Thursday, December 10, 2009

Perlukah nada ini dimainkan semula? PARTI MENGUASAI KERAJAAN DAN BUKAN KERAJAAN MENGUASAI PARTI.

Sebenarnya nada ini sering dimainkan dan menjadi polemik dalam UMNO. Dahulu semasa Dato Syed Jaafar Albar menjadi Ketua Pemuda UMNO Malaysia ,beliau pernah mengutarakan isu ini dalam Perhimpunan Agong UMNO memandangkan Kerajaan pada masa itu seperti seolah-olah tidak menghiraukan pandangan dan kepentingan yang dibawa oleh UMNO.

Beberapa tahun dahulu semasa Khairi Jamaluddin masih menjadi Naib Ketua Pemuda UMNO Malaysia isu yang serupa dibangkitkan. Perspektif ini dibawa lebih menjurus kepada pegawai-pegawai tinggi Kerajaan di Kementerian yang sering tidak menghiraukan tentang permintaaan atau permohonan yang datangnya dari pemimpin UMNO khususnya pemimpin muda. Pegawai-pegawai atasan ini seolah-olah amat berkuasa dan seolah-olah tampil selaku "Little Napoleon" dalam Kementerian tertentu. Surat rekomendasi menteri malah surat dari Pak Lah yang menyokong permohonan tersebut pun diketepikan oleh mereka.

Dalam senyap "Little Napoleon"ini mengembangkan pengaruhnya. Pemberian projek-projek Kerajaan mereka yang tentukan.Mereka yang tentukan kontraktor,mereka yang tentukan Projek Management Consultant (PMC) dan sebagainya. Dokumen semua lengkap agar jangan dipersoalkan kelak. Mereka juga tetapkan berapa komisyen yang akan mereka terima. Namun apabila berlaku sesuatu perkara yang tidak baik, mereka dengan mudah mengatakan salah kontraktor dan sebagainya.

Apakah yang berlaku di Stadium Terengganu dan yang berlaku jambatan di Perak ini secara totalnya hanya salah kontraktor? Bukankah agensi Kerajaan yang terbabit serta PMC yang dilantik oleh pegawai atasan Kerajaan juga bertanggungjawab menyelidiki dan yang memberi kelulusan sebelum apa-apa pembayaran dilaksanakan. Kenapa mereka yang bertanggungjawab memberi kelulusan ini tidak dipertanggungjawabkan?Apakah ini angkara Little Napoleon ini atau kuncu serta kroni mereka?

Pihak pembangkang mudah memainkan isu bagi menempelak Kerajaan BN dan UMNO dan memainkan isu rasuah apabila kejadian-kejadian sebegini berlaku. Sebenarnya inilah permainan yang dimainkan oleh pegawai atasan Kerajaan (the Little Napoleon dan kroninya). Yang mendapat bahang tempelak pembangkang ini adalah Perdana Menteri dan UMNO. Apabila ini berlaku ,Little Napoleon ini hanya perlu mendiamkan diri dan buat kajian demi kajian bagi menggambarkan kesalahan dlakukan oleh orang lain.

Tidak dinafikan bukan semua pegawai atasan bersikap begini tetapi janganlah nafikan pula kewujudan Little Napoleon ini.Mereka ini wujud. Persoalannya mengapa dosa yang mereka lakukan UMNO yang kena bahangnya?

Di Seremban isu pembinaan Pusat/Kompleks KEMAS di Pantai, Seremban timbul dan menjadi tandatanya. Projek ini dilaksanakan dibawah Kementerian Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah (KKLW). Pimpinan utama kerajaan negeri telah berusaha keras dan berjaya mendapatkan peruntukan dengan kerjasama pihak kementerian untuk pembinaannya dimaklumkan bernilai RM 3.5 juta. Memandangkan Projek ini dibuat di Seremban, difahamkan ada kontraktor bumiputera tempatan dari Seremban yang telah memohon masuk membida bagi perlaksanaan bagi projek secara reka dan bina ini. Kontraktor ini berwibawa dan mereka telah membida untuk projek ini dibawah jumlah peruntukan ini. Atas kepercayaan keupayaan serta kewibawaan kontraktor ini rekomendasi juga diberikan oleh pemimpin negeri,pimpinan parti khususnya wakil rakyat kawasan agar kontraktor ini diberi keutaamaan dan pertimbangan. Dengar khabarnya juga Dato Seri Mohd Shafie Afdal selaku Menteri KKLW juga memberi rekomendasi agar kontraktor ini untuk dipertimbangkan. Tetapi apabila mesyuarat teknikal dan pemilihan berlangsung dikhabarkan semua surat rekomendasi pemimpin negeri dan Menteri ini di "tong sampah"kan oleh pegawai-pegawai atasan yang terlibat dibawah Kementerian ini. Kontraktor yang dibantu pimpin oleh "little napolean pantai timur" di kementerian yang membida sebanyak RM 6 juta lebih khabarnya pula yang dicadangkan untuk melaksanakan projek ini!

Banyak persoalan timbul,apakah nilai surat rekomendasi dari pemimpin negeri dan Menteri yang datangnya dari UMNO? Wajarkah di "tong sampah"kan? Perlukah nada Parti menguasai Kerajaan ini di mainkan? Untuk apa konraktor yang membida nilai Projek sebanyak RM 6 juta lebih ini dipertimbangkan sedangkan ini melibatkan pertambahan kos sebanyak hampir RM 3 juta? Hampir 2 kali ganda? Adakah pertambahan ini termasuk komisyen untuk "Little Napoleon" ini?

Harap Dato Seri Mohd Shafie Afdal dapat melihat perkara ini secara serius. Dato Seri Shafie dapat jawatan Menteri atas tiket sebagai Naib Presiden UMNO. Perwakilan UMNO akar umbi yang letakkan Dato' Seri di tempat sekarang ini. Ingat setiap undi yang diberi adalah bagi manifestasi kontrak sosial dengan perwakilan bahawa Dato' Seri harus mementingkan kepentingan UMNO dan orang Melayu. Bukannya kepentingan pegawai Kerajaan "Little Napoleon"ini.

Tak perlu lagi dimainkan nada PARTI MENGUASAI KERAJAAN DAN BUKAN KERAJAAN MENGUASAI PARTI.Sepatutnya sekarang ini Dato Seri lebih maklum dan patut memahami hakikatnya....dan kami tetap akan menyokong teguh kepimpinan Dato Seri selagi mengutamakan kepentingaan,kebajikan serta kepentingan parti melebihi Little Napolean yang bermaharajalela selama ini.

7 comments:

Anonymous said...

what you give
you get back

observer said...

bravo for the courage to tell the truth.

warih said...

tok sahak porut dulu diutamokan parti di kelokaikan kek somban tu ghaso den. pemudo somban ni bukan sekapa samo tok sahak ko? kek pantai somban tu bukan ko tompek tok sahak? conpius acik.

Anonymous said...

saya nak tanya d.sahak dah berapa ramai yg d.sahak dah tolong,dah berapa ramai kp cawangan,ketua cawangan dah di naik kan taraf ekonomi tak ada pun,sampaikan buat kerja kat cawangan untuk pati gunakan duit sendiri,ada satu masa tu ketua cawangan jumpa k,bahagian minta bantu nak buat me,cawangan,datok sahak cakap apa,tak ada duit jangan jadi ketua cawangan,apa ada pada rm1,2 ratus ringgit dgn kekayaan yg ada pada d.sahak semua dari umno, tuan2 tengok d.sahak punya kurang ajar,tapi apa yg ada dalam bahagian sbn d.sahak sapu sampai licin mcm kepala dia.ingat jawatan ketua bahagian bukan boleh bawa masuk dalam kubur.........

goram said...

sahak penipu tak perlu layan pengkhianat dan pensabotaj parti tu jang oiii

Anonymous said...

cakap bena yg betul bukan bena yg salah.semua orang umno sbn tahu siapa d.sahak,dah jadi ketua bahagian 22 tahun apa yg d.sahak buat kat sbn,p. bahagian dari zaman d.sahak jadi ketua pemuda bahagian sampai sekarang ni mcm tu juga tak ada apa pun.bahagian lain kita sama2 tengok mcm2 ada,orang lain semua tak betul,d.sahak yg sorang betul,tapi yg betulnya d.sahak dah mula gilo sejak nur awang lawan d.sahak.......

anak halal said...

sahak bukannya gila tapi dah nyanyok dan gilo kuaso. aku raso tak lama lagi dio kan ckp sorang-sorang tepi jln.