Tuesday, August 11, 2009

Revolusi melemahkan kepimpinan Melayu?

Hari Sabtu yang lepas , KERISMUDA berpeluang berada di Institut Latihan Memperkasakan UMNO (ILMU) di Janda Baik, Pahang.Sewaktu itu penganjur kursus antara lain telah menjemput Dato' Seri Khir Toyo sebagai penceramah. Banyak isi ceramah yang menarik yang disampaikan oleh Dato' Seri. Memang terpancar karisma beliau , ye lah, mantan Menteri Besar le katakan.

Apa yang menarik di sampaikan oleh beliau adalah bagaimana usaha pihak pembangkang untuk mewujudkan situasi agar orang Melayu bencikan pemimpin Melayu sendiri. Walau baik mana pemimpin tersebut, namun ia tetap akan dibenci oleh rakyat. Ini juga adalah helah pembangkang untuk mengalihkan perhatian rakyat dari bersyukur kerana jasa yang ditaburkan oleh pemimpin Melayu kepada kebencian yang tidak bersempadan. Setiap tindakan pemimpin akan dikeji dan dinista dan ini adalah strategi pembangkang untuk meraih undi untuk Pilihanraya akan datang untuk menutup kegagalan mereka merealisasikan apa yang telah dijanjikan kepada rakyat.

Usaha pihak pembangkang ini dilakukan terang-terangan. Contohnya tidak lama dahulu anak Karpal Singh menuduh Dato' Sri Mohd Najib sebagai pembunuh Altantunya dalam Parlimen.Ini dibuat untuk mewujudkan kesangsian dan skandal terhadap pemimpin Melayu oleh pembangkang. Anak Karpal Singh sekali-kali tidak berani untuk mengulangi tuduhan tersebut diluar Parlimen (kerana beliau ada kekebalan dalam Parlimen).Kita sedar ada juga umat Melayu yang mempercayai kata-kata anak Karpal Singh ini kerana minda mereka telah di sumbat dengan kebencian kepada pemimpin bangsa sendiri,walaupun tiada bukti yang membuktikan tuduhan tersebut.

Usaha ini diteruskan dengan pelbagai kaedah. Terbaru dengan menganjurkan perhimpunan Gerakan Mansuhkan ISA (GMI). Dari 589 orang yang ditahan oleh pihak berkuasa sewaktu perhimpunan tersebut ,583 daripadanya adalah orang Melayu. Ada yang berusia baru 13 tahun ! Mereka ini di momokkan dengan slogan Kerajaan BN yang diterajui oleh orang Melayu adalah zalim! Mereka ini adalah bangsa Melayu....yang terpaksa menahan balingan batu dan sepak terajang mereka adalah pihak berkuasa yang majoritinya adalah orang Melayu! Di belakang mereka ini berdiri pemimpin-pemimpin pembangkang yang bukan Melayu menyeru orang Melayu membenci kepimpinan orang Melayu!

Di Rembau isu pengambilan tanah di Chembong oleh KTMB laluan keretapi berkembar telah dijadikan mainan politik untuk menyemaikan kebencian rakyat kepada kepimpinan Melayu di Negeri Sembilan. Kita faham kalau perkara ini dimainkan oleh pembangkang kerana itu memang kerja mereka tetapi yang tidak boleh diterima apabila Ketua UMNO Bahagian Seremban juga turut campur tangan dalam memainkan isu berkaitan dengan pengambilan tanah di Chembong. Apa perlu beliau turun ke sana? Beliau hanya Ketua Bahagian UMNO di Seremban dan Chembong bukanlah dalam kawasan dalam bahagian Seremban untuk beliau campur tangan?


Dato' Ishak bergambar bersama dengan ahli AMK,PKR di Chembong


Yang paling tak sedap didengar adalah apabila Ketua UMNO ini turun di Rembau , beliau bersama Cikgu Bad, Ketua AMK PKR Negeri pergi berjumpa orang kampung di Chembong. Turut dimaklumkan bahawa beliau di depan khalayak ramai dan ahli-ahli pembangkang mengatakan wakil rakyat BN Chembong dan Menteri Besar Negeri Sembilan tak tahu buat kerja. Aduh! Kenapa pemimpin UMNO sendiri mahu melemahkan kepimpinan Melayu di Negeri Sembilan?

Persidangan Perwakilan Bahagian Rembau baru-baru ini berlaku pertelagahan apabila ada perwakilan dari Cawangan Mampong Perigi Jernih secara biadap berteriak kepada Menteri Besar ( yang juga Ketua UMNO Bahagian Rembau) semasa beliau berucap merasmikan Mesyuarat Bahagian. Isu yang berkaitan adalah isu pengambilan tanah tersebut. Apa yang berlaku menunjukkan ahli UMNO sendiri sudah mula biadap dan membenci pemimpin mereka sendiri. Firasat KERISMUDA ini adalah kesan dari tindakan pemimpin UMNO sendiri yang mahu melemahkan kepimpinan UMNO sendiri.Sudahlah pembangkang dari setiap sudut cuba untuk mewujudkan kebencian rakyat kepada pemimpin UMNO tetapi apabila pemimpin UMNO sendiri juga turut bersama berusaha unuk mewujudkan kebencian tersebut, keadaan diihat sudah menjadi parah!

Atas dasar prinsip KERISMUDA dengan ini secara tegasnya membantah tindak-tanduk Ketua UMNO Bahagian Seremban dan akan melawan sebarang usaha untuk melemahkan kepimpinan Melayu di Negeri Sembilan!

6 comments:

ANAK MELAYU SEREMBAN said...

Aku hangin betoi la ngan si sahak nie.... Apa dia nak tah!??? Aku pun tak paham... Nak "JALAN" kot orang tua nie...!!! Woi kawan kawan semua... kumpulkan la semangat, azam yg kuat & jitu, dan tanamkan rasa nak jatuhkan penderhaka bangsa MELAYU di Bahagian Seremban nie di pilihan BAHAGIAN SEREMBAN yang akan datang nie..!!!! Aku terrrrrringginnnn sangat tengok siBOTAK TUA nie tersungkur di gelanggang dia!!!!

Anonymous said...

BODOH BETUL LA SAHAK TUA TERKUTUK LAHANAT KETURUNAN ANAK HARAM.WOI SAHAK KO TU DAH TUA INGAT LA KUBUR JANGAN DOK NAK MENIPU JER KERJA KO KAT SEREMBAN NI WAHAI SAHAK YANG SIAL.

Anonymous said...

DATUK SAHAK ISMAIL KONONNYA MEMBANTU RAKYAT DEY CHIT PODAH LA SAHAK TUA TERKUTUK HENTIKAN SAJA SANDIWARA KO TU.YANG KO SIBUK PEGI BAHAGIAN REMBAU BUAT PE SEREMBAN PUN KO TAK JAGA ABIS DAH KO TIPU DAH,SEKARANG NI KO NAK TIPU LAK OANG REMBAU HAHAHAHAHAHAH SAHAK TU TERKUTUK NYAH KO DARI SEREMBAN,DAH TUA TAK SEDAR DIRI PANDANG POMPUAN SAMPAI TERKUAR BIJI MATO KENA LAK JANDA.

Anonymous said...

DATUK SAHAK ISMAIL KONONNYA MEMBANTU RAKYAT DEY CHIT PODAH LA SAHAK TUA TERKUTUK HENTIKAN SAJA SANDIWARA KO TU.YANG KO SIBUK PEGI BAHAGIAN REMBAU BUAT PE SEREMBAN PUN KO TAK JAGA ABIS DAH KO TIPU DAH,SEKARANG NI KO NAK TIPU LAK OANG REMBAU HAHAHAHAHAHAH SAHAK TU TERKUTUK NYAH KO DARI SEREMBAN,DAH TUA TAK SEDAR DIRI PANDANG POMPUAN SAMPAI TERKUAR BIJI MATO KENA LAK JANDA.

Anonymous said...

bodoh punye Sahak!

mantan ketua cwgn said...

hutang 2 juta tipu ornag tak nak bayar,konon jadi hero ibu tunggal tapi dah lebih 20 thun jd ketue bhgn(nasib md nur dan yb mustapa terkucil psl kebodohan sendiri), 15thun jd wakil rakyat apa dia buat? skrang baru terhegeh2 nak bantu konon. sudahlah drama lama, org dah masuk zaman era millenium dan tak makan tipu org tua ni.hal tanah tu rasanya dah diurus oleh kerajaan negeri dan banyak pihk terlibat yg sipenipu ni sibuk nak juang nasib tanah adat yg nak dimajukan bagi kepentingan orgramai apa ke jadah??? sudahlah nak menipu dan ikut nafsu serakah dan dendam yg tak sudah dan jgn sampai org hilang hormat dan sabar kerana tindakan bodoh seorg bekas yb yg dulu semua tahu jentera anwar aljub. 98' boikot pilihanraya (tak caya tanya zakaria nordin dan org2 lama termasuk md nur awang), 08' pun buat kerja yg sama dan MT bagi hukuman keras lagi dan inikah org layak dipanggil pemimpin??? harap jgn sampai org2 mudo mengamuk sudahlah kerna dah muak dgn provokasi murahan sahak ni.