Dalam akhbar The Star hari ini,keluar lagi berita mengenai Datuk Seri Nazri Aziz dan gesaan beliau agar modul kursus Biro Tatanegara di rombak atas alasan fanatik kemelayuan. Kali ini beliau menyifatkan Tun Dr Mahathir sebagai "racist"(perkauman) kerana mempertahankan modul kursus yang sedia ada. Tun Dr Mahathir mengatakan tiada ada masalah dengan modul kursus BTN kerana ia menerapkan nilai-nilai murni serta menyemarakkan rasa cinta kepada tanahair. Juga tidak ada salahnya untuk menyatakan tentang fakta sejarah tentang Tanah Melayu yang akhirnya kini dikenali sebagai Malaysia.
Namun pandangan Tun ini tidak diterima oleh Datuk Seri Nazri kerana menurut Datuk Seri Nazri ramai yang mengikuti kursus BTN menjadi marah dan ramai yang menganggap penggunaan istilah " Ketuanan Melayu" semasa kursus adalah tindakan yang tidak masuk akal (ridiculous)
Rupa-rupanya Datuk Seri Nazri sendiri tidak faham dengan erti dan makna istilah "Ketuanan Melayu". Ketidakfahaman Datuk Seri Nazri ini dengan sendirinya meletakkan beliau sebaris dengan Ahli Parlimen pembangkang seperti M. Kulasegaran (Ipoh Barat) dan ahli Parlimen pembangkang yang lain yang cepat melenting apabila istilah "Ketuanan Melayu" disebut. Amat memeranjatkan serta menyedihkan kerana Datuk Seri Nazri bukan orang baru dalam kabinet atau Parlimen tapi ketidakfahaman beliau ini boleh menyebabkan kewibaan beliau sendiri sebagai Menteri "senior" dipertikaikan.
Jika ada yang memikirkan bahawa istilah "Ketuanan Melayu" ini membawa maksud orang Melayu adalah bangsa "tuan" di negara ini maka samalah mereka dengan Datuk Seri Nazri.
Ketuanan Melayu tidak sesekali membawa maksud "Supremacy of Malay race above the others". Ianya sama sekali bercanggah dengan maksud sedemikian. Adolf Hitler pernah membawa ideology "Supremacy of the Aryan race" yang mengatakan bahawa Bangsa Aryan adalah bangsa yang hebat dari bangsa-bangsa lain di dunia ini. Ketuanan Melayu bukan sekali-kali bermaksud sedemikian.
Ketuanan Melayu yang sebenarnya hendaklah dilihat dari sudut Perlembagaan Persekutuan.Perkara 32 (1) Perlembaaan Persekutuan menyatakan bahawa "Maka hendaklah ada seorang Kepala Utama Negara bagi Persekutuan digelarkan Yang Di Pertuan Agong,yang mengambil keutamaan mengatasi segala orang dalam Persekutuan...."
Perkara 70 (1) Perlembagaan Persekutuan pula menyatakan "Tertakluk kepada keutamaan Yang DiPertuan Agong dan Permaisurinya, Raja dan Yang DiPertua Negeri adalah mengambil keutamaan mengatasi segala orang lain dan seorang Raja atau Yang DiPertua Negeri adalah,dalam negerinya sendiri,mengambil keutamaan mengatasi Raja dan Yang DiPertua Negeri yang lain.
Jadual 3 Bahagian 1 (1) menyatakan "seseorang Raja adalah layak dipilih menjadi Yang DiPertuan Agong...."
Dalam peruntukan-peruntukan Perlembagaan di atas Yang DiPertuan Agong adalah tuan (atau Kepala Utama) yang mengambil keutamaan mengatasi segala orang dalam Persekutuan. Sesungguhnya tuan dan Kepala Utama ini semestinya MELAYU.
Selaku Yang DiPertuan Agong atau Raja yang memerintah (yang semestinya MELAYU) Yang DiPertuan Agong diberikuasa dan peranan dalam Perlembagaan seperti Ketua Agama Islam bagi Persekutuan (Perkara 3(2)), Kuasa Pemerintah Persekutuan (Perkara 39) dan Pemerintah Tertinggi tentera (Perkara 41). Begitu juga peranan peranan lain termasuk menjaga keistimewaan orang Melayu (Perkara 153) bersama Majlis Raja-Raja.Perlembagaan juga memberikuasa mutlak kepada Majlis Raja-Raja untuk mempersetujui atau tidak mempersetujui apa-apa undang-undang yang mengubah sempadan -sempadan sesuatu negeri atau yang menyentuh keistimewaan,kedudukan,kemulian atau kebesaran Raja-Raja (Perkara 38 (6)).Menurut Perlembagaan kedudukan Raja-Raja dan Yang DiPertuan Agong (yang semestinya MELAYU) sebagai kepala utama negeri dan kepala utama Malaysia tidak akan tergugat.
Sesungguhnya itulah sebenarnya yang dimaksudkan dengan istilah "Ketuanan Melayu"yang mana berakar umbi dalam Perlembagaan. Sudah semestinya Ketuanan Melayu ini mempunyai susur galur riwayat sejarah bermula dari Empayar Kesultanan Melayu Melaka hingga ke zaman sekarang.
Salahkah pihak Biro Tatanegara menyampaikan kepada peserta tentang fakta sejarah dan konsep istilah "Ketuanan Melayu" seperti yang diperuntukkan dalam Perlembagaan? Bukankah konsep 1 Malaysia ini juga meminta semua rakyat menerima dengan ikhlas dan menghormati Perlembagaan Negara yang ada sekarang?Sekiranya modul kursus BTN yang ada sekarang menyampaikan konsep kenegaraan dari perspektif Perlembagaan MAKA untuk apa ia perlu dirombak?
Dalam hal ini, tidak perlu semua Menteri nak bercakap macam zaman Pak Lah dulu. Cukuplah Tan Sri Muhydin selaku Timbalan Perdana Menteri dan YB Dato' Ahmad Maslan (yang ditugaskan untuk menyelia BTN) yang bercakap. Nanti salah cakap ,nampak sangat cetek ilmu! Sudahlah cetek ilmu tapi yang sedihnya dengan percuma beri modal kepada pembangkang nak hentam Kerajaan!Kepada Pak Menteri-Pak Menteri yang suka bercakap pastikan baca dulu Perlembagaan atau sertai dulu kursus BTN. Jangan cakap semberono sahaja!
28 comments:
nazri ni memang kaki bodek juga dan macam hero. kadang kadang rasa dia cakap mcm tak berotak pula rasanya sebagai menteri. mentang2 dulu jadi jentera pm kini sesuka dia je nak cakap apa. dulu masa zaman tun poh bukan main bodek dan bila tun dah bersara kutuk mcm tak ingat dunia. pm tgk2kanlah pak nazri ni sebelum terlambat. 1msia dah ok dah takut 1msia juga yg tak ok kan pak nazri ni atas sikap sombong dia ni. setuju dengan kerismuda kalau tak ada ilmu jangan membebel aje
Kenyataan biasa dari seorang menteri yang cuba membodek bosnya, pengampu pengampu orang kaya bak kata pendekar mustar.
bodohnya nazri bila mengatakan bila telah menajdi malaysia dah ramai yang telah bermastautin konsep ketuanan itu tidak lagi penting
adakah nanti kita juga akan menukar sejarah negara bila pekerja bangladesh, india, nepal etc menetap di malaysia.
hallo bro nazri lu ada akal ke??sejarah negara mana yang bertukar macam tu, jepun. us, uk?
memang mlaysia maju dan berkembang atas kerjasama bersama tapi perlu diingat kaum lain juga mendapat faedah bukan hanya melakukan kerja kebajukan.. dan yang paling penting mereka dapat semua itu dalam suasana yang membenarkan. dalam kata mudah kalau nazri tak faham orang melayu membenarkan..
Nazri ni memang kuat dan suka bercakap. Tapi kadang-kadang tah hapa-hapa yang dia cakap.Macamana Najib buleh simpan orang macam ni. Jadi masalah nanti nih!
Salam
Hari ini Tan Sri Muhydin dah buat statement dah. Tak bagi Menteri berbalah isu secara open atau depan media. Dia sebut pasal DS Nazri punye hal. Dia pun tahu DS Nazri ni tah hapa-hapa.
Last week ada Najib dikatakan berura-ura nak buat rombakan kabinet. Keluarkan Nazri ni. Kabinet Najib x perlu orang macam dia!
SETUJU..........................................................................................................................................BAGI KJ LAGI BAGUS!!!!!!!
Kepada GEN MUDA sokonglah KJ selagi dia masih belum Botak! Dah Botak nanti mungkin dia merapu juga!
KJ tak perlu botak pasal dia memang berakal dan berotak berbanding org cam kau yg tak berakal dan TAK BEROTAK.
Biase le bro carik makan, kalo tak claim tak ade name lak
kj tahu siapo yang buek kojo untuk dia bai.nampak sangat penulis tak tahu apa yg dikato. den yg ikut kp sban tu den tahulah apo yg jadik. tak cayo tanyo wan pa kj kek rombau dan aboy naib kj.takyah ekau nak tabur fitnah sangap kau kek ketuo den tu, digolak dek orang yo crito kau ni jang oi.
hahahaha ayat g2 yg dapat tipon cangih gigi palsu baru pastu frust mula buat cerita
saya dengar nor rabun dapat projek tapi tak bagi kengkawan bila orang lain dapat dia suroh bagi kengkawan pulak pasal apa tolong jelaskan cakap tak serupa bikin. kalau betul bagi la sama rata bodoh................
kalau pun dapat banyak projek cakap bagi kat kengkawan tak ada pun tapi asik pokai jo mana pergi duit untung projek tu k...........
biasalah dah dapat,dia punya tak nak bagi kawan2,belum dapat mcm2 janji depan M.B,SAYA DAPAT TOK SAYA NAK TOLONG PEMUDA TOK,KP CAWANGAN BANYAK YG SUSAH TOK,DAPAT DUIT BUKAN NAK TOLONG PEMUDA,TAPI BAGI KAT PEMUDA KAT 4CUN SAMA GRO(puteri cawangan 4cun agaknya)mimi ketua puteri cawangan 4cun,yg dah ditubuhkan,ketua cawangan sama ketua pemuda belum lagi tok.
habis tu siapa nak bawa,sama yg rabun tu....
kau org memang bodoh la. kau org memang dah tau senario politik sban mcm 2 buat apa nak complain?????? kalau aku ckp kau org bodoh kau org malu. kalu kau ikut bos kau dpt la projek.yg kau nak membebel buat apa. kau memang "BEGA" x nak ikut bos. buat susah badan je nanti kalu curi pasir lepas 2 kena tangkap. kau akan menghadap bos jugak nanti minta tlg.
badan kau pun gomok. tkt x sempat nak lari nanti
Boss yg ado claim je yg boleh, bendanya tak do, semua benda dio claim, sama cam botak jugak
baru tolong budak cawangan dah tak tentu harah tahu kau takut,kau kacau cawangan orang boleh,belajar dulu apa tu umno ni baru setahun jadi kp cawangan dah nak ajar orang apa tu umno boleh jalanlah.....budak cawangan tak dapat jaga ni nak jaga bahagian sbn,orang umno sbn tahu kau siapa,mana t,jawap pada diri sendiri dan............
kau jaga diri baik2. bkn semua org suka kat kau.
apa jaga diri baik2,kau kuat betul ke........
apa pun boleh,yg sorang ni buat kerja tak siap sampai masuk sinar,yg sorang ni undi pkar masa pr yg lalu,yg sorang ni tak ada t,jawap pada diri sendiri lagi nak banyak cakap...
kita tak payah banyak cakap. lumrah manusia memang selalu buat silap. kita tak perlu nak aib kan sesiapa. kita semua pernah berkawan dahulu. tak perlu ceritakan hal orang sebab orang tau cerita kita. kalau dah di labelkan sebagai PEMUDA tu saya rasa semua dah BESAR2. jd fikir2kan lah.
apa pun orang umno sbn tahu yg budak ni buat kerja tak siap,ni malukan pemuda sbn budak ni adalah serong kp cawangan dari bahagian sbn,ni lagi ada orang nak bela budak ni,buat malu saja.......
belajar dulu berniaga, br tau mcm mana susah senang berniaga. kalau kerja makan gaji je senang la ckp. itu mslh dia, kita cuma jgn cari mslh utk dia.
kau org hidup pun x senang. lg nak ckp pasal org. hidup pun mak bapak kau yg tanggung. lg nak ckp pasal hidup org. usaha ubah diri sendiri dulu br pandang n bg nasihat kat org. tak rugi apo2 pun kalu kau kutuk atau burukkan aku dlm blog ni. kau org fikirkan lah.
badan kau besar tapi bodoh mcm anai2.sana tipu,sini tipu apa nak jadi kau ni anai2,kepala botak tapi bodoh mcm lembu
mana kau nak lari rabun,masanya akan tiba juga,masa tu kau tahulah untung nasib kau rabun....
rabun lama tak tengok kau,hidup lagi ka,aku dngar kau sakit betul ke atau kau buat2 sakit,yalah kau tu siapa tak kenal,atau saja buat2 cerita,kau mati lagi baik rabun...
Post a Comment