Wednesday, July 1, 2009

Mari kita mainkan peranan seperti yang disarankan oleh Perlembagaan UMNO

Anonymous said....

Ese banggo nengok aktif boto S/U Pemudo ...boto2 buek kojo ...harap nawaitu dio botolah ..caro eh macam nak jadi calon wakil rakyat ...
Tapi tengoklah ...dio buek kojo ..Ehsan akan ambik pujian ..S/U ni osah boto tak reti baco politik Ehsan ..tapi kito baco yang baik jelah ....haritu bertanding kalah ...tak paham2 lai ko ...

Ahli GEBOK
May 26, 2009 11:14 AM


Anonymous said.....

Kengkawan,

Bagus blog pemuda Seremban ni. Banyak bukti yang menunjukkan pemuad Seremban ni committed untuk membantu rakyat. Alhamdulliallah !!
Tapi yang peliknya, mana kawan pun dah confused. Siapa sebenarnya KP Seremban ni. Saudara Halim je yang nampak. Kalau ikut tanggungjawab, ini semua bukan kerja S/U pemuda. Diharap KP Seremban ni sudah-sudahlah kejar kontrak sana sini. Turunlah membantu kawan-kawan yang lain. Dulu beria benar nak jadi KP. Sebenarnya dia ni tau tak apa tugas dia sebenarnya. Sebagai KP, bukannya kerja mengarah orang je. Ketua kena dicontohi dan bukan sibuk buat hal sendiri.

Budak Gebok
June 30, 2009 9:15 PM



Di atas adalah komen yang diterima dari seorang Anonymous pada tarikh yang berlainan.Namun adalah dipercayai datang dari orang yang sama.

Ahli Gebok atau Budak Gebok , nama samaran yang di pakai ketika memberi komen, terus-terusan mempertikaikan Ketua Pemuda Sdr Shahrul Ekhsan. Komen-komen ini diambil dalam posting gerakan/ aktiviti amal pemuda yang dimuatkan dalam blog ini.

Sebenarnya Ahli atau Budak Gebok ini mungkin dah lama tak baca Perlembagaan UMNO dan Peraturan Pergerakan Pemuda UMNO. Oleh itu, meh kita hayati beberapa petikan Perlembagaan UMNO serta Peraturan Pergerakan Pemuda UMNO.

Pertamanya, Fasal 3.4 Perlembagaan UMNO tentang Asas dan Tujuan UMNO menyatakan

“Mempertahankan kedaulatan rakyat dan keadilan sosial dengan mengamalkan Sistem Pemerintahan Demokrasi Berparlimen serta memajukan ekonomi rakyat Melayu dan Bumiputera khasnya dan rakyat Malaysia amnya”

Keduanya, Fasal 6.1.6 Perlembagaan UMNO tentang tangungjawab ahli UMNO menyatakan

" Berkhidmat kepada orang ramai"

Ketiganya, Fasal 3.1 Peraturan Pergerakan Pemuda UMNO menyatakan

“Menggalakkan ahli-ahlinya mengambil bahagian secara aktif dalam lapangan agama,politik,pendidikan,ekonomi,kebudayaan,sukan dan kebajikan masyarakat”

Sdr Shahrul Ekhsan amat faham tentang tugasnya sebagai ahli dan juga selaku Pemimpin Pergerakan Pemuda. Acapkali dalam mesyuarat Ahli Jawatankuasa Pemuda UMNO Bahagian beliau menyatakan penekanan beliau untuk membela nasib untung rakyat seperti dalam Perlembagaan dan Peraturan Pergerakan Pemuda UMNO.

Sdr Halim juga memainkan peranan mengikut Perlembagaan dan Peraturan dan selaku PSU beliau mengambil amanat ketua untuk membela masyarakat secara serius.Fasal 12.10.4.1 Peraturan Pergerakan Pemuda menggariskan bahawa tanggungjawab Penolong Setiausaha (pemuda) adalah “ Bertanggungjawab kepada Ketua Pemuda UMNO Bahagian..”

Dalam hal ini Sdr Shahrul dan Sdr Halim sedang menjalankan tanggungjawab sebagai ahli dan pemimpin UMNO. Adakah itu perlu dipertikaikan lagi?

Kepada Ahli dan Budak Gebok. Jangan kita terus-terusan berpolemik. Jom kita berkhidmat kepada masyarakat seperti yang disarankan oleh Perlembagaan dan Presiden kita!

2 comments:

pemudo sban gak said...

boto kato halim tu dan setuju sangat apo yang dikato. ekau jgn jadi mcm anjing menyalak yo kojo budak gebok tapi tak ado kojo lain ko? bantulah pemudo baru ni dan den tengok tak macam pemudo yg dah lopeh2, semua jadi pak turut yo. apo pun den tabik spring pada barisan pemudo baru ni. hidup umno!!

Anonymous said...

budak gebok tu jeles dgn barisan pemuda yg baru jadi dia hentam ler barisan pemuda yg baru.senang kata dia xdpt dok kat jawatankuasa bahagian tu yang dok melalak tu.