Tuesday, August 24, 2010

PROGRAM GOTONG ROYONG & PENGAGIHAN BUBUR LAMBUK DI DUN NILAI PADA 21/08/2010 BERSAMA YB TUAN MUSTAFA B. HJ SALIM


YB Mustafa Salim sedang mengagihkan sumbangan bubur lambuk kepada
warga NMasjid Mantin serta laluan
jalan lama KL-Seremban





Dah lama hidup ke mamat ni tgh2 jalan?


Sebahagian warga Pergerakan Pemuda UMNO Seremban bergambar bersama
YB Mustafa serta Ketua Pergerakan Pemuda UMNO Bahagian Jempol
dan Jelebu (saudara Nizam dan Cikgu Radzi)yang berkesempatan hadir sama
memeriahkan program bubur lambuk di Nilai.





Pada 21/8/2010 bertempat di Bazar Ramadan Mantin dan di hadapan Balai Polis Mantin Pergerakan Pemuda UMNO Bahagian Seremban bersama2 dengan Pemuda UMNO DUN Nilai telah mengadakan program fasa ke 2 gotong royong serta pengagihan bubur lambuk yang di sempurnakan oleh Yang Berhormat Tuan Mustafa bin Salim ADUN Lenggeng.

Pengagihan bubur lambuk bermula pada jam 5 petang yang telah dimasak oleh ahli2 Pergerakan Pemuda secara bersama sejak dari pukul 10 pagi lagi . Sebanyak 2000 peket bubur lambuk telah di agihkan kepada penduduk sekitar Mantin dan juga pada penguna jalan raya di Jalan Lama Seremban-KL bagi juadah berbuka puasa. Aktiviti pengagihan bubur lambuk seterusnya akan di laksanakan pula bagi kawasan DUN Sikamat Pada 28/8/2010 di Taman Paroi Jaya berdekatan dengan Bazar Ramdan yg juga akan bermula pada jam 5 petang. Kepada rakan2 Pemuda UMNO Bhg Seremban dijemput hadir bersama2 pada hari tersebut.

Marilah sama-sama beramal sambil bersedekah bagi merapatkan siraturrahim sesama kita khususnya serta badan2 NGO dan masyarakat sekitar amnya.

Salam

Monday, August 23, 2010

Tahniah Dato' Sri Haji Mohd. Najib bin Tun Haji Abdul Razak

Malaysia di kedudukan ke-37 senarai 'Negara Terbaik Dunia' Newsweek


2010/08/23 (Berita Harian)

KUALA LUMPUR: Malaysia berada di kedudukan ke-37 dalam senarai "Negara Terbaik Dunia" majalah Newsweek dari segi penyediaan ekonomi, politik, pendidikan, kesihatan dan kualiti kehidupan. Di kalangan jiran, Singapura di kedudukan ke-20, Thailand (58), Filipina (63) dan Indonesia (73). Dalam senarai membabitkan 100 negara itu, Finland di kedudukan pertama, diikuti Switzerland dan Sweden.

Dalam keluaran khas pertama "Negara-negara Terbaik" Newsweek, mereka diminta menjawab satu soalan sederhana tetapi agak kompleks - jika anda dilahirkan hari ini, negara mana yang akan menyediakan anda peluang terbaik untuk menjalani kehidupan yang sihat, selamat, makmur, dan bergerak maju. Bagi tinjauan khas ini, Newsweek memilih lima kategori kesejahteraan negara - pendidikan, kesihatan, kualiti kehidupan, daya saing ekonomi, dan persekitaran politik.

Komen:

1 malaysia, Rakyat didahulukan & pencapaian diutamakan. Lihatlah prestasi DSN yang mengutamakan kesejahteraan hidup rakyat, penilaian oleh salah satu majalah yang berpengaruh. Moga moga, kita sama-sama membantu DSN untuk kedudukan yang lebih baik untuk tahun hadapan pula.

TQ..FZ

Friday, August 20, 2010

Makin Teruk ..dalam Kutbah pun Sebut Khalifah LGE

"UMNO PP protes guna nama KM dalam khutbah
19/08/2010 8:17pm

KEPALA BATAS 19 Ogos - Badan Perhubungan UMNO Pulau Pinang memprotes penggunaan nama Ketua Menteri Pulau Pinang, Lim Guan Eng dalam doa khutbah kedua solat Jumaat bagi menggantikan nama Yang di-Pertuan Agong Tuanku Mizan Zainal Abidin.

Pengerusinya, Datuk Seri Dr. Ahmad Zahid Hamidi berkata, penggunaan nama ketua menteri itu dalam khutbah Jumaat dikesan sejak minggu lepas di beberapa buah masjid sekitar Tasek Gelugor, Permatang Pauh dan Jelutong.

Beliau berkata, tindakan menggunakan nama ketua menteri bagi menggantikan nama Yang di-Pertuan Agong dalam khutbah Jumaat adalah di luar daripada keputusan Majlis Raja-Raja.

"Lazimnya lafaz doa bagi khutbah kedua dibacakan untuk ketua negeri atau ketua agama Islam,” katanya kepada pemberita selepas mempengerusikan mesyuarat Badan Perhubungan UMNO Pulau Pinang di sini hari ini.

Setakat ini tiada laporan polis dibuat berhubung perkara itu tetapi segala bukti berhubung perkara berkenaan memang ada, katanya.

Selain itu Ahmad Zahid turut mempersoalkan tindakan ketua menteri yang hadir pada majlis pengagihan wang zakat yang sepatutnya dilakukan oleh pemimpin Islam.

"Walaupun niat kerajaan negeri adalah untuk menggambarkan bahawa beliau (ketua menteri) seorang yang fleksibel tetapi mungkin ia mempunyai agenda tersembunyi bagi tujuan politik,” katanya. - Bernama

_____________________________________________
Komen;

Apalah nak jadi ni...dulu suka kafir orang, la ni pula si kafir di junjung sampai dalam kutbah pun tak tahu nak beza mana isle mana kafir. Dah teruk sangatlah penyakit depa ni, tak pernah terjadi sebelum ni....kalau ngadu kat Nicky 65k..takut tiket syurga d tarik balik.
Seingat den..namo Perdano Mentori ko, MB ko, tak ponah disobut dalam doa kutbah, ...tinggi sungguh taraf Ustaz LGE di mata Nicky 65k & pengikutnya. Mana ustaz Nga untuk baca dalil dalam surah aura dia. Sedarlah dulu Sultan Perak, La ni pulak Yg Di Pertuan Agong...Pandai sunggah puak ni menepikan Ketua Agama Islam Negeri-negeri....

Sekian...Walharammu Walhalalku

Wednesday, August 18, 2010

ANWAR PEMBOHONG: VIDEO ANWAR ANTI WARTAWAN !

ANWAR PEMBOHONG: VIDEO ANWAR ANTI WARTAWAN !

PROGRAM PENGAGIHAN BUBUR LAMBUK SEPANJANG RAMADAN AL-MUBARAK


Sempena bulan Ramdhan Al Mubarak yg mulia, Biro Agama Pergerakan Pemuda UMNO Bahagian Seremban dan bersama-sama Pemuda UMNO DUN-DUN telah pun merancang serta mengadakan program pengagihan bubur lambuk pada setiap hari Sabtu dlm DUN kawasan Parlimen Seremban. Program pertama telah sempurna dilaksanakan bertempat di Surau Al Mustafa (surau hitam) bg kawasan DUN Ampangan pada 14 hb ogos 2010 yang mana kesemua bubur lambuk tersebut telah dimasak secara bergotong royong dari jam 10pg dengan kerjasama penduduk kampung setempat, AJK Surau Al Mustafa serta rakan2 dari Pergerakan Pemuda UMNO Seremban dan Pemuda UMNO DUN Ampangan.

Ahli EXCO Kerajaan Negeri Sembilan,YB Dato' Hj. Yunus Bin Hj. Rahmat yang juga merupakan bapa angkat bagi kawasan DUN Ampangan telah pun berbesar hati untuk turut sama hadir bagi merasmikan program tersebut seterusnya bersama-sama mengagihkan bersama ahli2 Pergerakan Pemuda UMNO Seremban sebanyak 1500-1700 peket bubur lambuk bagi juadah berbuka kepada semua penduduk yang hadir dan mereka yg dalam perjalanan pulang ke destinasi masing2.

Program ini dirancang bagi bertujuan mengeratkan lagi hubungan siraturrahim dan menghidupkan semangat gotong royong antara rakan2 Pemuda UMNO DUN dan Bahagian serta penduduk setempat disamping bersedekah seadanya bagi sedikit juadah berbuka puasa dibulan yang penuh keberkatan ini.

Di sini dinyatakan tarikh dan lokasi bagi program pengagihan bubur lambuk yang bakal dilaksanakan seterusnya sepanjang bulan Ramadan ini umtuk makluman semua :-

(1) Kawasan DUN Nilai lokasi balai raya Taman Andalas,Mantin bertarikh 21.8.2010
bermula dari jam 10.00 pagi dan akan diagihkan selepas waktu Asar di balairaya
serta berdekatan Masjid Mantin Luar/Bazaar Ramadan.

(2) Kawasan DUN Sikamat,Temiang dan Lobak lokasi KRT Taman Paroi Jaya@ Bazaar
Ramadan Stadium Paroi Jaya pada tarikh 28.8.2010 dari jam 10.00 pagi dan waktu
pengagihan juga selepas Asar.

(3) Kawasan Dun Lenggeng pula lokasinya adalah di Masjid Pekan Lenggeng, Lenggeng
pada 4.9.2010 juga dari jam 10.00 pagi dan akan diedarkan selepas Asar di Pekan
Lenggeng.

Diharapkan pada semua ahli Pergerakan Pemuda UMNO di Bahagian Seremban yang berkelapangan dan berkesempatan agar dapat bersama2 dalam menjayakan program ini di DUN2 yang telah ditetapkan. Sedikit amalan bersedekah adalah langkah permulaan bagi amalan yang seterusnya yang harus kita rebut bersama2 di bulan yang penuh dengan kenikmatan dan hikmah ini.

Disini juga bagi pihak Pergerakan Pemuda UMNO Bahagian Seremban ingin mengambil kesempatan utk mengucapkan ribuan terima kasih kepada semua yang terlibat serta penderma-penderma yang telah bermurah hati samada dari tenaga,keringat,masa serta wang ringgit dalam menjayakan usaha murni ini.
## Sebarang perubahan tarikh dan lokasi akan di maklum dari semasa ke semasa.

Monday, August 16, 2010

Sempena Bulan Kemerdekaan: Astro History Channel: The Malayan Emergency & VAT69

Salam Untuk Dikongsi Bersama Sejarah Negara Kita dan Pengorbanan Prajurit Kita menentang komunis. Banyak pengajaran & sejarah mungkin berulang jika kita leka dalam mempertahankan kemerdekaan negara kita, seperti mana robohnya kota Melaka. Maka sama-samalah kita tonton rancangan tersebut walaupun ada maklumat dan fakta yang tersebunyi. Berikut adalah masa tayangan tersebut;

The Malayan Emergency


Sunday 15 August 8:00 PM HK/SIN/MAL 7:00 PM Thai/WIB
Monday 16 August 1:00 AM HK/SIN/MAL 12:00 AM Thai/WIB
Monday 16 August 1:00 PM HK/SIN/MAL 12:00 PM Thai/WIB
Monday 16 August 10:30 PM HK/SIN/MAL 9:30 PM Thai/WIB
Monday 16 August 11:30 PM HK/SIN/MAL 10:30 PM Thai/WIB
Tuesday 17 August 4:30 AM HK/SIN/MAL 3:30 AM Thai/WIB
Tuesday 17 August 5:30 AM HK/SIN/MAL 4:30 AM Thai/WIB
Tuesday 17 August 4:30 PM HK/SIN/MAL 3:30 PM Thai/WIB
Tuesday 17 August 5:30 PM HK/SIN/MAL 4:30 PM Thai/WIB
Saturday 21 August 10:00 AM HK/SIN/MAL 9:00 AM Thai/WIB
Saturday 21 August 7:00 PM HK/SIN/MAL 6:00 PM Thai/WIB
Sunday 22 August 1:00 AM HK/SIN/MAL 12:00 AM Thai/WIB
Sunday 22 August 3:00 PM HK/SIN/MAL 2:00 PM Thai/WIB
Monday 23 August 10:00 PM HK/SIN/MAL 9:00 PM Thai/WIB
Tuesday 24 August 4:00 AM HK/SIN/MAL 3:00 AM Thai/WIB
Tuesday 24 August 10:00 AM HK/SIN/MAL 9:00 AM Thai/WIB
Tuesday 24 August 4:00 PM HK/SIN/MAL 3:00 PM Thai/WIB
Friday 27 August 10:00 PM HK/SIN/MAL 9:00 PM Thai/WIB
Saturday 28 August 4:00 AM HK/SIN/MAL 3:00 AM Thai/WIB
Saturday 28 August 4:00 PM HK/SIN/MAL 3:00 PM Thai/WIB
Sunday 29 August 10:00 AM HK/SIN/MAL 9:00 AM Thai/WIB
Monday 30 August 8:00 AM HK/SIN/MAL 7:00 AM Thai/WIB
Tuesday 31 August 4:00 PM HK/SIN/MAL 3:00 PM Thai/WIB


With original archive footage and photographs plus vivid accounts from former intelligence specialists, policemen, soldiers and terrorists, relive the 12-year long bloody struggle waged by the Communist Party of Malaya against thousands of Malayan, British and other Commonwealth forces in their attempt to create a Communist Republic.
Vat 69: Malaysia's Very Able Troopers

Sunday 22 August 8:00 PM HK/SIN/MAL 7:00 PM Thai/WIB
Monday 23 August 1:00 AM HK/SIN/MAL 12:00 AM Thai/WIB
Monday 23 August 1:00 PM HK/SIN/MAL 12:00 PM Thai/WIB
Wednesday 25 August 9:00 PM HK/SIN/MAL 8:00 PM Thai/WIB
Thursday 26 August 3:00 AM HK/SIN/MAL 2:00 AM Thai/WIB
Thursday 26 August 9:00 AM HK/SIN/MAL 8:00 AM Thai/WIB
Thursday 26 August 3:00 PM HK/SIN/MAL 2:00 PM Thai/WIB
Saturday 28 August 10:00 AM HK/SIN/MAL 9:00 AM Thai/WIB
Saturday 28 August 7:00 PM HK/SIN/MAL 6:00 PM Thai/WIB
Sunday 29 August 1:00 AM HK/SIN/MAL 12:00 AM Thai/WIB
Sunday 29 August 3:00 PM HK/SIN/MAL 2:00 PM Thai/WIB
Monday 30 August 10:00 PM HK/SIN/MAL 9:00 PM Thai/WIB
Tuesday 31 August 4:00 AM HK/SIN/MAL 3:00 AM Thai/WIB
Tuesday 31 August 10:00 AM HK/SIN/MAL 9:00 AM Thai/WIB
Tuesday 31 August 8:30 PM HK/SIN/MAL 7:30 PM Thai/WIB
Wednesday 01 September 2:30 AM HK/SIN/MAL 1:30 AM Thai/WIB
Wednesday 01 September 8:30 AM HK/SIN/MAL 7:30 AM Thai/WIB
Wednesday 01 September 2:30 PM HK/SIN/MAL 1:30 PM Thai/WIB


Trained by the British SAS, they were formed in 1969 to combat the resurgent Communists. Uncover the heroism and sacrifices of Malaysia’s elite commandoes.


Iklas dari FZ

Wahai bangsa Ku Sedarlah?

  1. Belajar dari sejarah bukan hanya mengingat tahun ttp ambil iktibar darinya. Sejarah yang telah berlalu akan terus berlaku...bagai putaran roda.
  2. Awal pagi tadi iaitu dari jam 1.00 am hingga 3.00 am aku tengok dokumentari Malaya Emergency di Astro History. Ianya menceritakan tentang zaman sebelum perang dunia keII, zaman darurat dan awal kemerdekaan.
  3. Antara pengejaran darinya, komunis ni masih nak bertutur bahasa ibunda dia dan kebanyakan pangkat tertinggi dari bangsa dia dan untuk menekang pengaruh komunis maka Sir Templer telah memperkenalkan konsep 'jus soli' dan
  4. mungkin kaedah yang sama di utarakan pula oleh mereka melalui parti politik samada DAP atau MCA untuk ekonomi. Lihatlah dari kerakyatan mereka dah dapat dan kini secara formal mereka minta ekonomi pula walhal kita tahu golongan kiasu yang menikmati ekonomi lebih dari golongan bumiputra.
  5. memang cilako..tapi..aku mmg dah agak dr dulu semasa diumumkan perletakan senjata oleh PKM.. dia orang tidak akan meninggalkan ideologi dan perjuangan mereka..sebaliknya mereka akan meresap dalam masyarakat melalui badan-badan politik... bacalah utusan hari ini 15/8/2010, tentang perlembagaan ingin dipinda dengan menidakkan agama islam sebagai agama rasmi dan hak bumiputra.

"
IPOH 15 Ogos - Mengejutkan! Sudah ada 'perlembagaan baru' dibuat oleh pihak tertentu bagi menggantikan Perlembagaan Persekutuan yang menjadi teras kemakmuran negara selama ini.

Perkara tersebut didedahkan Mufti Perak, Tan Sri Harussani Zakaria semasa menjadi panel Wacana Perpaduan Ummah Dalam Kesedaran Penghakisan Hak Orang Melayu di Taman Budaya di sini, hari ini.

Menurut Harussani, perlembagaan baru itu menyisihkan hak-hak orang Melayu dan juga Islam yang dijamin dalam Perlembagaan sekarang.

''Saya dimaklumkan sekarang sudah ada perlembagaan baru yang dibuat oleh pihak tertentu.

''Kebetulan saya ada memberi satu ceramah di Alor Setar. Ada seseorang datang dan memberikan saya tiga buah buku Perlembagaan yang dikehendaki pihak tertentu," katanya pada wacana tersebut di sini, hari ini.

Bagaimanapun Harussani ketika ditemui selepas wacana tersebut enggan mengulas lanjut tentang dakwaannya itu.

Selain Harussani, program itu turut disertai Penasihat Gabungan Pelajar Melayu Semenanjung (GPMS), Datuk Seri Reezal Merican Naina Merican; Presiden Pertubuhan Pemikir Melayu Malaysia, Prof. Datuk Dr. Kamarudin Kachar dan Naib Pengerusi Ulama Malaysia Cawangan Pulau Pinang, Hafiz Nordin.

Presiden Gagasan Melayu Perak (GMP), Datuk Seri Mohd. Hilmi Ismail pula bertindak sebagai perantara program berkenaan.

Kira-kira 300 orang terdiri daripada ahli GMP, pelajar Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI), Universiti Teknologi Mara (UiTM) Perak dan aktivis Melayu termasuk Tan Sri Jins Shamsuddin hadir pada program anjuran GMP dan GPMS itu.

Pada wacana itu juga, Harussani berkata, perpecahan di kalangan orang Melayu menyebabkan bangsa itu hilang kewibawaan sehingga kaum lain semakin berani membuat pelbagai tuntutan dan mahu hak keistimewaan orang Melayu dihapuskan.

''Kenapa kita berpecah-belah hanya kerana salah tafsir iaitu melampau dalam berpegang pada syariat Islam.

''Saya menyuruh kita semua bersatu, saya tidak suruh hapuskan parti tetapi saya minta orang Melayu pertahankan Islam dan hak-hak mereka," katanya yang banyak menerima cemuhan daripada penyokong pembangkang kerana mengajak orang Melayu dan Islam bersatu.

Sementara itu, Hafiz yang merupakan bekas Ketua Pemuda Pas Pulau Pinang bimbang dengan nasib yang menimpa orang Melayu di Pulau Pinang sekarang.

Jelas beliau, begitu banyak gerai perniagaan orang Melayu yang didirikan di atas tanah kerajaan dirobohkan tetapi tindakan sama tidak diambil ke atas peniaga bukan Melayu yang berniaga di atas jalan raya.

''Kerajaan Negeri Pulau Pinang juga tidak membenarkan rumah bernilai RM150,000 ke bawah dibina di tengah bandar. Pulau Pinang kini ke arah menjadi Singapura.

''Jambatan kedua Pulau Pinang yang menjadi kebanggaan kita akan memudahkan pengusiran orang Melayu secara beramai-ramai dari Pulau Pinang," katanya.

Reezal Merican yang juga Ketua Penerangan Pergerakan Pemuda UMNO pula meminta orang Melayu menentang habis-habisan 'Abdullah Ibn Saba' yang memecahbelahkan umat Islam di Malaysia sekarang.

''Dalam setiap tamadun manusia mesti ada pengkhianatan yang menghancurkan perpaduan. Kalau zaman Khalifah Usman dan Ali dulu ada Abdullah Ibn Saba yang melaga-lagakan umat Islam, zaman sekarang pun ada 'Abdullah Ibn Saba' yang menyebabkan perpecahan orang Melayu dan Islam di Malaysia," katanya.

Kamarudin pula menyifatkan orang Melayu sebagai lemah jika tidak mampu membalas balik apabila agama dan bangsa mereka dihina.

''Saya hairan kenapa kerajaan tidak mengambil tindakan ke atas pihak-pihak yang mempertikaikan kedudukan Islam dan hak-hak orang Melayu," katanya dalam nada kesal. "
_______________________________________

Sedarlah hanya UMNO memperjuangkan agama Islam dan bumiputra serta menghormati para ulamak..bukan hendak memuji tapi ianya adalah hakikat sejak merdeka lagi.


Banyak Melayu bangang dan pengkhianat tak percaya pada Tan Sri Harussani ni dan lebih percaya pada komunis
dan melabel mufi sebagai "pencacai" sebagi buktinya

(
Mahfuz menjelaskan, Hassan telah mengakui yang beliau pernah berjumpa dengan Harussani tetapi perjumpaan itu hanya melibatkan perbincangan mengenai Islam dan tidak menyentuh soal kerjasama UMNO dan Pas. Ini menunjukkan Harussani berbohong dan mendedahkan peranannya sebagai alat dan pencacai UMNO,” katanya....sumber http://www.sinarharian.com.my/johor/content/story7999777.asp)

dan mereka
mempergunakan CAUVINIS untuk memerintah negara serta tak peduli apa yang bakal terjadi dan lebai pas mana nak kisah semua ni.

Yang baik itu daripada Allah SWT dan yang serba kekurangan dan kejahilan itu adalah daripada diri saya sendiri , tapi hakikatnya semuanya dari Allah jua. Wal Allah hua`lam.

Ikhlas dari FZ