Monday, June 29, 2009

Penyakit Berjangkit: KCLJ

Baru hari itu Ketua Cawangan Letak Jawatan (KCLJ). Ceritanya bacalah di bawah
Tapi seolah-olah perkara ini jadi macam penyakit berjangkit sebab malam 26-06-09 seorang lagi Ketua Cawangan letak jawatan. Dah jadi macam wabak pulak dah! Elok aje nama wabak ini diberi nama KCLJ. Wabak Ketua Cawangan Letak Jawatan!

Menurut ceritanya pada 26-06-09 ,cawangan Blok C mengadakan mesyuarat cawangannya. Ketua Cawangannya bernama Ishak bin Malek. Orang semua tahu dia ni penyokong kuat Dato' Ishak,Ketua UMNO Bahagian Seremban. Semasa berucap dia melahirkan rasa kecewanya kerana mengikut dakwaannya dalam keadaan UMNO sedang lemah, MBNS terus menerus menekan kepimpinan UMNO Bahagian Seremban yang ikut katanya mahu mendapatkan sokongan semula dari pengundi. Mengikut rentetan cerita sebagai manifestasi kekecewaannya tersebut dia mengumumkan perletakan jawatan sebagai Ketua Cawangan bersama lelehan air mata.

Menurut cerita saksi, reaksi ahli yang hadir bercampur baur. Pengikut ketatnya turut menangis. Yang lain-lain "blur".Rahil sebagai ketua puteri bingkas bangun dan membuat usul tergempar supaya Sdr Ishak Malek tarik semula pengumumam letak jawatan! Ada juga yang buat "dirk" aje!

Antara sebab perletakan jawatan adalah kerana perlantikan JKKK baru! Aduh! tak de isu yang lebih bernas ke? Ini baru perlantikan JKKK, esok bila perlantikan ahli Majlis baru MPS/MPN diumumkan mungkin ada Ketua Cawangan yang terjun lombong!

Persoalannya ADAKAH SEDANGKAL ITU PERJUANGAN PEMIMPIN UMNO? KERISMUDA nak ulang kata-kata yang kerap Sdr Ishak Malek katakan; Kalau takut dilambung ombak,jangan berumah di tepi pantai! Kalau rasa mudah kecewa ,jangan jadi Ketua Cawangan!

Tapi masa mengumumkan letak jawatan, tak de pula cakap nak letak jawatan Ketua Penerangan Bahagian. Kalau betul kecewa letakle skali jawatan Ketua Penerangan! Tak pulak diletakkan!

Yang lucunya ialah Tuk Sidek, wakil pemerhati Bahagian / AJK Bahagian yang hadir dalam mesyuarat tersebut.Dia juga turut menangis semasa Sdr Ishak Malek umum letak jawatan tetapi masa minum teh tarik di Temiang Corner setelah habis mesyuarat, dia yang paling kuat kutuk Sdr Ishak Malek!

Cuma satu perkara yang tidak digemari mungkin akan berlaku. Seperti dinyatakan sebelum ini Sdr Ishak Malek ini adalah pengikut kuat Dato Ishak. Semua orang di Seremban tahu. Dia tak lakukan apa-apa perkara kecuali setelah menerima arahan Dato' Ishak. Mungkinkah ada perkara tersembunyi di sebalik perletakan jawatan itu? Mari kita sama-sama saksikan. Cuma KERISMUDA ingin memberi pandangan jangan kita terlalu berpolitiking sehingga lupa nak membela bangsa.

Untuk semua pemimpin UMNO di Bahagian Seremban. JANGAN CEPAT KECEWA!

Sunday, June 28, 2009

Pengumpulan maklumat sosial



Kerja-kerja membaikpulih rumah dilaksanakan di rumah Nenek Jamilah,80 tahun di Sg Machang Ulu dibawah Program amal jariah Kerajaan BN. Pen. Setiausaha Pemuda UMNO Sg Machang Ulu Sdr. Safuan Mohd Yusof menyampaikan sumbangan pemuda kepada nenek Jamilah sambil diperhatikan oleh Pen Setiausaha Pemuda UMNO Bahagian Seremban.


Mesyuarat cawangan-cawangan telahpun sampai ke penghujung masa. 30 haribulan Jun menandakan tarikh terakhir mesyuarat-mesyuarat cawangan peru dilaksanakan.Penting juga mesyuarat-mesyuarat ini dilaksanakan kerana ia penunaian tanggungjawab kepada parti mengikut perlembagaan parti sendiri.

Setelah tamat perlaksanaan mesyuarat-mesyuarat cawangan,Pergerakan Pemuda UMNO Bahagian Seremban akan terus melakukan kerja-kerja menyusur akar membuat capaian kepada golongan yang memerlukan bantuan.Jangan sangka hidup di bandar tidak ada golongan susah yang memerlukan bantuan. Dalam polemik pemimpin cawangan UMNO heboh nak letak jawatan kerana kecewa kononnya, ramai keluarga Melayu yang terpaksa berjuang untuk hidup kerana kesusahan dan kepayahan yang menimpa mereka.

Justeru itu, Pergerakan Pemuda meminta dan memohon kepada ahli-ahli pemuda dan pembaca blog ini yang tinggal di Seremban untuk bersama-sama membantu dengan menyalurkan maklumat kepada Pergerakan Pemuda UMNO tentang masalah rakyat dan golongan yang memerlukan bantuan di persekitaran mereka.

Maklumat boleh disalurkan kepada pergerakan pemuda melalui email: pemudaseremban@gmail.com atau sila SMS ke talian 012-6836080

Maklumat yang diterima akan dikumpul dan kunjungan akan dilaksanakan bagi mengenalpasti jenis bantuan yang diperlukan seperti bantuan baikpulih rumah,komponen bantuan Pembasmian Kemiskinan Bandar, JKM dan sebagainya.

Mungkin anda akan berkata ini hal JKKK kenapa Pergerakan Pemuda nak sibuk? Bagi kami dari kita berpolemik tentang perlantikan JKKK mari kita sama-sama beri kerjasama dan bantu.Bukankah itu lebih bermanfaat untuk orang Melayu?

Mari kita mengubah perspektif dan meletakkan UMNO sebagai sebuah parti yang membela untung nasib orang Melayu!

Wednesday, June 24, 2009

Pemuda UMNO perlu KRITIKAL!

Wahai pemuda TONGKAT negara! Rupanya Pemuda UMNO masih lemah dalam perihal PERJUANGAN BANGSA...

Hanya beriya-iya memberi tindak balas, bila dipalit TAIK ke hidung mereka. Bila diasak dengan nilai bahawa PEMUDA tidak bersungguh dalam arena keilmuan, maka, sibukNYA jadual berMesyuarat...apa kekuatan PEMUDA UMNO ini dipikul oleh 2-3 kerat insan...yang lain hanya pegang TOMBAK dan PAK PACAK atau TUKANG MENEBENG depan orang-orang tertentu misalnya Ketua Pemuda Bahagian, Ketua Pemuda Negeri, Ketua Pemuda UMNO Malaysia, Ketua Bahagian, Ketua Perhubungan UMNO Negeri, Naib-Naib Presiden UMNO Malaysia, Timbalan Presiden UMNO dan Presiden UMNO?

Pemuda UMNO yang ramai sifat rupa gini, tak perlu la menyemak kerusi kepemimpinan PEMUDA UMNO! Berikan kerusi itu kepada insan yang boleh BERJUANG dan BEKERJA...bahawa ini semua URUSAN SUKARELA.

Pemuda UMNO yang ramai bersikap Tunggu dan Lihat sudah TIDAK COCOK dan RELEVAN dalam alam kepemimpinan SOSIAL dan SUKARELA. Dunia politik Melayu dan Malaysia tidak sesuai dengan insan yang ambil pendekatan Wait & See, Saudara kena ambil pendekatan Fikir, Rancang, Bina, Urus dengan Kreatif dan Inovatif. Era kepemimpinan zaman ini tidak berKEHENDAK insan yang LENGAI, LAYU dan LEMBIK. Tidak produktif, tidak BERFIKIR, tidak BERAKSI dengan BIJAKSANA dan tidak berILMU dengan AMAL...

Pemuda UMNO bandar seperti Seremban mesti berupaya BERHUJAH dan BERBAHAS dengan BISTARI dengan khalayak. Pemuda UMNO bandar seperti Seremban mesti punya iktikad KESUKARELAAN yang AMAT TINGGI kerana citra perjuangan kalian begitu strategik demi Kepentingan Bangsa dan Keselamatan Negara.

Pemuda UMNO wajib KRITIKAL dalam pelbagai segi survival POLITIK, EKONOMI dan SOSIAL "POLEMAS"...

Kepada jaringan PEMUDA UMNO yang bersedia siap siaga untuk berPERANG secara ILMU dalam gelanggang Demokrasi Malaysia, sedarlah dan BANGKITlah saudara-saudara dengan persenjataan dan peralatan PEPERANGAN POLITIK yang Tegap, Mantap dan Berhikmah.

Kalam UMNO ialah Kalam Melayu & rakyat Malaysia. Darah UMNO ialah Darah Pejuang Tanah Melayu sejak 623 Masehi lagi. Urat dan Nadi UMNO ialah INDUK Denyut Jantung Bangsa Malaysia Berdaulat.

Allah hu akbar.

Monday, June 22, 2009

Jangan suka memfitnah!



Baru-baru ini terpapar dalam Youtube tentang video yang diberi tajuk Rosmah Berpuaka.

Yang jadi aktor dan aktres utama dalam video ini adalah Datin Che Mah dan anaknya Ikmal Hisham.

Datin Che Mah ini adalah bekas Ketua Wanita UMNO Cawangan Jalan Kuala Pilah dan bekas AJK Wanita UMNO Bahagian Seremban.

Berbagai perkara yang tak patut diperkatakan telah diperkatakan oleh Datin Che Mah dan Ikmal Hisham dalam video ini dan tujuan mereka adalah untuk menskandalkan Datin Sri Rosmah Mansor ,isteri kepada Perdana Menteri Malaysia. Nak tahu lanjut tengokle video di atas.

Namun apa yang membangkitkan rasa kurang senang dalam paparan ini adalah dakwaan bahawa Datin Sri Rosmah ini kuat pakai bomoh dan menggunakan ilmu sihir untuk berkahwin dengan Dato Sri Najib.Lagi satu perkara adalah mengenai perkahwinan anak Datin Sri Rosmah dengan penyanyi/pelakon/motivator Dr Fazley.

KERISMUDA berpandangan bahawa isu perkahwinan anak Datin Sri Rosmah adalah perkara keluarga Datin Sri Rosmah sendiri dan biarlah Datin Sri yang menyelesaikannya. Tidak perlu seorang bekas Ketua Wanita Cawangan/AJK Wanita Bahagian menggembar gembur perkara ini dalam Youtube.

Beriya-iya Ikmal Hisham,anak kepada Datin Che Mah mengatakan Datin Sri Rosmah pakai bomoh.Kerismuda berpendapat cakap begini perlu berlandaskan fakta,jika tidak ianya hanya layak dikategorikan sebagai FITNAH!

Ibarat FITNAH ini adalah seperti melemparkan kekabu sewaktu angin bertiup kuat. Bila kekabu dilemparkan tersebarlah ia mengikut angin. Tetapi bolehkah kita kumpulkan semula semua kekabu tersebut selepas dilempar dan diterbangkan? Begitulah ibarat FITNAH! Sekiranya kita menceritakan cerita yang tidak betul dan tersebar luas ,(contohnya melalui Youtube) bolehkah kita memperbetulkan semula. Bolehkah kita tarik balik semua kata-kata kita tersebut.Kalau kita tak boleh berbuat demikian apakah dosa kita memfitnah layak diampuni?

Ini adalah perkara yang perlu dilihat secara serius. Bagaimana seorang bekas Ketua Wanita Cawangan yang banyak mendapat manfaat semasa mejadi Ketua Wanita sanggup menghentam isteri kepada pemimpin tertinggi UMNO,yang mana sedikit sebanyak akan dikaitkan dengan kewibawaan serta kredibiliti kepimpinan beliau. Apatah lagi sekiranya perkara ini fitnah!

Secara faktanya bekas Ketua Wanita ini adalah seorang yang muflis.Berniaga gagal sehingga dijadikan muflis oleh Bank. Dari cerita yang didengar Datin Che Mah ada meminta bantuan dari Datin Sri Rosmah tetapi apabila tidak dapat dibantu , tup-tup keluar cerita seperti dipaparkan dalam video diatas. Anak Datin ini pula kuat dan suka menghentam UMNO. Walhal dia hidup selesa dan mewah dek UMNO. Bukan orang tak tau perangai dia ni. Nak tau tanya Ella (penyanyi rock wanita Malaysia) dan Jojie (kakak Ella). Mereka boleh beritahu macamana sebenarnya perangai Ikmal Hisham ini.

Sekiranya ini benar, paparan video ini semua adalah disebabkan kecewa!

Untuk orang UMNO, berjuanglah dengan ikhlas! Jangan dilihat berjuang tetapi disebalik perjuangan ada sesuatu nak dikejarkan. Bila tak dapat kita kecewa. Bila kecewa mulalah macam-macam perkara yang tak sepatutnya berlaku seperti letak jawatan lah, buat cerita burukkan orang dan macam-macam lagi!

Tak kan sikit punye pasal nak letak jawatan?

Cawangan Kg Bahagia Jiboi bermesyuarat pada 21-06-2009. Mesyuaratnya berjalan seperti biasa. Suatu perkara yang dilihat di mesyuarat cawangan ini adalah ianya tidak dihadiri oleh ketua cawangannya sendiri Sdr Zaki bin Talib. Bila dirisik-risik, taulah cerita ketua cawangan ni dah letak jawatan.

Persoalannya, kenapa letak jawatan. Ceritanya dia letak jawatan sebagai protes perlantikan semula Hj Ujang Bulat sebagai Ketua JKKK Kg Bahagia Jiboi.Cerita ini disamaikan sendiri oleh Ketua Pemudanya Sdr Shahfuddin.

Takan pasal tu aje? Tau Sdr Zaki ini cadangkan orang lain jadi Ketua JKKK. Tapi rezeki Hj Ujang tu masih ada. Takan kecewa pasal tu terus letak jawatan?

Sdr Zaki ni KERISMUDA dah lama kenal. Orang berpelajaran! Tapi kenapa terlalu emosional hingga letak jawatan. Adakah perjuangan seorang ketua cawangan hanya kerana nak letakkan seseorang ke jawatan Ketua JKKK?

Dalam UMNO kita boleh cadangkan sesiapa jadi Ketua JKKK. Tapi kuasa melantik JKKK muktamad pada MB. Takan Sdr Zaki tak tau?

Sdr Shahfuddin galak menghentam MB khususnya pasal perlantikan Ketua JKKK oleh MB. Bercakap ketidakpuashatian ikut saluran tak salah. Tapi jangan hingga orang lihat seolah-olah seperti anjing menyalak bukit!

Seperti yang dikatakan tadi ini semua rezeki.Kita yang jadi pemimpin UMNO jangan janji yang bukan-bukan kepada orang,bila tak menjadi kita malu sendiri!

KERISMUDA harap pemimpin UMNO lihat medan perjuangan dalam pandangan yang makro jangan jumud memandang membesarkan perkara yang kecil

Sunday, June 21, 2009

Program Amal Jariah dan Pembasmian Kemiskinan Bandar

Pergerakan Pemuda UMNO Bahagian Seremban melalui Biro Aduan,Khidmat Rundingan dan Pembelaan Masyarakat meneruskan penglibatan pergerakan tersebut dalam Program Amal Jariah Kerajaan BN yang mana Kerajaan telah menyediakan peruntukan untuk membaikpulih dan menyelenggara rumah penduduk-penduduk yang telah usang dan yang berpendapatan rendah.

Pengerusi Biro ,Sdr Abdul Halim yang juga merangkap Pen Setiausaha Pergerakan Pemuda UMNO Bahagian Seremban telah mengunjungi rumah penduduk-penduduk di Kg Ismail ,Ampangan untuk melihat hasil kerja baikpulih tersebut disamping menyampaikan cenderahati dari Pergerakan Pemuda UMNO Bahagian Seremban berupa jam dinding yang berlogo UMNO kepada penduduk tersebut.




Penyampaian cenderahati kepada Mak Cik Jariah,penerima bantuan Projek Amal BN. Penyampaian cenderahati Pergerakan Pemuda UMNO Bahagian Seremban berupa jam dinding berlogo logo UMNO disampaikan oleh Pen Setiausaha Pemuda UMNO Bahagian Seremban




Senyum terukir dibibir Mak Cik Hasnah, penerima bantuan Program Amal BN

Dalam rangka kunjungan yang diketuai oleh Pengerusi Biro tersebut, Pengerusi Biro juga telah berkesempatan bertemu dengan beberapa orang penduduk di sekitar Kg Ismail. Dalam kesempatan itu Sdr Pengerusi Biro juga telah menerangkan kepada penduduk tersebut tentang bantuan di bawah Program Pembasmian Kemiskinan Bandar serta cara-cara bagi memohon bantuan tersebut. Program Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan ini mengandungi beberapa komponen bantuan dalam bantuan ini diberi dalam usaha untuk membasmi kemiskinan dalam bandar.Program ini telah bermula sejak tahun 2006 dan penglibatan Pergerakan Pemuda dalam menjayakan program Kerajaan BN ini adalah didorong oleh niat dan keazaman Ketua Pergerakan Pemuda UMNO Bahagian Seremban sendiri iaitu Sdr Shahrul Ekhsan yang mahu melihat pemuda turun padang bagi melihat,mendengar masalah rakyat serta bertindak untuk kebajikan dan maslahah rakyat .Ini adalah satu lagi komitment Pergerakan Pemuda UMNO Bahagian Seremban dalam usaha membela untung nasib rakyat serta golongan yang memerlukan.

Mano ghaib PEMUDA UMNO?

Apa ini PEMUDA UMNO? Apakah orang UMNO syok sendiri? Mewah dalam kelangkang PENJAJAHAN sendiri?

Tak kan ramai berhimpun di Manek Urai? Kenapa Program Kenegaraan Mengupas Isu Perpaduan dalam Perspektif Perlembagaan Persekutuan, tak do yang hadir...? Bangun memberi maklumbalas kepada awam pun tak do?

Bukan calang-calang manusia yang bori syarahan, mantan Yang Arif Hakim Mahkamah Rayuan, dahlah dio orang Rombau...tak bosar faedahnya, ado anak warish yang bijak mendalami ilmu Perlembagaan Persekutuan.

Hongeh, Jabatan Perpaduan Negara dan Integrasi Nasional buat program ILMU yang begitu besar darjah JIHADnya....

Anak Banjar memang naik semangat dan sheikh untuk "memBELASAH" orang UMNO, apa lagi PEMUDA UMNO! Inilah medan mendalami pengetahuan yang CETEK dan DENGKEL. Kalian sudahlah tidak PANDAI berPIDATO, apabila di adu-domba "mulalah jadi KARUT-MARUT"....

Lain kali, ado insan yang bosar dan BIJAKSANA macam Dato Mohd Nor Abdullah tu, poie dongar dengan HATI YANG TENANG dan BERLAPANG FIKIRAN. Sedarlah orang UMNO, bahawa Perlembagaan Persekutuan merupakan Pegangan dan Kitab TERTINGGI pemerintahan negara Malaysia. Selagi kalian, samar-samar dan kelabu asap...JANGAN HARAP BOLEH MENGURUS DAN MEMIMPIN ZAMAN DAN TAMADUN BANGSA....

Anak BANJAR, amat SEDIH dengan kedudukan wilayah kekuasaan POLITIK UMNO, apa lagi PEMUDA UMNO, yang langsung tidak PRIHATIN dan PEKA kepada titik-titik perubahan besar dan MERBAHAYA yang telah di PRA-TONTON dan SIARAN LANGSUNG sejak 5 tahun terdahulu...Kita membuat kesalahan yang sama, setiap kali...dan bermusim. Kesalahan tersebut diulang-ulang tidak kurang 3 kali dan tidak lebih 7 kali...

Pergi belajar ILMU PERISIKAN untuk dapat membantu perspektif politik Saudara-saudara.

Anak Banjar amat GUSAR, kiranya saudara-saudara GAGAL menilai dalam diri, TERGADAI BODY.

Ada pesanan seorang guru Anak Banjar, katanya "Kalau saudara ingin berbakti kepada rakyat, jadilah insan yang mengurus BAKTI dengan AMAL BAKTI, kalau saudara ingin berjuang untuk rakyat dan kepada rakyat, jadilah insan yang mengurus BAKTI dengan JIWA, AMAL BAKTI, jika saudara ingin berjuang dan berbakti kepada rakyat, untuk rakyat dan daripada rakyat, jadilah insan yang mengurus BAKTI dengan JIWA, ROH, ILMU, AMAL BAKTI...yang dengan dan keranaNYA...saudara akan SEDAR bahawa Perjuangan ini Masih Jauh dan Berliku, Hanya Yang Cekal dan Tabah akan Meniti Perbatasan ini".....

Saudara-saudara UMNO, Kepemimpinan POLITIK UMNO, Umat Melayu dalam UMNO...renunglah warkah pesanan ini, kerana insan ini telah Mencipta SEJARAH bangsaNYA.

Hidup MELAYU, Allah Hu Akbar.

Thursday, June 18, 2009

Institut Latihan Melayu Seremban

Melihat kepada pembangunan MODAL INSAN di kalangan anak Melayu. Anak Banjar dah merantau merata BENUA, mencadang kepada UMNO untuk membina sebuah Institut Latihan Melayu Seremban.

Kelab Melayu Negeri Sembilan + Persatuan Silat Gayung Malaysia Cawangan Negeri Sembilan + UMNO Bahagian + Gerakan Belia 4B Malaysia Negeri Sembilan + Dewan Perniagaan Melayu Malaysia Cawangan Negeri Sembilan + Majlis Agama Islam Negeri Sembilan + MUBARAK Negeri Sembilan = merupakan Gabungan Asas kepada Institut Latihan Melayu Seremban a.k.a. Negeri Sembilan.

Pangkalan ini boleh didirikan di Seremban 2 berhampiran dengan Felda Sendayan. Dunia Melayu Dunia Islam, pimpinan YAB DS Ali Rustam masih belum ada identiti Nusantara yang jelas. Maka, atas Niat Suci, Institut Latihan Melayu Seremban a.k.a. diangkat sebagai Mekanisme Terjemahan yang boleh membantu kerapatan dan pemuafakatan idealisme Dunia Melayu, Dunia Islam. Pusat Latihan DMDI di Pulau Besar, Melaka bukan tandingan ILMS.

ILMS sebagai komponen tambahan pengukuhan DMDI. Lagi pun NSDK, belum ada Institut Ilmu Adat Perpatih, walupun Bandar Seremban dan PekanBaru merupakan bandar berkembar.

Orang UMNO...fikirkan, jangan MELOPONG dan MEMBUTO ajo...

Kader UMNO sudah BERMULA

Inisiatif pengkaderan UMNO khususnya PEMUDA UMNO mesti telah dimulakan sejak SEMALAM lagi.

UMNO memerlukan barisan pemimpin yang berwatak dan berperilaku penuh HIKMAH dan HEMAH.

UMNO memerlukan barisan pemimpin yang mengetahui dan ambil peduli.

UMNO memerlukan barisan pemimpin yang sanggup BERILMU, BERGURU dan BERPERANG.

UMNO memerlukan barisan pemimpin yang punya NILAI dan KEPERIBADIAN MULIA, BIJAKSANA dan BIJAKSINI.

Program pengkaderan UMNO mesti bermula di peringkat Cawangan terus ke Bahagian. Cawangan perlu melaksana program kemahiran berkepemimpinan dan berkonflik secara ilmiah.

Bahagian perlu mengatur program latihan yang merancak penglibatan pelbagai pasukan. Misalnya, penubuhan pasukan Askar Wataniah bernaung dengan Batalion 1, Rejimen 508. Penubuhan pasukan Rescue 991, Jabatan Pertahanan Awam Malaysia dan membina pangkalan di Ampangan. Penubuhan pasukan Bomba dan Penyelamat Sukarela dan mendirikan markas taktikal di Paroi. Penubuhan pasukan Polis Simpanan Sukarela dan mendirikan markas di Lenggeng. Penubuhan pasukan SMART Sukarela dan membina pangkalan di Temiang.

Ini semua inisiatif intektual kepada rakyat dalam Parlimen Seremban juga Bahagian Seremban.

Pemimpin UMNO mesti ada FIKIR kepada ummah. Bukan fikir untuk PERUT, TEKAK dan TEMBOLOK.

Pemimpin UMNO mesti ada STARTEGI "Command and Conquer", "Withdrawal Technic", "Attacking Tactic", "Combatting and Fighting Skills"....

Dalam bahasa cukup ringkas....UMNO mesti faham apa itu SILAT, SILAP dan SILAU. Anak Gayung teruskan PERJUANGAN mu.

Wednesday, June 17, 2009

Salam Perjuangan


Assalamualaikum,

Sebagai anak jati Melayu saya akan menulis demi mempertahankan tanahair kita dari diancam anasir-anasir puak-puak pembangkang. Terimalah pantun dari saya sebagai salam perkenalan dan pembuka bicara.


Anak itik bermain di tepian
Berenang bersama anak angsa
Saya anak bugis menulis untuk kalian
Demi perjuangan agama, nusa dan bangsa
Salam perjuangan!

Tuesday, June 16, 2009

Idealisme KOMUNIS

Melihat kepada beberapa fenomena, yang paling menggayatkan ialah Ahli Parlimen BUkit Gantang di Parlimen.

Ini merupakan aspirasi tersirat nasionalis neo-KOMUNIS. Pola pemikiran yang teracun dan makan racun ideologi KOMUNIS.

Gerakan "Min-Yuen" makin rakus merayap dan meresap ke dalam komuniti umat Islam.

Apakah sejarah 501 tahun lampau, berulang semula. Apakah trajedi pembunuhan waris Raja Ibrahim iaitu anakanda Puteri Rokan & Sultan Muhammad Shah bakal berulang. Apakah Sultan Abu Syahid yang mangkat sekalian keturunanNYA akan berbuah kembali?

Apakah trajedi pantai DARAH di Melaka akan kembali? Selepas Perang Salib Ke-tiga di Andalusia, Perang Salib Ke-Empat di Melaka....tanggal 21 Ogos 1511...

Monday, June 8, 2009

PKR dah mula mengkader!

Baru-baru ini Angkatan Muda Keadilan (AMK),PKR menganjurkan pertandingan snooker di Seremban. Penyertaan ini dibuka untuk semua orang muda. Ramai jugale yang menyertainya

Tujuan penganjuran ini mempunyai serampang dua mata. Pertama, nak mendekatkan orang muda dengan PKR. Selain dari itu, ada gerakan untuk mengkaderkan orang muda untuk jadi penyokong AMK.

Semasa pertandingan ini dijalankan, puak-puak AMK ini akan buat pemantauan dan mengenalpasti 'kepala" di kalangan para peserta yang menyertai pertandingan ini. "Kepala" yang dimaksudkan individu yang dilihat mempunyai pengaruh dikalangan orang muda yang menyertai pertandingan tersebut.

Butiran dan no telefon "kepala" ini didapatkan dan puak-puak AMK ini mula rapat dengan "kepala" ini. Mereka tidak terus bagi borang keahlian PKR tetapi yang penting adalah untuk membina hubungan dengan " kepala-kepala" ini.

Perkara ini tidak habis di situ sahaja. Puak-puak AMK ini akan terus berhubung dengan "kepala-kepala" ini. Mereka akan dari masa ke semasa diajak untuk bejumpa, minum teh tarik ke dan sebagainya. Sedikit demi sedikit puak AMK ini akan masukkan jarum dan semaikan kebencian kepada Kerajaan di kalangan "kepala-kepala" ini. Sedikit demi sedikit mereka mengindoktrinasikan "kepala-kepala" ini dengan idealgi mereka. Mereka tahu bahawa "kepala-kepala" ini berupaya mempengaruhi rakan-rakan mereka.Menjadi ahli PKR tak penting tapi mengundi PKR untuk PRU 13 akan datang adalah agenda yang maha penting dalam gerakan pengkaderan ini.

Inilah pendekatan PKR dan menerusi pendekatan ini sukar untuk dikesan ini sama ada orang muda ini menyokong pembangkang atau sebaliknya kerana mereka bukan terang-terangan menjadi ahli AMK atau PKR. Kalau UMNO buat program pun mereka boleh terlibat!UMNO kelak akan ingat mereka dah dapat sokongan padu dari orang muda tapi kelak masa mengundi esok keputusan akan jadi sebaliknya.

Oleh itu rakan-rakan kita perlu hati-hati, PKR dah mulakan pengkaderan!