Wednesday, December 30, 2009

Utusan Perjuangan!

Utusan Perjuangan

Maklumat telah diterima bahawa esok , 31-12-2009 pada jam 10.00 pagi Angkatan Muda Keadilan (AMK) Negeri Sembilan akan mengadakan demonstrasi di hadapan Wisma UMNO Negeri, Negeri Sembilan. Maklumat diterima kononnya AMK mahu membuat protes dan demonstrasi kepada Pengerusi Perhubungan Negeri atas dakwaan isu pindahan wang melalui Penggurup Wang keluar negeri.

Dakwaan ini sebenarnya tidak ada kena mengena dengan mereka. Tiada siasatan pun di buat oleh pihak berwajib. Nampaknya AMK sengaja mahu menggembar gemburkan cerita rekaan mereka ini. Prinsip mereka" benda yang tak betulpun ,kalau diulang-ulangkan serta sering ditonjolkan akan kelihatan seperti betul". Ini adalah matlamat mereka

Kepada semua ahli pemuda UMNO di Seremban dan di mana sahaja "Ayuh, mari kita bangun dan pertahankan kepimpinan kita" Mari semua hadir ke Wisma UMNO esok! Kita buat benteng yang teguh dari semua cabaran yang mahu menggugat kepimpinan kita!

Monday, December 21, 2009

Dah tu Ketua Whip, buat kerja apa?

Dalam keadaan BN tak pegang majoriti 2/3 di Parlimen nampaknya ada ahli Parlimen BN lupa dan alpa tentang keadaan itu. Nasib baik undi belah bahagi bagi Rang Undang Pembekalan : Bajet 2010 menyebelahi BN walaupun hanya dengan 3 undi. Kalau tak tersungkur Bajet 2010 dan segala peruntukan yang dirancang di bawah Bajet itu tidak dapat dikeluarkan kerana ketiadaan kelulusan oleh Parlimen.

Nampaknya Ahli Parlimen BN ini perlu di"sebat" kerana ini bukan kali kedua Rang Undang Pembekalan diluluskan dengan majoriti tipis. Dah kali kedua dah!

Jangan terperanjat! Sebat yang dimaksudkan disini bukan hukuman sebat! Tapi sistem yang dipakai dalam menjaga dan mengatur kehadiran dan prestasi ahli-ahli Parlimen BN/Parti Pemerintah. Whip system atau dalam bahasa Melayunya sistem sebat adalah suatu sistem yang diambilpakai dari sistem Parlimen British. Sistem ini diambilpakai untuk memastikan kesatuan keseragaman Ahli Parlimen Pemerintah dalam kehadiran ,hujah dan bahas dalam Justify FullParlimen. Konsepnya mudah. Seorang ketua memegang tali sebat yang lain menurut. Kalau tak ikut, kena "sebat"!

Untuk Kerajaan BN siapa dia Whip Master atau Ketua Whip? Lazimnya tugas ini diberikan kepada Timbalan Perdana Menteri. Masa Pak Lah jadi PM , DS Najib jadi Ketua Whip. Masa DS Najib jadi PM yang jadi Ketua Whip adalah TS Muhydin Yassin dan bukannya DS Nazri walaupun dia menteri yang jaga Parlimen. Kalau jamban kat Parlimen tu rosak bolehlah tanya DS Nazri kot!


Sekarang ni apa yang Ketua Whip buat? Dia sendiri lewat menghadiri sidang bagi mengundi Bajet 2010. Ini bukan sekali , dah 2 kali berlaku. Kepada YAB Ketua WHIP " Ini bukan cobaan tau, ini betul2"

KERISMUDA faham mungkin ahli Parlimen berjawatan Menteri atau Timbalan Menteri sibuk bertugas contohnya Ahmad Shabeery Cheek ada di Vientienne Laos bagi menjalankan tugas rasmi tapi ahli Parlimen yang tak berfotfolio Menteri atau Timbalan Menteri pergi kemana? Leko nak nikah artis gobu ajo ko?

Ahli Parlimen BN perlulah menunjukkan kualiti sebagai Ahli Parlimen sebenar (the true Parliamentarian quality) Whip Master atau Ketua Whip juga perlu buat kerja bagi memastikan semua ahli Parlimen BN yang dipilih oleh rakyat mempamerkan etika dan kualiti yang professional dalam menjalankan tugas mereka. Kalau perlu sebat, sebat! Jalankan tanggungjawab yang telah diamanahkan oleh rakyat!

Friday, December 11, 2009

TAHNIAH MALAYSIA!

Tahniah kepada Pasukan Bolasepak Malaysia yang menewaskan Thailand dengan jaringan 2-1 dalam aksi Bolasepak Sukan Sea Laos 2009.Dengan kemenangan ini Malaysia layak ke peringkat separuh akhir bersama Vietnam.Kami mendoakan Pasukan Malaysia berjaya mencapai sasaran.Amin!

Thursday, December 10, 2009

Perlukah nada ini dimainkan semula? PARTI MENGUASAI KERAJAAN DAN BUKAN KERAJAAN MENGUASAI PARTI.

Sebenarnya nada ini sering dimainkan dan menjadi polemik dalam UMNO. Dahulu semasa Dato Syed Jaafar Albar menjadi Ketua Pemuda UMNO Malaysia ,beliau pernah mengutarakan isu ini dalam Perhimpunan Agong UMNO memandangkan Kerajaan pada masa itu seperti seolah-olah tidak menghiraukan pandangan dan kepentingan yang dibawa oleh UMNO.

Beberapa tahun dahulu semasa Khairi Jamaluddin masih menjadi Naib Ketua Pemuda UMNO Malaysia isu yang serupa dibangkitkan. Perspektif ini dibawa lebih menjurus kepada pegawai-pegawai tinggi Kerajaan di Kementerian yang sering tidak menghiraukan tentang permintaaan atau permohonan yang datangnya dari pemimpin UMNO khususnya pemimpin muda. Pegawai-pegawai atasan ini seolah-olah amat berkuasa dan seolah-olah tampil selaku "Little Napoleon" dalam Kementerian tertentu. Surat rekomendasi menteri malah surat dari Pak Lah yang menyokong permohonan tersebut pun diketepikan oleh mereka.

Dalam senyap "Little Napoleon"ini mengembangkan pengaruhnya. Pemberian projek-projek Kerajaan mereka yang tentukan.Mereka yang tentukan kontraktor,mereka yang tentukan Projek Management Consultant (PMC) dan sebagainya. Dokumen semua lengkap agar jangan dipersoalkan kelak. Mereka juga tetapkan berapa komisyen yang akan mereka terima. Namun apabila berlaku sesuatu perkara yang tidak baik, mereka dengan mudah mengatakan salah kontraktor dan sebagainya.

Apakah yang berlaku di Stadium Terengganu dan yang berlaku jambatan di Perak ini secara totalnya hanya salah kontraktor? Bukankah agensi Kerajaan yang terbabit serta PMC yang dilantik oleh pegawai atasan Kerajaan juga bertanggungjawab menyelidiki dan yang memberi kelulusan sebelum apa-apa pembayaran dilaksanakan. Kenapa mereka yang bertanggungjawab memberi kelulusan ini tidak dipertanggungjawabkan?Apakah ini angkara Little Napoleon ini atau kuncu serta kroni mereka?

Pihak pembangkang mudah memainkan isu bagi menempelak Kerajaan BN dan UMNO dan memainkan isu rasuah apabila kejadian-kejadian sebegini berlaku. Sebenarnya inilah permainan yang dimainkan oleh pegawai atasan Kerajaan (the Little Napoleon dan kroninya). Yang mendapat bahang tempelak pembangkang ini adalah Perdana Menteri dan UMNO. Apabila ini berlaku ,Little Napoleon ini hanya perlu mendiamkan diri dan buat kajian demi kajian bagi menggambarkan kesalahan dlakukan oleh orang lain.

Tidak dinafikan bukan semua pegawai atasan bersikap begini tetapi janganlah nafikan pula kewujudan Little Napoleon ini.Mereka ini wujud. Persoalannya mengapa dosa yang mereka lakukan UMNO yang kena bahangnya?

Di Seremban isu pembinaan Pusat/Kompleks KEMAS di Pantai, Seremban timbul dan menjadi tandatanya. Projek ini dilaksanakan dibawah Kementerian Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah (KKLW). Pimpinan utama kerajaan negeri telah berusaha keras dan berjaya mendapatkan peruntukan dengan kerjasama pihak kementerian untuk pembinaannya dimaklumkan bernilai RM 3.5 juta. Memandangkan Projek ini dibuat di Seremban, difahamkan ada kontraktor bumiputera tempatan dari Seremban yang telah memohon masuk membida bagi perlaksanaan bagi projek secara reka dan bina ini. Kontraktor ini berwibawa dan mereka telah membida untuk projek ini dibawah jumlah peruntukan ini. Atas kepercayaan keupayaan serta kewibawaan kontraktor ini rekomendasi juga diberikan oleh pemimpin negeri,pimpinan parti khususnya wakil rakyat kawasan agar kontraktor ini diberi keutaamaan dan pertimbangan. Dengar khabarnya juga Dato Seri Mohd Shafie Afdal selaku Menteri KKLW juga memberi rekomendasi agar kontraktor ini untuk dipertimbangkan. Tetapi apabila mesyuarat teknikal dan pemilihan berlangsung dikhabarkan semua surat rekomendasi pemimpin negeri dan Menteri ini di "tong sampah"kan oleh pegawai-pegawai atasan yang terlibat dibawah Kementerian ini. Kontraktor yang dibantu pimpin oleh "little napolean pantai timur" di kementerian yang membida sebanyak RM 6 juta lebih khabarnya pula yang dicadangkan untuk melaksanakan projek ini!

Banyak persoalan timbul,apakah nilai surat rekomendasi dari pemimpin negeri dan Menteri yang datangnya dari UMNO? Wajarkah di "tong sampah"kan? Perlukah nada Parti menguasai Kerajaan ini di mainkan? Untuk apa konraktor yang membida nilai Projek sebanyak RM 6 juta lebih ini dipertimbangkan sedangkan ini melibatkan pertambahan kos sebanyak hampir RM 3 juta? Hampir 2 kali ganda? Adakah pertambahan ini termasuk komisyen untuk "Little Napoleon" ini?

Harap Dato Seri Mohd Shafie Afdal dapat melihat perkara ini secara serius. Dato Seri Shafie dapat jawatan Menteri atas tiket sebagai Naib Presiden UMNO. Perwakilan UMNO akar umbi yang letakkan Dato' Seri di tempat sekarang ini. Ingat setiap undi yang diberi adalah bagi manifestasi kontrak sosial dengan perwakilan bahawa Dato' Seri harus mementingkan kepentingan UMNO dan orang Melayu. Bukannya kepentingan pegawai Kerajaan "Little Napoleon"ini.

Tak perlu lagi dimainkan nada PARTI MENGUASAI KERAJAAN DAN BUKAN KERAJAAN MENGUASAI PARTI.Sepatutnya sekarang ini Dato Seri lebih maklum dan patut memahami hakikatnya....dan kami tetap akan menyokong teguh kepimpinan Dato Seri selagi mengutamakan kepentingaan,kebajikan serta kepentingan parti melebihi Little Napolean yang bermaharajalela selama ini.

Tuesday, December 8, 2009

KALAU MASIH CETEK ILMU ...JANGAN BERCAKAP!


Dalam akhbar The Star hari ini,keluar lagi berita mengenai Datuk Seri Nazri Aziz dan gesaan beliau agar modul kursus Biro Tatanegara di rombak atas alasan fanatik kemelayuan. Kali ini beliau menyifatkan Tun Dr Mahathir sebagai "racist"(perkauman) kerana mempertahankan modul kursus yang sedia ada. Tun Dr Mahathir mengatakan tiada ada masalah dengan modul kursus BTN kerana ia menerapkan nilai-nilai murni serta menyemarakkan rasa cinta kepada tanahair. Juga tidak ada salahnya untuk menyatakan tentang fakta sejarah tentang Tanah Melayu yang akhirnya kini dikenali sebagai Malaysia.

Namun pandangan Tun ini tidak diterima oleh Datuk Seri Nazri kerana menurut Datuk Seri Nazri ramai yang mengikuti kursus BTN menjadi marah dan ramai yang menganggap penggunaan istilah " Ketuanan Melayu" semasa kursus adalah tindakan yang tidak masuk akal (ridiculous)

Rupa-rupanya Datuk Seri Nazri sendiri tidak faham dengan erti dan makna istilah "Ketuanan Melayu". Ketidakfahaman Datuk Seri Nazri ini dengan sendirinya meletakkan beliau sebaris dengan Ahli Parlimen pembangkang seperti M. Kulasegaran (Ipoh Barat) dan ahli Parlimen pembangkang yang lain yang cepat melenting apabila istilah "Ketuanan Melayu" disebut. Amat memeranjatkan serta menyedihkan kerana Datuk Seri Nazri bukan orang baru dalam kabinet atau Parlimen tapi ketidakfahaman beliau ini boleh menyebabkan kewibaan beliau sendiri sebagai Menteri "senior" dipertikaikan.

Jika ada yang memikirkan bahawa istilah "Ketuanan Melayu" ini membawa maksud orang Melayu adalah bangsa "tuan" di negara ini maka samalah mereka dengan Datuk Seri Nazri.

Ketuanan Melayu tidak sesekali membawa maksud "Supremacy of Malay race above the others". Ianya sama sekali bercanggah dengan maksud sedemikian. Adolf Hitler pernah membawa ideology "Supremacy of the Aryan race" yang mengatakan bahawa Bangsa Aryan adalah bangsa yang hebat dari bangsa-bangsa lain di dunia ini. Ketuanan Melayu bukan sekali-kali bermaksud sedemikian.

Ketuanan Melayu yang sebenarnya hendaklah dilihat dari sudut Perlembagaan Persekutuan.Perkara 32 (1) Perlembaaan Persekutuan menyatakan bahawa "Maka hendaklah ada seorang Kepala Utama Negara bagi Persekutuan digelarkan Yang Di Pertuan Agong,yang mengambil keutamaan mengatasi segala orang dalam Persekutuan...."

Perkara 70 (1) Perlembagaan Persekutuan pula menyatakan "Tertakluk kepada keutamaan Yang DiPertuan Agong dan Permaisurinya, Raja dan Yang DiPertua Negeri adalah mengambil keutamaan mengatasi segala orang lain dan seorang Raja atau Yang DiPertua Negeri adalah,dalam negerinya sendiri,mengambil keutamaan mengatasi Raja dan Yang DiPertua Negeri yang lain.

Jadual 3 Bahagian 1 (1) menyatakan "seseorang Raja adalah layak dipilih menjadi Yang DiPertuan Agong...."

Dalam peruntukan-peruntukan Perlembagaan di atas Yang DiPertuan Agong adalah tuan (atau Kepala Utama) yang mengambil keutamaan mengatasi segala orang dalam Persekutuan. Sesungguhnya tuan dan Kepala Utama ini semestinya MELAYU.

Selaku Yang DiPertuan Agong atau Raja yang memerintah (yang semestinya MELAYU) Yang DiPertuan Agong diberikuasa dan peranan dalam Perlembagaan seperti Ketua Agama Islam bagi Persekutuan (Perkara 3(2)), Kuasa Pemerintah Persekutuan (Perkara 39) dan Pemerintah Tertinggi tentera (Perkara 41). Begitu juga peranan peranan lain termasuk menjaga keistimewaan orang Melayu (Perkara 153) bersama Majlis Raja-Raja.Perlembagaan juga memberikuasa mutlak kepada Majlis Raja-Raja untuk mempersetujui atau tidak mempersetujui apa-apa undang-undang yang mengubah sempadan -sempadan sesuatu negeri atau yang menyentuh keistimewaan,kedudukan,kemulian atau kebesaran Raja-Raja (Perkara 38 (6)).Menurut Perlembagaan kedudukan Raja-Raja dan Yang DiPertuan Agong (yang semestinya MELAYU) sebagai kepala utama negeri dan kepala utama Malaysia tidak akan tergugat.

Sesungguhnya itulah sebenarnya yang dimaksudkan dengan istilah "Ketuanan Melayu"yang mana berakar umbi dalam Perlembagaan. Sudah semestinya Ketuanan Melayu ini mempunyai susur galur riwayat sejarah bermula dari Empayar Kesultanan Melayu Melaka hingga ke zaman sekarang.

Salahkah pihak Biro Tatanegara menyampaikan kepada peserta tentang fakta sejarah dan konsep istilah "Ketuanan Melayu" seperti yang diperuntukkan dalam Perlembagaan? Bukankah konsep 1 Malaysia ini juga meminta semua rakyat menerima dengan ikhlas dan menghormati Perlembagaan Negara yang ada sekarang?Sekiranya modul kursus BTN yang ada sekarang menyampaikan konsep kenegaraan dari perspektif Perlembagaan MAKA untuk apa ia perlu dirombak?

Dalam hal ini, tidak perlu semua Menteri nak bercakap macam zaman Pak Lah dulu. Cukuplah Tan Sri Muhydin selaku Timbalan Perdana Menteri dan YB Dato' Ahmad Maslan (yang ditugaskan untuk menyelia BTN) yang bercakap. Nanti salah cakap ,nampak sangat cetek ilmu! Sudahlah cetek ilmu tapi yang sedihnya dengan percuma beri modal kepada pembangkang nak hentam Kerajaan!Kepada Pak Menteri-Pak Menteri yang suka bercakap pastikan baca dulu Perlembagaan atau sertai dulu kursus BTN. Jangan cakap semberono sahaja!

Sunday, December 6, 2009

TAK PERLU PINDA PERLEMBAGAAN NAK KETEPIKAN ORANG MELAYU...

Setelah keluarnya posting sebelum ini yang bertajuk " Penguasaan secara senyap? Teori The Chinese Belt .." ada yang bertanya seraya mengemukakan hujah meragui Pulau Pinang boleh menjadi seperti Singapura. Secara ringkasnya mereka mengatakan seperti berikut:-

Pulau Pinang adalah sebahagian dari Malaysia dan menurut Perkara 153 Perlembagaan Malaysia keistimewaan untuk orang Melayu harus diberikan. Kerajaan Pulau Pinang mesti memberikan keistimewaan kepada orang Melayu yang mana jika tidak, Kerajaan Pulau Pinang melanggar Perlembagaan.

Bagi KERISMUDA ia adalah suatu hujah dan pandangan yang baik.Namun KERISMUDA mempunyai pandangan yang berbeza. Memang betul Perlembagaan menyatakan sedemikian namun mesti ada kemahuan politik dan kuasa (political will and force) untuk menurutinya. Sekiranya kuasa yang memerintah tidak mahu menurutinya keadaan akan berubah walaupun secara prinsipnya akan bertentangan dengan semangat serta apa yang telah termaktub dalam Perlembagaan.

KERISMUDA mahu menyokong hujah melalui rujukan kepada Singapura kerana dalam posting yang lalu KERISMUDA ada menyebutkan " Pertalian antara Singapura dengan Pulau Pinang juga bertambah erat. Baru-baru ini Lee Kuan Yew melawat Pulau Pinang dan Lee Guan Eng juga sering melawat Singapura. Pendekatan yang diambil oleh beliau mirip dengan apa yang berlaku di Republik tersebut..'

Singapura keluar dari Gagasan Malaysia pada 9-8-1965. Melalui Akta No. 9 1965 atau dikenali Akta Kemerdekaan Republik Singapura tercatat seperti berikut:-


REPUBLIC OF SINGAPORE INDEPENDENCE ACT 1965

Continuance in force of provisions of the Constitution of Malaysia and exercise of powers thereunder.

6. —(1) The provisions of the Constitution of Malaysia, other than those set out in subsection (3), shall continue in force in Singapore subject to such modifications, adaptations and qualifications and exceptions as may be necessary to bring them into conformity with the independent status of Singapore upon separation from Malaysia.


(2) The provisions of the Constitution of Malaysia referred to in subsection (1) may in their application to Singapore be amended by the Legislature.

Melalui Akta ini jelas Perlembagaan Singapura adalah pemakaian Perlembagaan Malaysia tertakluk kepada perubahan dan pindaan yang sewajarnya.

Secara faktanya, dalam Perlembagaan Singapura di bawah Perkara 152 ada menyatakan seperti berikut:-


PART XIII
GENERAL PROVISIONS

Minorities and special position of Malays

152. (1) It shall be the responsibility of the Government constantly to care for the interests of the racial and religious minorities in Singapore.

(2) The Government shall exercise its functions in such manner as to recognise the special position of the Malays, who are the indigenous people of Singapore, and accordingly it shall be the responsibility of the Government to protect, safeguard, support, foster and promote their political, educational, religious, economic, social and cultural interests and the Malay language.

Perkara 152 Perlembagaan Republik Singapura ini turut memberi jaminan tentang kedudukan istimewa orang-orang Melayu. Persoalannya, secara realiti adakah orang Melayu Singapura diberikan keistimewaan seperti yang dikecapi oleh orang Melayu Malaysia?

Cuba kita hayati insiden-insiden yang berlaku di Singapura seperti:-

4 orang pelajar perempuan di buang sekolah kerana berkeras hendak memakai tudung ke sekolah. Alasan pembuangan kerana melanggar peraturan uniform sekolah di Singapura. Tiada pertimbangan pihak Kerajaan tenang kepercayaan pelajar ini kepada agama Islam yang mewajibkan wanita menutup aurah.

Corong suara masjid-masjid mesti di halakan ke dalam Masjid dan tidak boleh diletakkan ke arah luar Masjid. Ini dibuat atas alasan untuk menjaga sensitiviti penganut agama lain dan bagi menjaga suasana keharmonian beragama di Singapura. Oleh itu suara azan tidak lagi berkumandang dan tidak lagi jelas kedengaran di luar Masjid.

Pengambilan tanah Istana Kg Gelam milik keturunan Sultan Hussain (keturunan Diraja Johor) oleh Kerajaan Singapura menyebabkan keturunan beliau diusir dari Istana tersebut dan Istana dijadikan Bangunan Warisan untuk tujuan Pelancongan.

Polisi pembinaan dan pembangunan tempat tinggal: Mesti diperuntukkan Cina 75%, Melayu 13%,India 8% dan lain-lain 4% menyebabkan orang Melayu berpecah-pecah walaupun sebelum ini kawasan yang dibangunkan asalnya adalah diduduki secara majoritinya oleh orang Melayu.

Pencapaian pendidikan orang Melayu dan pencapaian ekonomi orang Melayu yang ketinggalan . Orang Melayu kalah bersaing dalam budaya kiasu yang tercipta di Singapura. Semua ini atas alasan meritokrasi yang diamalkan oleh Kerajaan Singapura.

Kesemuanya ini berlaku kerana polisi pentadbiran oleh Kerajaan Singapura yang dikuasai oleh pemimpin bukan Melayu WALAUPUN dalam Perlembagaan Singapura menjamin kedudukan istimewa orang Melayu.

Oleh itu tak perlu pinda Perlembagaan pun jika hendak ketepikan orang Melayu serta kepentingan mereka. Cukuplah dengan kuasa memerintah dan dasar meritokrasi.

Bukankah Lim Guan Eng tak lama dahulu berkata "Tolak DEB dan kami akan gantikan dengan Meritokrasi?Bukankah itu mirip dasar yang dilaksanakan di Singapura?

Kepada kawan-kawan yang bertanya, jawab KERISMUDA :Tak perlu langgar Perlembagaan atau pinda Perlembagaan untuk pinggirkan orang Melayu! Cukuplah jika mereka memegang kuasa!

Friday, December 4, 2009

PENGUASAAN SECARA SENYAP? TEORI THE CHINESE BELT...

Biarlah posting kali ini dimulakan dengan mengimbaskan lipatan sejarah iaitu kemelut semasa Allahyarham Dato’ Onn Jaafar menuntut kemerdekaan. Antara tuntutan atau syarat yang dikenakan oleh pihak Brittish adalah tentang pemberian status kewarnegaraan kepada orang bukan Melayu iaitu orang Cina dan India atas prinsip Jus Soli. Kemelut berlaku kerana menurut hujah Allahyarham Dato’ Onn Jaafar akan menjadikan orang Cina sebagai penduduk majoriti di Tanah Melayu.

Mengikut taburan penduduk pada masa itu menunjukkan bahawa orang Cina banyak tertumpu di Negeri-Negeri Selat ( Pulau Pinang, Melaka dan Singapura) memandangkan negeri-negeri tersebut adalah pusat perdagangan dan juga mereka diterima sebagai rakyat British ( di bawah perlaksanaan undang-undang Brittish Oversea Citizenship) berbanding dengan kaum Cina yang duduk di negeri lain. Selain di Negeri-Negeri Selat , tumpuan pendudukan kaum Cina adalah di bandar-bandar di negeri –negeri pantai barat seperti Ipoh, Kuala Lumpur, Seremban dan Johor Bharu. Allahyarham Dato’ Onn menggelarkan jajaran negeri-negeri tersebut ( Pulau Pinang, Perak, Selangor, Negeri Sembilan, Melaka, Johor dan Singapura sebagai Jajaran Cina atau dalam bahasa Inggerisnya “The Chinese Belt”.

Lebih dari setengah abad kemelut serta kerisauan tersebut berlalu. Tanah Melayu telah menjadi Malaysia. Singapura juga telah keluar dari Gagasan Malaysia. Semasa keluar dari Malaysia, Perdana Menteri Singapura Lee Kuan Yew pemimpin People Action Party (PAP) telah meninggalkan legasinya iaitu Parti DAP.

Keputusan Pilihanraya Umum ke 12 secara tidak langsung menbuka semula lebaran kemelut dan kerisauan yang dihadapi oleh Allahyarham Dato Onn ini. Keputusan Pilihanraya Umum ke 12 melihat kejatuhan negeri-negeri seperti Pulau Pinang, Perak, Selangor , Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur ke tangan pembangkang, Manakala negeri-negeri seperti Negeri Sembilan, Melaka dan Johor, BN tidak memegang kuasa majority 2/3 (atau di gelar sebagai negeri-negeri marginal).


Di negeri-negeri pembangkang ini secara "de facto"nya dikuasai oleh orang Cina dari segi politik dan ekonomi. Dari segi ekonomi pemilikan tanah dan bangunan di bandar di kuasai oleh kaum Cina kerana kekuatan ekonomi mereka. Isu masyarakat Melayu Pulau Pinang di singkirkan dari bandar tidak ada kesudahannya. Sama ada sedar atau tidak, orang Melayu kian di tolak sedikit demi sedikit secara halus ke kawasan-kawasan pinggir bandar. Ini ditambah lagi dengan pembelian tanah di Malaysia oleh orang-orang Cina Singapura.




Dari segi politik pula , Pulau Pinang dan Selangor ( dan dahulunya Perak) secara de factonya dikuasai oleh orang Cina. Pulau Pinang telah menolak semangat DEB, Selangor pula dengan projek Khinzir Raksasa dan isu araknya. Dahulu Perak panas dengan isu tanah Kampung Baru Cina yang diberi milik selama 999 tahun. PAS selaku parti pembangkang Melayu seolah-olah tidak bermaya dalam pakatan pembangkang. Di Perak orang Cina menganggap pengambilalihan kuasa pemerintahan oleh BN adalah penggulingan Kerajaan Cina oleh Kerajaan Melayu. Seperti yang pernah disampaikan oleh En Zahir bin Dato Khalid Exco Kerajaan Negeri Perak, masyarakat Cina sukar untuk menyokong BN kerana anggapan mereka BN telah menggulingkan Kerajaan mereka.

DAP telah mengkaji tentang Perlembagaan negeri Perak dan Selangor dan juga beberapa negeri lain yang memperuntukkan kemestian meletakkan orang Melayu ke jawatan Menteri Besar. Mereka mula membuat rancangan awal untuk mengatasi halangan Perlembagaan ini. Mereka membuka cawangan DAP Melayu dan berkira-kira untuk meletakkan calon Melayu bertanding atas tiket DAP. Nik Aziz , Mursyidul Am PAS telah dengan gembira menyokong dan menggalakkan tindakan DAP ini. Walau dengan nama apa pun pakatan sama ada Alternatif atau Pakatan Rakyat ,DAP lah yang akan banyak menguasai di negeri-negeri secara "de facto".




Selain memenangi beberapa negeri dalam PRU ke12, pembangkang juga berkemungkinan memenangi negeri-negeri marginal Melayu yang lain seperti Negeri Sembilan, Melaka dan Johor.Senario yang paling menakutkan (dooms day scenario) ialah selain kehilangan negeri-negeri marginal di Semenanjung kemungkinan BN juga akan kehilangan Sabah & Sarawak. Ini bermakna, selepas PRU ke -13, Pembangkang akan berkuasa mutlak.

Orang Melayu jelas akan terhimpit kerana Pakatan Rakyat (PR) didominasi oleh bukan Melayu seperti yang berlaku sekarang. PAS tidak boleh diharap untuk membela hak Melayu kerana kedudukan mereka dalam PR lemah.

Satu perkara yang amat perlu disedari bahawa dari kebanyakan negeri yang dikuasai pembangkang, Pulau Pinang merupakan negeri yang paling sukar untuk dirampas kembali. Pentadbiran DAP akan menggunakan apa jua kaedah bagi memastikan penguasaan mereka terus berkekalan.

Pertalian antara Singapura dengan Pulau Pinang juga bertambah erat. Baru-baru ini Lee Kuan Yew melawat Pulau Pinang dan Lee Guan Eng juga sering melawat Singapura. Pendekatan yang diambil olehbeliau mirip dengan apa yang berlakudi Republik tersebut.Hubungan ekonomi dua hala juga bertambah kukuh

Secara tidak langsung, pengaruh Singapura terhadap Pulau Pinang bertambah kuat. Pulau Pinang juga akan lebih yakin dan mempunyai identitinya sendiri. Sekiranya ini berterusan, besar kemungkinan kita akan “kehilangan” Pulau Pinang seperti juga kita kehilangan Singapura dahulu.

Adakah dari perspektif politik The Chinese Belt akan muncul semula?Adakah ini suatu gerakan untuk menguasai Malaysia secara senyap? Adakah orang Melayu sedar akan kemungkinan ini?

Fikir-fikirkanlah!

Wednesday, December 2, 2009

Program di Mantin Dalam,DUN Nilai

Pada 22-11-2009 yang lalu, Pergerakan Pemuda UMNO Cawangan Mantin Dalam telah mengadakan Perasmian Penambahbaikan Gelanggang Sukan di Kg Mantin Dalam, Nilai, Negeri Sembilan.

Ketua Pergerakan Pemuda UMNO Bahagian Sdr Shahrul Ekhsan telah turun padang merasmikan Gelanggang Sepak Takraw Kg Mantin Dalam yang telah dibaikpulih bagi membolehkan para belia beriadah dengan sukan sepak takraw. Dengan pembaikpulihan ini para belia boleh dengan selesa untuk beriadah kerana sebelum ini keadaan gelanggang yang sedia ada dalam keadaan menyedihkan. Gelanggang yang telah dibaikpulih ini turut dilengkapi dengan lampu dan ini membolehkan belia beriadah di waktu malam memandang waktu siang masing-masing mungkin sibuk bekerja.

Sdr Mohd Razif Razaly, Ketua Pergerakan UMNO Cawangan Mantin Dalam merakamkan ucapan terima kasih kepada Menteri Besar Negeri Sembilan yang telah menyalurkan peruntukan pembaikpulihan tersebut juga kepada Sdr Sharul Ekhsan yang telah banyak membantu dalam mendapatkan peruntukan tersebut.

Sebagai pengisian majlis perasmian ini, Sdr Shahrul Ekhsan dan Sdr Rizal (Ketua Cawangan / Ketua JKKK Kg Mantin Dalam ) secara simbolik merasmikan gelanggang tersebut dengan menanam pokok di persekitaran gelanggang.




Friday, November 27, 2009

SALAM AIDIL ADHA

KERISMUDA dan bagi pihak Jawatnkuasa Pergerakan Pemuda UMNO Bahagian Seremban mengucapkan salam Aidil Adha kepada semua pengunjung blog ini. Semoga erti pengorbanan yang dibawa oleh Aidil Adha dapat difahami dan dihayati oleh kita semua.

SELAMATKAN KELUARGA AMBO!



Sekiranya anda masuk ke Kelantan dari Jalan Gerik, mungkin anda akan nampak papan Bilboard yang mempunyai gambar Mursyidul Am PAS Nik Aziz di atasnya bersama dengan ayat terjemahan Al Quran " Wahai orang-orang yang beriman ,selamatkan ahli keluarga kamu dari kejahatan api neraka" Terpampang besar. Tak lama selepas itu,terpampang gambarnya lagi dalam papan Bilboard lain dengan slogan "Kelantan ke arah masyarakat Al Quran"

Kita mungkin sudah sudah sebati dengan slogan "Kepimpinan mealui teladan" Beberapa perkara mengenai Nik Aziz baru-baru ini amat memusykilkan sama ada Nik Aziz seorang pemimpin yang berupaya menunjukkan teladan yang baik. Nik Aziz adalah individunya yang kuat membantah kepada pelan perpaduan UMNO-PAS. Nik Aziz inilah juga yang mengamalkan kronisma dalam kepimpinannya. Nik Aziz inilah juga yang berniat nak tunaikan haji dengan sponsor dari orang lain. Dalam erti kata lain "pemimpin kaki sponsor"!

Sekarang ini penyokong PAS fanatik sepatutnya harus sedar yang Mursyidul Am mereka(dalam bahasa Inggeris dipanggil "Spiritual Leader") ini bukanlah maksum. Kelakar jugak bila dia kata lantikan menantunya sebagai CEO Perbadanan Menteri Besar adalah berdasarkan merit. Betul ke? Tak pernah pun keluar iklan untuk temuduga bagi jawatan CEO sebelum anak menantunya dilantik ke jawatan tersebut. Ya lah siapa lak nak bising masa tu sebab Abdul Ariffahmi itu menantu MB! selain dari Blogger Kickdefella yang ditendang keluar dari Perbadanan Menteri Besar oleh anak menantu beliau,tak de orang lain pun yang bising. Kalau dipilih berdasarkan merit kenapa pulak tiba-tiba arahkan anak menantu itu letak jawatan bila meletup hal nak ke Mekah atas sponsor? Mesti ada perasaan bersalah (guilty conscious) dalam jiwa Muryidul Am ini. Dalam Labour practice dulu-dulu "he who hires does the firing". Ini lah apa yang dilakukan oleh Nik Aziz. Dia lantik dia sendiri pecat. Bila pulak Abdul Ariffahmi ada merit! Sebab dia menantu Mursyidul Am dia dapat jawatan itu.

Rupa-rupanya dia nak selamatkan ahli keluarganya sahaja. dia lupa penghujung ayat ...dari kejahatan api neraka..!

Jom baca sejarah Eropah!Bagaimana berlakunya perpecahan menjadi Katolik dan Protestan. Ahli agama dan padri-padri Katolik menjadi terlalu berkuasa sehingga berlakunya kronisma, salahguna kuasa dan mengumpul kekayaan. Semuanya atas nama agama!

Nik Aziz dah ke arah itu. Jadi apa jadi dengan slogan ke arah Masyarakat Al Quran yang dilaungkan?


Wednesday, November 18, 2009

KONVOI 61 DUN AMPANGAN

Pada 7-11-2009 yang lalu, suatu aktiviti konvoi bermotor Belia DUN Ampangan telah dilaksanakan. Aktiviti konvoi bermotor yang julung-julung kali di adakan khas untuk para belia dianjurkan secara bersama oleh Sekretariat Bersama DUN Ampangan yang didokong oleh Sekretariat Belia DUN Ampangan, Jawatankuasa (Penaja) MAYC Kawasan Seremban,Pergerakan Pemuda UMNO DUN Ampangan,Pergerakan Puteri DUN Ampangan dengan kerjasama dari Jabatan Belia & Sukan Negeri, Jabatan Keselamatan Jalan Raya(JKJR) dan Polis DiRaja Malaysia (PDRM).



Laporan dalam Sinar Harian mengenai aktiviti konvoi Belia DUN Ampangan

Konvoi yang melibatkan 61 orang belia dan 61 buah motor berkuasa dibawah 135cc telah dilepaskan oleh Puan Wan Salwati Hj Abdullah, pegawai khas kepada Menteri Belia dan Sukan merangkap Ketua Puteri UMNO Bahagian Seremban dari Pusat Khidmat BN DUN Ampangan dan bergerak melalui Rembau,Tampin, Alor Gajah, Ayer Keroh dan Bandar Hilir di Melaka. Terdapat 4 check point di tetapkan dalam konvoi ini iaitu di Dataran Rembau, Kawasan Rehat Tampin, Dataran Alor Gajah dan Kompleks Belia dan Sukan (KOMBES), Ayer Keroh Melaka. Di setiap check point, peserta konvoi diberikan tugasan yang berlatar belakangkan pengetahuan kenegaraan dan di check point akhir (di KOMBES Ayer Keroh) semua peserta telah bersama-sama menyiapkan logo 1 Malaysia.

Sebelum majlis penutupan yang di rasmikan oleh Sdr Abdul Halim selaku Pengerusi Program, semua peserta telah di bawa duduk di bilik kuliah mendengar ceramah bertajuk "Belia dan Negara" yang disampaikan oleh Tuan Mohd Faizal bin Abas, penceramah dari Biro Tatanegara, Negeri Sembilan.

Menurut Sdr Mohd Zairi Abdul Razak, Ahli Jawatankuasa Pemuda UMNO Bahagian Seremban merangkap Sekretariat Belia bagi DUN Ampangan yang dilantik oleh Kerajaan Negeri , program seumpama ini adalah sesuai dengan citarasa anak muda sekarang ini yang amat suka dengan aktiviti bermotor. Buktinya banyak permohonan untuk menyertai aktiviti ini sehingga ke saat akhir walaupun pada rancangan mulanya aktiviti ini hanya melibatkan 40 buah motorsikal sahaja.Melalui aktiviti seumpama ini para belia dapat di bawa ke arah yang sihat dan kepada penambahan pengetahuan tentang negara serta penghayatan tentang konsep 1 Malaysia yang diperkenalkan oleh PerdanaMenteri .

Puan Wan Salwati memberi ucapan perasmian aktiviti di Pusat Khidmat BN DUN Ampangan


Peserta konvoi memberi tepukan gemuruh pada acara perasmian

Peserta mendengar taklimat keselamatan dari ASP Abdul Halim Hamzah dari Ibu Pejabat Kontinjen Trafik PDRM ,NSDK

Antara anggota Trafik PDRM yang mengiringi konvoi

Di Check Point Kawasan Rehat Tampin

Taklimat semasa oleh Korporal Rahman PDRM di Dataran Alor Gajah,Melaka

Peserta menyempurnakan tugas "1 Malaysia" di KOMBES Ayer Keroh,Melaka

Abdul Halim Lokman selaku Pengerusi Program dalam ucapan perasmian penutupan. Kelihatan ASP Abdul Halim dan Sdr Rosdi Mohd Nor wakil dari Jabatan Belia & Sukan NSDK

Bergambar kenangan beramai-ramai di KOMBES Ayer Keroh,Melaka

Bergerak pulang melalui Bandar Hilir,Melaka diiringi oleh PDRM

Konvoi ini kemudiannya bergerak pulang ke Ampangan melalui Bandar Hilir dan Masjid Tanah. Peserta konvoi sampai semula dengan selamat di Ampangan pada jam 6.00 petang. Pihak penganjur merakamkan setinggi penghargaan dan terima kasih kepada Puan Wan Salwati , En Baharuddin bin Jali, ASP Abdul Halim bin Hamzah, warga kerja Jabatan Belia dan Sukan Negeri, anggota PDRM yang terlibat dalam menjayakan konvoi ini. Juga kepada Jabatan Keselamatan Jalan Raya atas sumbangan topi keledar dan vest keselamatan dan kepada semua barisan urusetia yang telah bertungkus lumus dalam menjayakan aktiviti ini.

P/S. Angka 61 dimaklumkan mempunyai makna tersendiri. 61 peserta konvoi,61 motorsikal,Negeri Sembilan menjadi juara Piala Malaysia setelah 61 menanti dan YTM Tuanku Mukhriz di tabalkan menjadi Yam Tuan Besar pada umur 61 tahun-KERISMUDA.

Monday, November 16, 2009

Pemuda turun di DUN Nilai ziarah mangsa kemalangan



Sewaktu orang sedang bergembira dalam menyambut kedatangan 1 Syawal, satu tragedi telah berlaku di jalan Mantin-Seremban berdekatan Sekolah Kebangsaan Mantin di mana suatu kemalangan maut yang melibatkan sebuah kereta dan 6 buah motorsikal telah berlaku. Sekumpulan anak muda yang sedang bermotor untuk menziarahi rumah sahabat handai di Hari Raya Aidilfitri telah dirempuh oleh sebuah kereta Proton Wira yang datangnya dari arah Seremban yang mana telah menyebabkan kematian Allahyarham Adik Muhd Syafiq bin Hamzah dan telah mencederakan 3 orang sahabatnya iaitu Adik Mohd Nizwan Abdullah, Adik Mohd Azizi bin Omar dan Adik Mohd Azizul bin Omar. Adik Mohd Nizwan dan Mohd Azizi mengalami patah kaki manakala Adik Mohd Azizul terpaksa dipotong kaki akibat hancur teruk disebabkan kemalangan tersebut.

Pergerakan Pemuda UMNO Bahagian Seremban yang diketuai oleh Sdr Shahrul Ekhsan Hj Osman telah mengambil iniatif bersama Pergerakan Pemuda UMNO Cawangan Mantin yang diketuai oleh Sdr Mohd Razif Razaly turun padang melawat mangsa kemalangan dan turut memberikan sumbangan ikhlas kepada mangsa. Rombongan pemuda ini turut menziarahi keluarga Allahyarham Adik Muhd Shafiq dan telah turut mengadakan tahlil buat Allahyarham Adik Muhd Shafiq.

Sdr Shahrul turut menyatakan rasa simpati beliau tentang apa yang berlaku. Beliau mendoakan agar roh Allahyarham Muhd Shafiq dicucuri rahmat oleh Allah SWT.Beliau turut mendoakan agar Adik Mohd Azizi, Adik Mohd Azizul dan Mohd Nizwan agar cepat sembuh dari kecederaan yang menimpa mereka.



Sdr Shahrul Ekhsan menyampaikan sumbangan Pergerakan Pemuda UMNO Bahagian Seremban kepada Adik Mohd Azizi Omar,salah seorang mangsa kemalangan .

Rombongan Pergerakan Pemuda UMNO Bahagan dan dari cawangan Mantin Dalam berbual dengan Adik Azizi tenang kecederaan yang di alaminya



Sdr Mohd Razif Razaly ,Ketua Pemuda Cawangan Mantin Dalam menyampaikan sumbangan kepada Adik Mohd Nizwan bin Ismail ,salah seorang mangsa kemalangan.


Bergambar kenangan bersama keluarga Adik Mohd Nizwan bin Ismail

Ahli-ahli rombongan Pergerakan Pemuda UMNO Bahagian Seremban dan Pergerakan Pemuda Cawangan Mantin bergambar kenangan sebelum memulakan ziarah

Sunday, November 8, 2009

Tahniah Negeri Sembilan

Pasukan bolasepak Negeri Sembilan telah memenangi Piala Malaysia setelah menumpaskan pasukan Kelantan dengan jaringan 3 berbalas 1. Tahniah diucapkan dan ini adalah satu hadiah bermakna buat Yang Dipertuan Besar Negri Sembilan yang baru Tuanku Muhriz.

Tuesday, September 29, 2009

ANALISA SWOT BAGI BN DI DUN BAGAN PINANG?








Adakah pembaca semua bersetuju terhadap Analisa SWOT ini ?

Thursday, September 24, 2009

KES TUN DR MAHATHIR TAK SAMA DENGAN KES TAN SRI ISA ,BANG FAIZAL OOI....




Shahrul Ekhsan Hj Osman said...

Betullah tu kata siti zubaidah dan frodo...tak perlulah kita samakan TUN dgn Tan Sri tapi apapun siapa yang yang menjadi calun akan kami bekerja 120% malahan telah pun bermula dari bulan puasa lagi bagi memastikan kemenangan UMNO secemerlang mungkin. Kita sudah tiada masa bagi menuding jari sesama sendiri serta memberi ruang serta "peluru" kepada pembangkang yang tiada isu tempatan selain dari memecahbelahkan perpaduan orang Melayu dan mengelirukan pengundi dengan fitnah2 yang tak perlu kita perkuatkan hujah serta tuduhan2 yang kebanyakannya langsung tiada asas semata2 penuh dengan sikap benci dan dendam yang membuak didada peminpin2 yang memang kerjayanya asyik menabur fitnah serta mengadu domba semata.

Kepada generasi muda ayuh kita sama2 buktikan bahawa kita ada agenda yang lebih besar bagi pembangunan bangsa dan negara dari bercakaran sesama sendiri. Secara peribadi, saya kurang bersetuju juga dengan pandangan beliau ttg TUN dan langsung tidak menyokong kenyataan sedemikian rupa tp masa yang sama menghormati pandangan peribadi beliau sbg ketua pemuda cuma tidak manislah kita berpandangan sedemikian dikala kita semua tgh bersungguh2 bekerja bagi memastikan kemenangan yang lebih besar dari pilihanraya 2008. Cahaya kemenangan besar telah nampak bersinar diakar umbi Bagan Pinang cuma jgnlah kita pula membantutkan usaha semua warga UMNO selama ini. Kalau Tan Sri Isa kita terima sepenuh hati dan begitu juga jika sesiapa calon yang akan diendorse oleh YAB PM dan YAB TPM kerana memiliki akses yang tidak terhad bagi menilai calon yang sesuai utk diletakkan di sana kelak.

Di petik dari http://paneh.blogspot.com

Debaran menanti 29-09-2009



BN to name Bagan Pinang candidate on

Sept 29

MUAR: Barisan Nasional will announce on Sept 29 the name of its candidate for the Bagan Pinang by-election, Deputy Prime Minister Tan Sri Muhyiddin Yassin said.

He said he had met with the Negri Sembilan Umno liaison chief and division heads last week to discuss the political strategies to be adopted.

“I have listened to the views from all parties in Negri Sembilan as we want a capable and hardworking candidate to contest in Bagan Pinang,” he said at his Hari Raya open house at the Sri Perkembar Complex on Monday.

Like all political parties, Muhyiddin said Barisan had its weaknesses. However, he did not want them to be discussed in the open as they could paint a negative picture.

He said all disputing parties should close ranks as soon as possible for the sake of the component parties and the nation.

On his Hari Raya open house, Muhyiddin said it was the first time he held it at the Pagoh Umno division complex and not at his house along Jalan Timbalan.

He said he was very happy with the crowd, adding that such a gathering of different races was a concept unique to Malaysia.

refer: http://thestar.com.my/news/story.

Merujuk kepada petikan dari thestar.com.my keputusan Majlis Tertinggi dan MT BN tentang siapa yang akan diletakkan sebagai calon adalah akan diumumkan pada 29-09-2009.

Ketua Pemuda UMNO Bahagian Telok Kemang, Sdr Faizal menyatakan biar apapun komen yang cuba menghalang Tan Sri Mohd Isa dari dinamakan sebagai calon namun ia adalah kehendak perwakilan dan percaya bahawa Tan Sri Mohd Isa dapat menyatukan masyarakat di Port Dickson

Pemimpin dan perwakilan Telok Kemang mahukan Tan Sri Mohd Isa sebagai nama tunggal untuk diletakkan sebagai calon. Bagaimana pula pertimbangan dan pencaturan pihak Majlis Tertinggi?

Tunggu........ 29-09-09, persoalan ini akan terjawab

Wednesday, September 23, 2009

Mengapa Tan Sri Isa tidak boleh jadi calon?


EDISI PILIHANRAYA KECIL BAGAN PINANG N31



Hari penamaan calon bagi PRK Bagan Pinang telah ditetapkan pada 3-10-2009. Setakat ini persoalan yang bermain-main di minda warga BN Bagan Pinang siapakah calon BN yang akan diletakkan untuk bertanding di Bagan Pinang.

Barisan kepimpinan UMNO Telok Kemang telah mengambil resolusi untuk menghantar satu nama sahaja iaitu nama Tan Sri Mohd Isa Hj Abd Samad . Tan Sri Muhyiddin pula kata beri 2 atau 3 nama lain untuk dipertimbangkan. Semalam Tun Dr Mahathir dilaporkan berkata" Jangan letakkan Tan Sri Isa kerana dia telah didapati bersalah oleh UMNO dalam kes politik wang. Meletakkan beliau menunjukkan UMNO tidak serius dalam membanteras politik wang".

Sebenarnya banyak spekulasi yang ada dalam isu pemilihan calon ini.Ada yang mengatakan wujud pihak dalam UMNO sendiri yang tidak mahu melihat Tan Sri Mohd Isa mempunyai platform untuk naik semula dalam politik.Ada yang mengatakan TanSri Mohd Isa tidak mempunyai profil calon yang bersih. Kata mereka apa yang berlaku di Permatang Pasir harus dijadikan teladan.


KERISMUDA berpandangan antara pemimpin di Telok Kemang yang paling banyak mengetahui masalah dan keadaan masyarakat adalah TanSri Mohd Isa sendiri. Selama 20 tahun beliau menjadi Menteri Besar NSDK kawasan Telok Kemang adalah cukup terjaga.

Benar, beliau pernah di dapati bersalah oleh Lembaga Disiplin UMNO. Namun beliau menerimanya sebagai "gentleman" dan menjalani hukuman beliau. Semasa menjalani hukuman beliau tidak pernah putus asa atau berhenti dari membantu UMNO/BN dalam kempen Pilihanraya. Beliau tidak pernah terjun dari kapal UMNO macam Pak Brahim Ali. Beliau beristiqamah dan redha apa yang berlaku.Atas ketabahan beliau tersebut , hukuman penggantungan keahlian ditarik balik dan kini beliau adalah ahli dan pemimpin UMNO yang mempunyai hak untuk dicalonkan sebagai wakil rakyat selaras dengan Perlembagaan UMNO sendiri.

Apa yang berlaku pada diri Tan Sri tidak ada kena mengena dan tidak akan memberi kesan kepada hal ehwal masyarakat di Bagan Pinang pun sekiranya beliau terpilih selaku calon wakil rakyat. Malah dengan pengalaman beliau yang luas, beliau dijangka berupaya untuk membantu rakyat di Bagan Pinang.

KERISMUDA faham. Keputusan siapa calon yang akan bertanding terletak di tangan Majlis Tertinggi. Sekiranya Tan Sri Mohd Isa tidak terpilih sekalipun KERISMUDA percaya beliau tidak akan kecewa atau putus asa macam pemimpin-pemimpin UMNO yang lain. (tengok je le contoh di Bahagian Seremban masa PRU-12 yang lalu).Tetapi jangan kita bawa persoalan dan persepsi tentang beliau didapati bersalah sebagai alasan untuk mengatakan beliau tidak layak untuk menjadi calon. Itu tidak adil bagi Tan Sri Mohd Isa. Semua itu adalah proses disiplin parti bukannya undang-undang dan beliau telahpun secara akur menjalani proses tindakan disiplin tersebut. UMNO dewasa ini kelihatan seolah-olah terlalu takut terhadap apa yang kononnya persepsi masyarakat sedangkan persepsi yang dikatakan itu kadang-kadang langsung tidak wujud pun. KERISMUDA berharap agar Majlis Tertinggi membuat keputusan yang sewajarnya dalam perkara ini.

Apapun,Pergerakan Pemuda UMNO Bahagian Seremban akan turun membantu rakan-rakan di sana waimma siapapun diletakkan sebagai calon wakil rakyat BN kelak!

Monday, September 21, 2009

CAN THE MIC MEET ITS KPI REQUIREMENT IN BAGAN PINANG?


EDISI PILIHANRAYA KECIL BAGAN PINANG N31




Much has been said about Key Performance Index (KPI) nowadays. When Datuk Sri Najib took the baton of running this country from Pak Lah, among the elements of transformation that he introduced is that the government sectors’ efficiency under his rule shall and must be measured by KPI standard.

Datuk Sri Najib is very serious in carrying this KPI idea. He even persisted that every sectors should have their own KPI and must be seen to perform according to their KPI standard. According to him, only this way people may gauge the effectiveness and the efficiency of an organization irrespective whether it is governmental or non governmental body.

Recently, Datuk Sri Najib in his officiating speech during the MIC General Assembly spoke about KPI in a political organization. He threw an open challenge to the MIC leaders and delegates that MIC should have its own KPI and he clearly stated that MIC’s KPI is to win back the support of the Indian community to the MIC and in general to the BN.

“To meet this challenge is not as easy as it may sound” said a political observer. .A lot of Indian people expected change in the MIC but the recent party’s election result put these expectations into the drain”, he commented referring to the latest political development in the MIC.

Making it more challenging to the MIC, the Deputy Prime Minister, Tan Sri Muhydin Yassin puts the MIC to task by saying MIC must deliver the Indian votes for the BN candidate in the coming Bye- Election in N31 Bagan Pinang constituency.

A question pops up, CAN MIC MEET ITS’ KPI REQUIREMENT IN N31 BAGAN PINANG BYE-ELECTION ?

Demographically speaking, N31 BAGAN PINANG constituency has 8 polling centres namely Atherton estate(132/31/01), Pekan Siliau (132/31/02), Bradwall estate (132/31/03),Sua Betong (132/31/ 04 ), Taman Eastern (132/31/05), Kg Bagan Pinang(132/31/06), Si Rusa (132/32/07) and Telok Kemang (132/31/08).

Indian voters are the second largest segment of the registered voters of Bagan Pinang constituency. They made up the 20% of the registered voters of Bagan Pinang. In fact they are the majority voters in 4 out of 8 polling centres in Bagan Pinang namely Atherton estate, Pekan Siliau, Bradwall and Sua Betong. In 2004 General Election (GE) BN had a clean sweep at all 4 Polling Centres but in 2008 GE, BN lost at 3 out of 4 of the above said Polling Centres. This is an indication that voting for the opposition is not something out of the ordinary for the Indian voters.

In the coming Bye Election of Bagan Pinang constituency, it is going to be the UMNO versus PAS fight. Split in Malay votes would be inevitable. In such event , Indian and Chinese votes shall come as a great help to both opposing parties. If the Indian voters' votes go to the BN, BN may retain Bagan Pinang seat with a higher majority but if they vote for the opposition, the opposition may have the chance in wining Bagan Pinang seat or if at all the opposition lose, the opposition will lose by a smaller margin. In other words, the swing of non Malay votes would give a tight slapping on BN’s reputation. As a component member of the BN, apparently the MIC is under the duty to ensure that the Indian votes go to the BN.

MIC should approach the Indian voters in Bagan Pinang by using a whole new approach. DAP and PKR are instilling hatred among the Indian voters against UMNO through the “stepping the cow’s head” campaign issue. Can the MIC counter and rationalize such issue effectively?

No doubt it is an uphill task for the MIC. Admittedly, the MIC would encounter difficulties in meeting its KPI requirement in Bagan Pinang. However, looking on the bright side, it is not "Mission Impossible". If they work hard they will succeed. The MIC cannot afford to work only within the shadow of UMNO anymore. They must step forward and work hand in hand with UMNO to ensure success in Bagan Pinang.

Saturday, September 19, 2009

SALAM AIDILFITRI,MAAF ZAHIR BATIN


Assalamualaikum wbt dan salam perjuangan kepada semua….

Kehadapan sahabat-sahabat dan rakan-rakan, semoga sihat dan bahagia hendaknya disamping keluarga dan saya doakan agar sentiasa dalam rahmat Allah SWT.

Ramadhan kali ini kian sampai ke penghujung. Hampir sebulan kita telah menunaikan ibadat puasa seperti yang diperintahkan oleh Allah SWT dan saya mendoakan Ramadhan kali ini membawa seribu keberkatan kepada kita semua..Di penghujung Ramadhan yang mulia ini marilah kita sama-sama berdoa agar kita diberikan kekuatan dan semangat untuk meneruskan beban dan tanggungjawab perjuangan kita semua sebagai pemuda.

Mungkin apabila diimbas masih banyak kelemahan yang perlu diperbaiki. Masih banyak perkara yang perlu dilaksanakan. Saya insaf bahawa menatang cabaran kepimpinan muda bukanlah perkara yang mudah. Sebagai insan biasa saya beriltizam dan akan berusaha melakukan yang terbaik.

Mungkin atas kekurangan ini,ada yang merungut dan tidak kurang juga yang mengutuk serta mencerca. Namun saya terima semua ini sebagai asam garam dalam memikul tanggungjawab sebuah kepimpinan.

Dalam kesempatan Aidil Fitri yang kian menjelang ini saya dan keluarga ingin menyusun sepuluh jari memohon kemaafan zahir dan batin dari semua sekiranya ada terkasar bahasa dan tersilap perlakuan yang mungkin menyingung serta mengguris hati semua. Saya turut ingin mengucapkan Salam Aidilfitri buat semua dan semoga sahabat dan rakan semua berbahagia disamping keluarga dan diberkati oleh Allah SWT sentiasa.

AllahuAkbar, AllahhuAkbar, AllahuAkbar wa Lillahilham.

Akhir kalam Salam Perjuangan, Salam 1 Malaysia dan Salam Aidilfitri buat semua…..di mana sahaja anda berada.

MENJELANG HARI RAYA DAN PILIHANRAYA

2 hari lagi umat Islam di seluruh Malaysia akan menyambut kedatangan 1 Syawal tanda Hari Raya Aidilfitri. Sudah tentu persiapan bagi menyambut kedatangan Hari Raya ini kini sedang giat dijalankan. Lihat sahajalah Bazaar Ramadhan di Ampangan sesak dengan orang ramai yang cuba mendapatkan harga lelong di saat-saat akhir. Bagi warga UMNO dan warga BN di Bagan Pinang, persiapan untuk 2 raya perlu dilaksanakan. Hari Raya dan Pilihanraya.

Sudah tentu sahabat-sahabat dari DUN lain atau Bahagian lain atau dari Negeri lain akan datang membantu bila tiba masanya . 3 Oktober telah ditetapkan sebagai Hari Penamaan Calon dan 11 Oktober sebagai Hari Pembuangan Undi. Dah tak lama lagi tu! Walaupun dengan kedatangan sahabat-sahabat, KERISMUDA percaya warga UMNO Bagan Pinang sudah mula membuat persiapan awal bagi menghadapai 2 raya sekaligus ini.

Dari segi pemilihan calon, YAB Dato Seri Mohamad Hj Hasan selaku Ketua Badan Perhubungan Negeri telah memberikan kepercayaaan penuh kepada kepimpinan UMNO Bahagian Teluk Kemang bagi mencadangkan calon yang difikirkan layak untuk bertanding di PRK DUN Bagan Pinang. KERISMUDA menyokong penuh tindakan dari Ketua Badan Perhubungan Negeri sekaligus menutup mulut-mulut skeptic dalam UMNO sendiri yang akan mencanangkan perkara yang bukan-bukan seperti campurtangan dari MB dan sebagainya dalam hal perletakan calon untuk bertanding.KERISMUDA yakin dan percaya perkara ini akan diselesaikan selepas Hari Raya ini oleh Majlis Tertinggi atas cadangan terus dari Bahagian Teluk Kemang sendiri. Andaikata yang diputuskan tidak seperti yang diharapkan janganlah sesiapa berputus asa atau rasa kecewa.Jangan jadi seperti di Parlimen Seremban tahun 2008 lalu sehingga ada orang UMNO sanggup sabotaj calon sendiri kerana rasa kecewa dan putus asa dengan calon yang diputuskan oleh Majlis Tertinggi.

Dalam debaran menanti penamaan calon serta tungkus lumus persiapan menghadapi 2 raya ni, orang DAP lain pulak ceritanya. DAP tidak bertanding di DUN Bagai Pinang jadi diaorang tidak boleh kempen,tidak boleh letak poster atau naik bendera roket pun. Tapi apa yang mereka buat,mereka bergerak di Peti Undi Ladang Bradwall,Astherton, Sua Betong mengedarkan CD pijak kepala lembu kepada penduduk –penduduk India di kawasan-kawasan tersebut. Mengikut gayanya mereka berkempen dengan cara menyemai kebencian dan kemarahan. Mereka nak orang India atau pengundi India marah kepada orang Melayu lantas tidak mengundi calon BN kelak.Mereka kata yang pihak kepala lembu tu UMNO walhal secara hakkatnya isu tersebut langsung tidak kena mengena dengan UMNO pun!

Bahaya cara kempen DAP ini! Apa yang mereka nak adalah undi kaum India seramai 20% dari pengundi berdaftar.Mereka tahu di DUN Bagan Pinang Melayu versus Melayu, oleh itu undi Melayu terbelah dua. Bila Melayu terpecah dua , undi kaum India akan jadi salah satu faktor penentu. Ini ditambah lagi dengan undi kaum Cina yang kalau dilihat dalam PRK-PRK yang lalu terlalu liat untuk diberikan kepada BN! Ini strategi mereka tapi yang menyedihkan mereka sanggup meniupkan api perkauman dan api keagamaan demi mencapai matlamat mereka. Bagi mereka matlamat menghalalkan cara atau end justifies the means (Teori Machivellean ) Ini juga cara Brader Anwar Bin Ibrahim. Adakah Pak Nik Aziz dan Pak Hadi akan menurut rentak ini?


Mengundi dalam Pilihanraya adalah untuk memilih wakil yang akan membantu membangunkan kawasan kita bukan tempat untuk melepaskan kemarahan dan kebencian. Tetapi ini yang cuba dibuat oleh DAP dan mereka tidak kisah sama ada wakil itu kelak berupaya untuk membela untung nasib rakyat atau tidak,janji matlamat mereka tercapai.Apabila ini tercapai mereka kata “Inilah demokrasi,inilah pilihan rakyat” Adakah benar? Adakah benar rakyat mahu sentiasa dibelenggu dengan rasa marah,sangsi dan benci kepada satu sama lain?

Pada 11 Oktober kelak,warga Bagan Pinang akan buat keputusan. Buatlah dengan bijak!

Sunday, September 13, 2009

MAJLIS BERBUKA PUASA PEMUDA UMNO BAHAGIAN SEREMBAN




GAMBAR MAJLIS BERBUKA PUASA PEMUDA UMNO BAHAGIAN SEREMBAN BERTEMPAT DI COFFEE HOUSE, HOTEL ROYALE BINTANG SEREMBAN NSDK
PADA 12-09-2009

KEPERIHATINAN PUTERI & PEMUDA SEREMBAN DAPAT PERHATIAN.....

Hari Jumaat masuk paper, hari Sabtu pun masuk paper. Semuanya melaporkan tentang program Jom Sahur Pergerakan Puteri UMNO dan Pergerakan Pemuda UMNO Seremban. Rupa-rupanya keperihatinan Puteri dan Pemuda UMNO Bahagian Seremban ini mendapat perhatian dari pihak media. Bukan nak mendabik dada dan bukan nak glamour tetapi objektif program ini adalah untuk mengetahui untung nasib serta kesusahan bangsa kita sendiri ..setelah 52 tahun merdeka. Lihat sahaja lah laporan akhbar kat bawah ni. Bolehkah tuan-tuan semua percaya anak-anak Melayu masih tidur dalam bangsal ayam akibat kemiskinan? Sanggupkah tuan-tuan buat tak tahu apabila ada anak-anak Melayu menderita akibat kemiskinan? Adakah tuan-tuan sekadar menjawab ..Ahh, itu tugas Kerajaan, itu tugas wakil rakyat?Sanggupkah kita pejam mata sambil mengatakan itu bukan hal aku?

Itulah persoalan-persoalan yang timbul di benak KERISMUDA sehingga secara tidak sedar air mata menitis melihat kedaifan bangsa sendiri. KERISMUDA percaya perasaan sebak itu juga dikongsi bersama oleh semua sukarelawan yang bersama pada malam itu dalam program Jom Sahur yang turut menyaksikan kedaifan saudara kita bangsa Melayu. KERISMUDA juga mendapati dilemma ini bukan baru tetapi sejak Dato Ishak menjadi wakil rakyat lagi namun tiada tindakan diambil.Cuma apabila ADUN bertukar, barulah dapat Mak Cik Kamsiah Abdul Rahman ( 71 tahun) ini bantuan JKM sebanyak RM 400 sebulan dan permohonan rumah PPRT diluluskan.Ini bukan KERISMUDA yang cakap tapi keluar dari mulut Makcik Kamsiah sendiri......

Mak Cik Kamsiah amat terharu dengan kedatangan rombongan Jom Sahur Puteri dan Pemuda dan merasa bangga dengan kehadiran pemimpin-pemimpin muda yang perihatin tentang penderitaan yang dihadapinya.

Memandang cerita Mak Cik Kamsiah ini barulah KERISMUDA insaf sebelum ini kepimpinan utama UMNO Bahagian Seremban telah gagal untuk memerhati serta memantau masalah-masalah bangsa sendiri terutama di Bahagian Seremban.Adakah nasib bangsa Melayu terbela dengan hanya program pertandingan bola sepak,takraw,Sikamat Run dan Pantai Walk atau Pertandingan Nyanyian Lagu Asli?Adakah nasib bangsa Melayu terbela apabila kepimpinan utama UMNO Bahagian gemar dan suka mengongkong apabila pergerakan sayap muda ingin berbakti kepada bangsanya sendiri. Sebelum ini semua program perlu dapat persetujuannya,tak kira program pemuda ke,puteri ke atau wanita. Tetapi apabila sayap Pergerakan muda yang dipimpin oleh Sdr Shahrul Ehsan dan Pn Wan Salwati mengorak perubahan barulah program seumpama ini dapat dilaksanakan dan barulah masalah-masalah bangsa Melayu yang selama ini dibuat tidak tahu oleh kepimpinan UMNO Bahagian terungkai!

KERISMUDA ucapkan syabas dan tahniah kepada pemimpin pergerakan muda UMNO Bahagian Seremban yang berani membuat perubahan demi untung nasib bangsa sendiri. Mungkin dengan paparan dalam akhbar ini dapat menjawab soalan seorang pencacai bangang berjawatan ketua cawangan dan AJK UMNO Bahagian yang suka merokok menggunakan filter.Pencacai bangang ini sudahlah tidak berilmu tetapi merasakan dirinya bijak. Dia boleh bertanya APA YANG PUTERI DAN PEMUDA SEREMBAN BUAT.?

Perlukah soalan ini dijawab apabila semua bukti sudah ada di depan mata ?


Wednesday, September 9, 2009

WAJAR KE BAYAR MEREKA RM800...?

Baru-baru ini kedengaran Pihak Berwajib Indonesia mendesak agar suatu gaji minimum ditetapkan bagi pembantu rumah Indonesia yang bekerja di Malaysia. Mereka mahukan sebanyak RM 800 ditetapkan sebagai gaji minimum yang perlu dibayar oleh majikan kepada rakyat mereka yang bekerja sebagai pembantu rumah. Persoalannya adakah desakan ini wajar atau sebaliknya?

Mereka menggunakan kos kehidupan sebagai alasan desakan mereka. Mereka juga memainkan sentimen mengatakan rakyat Maaysia tidak sensitif dan hanya memandang pembantu rumah ini sebagai hamba atau abdi yang boleh kepada penderaan dan pencabulan hak asasi manusia.Kes Nirmala Bonat umpamanya, dijadikan alasan untuk mereka bagi menguatkan hujah mereka.

KERISMUDA mengakui bahawa kes seperti Nirmala Bonat tersebut sepatutnya tidak berlaku di Malaysia. Tetapi kalau kita lihat video klip di bawah mungkin kita sendiri naik radang dan marah serta mungkin akan bertindak diluar batas kemanusian ke atas pembantu rumah Indonesia ini. Dihadapan kita semuanya baik dan teratur,semuanya elok tetapi di belakang kita mereka boleh menjadi raksasa yang langsung tidak ada perikemanusiaan. Persoalannya selamatkah anak-anak kita jika ditinggalkan bersama mereka? Cuba bandingkan situasi klip video ini dengan kes Nirmala Bonat. Nirmala Bonat adalah seorang dewasa yang mungkin melindungi diri atau lari dari penderaan yang diterima. Tapi bagaimana anak-anak dalam video kip ini? Bolehkah mereka melindungi diri mereka sendiri? TENGOK VIDEO INI……






Bolehkah Pihak Berwajib Indonesia menjamin perkara ini tidak akan berlaku sebelum mendesak gaji minimum pembantu rumah sebanyak RM 800 ditetapkan? Banyak sebenarnya kes,kejadian ,masalah dan onar yang dilakukan oleh pembantu rumah Indonesia ini, cuma tidak banyak yang di paparkan dalam media. Apa yang disensasikan adalah penderaan yang mereka terima.Bagaimana pula tentang kisah mereka mendera?

Beberapa tahun dahulu habis rumah jiran KERISMUDA disamun dek penjenayah dan disyaki pembantu rumah Indonesia juga turut bersubahat dalam kes samun ini. Pembantu rumah ini telah bekerja dengan jiran KERISMUDA selama 6 bulan dan dalam tempoh itu,pembantu rumah tersebut telah mendapat kepercayaan jiran KERISMUDA tersebut. Pada suatu ketika jiran KERISMUDA tersebut pergi “outstation” dan jiran KERISMUDA tersebut kerana percaya telah tinggalkan kod penggera rumah tersebut. Apabila jiran ini balik dari outstation habis rumahnya kosong dan siap dengan pembantu rumah pun hilang. Kes-kes sebegini jarang mendapat liputan media. Tapi hakikatnya berlaku. Secara fakta lihatlah statistik dbawah tentang penglibatan orang Indonesia dalam jenayah di Malaysia. Fakta ini menakutkan……


STATISTIK 2004 :
PENGLIBATAN PENDATANG ASING DALAM JENAYAH KEKERASAN
- sumber PDRM
-

NEGARA : Indonesia

Jenis Kesalahan dan jumlah kes:

Bunuh :35 kes ,Cuba Bunuh : 42 kes ,Samun Berkawan Bersenjatapi: 12 kes ,Samun Berkawan Tanpa Senjatapi: 124 kes, Samun Bersenjatapi: 8 kes ,Samun Tanpa Senjatapi: 691 kes,Rogol: 47 kes,Mendatang Kecederaan :91 kes .JUMLAH KES:1,012 kes (67.1% dari keseluruhan kes)


Pihak Indonesia mengatakan orang Malaysia tidak sensitif. Mungkin benar kata mereka! Kita tidak sensitif tentang ancaman keselamatan yang dibawa dari seberang kepada diri kita , keluarga dan negara .

Oleh itu wajarkan kita bayar RM800 sebulan dan pada masa yang sama mendedahkan diri kita,keluarga dan negara kepada ancaman? RM 800…..APA JUSTIFIKASINYA?


Jom Singgah Sahur dilaporkan dalam Sinar Harian



Program jom singgah sahur dilaporkan dalam Sinar Harian ,Selasa 8-9-2009




Monday, September 7, 2009

Program Jalan-Jalan Ramadhan: Jom Singgah Sahur! (Part 3)

Jikalau TV3 ada program Singgah Sahur seperti yang ditayangkan diTV3 ,Gabungan Pergerakan Pemuda UMNO , Pergerakan Puteri UMNO Bahagian Seremban beserta Persatuan-Persatuan Belia DUN Ampangan juga mempunyai program Singgah Sahurnya sendiri yang diberi nama Jom Singgah Sahur. Ini adalah juga sebahagian dari Program Jalan-Jalan Ramadhan anjuran Pergerakan Pemuda dan Puteri UMNO Bahagian Seremban.Dalam program Jom Singgah Sahur, rombongan Pemuda,Puteri dan Belia telah singgah ke 7 Perhentian (macam tajuk cerita wayang lak!) dan memberikan sumbangan wang,barang keperluan dapur dan juadah untuk bersahur kepada penerima-penerima bantuan yang telah dikenalpasti. Program ini diserikan lagi dengan kehadiran YB Tuan Hj Mustafa Salim di Lenggeng dan YB Dato' Yunus Rahmat di Ampangan

Peserta rombongan Jom Singgah Sahur bergambar bersama sebelum meneruskan perjalanan

Destinasi Pertama: Kg Mantin Dalam,kelihatan Sdr Mohd Razif Razaly, Ketua Pemuda Cawangan Mantin (dua dari kanan)

Destinasi Kedua: Pekan Lenggeng. Rombongan di sambut oleh YB Tuan Mustafa Hj Salim,ADUN Lenggeng dan sahabat-sahabat di Lenggeng


Destinasi Ketiga: Kg Bukit Temiang

Destinasi Ke Empat: Kg Ujong Pasir,Sikamat .Kelihatan Sdr Zul Hisham ,Pengerusi Pemuda DUN Sikamat (berbaju hitam) turut sama dalam program ini.

Destinasi Kelima: Kg Dusun Nyior,Ampangan. Kelihatan YB Dato'Yunus Rahmat (berbaju kuning) beserta isteri turut sama dalam program ini di Ampangan

Destinasi Ke Enam: Kg Sekolah, Ampangan

Destinasi Terakhir : Rumah Anak-anak Yatim Darul Aminan,Ampangan. Turut bersama Penarah Belia dan Sukan Negeri, Tuan Baharuddin Jali (berbaju coklat gelap)

Walaupun hujan turun dengan amat lebat semasa rombongan sampai di DUN Temiang,namun initidak melemahkan semangat peserta rombongan dari melaksanakan program ini. Pada masa yang sama pemimpin-pemimpin muda yang bersama dalam program ini dapat melihat kedaifan hidup penerima-penerima bantuan dan beriltizam agar mereka ini mendapat pembelaan yang sewajarnya.

Pihak Pemuda Seremban ingin merakamkan ucapan jutaan terima kasihkepada YB Tuan Mustafa Hj Salim dan isteri, YB Dato' Yunus Rahmat dan isteri,Pengarah Belia dan Sukan Negeri dan warga kerja Jabatan Belia Negeri,Ketua JKKK dan ketua-ketua Cawangan serta kepada sahabat-sahabat Pemuda,Puteri dan Belia kerana menjayakan program ini. Program ini berkhir jam 5.30pagi selepas jamuan sahur di Rumah Darul Aminan, Ampangan.