Wednesday, July 1, 2009

Main Paintball la bebudak ni!

Game Paintball ni berlangsung hujung bulan Mei hari tu. Oleh kerana Kerismuda baru sahaja mendapat gambar-gambar ini, biarlah Kerismuda muatnaikkan gambar kengkawan dalam blog ini.

Pertandingan terbuka Paintball ini di adakan di Star Fresh Agro Resort yang terletak di jalan ke Kuala Pilah. Jemputan dibuat kepada Pergerakan Pemuda UMNO Bahagian Seremban dan tanpa melepaskan peluang Pergerakan Pemuda UMNO menghantar seramai 9 pasukan (7 orang sepasukan) untuk beradu kejantanan di sana. Team dari Lenggeng dapat no. 2. Ada yang dapat saguhati aje. KIRA OK LAH TU! Training tak, Rehearsal pun tak,boleh dapat no.2 ....OK LE JUGAK.

Pemuda yang terlibat dalam pertandngan ini nampaknya gembira,bercerita pasal Paintball hampir sebulan barule cerita pasal paintball ni reda.

Dalam suka gembira itu ada juga yang menyatakan mendapat pengajaran dari permainan Paintball ini. Ini sudah bagus! Dapat baca yang tersirat dari apa yang tersurat! Kata mereka:

  1. Perlu ada kerjasama dan persefahaman antara kita. Kalau tak musuh dengan mudah mengalahkan kita.
  2. Perlu ada perancangan untuk menang. Kamikaze aje tak boleh.Kamikaze semata-mata. BENG! peluru cat dah kena!
  3. Perlu ada keberanian nak menang. Peluru datang macam bertih! Ada yang tak berani keluar dari persembunyian. Bayangkanlah peluru betul!Nak bergerak pun takut! Sebab itu kena salute dengan perajurit kita yang bertarung dengan peluru hidup!

Alhamdulilah dalam suka-suka tu dapat jugak pengajaran. Pengajaran seperti ini dapat diaplikasikan dalam kehidupan harian kita. Itu sebenarnya yang kita mau!

Budak pemuda ni kena berlatih menembak supaya dapat membidik tepat. Mungkin jika ada rezeki barisan pemuda ini nak di hantar berlatih menembak di Lapang Sasar Mantin pula InsyaAllah!

Kepada para belia dan pembaca blog yang budiman . Jom sertai aktiviti pemuda UMNO Seremban! Banyak aktiviti menarik yang ingin dirancangkan sebab kita mahu keluar dari kepompong aktiviti tradisi!Jom join!






Bila kamera ada di depan mulalah Sdr Azreen bergaya. Tengok dia punya gaya...macam Terminator Salvo la pulak! Tapi ikut ceritanya dia le mule-mule kene tembak. Jangan kalah gengsi beb!



















Inilah barisan kita....yang ikhlas berjuang!


Lepas ni kita masuk gelanggang pulak.... Addduh nervousnya! (urut dada)



Udah rupe macam askar Trojan le pulak !



Woi! Sana cket! Aku nak masuk jugak....peluru datang bertalu-talu tu!
Take cover! Take cover! Take cover.... Game over dah?


Ketua Pemuda UMNO Dusun Nyior, Sdr Azriq menerima hadiah saguhati

0 comments: