Friday, January 1, 2010

Antara Keuntungan,Islam dan Semangat 1 Malaysia; Selamat Tahun Baru 2010

Selamat Tahun Baru 2010 KERISMUDA ucapkan kepada semua.KERISMUDA berharap dengan kedatangan tahun baru ini kita semua dapat memperbaharui azam dan memperkukuhkan istiqamah agar apa yang dicitakan menjadi kenyataan.
Tahun 2009 menyaksikan berbagai peristiwa yang boleh dijadikan panduan dan tak kurang juga dijadikan sempadan. Namun di penghujung tahun 2009 KERISMUDA sedikit kecewa apabila mendapat perkhabaran tentang dua perkembangan semasa.

Pertamanya, dalam hajat YAB Perdana Menteri untuk menjayakan Gagasan 1 Malaysia, KERISMUDA sedih apabila mendengar perkhabaran tentang keputusan PETRONAS untuk menaja Mercedes dalam gelanggang sukan permotoran F1 sedangkan Malaysia dibawah kepimpinan YAB Perdana Menteri telah mewujudkan Lotus F1 yang dipunyai oleh Proton(Malaysia) dan sememangnya memerlukan penajaan seumpama itu. Mana perginya semangat kebangsaan ,mana perginya semangat 1 Malaysia?Mungkin rakyat biasa sahaja mahu menerima seruan serta semangat 1 Malaysia yang mahu diterapkan oleh YAB Perdana Menteri manakala golongan korporat BANGANG dalam PETRONAS hanya mahu fikirkan keuntungan. Tun Dr Mahathir selaku Penasihat PETRONAS telah menasihatkan kepimpinan PETRONAS untuk memberikan penajaan kepada Lotus FI yang dimiliki oleh Malaysia tetapi nasihat ini telah diabaikan.

Bagi semua individu pelanggan setia minyak PETRONAS mungkin akan tersinggung dengan keputusan kumpulan KEPARAT PETRONAS ini! Langsung tak de semangat cintakan tanahair!Langsung tidak mahu nak hayati semangat 1 Malaysia.

Benarkah perkhabaran yang KERISMUDA terima bahawa di PETRONAS tempat penyokong pembangkang bersarang? Benarkah perkhabaran yang diterima bahawa di PETRONAS ini tempat anak Melayu atau konsultant Melayu yang terasa diri mereka elit dan hebat berada?Lupakah mereka bahawa mereka dapat berada di situ kerana PETRONAS adalah milik Kerajaan yang memerintah, legasi kepimpinan BN sejak 1974 hingga sekarang.

Kepada YAB Dato' Seri Najib, ramai lagi anak Melayu yang bijak pandai dan cintakan tanahair yang mampu, berupaya dan boleh memimpin PETRONAS. Masa untuk PETRONAS di "overhaul"kan ADALAH SEKARANG!

Keduanya, Hakim Mahkamah Tinggi (Bahagian Rayuan dan Kuasa-Kuasa Khas) Lau Bee Lan hari ini juga memutuskan bahawa Gereja Katolik dibenarkan menggunakan perkataan "Allah" dalam akhbar mereka "The Herald " Menurut Hakim tersebut lagi bahawa Gereja Katolik dibenarkan oleh Perlembagaan untuk penggunaan perkataan "Allah" kerana mereka tidak berdakwah kepada orang Islam. Semakan ini dipohon oleh Gereja Katolik kerana pengharaman penggunaan perkataan "Allah" dalam akhbar mereka oleh Kementerian Dalam Negeri (KDN).

Kesan keputusan ini maka mana-mana orang bukan Islam dalam apa-apa tujuan boleh menggunakan perkataan "Allah" selagi mereka tidak mengedarkan kepada orang Islam. Kalau begitu "toilet paper" boleh ditulis perkataan "Allah" selagi ia tidak diedarkan kepada orang Islam.Mungkinkah kita kelak akan dapat melihat kalimah Allah di tapak kasut tetapi kita tidak boleh berbuat apa-apa kerana ia tidak dijual kepada orang Islam dan pemakainya juga adalah bukan Islam?




Terjaminkah bahawa penulisan mereka ini tidak akan dibaca oleh orang Islam lebih2 lagi kini sudah ada media alternatif (blog,weblog,website) yang boleh dipaparkan di alam maya tanpa mendikriminasi pembacanya adalah Islam atau sebaliknya?

KERISMUDA sedih kesucian Islam diletakkan atas tangan seorang Hakim yang mungkin tidak faham pengertian perkataan "Allah" kepada umat Islam di negara ini .

Sudah tiba saatnya kuasa yang terkandung dalam Perkara 38 (2) (b) Perlembagaan Persekutuan dititahkan oleh Raja-Raja Melayu bagi memelihara kesucian Islam dalam konsep sejagat 1 Malaysia yang disarankan oleh Kerajaan kini!

Salam 1 Malaysia dan Salam Tahun Baru buat semua........


Nota kaki:

PERLEMBAGAAN PERSEKUTUAN PERKARA 3 (1) Ugama Islam ialah ugama bagi Persekutuan; tetapi ugama-ugama lain boleh diamalkan dengan aman dan damai di mana-mana bahagian Persekutuan.

PERLEMBAGAAN PERSEKUTUAN PERKARA 11 (4) Undang-undang Negeri dan mengenai Wilayah-Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur, Labuan dan Putrajaya, undang-undang persekutuan boleh mengawal atau menyekat pengembangan apa-apa iktikad atau kepercayaan ugama antara orang-orang yang menganuti ugama Islam.

PERLEMBAGAAN PERSEKUTUAN PERKARA 38 (2) Majlis Raja-Raja hendaklah menjalankan tugas-tugasnya bagi - (b) Mempersetujui atau tidak mempersetujui supaya apa-apa perbuatan, amalan atau upacara ugama meliputi seluruh Persekutuan.