapan yang tidak konsisten nanti. Bila dah jelas, barulah Jawatankuasa Pemilihan Umno (JPU)boleh pastikan krieria tersebut dipatuhi.

Satu lagi JPU mesti bebas buat keputusan dan tidak tertakluk kepada kuasa Majlis Tertinggi.Kuasa Majlis Tertinggi hanya setakat lantik Pengerusi JPU sahaja dan kuasa-kuasa yang lain dinyatakan jelas dibawah perlembagaan atau peraturan yang digubal khas untuk tujuan pemilihan UMNO. Majlis Tertinggi x boleh overrule JPU. Keputusan ttg isu pemilihan diletakkan pada Pengerusi JPU Pusat secaramuktamad dan tidak boleh dirayu kepada MT dsb.

Barulah kredibiliti JPU dapat dilihat sebagai badan yang bertanggungjawab unuk menjalankan pemilihan UMNO.

July 7, 2009 4:10 AM

Delete
Anonymous Apak Sikamat said...

Akum Petua dan orang UMNO,

Kalau cara tu tak berkesan, cara macamana lagi? Kalau kekalkan yang sedia ada amat berleluasa amalan politik wang ni.

Cadangan aku murnikan cara pemilihan UMNO yang dicadangkan.

Pertama, kekalkan kaedah pemilihan jk cawangan sebab pemilihan cawangan x rumit sangat.

Kedua, calon2 untuk jk bahagian juga hanya perlu satu cadangan dan satu sokongan.x perlu datang dari cawangan tapi dari mana-mana ahli berbayar yuran dari mana-mana cawangan. Calon mestilah memenuhi kriteria calon yg dinyatakan dalam Perlembagaan.

Ketiga, penamaan calon dan pemilihan peringkat bahagian di uruskan oleh Jawatankuasa Pemilihan UMNO yang dilantik oleh Perhubungan dgn mandat MT (mestilah yang bebas. Boleh dibuat semasa mesyuarat bahagian). Siapa yag layak mengundi adalah sama ada Jawatankuasa cawangan yang dipilih

Keempat, pemilihan MT juga perlu penamaan di buat. Hari penamaan perlu diadakan. Cukup satu pencadang dan penyokong. Mesti cadangan dan sokongan dari ahli yang berbayar yuran.

Kelima, JPU Pusat periksa kriteria calon berdasarkan Perlembagaan dan menentukan sama ada calon boleh bertanding

Ke enam, kertas undi dibuat dan dihantar ke bahagian-bahagian untuk pengundian serentak 191 bahagian.

Aku rasa macam ni, jika dibuat susah orang atas nak lobi dan susah Ketua Bahagian nak jadi war lord! Barulah demokrasi at its utmost!

July 7, 2009 4:02 PM

Delete
Anonymous The IT Crowd said...

Sokong kalau UMNO buat secara online. it opens up application for the public. Tapi mungki perlu dihalusi kerana kalau tak berbagai kesan boleh timbul, antaranya

By passing kepimpinan cawangan. orang x kenal oleh jk cawangan, tiba-tiba boleh jd ahli.

Boleh disalahgunakan kalau x ada kawalan. Especially musim pemilihan.

Kalu nak buat online, kene ada portal khas. Setiap cawangan diberi ID sendiri dan password kepada 4 pengguna untuk KC, KW,KP dan KPu3. Setiap penjawat ni boleh access portal dengan password dan ID.

Bila bertukar jawatan, password ini boleh ditukar dengan kemukakan bukti penjawat baru telah ambil alih jawatan.Password lama akan diberhentikan accessnya.

Pembayaran kemasukan boleh dibuat melalui kredit card atau mesin deposit dengan menghantar email slip deposit itu ke pusat/portal admin.

Kalau public nak mohon masuk satu-satu cawangan, boleh buat application tapi applicaton itu hendaklah digantung sehingga mendapat pengesahan sama ada dari KC,KWC,KPC atau KPu3C. Apabila dapat pengesahan terima barulah di terima. kalau dibantah boleh email semula kepada pemohon untuk tujuan rayuan.

Semua ini perlukan kepakaran IT dalam menguruskan permohonan online. Perlu juga kematangan dan pengalaman IT dikalangan KC,KWC,KPC atau KPu3C.Elok kalau kita cube dan tengok ahli UMNO sudah bersedia ntuk itu atau belum?

Cara lama memang lambat dan kadang-kadang dimusykilkan. Cara online banyak pengetahuan kene ada. Timbang-timbanglah!

July 7, 2009 6:08 PM

Delete
Blogger cacing merah said...

Melihat pada deraf & konsep pindaan ini, beban pemilihan diletakkan kepada cawangan.Cawangan kene pilih JK Bahagian dan kemudian JK Cawangan. Keupayaan cawangan terhad dan susah nak kendalikan kedua-duannya. Terhad dari segi nak cukupkan koram dan perlaksanaan mesyuarat. Secara teori kalau ada 100 cawangan takkan nak buat pemilihan untuk JK Bahagian pada 100 tarikh yang berbeza?Hakikatnya nak buat mesyuarat cawangan adalah bersandarkan kepada kebijaksanaan ketua cawangan untuk memilih tarikh dan masa yang sesuai dan kena menimbangkan faktor orang kahwin,orang bekerja dan orang bercuti dan sebagainya.

Adakah cadangannya nak buat serentak? Susah juga atas faktor-faktor di atas.

Cadangan Apak Sikamat tu ada betulnya. Semasa mesyuarat cawangan calonkan sahaja nama ke jawatan JK Bahagian. Pencalonan dikumpulkan dan diserahkan kepada JPU yang ditubuhkan untuk pemilihan JK Bahagian.JPU akan uruskan hari penamaan calon2 JK Bahagian berdasarkan kriteria yang ditetapkan oleh Perlembagaan. Setelah selesai barulah JPU tetapkan hari pemilihan untuk JK Bahagian. JPU kena tetapkan siapa yang boleh mengundi sama ada perwakilan dari setiap cawangan atau JK Cawangan yang dilantik.Disini perlukan penelitian.Cawangan akan berebut-rebut bayarkan yuran ahli nak maksimum jumlah perwakilan. Tapi kalau dicadangkan JK cawangan & pegawai yang mengundi, cantik juga. Semua cawangan sama jumlah pengundinya.

Itu cuma cadangan,namun yang x paham pindaan tentang hak ahli di bawah 6.3.4. Tak jelas nak dimansuhkan ke atau di tambah ke. Itu perlu penjelasan!

July 8, 2009 8:49 PM

Delete

Friday, July 3, 2009

Draf Cadangan Konsep Pemilihan dan Pindaan Perlembagaan UMNO: Bahagian 1

Berikut adalah Kertas Draf Cadangan Konsep Pemilihan dan Pindaan Perlembagaan UMNO yang di edarkan oleh Setiausaha Agung UMNO ke bahagian-bahagian. Alhamdulilah cadangan KERISMUDA seperti tercatat sebelum ini dimakbulkan.Mungkin kerana pandangan dalam blog ini atau mungkin secara kebetulan UMNO Pusat memang berniat untuk edarkan. Sekarang, kertas konsep ini juga adalah garis panduan dan pihak perbahasan di peringkat bahagian akan lebih terarah. Maksudnya risiko perbahasan keluar tajuk dapat diminimakan.

Oleh itu ahli-ahli semua,baca kertas konsep ini dan bagi pandangan anda! Kita mesti ambil bahagian dalam proses pindaan ini. Kita mestilah jadi sebahagian dari lipatan sejarah. Segala pandangan saudara adalah di hormati. Pandangan saudara boleh diberi sebagai komen di kaki artikel ini atau email kepada kami. Kami akan paparkan pandangan anda dalam Part 2 Artikel ini.



Wednesday, July 1, 2009

Main Paintball la bebudak ni!

Game Paintball ni berlangsung hujung bulan Mei hari tu. Oleh kerana Kerismuda baru sahaja mendapat gambar-gambar ini, biarlah Kerismuda muatnaikkan gambar kengkawan dalam blog ini.

Pertandingan terbuka Paintball ini di adakan di Star Fresh Agro Resort yang terletak di jalan ke Kuala Pilah. Jemputan dibuat kepada Pergerakan Pemuda UMNO Bahagian Seremban dan tanpa melepaskan peluang Pergerakan Pemuda UMNO menghantar seramai 9 pasukan (7 orang sepasukan) untuk beradu kejantanan di sana. Team dari Lenggeng dapat no. 2. Ada yang dapat saguhati aje. KIRA OK LAH TU! Training tak, Rehearsal pun tak,boleh dapat no.2 ....OK LE JUGAK.

Pemuda yang terlibat dalam pertandngan ini nampaknya gembira,bercerita pasal Paintball hampir sebulan barule cerita pasal paintball ni reda.

Dalam suka gembira itu ada juga yang menyatakan mendapat pengajaran dari permainan Paintball ini. Ini sudah bagus! Dapat baca yang tersirat dari apa yang tersurat! Kata mereka:

  1. Perlu ada kerjasama dan persefahaman antara kita. Kalau tak musuh dengan mudah mengalahkan kita.
  2. Perlu ada perancangan untuk menang. Kamikaze aje tak boleh.Kamikaze semata-mata. BENG! peluru cat dah kena!
  3. Perlu ada keberanian nak menang. Peluru datang macam bertih! Ada yang tak berani keluar dari persembunyian. Bayangkanlah peluru betul!Nak bergerak pun takut! Sebab itu kena salute dengan perajurit kita yang bertarung dengan peluru hidup!

Alhamdulilah dalam suka-suka tu dapat jugak pengajaran. Pengajaran seperti ini dapat diaplikasikan dalam kehidupan harian kita. Itu sebenarnya yang kita mau!

Budak pemuda ni kena berlatih menembak supaya dapat membidik tepat. Mungkin jika ada rezeki barisan pemuda ini nak di hantar berlatih menembak di Lapang Sasar Mantin pula InsyaAllah!

Kepada para belia dan pembaca blog yang budiman . Jom sertai aktiviti pemuda UMNO Seremban! Banyak aktiviti menarik yang ingin dirancangkan sebab kita mahu keluar dari kepompong aktiviti tradisi!Jom join!






Bila kamera ada di depan mulalah Sdr Azreen bergaya. Tengok dia punya gaya...macam Terminator Salvo la pulak! Tapi ikut ceritanya dia le mule-mule kene tembak. Jangan kalah gengsi beb!



















Inilah barisan kita....yang ikhlas berjuang!


Lepas ni kita masuk gelanggang pulak.... Addduh nervousnya! (urut dada)



Udah rupe macam askar Trojan le pulak !



Woi! Sana cket! Aku nak masuk jugak....peluru datang bertalu-talu tu!
Take cover! Take cover! Take cover.... Game over dah?


Ketua Pemuda UMNO Dusun Nyior, Sdr Azriq menerima hadiah saguhati

Mari kita mainkan peranan seperti yang disarankan oleh Perlembagaan UMNO

Anonymous said....

Ese banggo nengok aktif boto S/U Pemudo ...boto2 buek kojo ...harap nawaitu dio botolah ..caro eh macam nak jadi calon wakil rakyat ...
Tapi tengoklah ...dio buek kojo ..Ehsan akan ambik pujian ..S/U ni osah boto tak reti baco politik Ehsan ..tapi kito baco yang baik jelah ....haritu bertanding kalah ...tak paham2 lai ko ...

Ahli GEBOK
May 26, 2009 11:14 AM


Anonymous said.....

Kengkawan,

Bagus blog pemuda Seremban ni. Banyak bukti yang menunjukkan pemuad Seremban ni committed untuk membantu rakyat. Alhamdulliallah !!
Tapi yang peliknya, mana kawan pun dah confused. Siapa sebenarnya KP Seremban ni. Saudara Halim je yang nampak. Kalau ikut tanggungjawab, ini semua bukan kerja S/U pemuda. Diharap KP Seremban ni sudah-sudahlah kejar kontrak sana sini. Turunlah membantu kawan-kawan yang lain. Dulu beria benar nak jadi KP. Sebenarnya dia ni tau tak apa tugas dia sebenarnya. Sebagai KP, bukannya kerja mengarah orang je. Ketua kena dicontohi dan bukan sibuk buat hal sendiri.

Budak Gebok
June 30, 2009 9:15 PM



Di atas adalah komen yang diterima dari seorang Anonymous pada tarikh yang berlainan.Namun adalah dipercayai datang dari orang yang sama.

Ahli Gebok atau Budak Gebok , nama samaran yang di pakai ketika memberi komen, terus-terusan mempertikaikan Ketua Pemuda Sdr Shahrul Ekhsan. Komen-komen ini diambil dalam posting gerakan/ aktiviti amal pemuda yang dimuatkan dalam blog ini.

Sebenarnya Ahli atau Budak Gebok ini mungkin dah lama tak baca Perlembagaan UMNO dan Peraturan Pergerakan Pemuda UMNO. Oleh itu, meh kita hayati beberapa petikan Perlembagaan UMNO serta Peraturan Pergerakan Pemuda UMNO.

Pertamanya, Fasal 3.4 Perlembagaan UMNO tentang Asas dan Tujuan UMNO menyatakan

“Mempertahankan kedaulatan rakyat dan keadilan sosial dengan mengamalkan Sistem Pemerintahan Demokrasi Berparlimen serta memajukan ekonomi rakyat Melayu dan Bumiputera khasnya dan rakyat Malaysia amnya”

Keduanya, Fasal 6.1.6 Perlembagaan UMNO tentang tangungjawab ahli UMNO menyatakan

" Berkhidmat kepada orang ramai"

Ketiganya, Fasal 3.1 Peraturan Pergerakan Pemuda UMNO menyatakan

“Menggalakkan ahli-ahlinya mengambil bahagian secara aktif dalam lapangan agama,politik,pendidikan,ekonomi,kebudayaan,sukan dan kebajikan masyarakat”

Sdr Shahrul Ekhsan amat faham tentang tugasnya sebagai ahli dan juga selaku Pemimpin Pergerakan Pemuda. Acapkali dalam mesyuarat Ahli Jawatankuasa Pemuda UMNO Bahagian beliau menyatakan penekanan beliau untuk membela nasib untung rakyat seperti dalam Perlembagaan dan Peraturan Pergerakan Pemuda UMNO.

Sdr Halim juga memainkan peranan mengikut Perlembagaan dan Peraturan dan selaku PSU beliau mengambil amanat ketua untuk membela masyarakat secara serius.Fasal 12.10.4.1 Peraturan Pergerakan Pemuda menggariskan bahawa tanggungjawab Penolong Setiausaha (pemuda) adalah “ Bertanggungjawab kepada Ketua Pemuda UMNO Bahagian..”

Dalam hal ini Sdr Shahrul dan Sdr Halim sedang menjalankan tanggungjawab sebagai ahli dan pemimpin UMNO. Adakah itu perlu dipertikaikan lagi?

Kepada Ahli dan Budak Gebok. Jangan kita terus-terusan berpolemik. Jom kita berkhidmat kepada masyarakat seperti yang disarankan oleh Perlembagaan dan Presiden kita!