Wednesday, September 23, 2009

Mengapa Tan Sri Isa tidak boleh jadi calon?


EDISI PILIHANRAYA KECIL BAGAN PINANG N31



Hari penamaan calon bagi PRK Bagan Pinang telah ditetapkan pada 3-10-2009. Setakat ini persoalan yang bermain-main di minda warga BN Bagan Pinang siapakah calon BN yang akan diletakkan untuk bertanding di Bagan Pinang.

Barisan kepimpinan UMNO Telok Kemang telah mengambil resolusi untuk menghantar satu nama sahaja iaitu nama Tan Sri Mohd Isa Hj Abd Samad . Tan Sri Muhyiddin pula kata beri 2 atau 3 nama lain untuk dipertimbangkan. Semalam Tun Dr Mahathir dilaporkan berkata" Jangan letakkan Tan Sri Isa kerana dia telah didapati bersalah oleh UMNO dalam kes politik wang. Meletakkan beliau menunjukkan UMNO tidak serius dalam membanteras politik wang".

Sebenarnya banyak spekulasi yang ada dalam isu pemilihan calon ini.Ada yang mengatakan wujud pihak dalam UMNO sendiri yang tidak mahu melihat Tan Sri Mohd Isa mempunyai platform untuk naik semula dalam politik.Ada yang mengatakan TanSri Mohd Isa tidak mempunyai profil calon yang bersih. Kata mereka apa yang berlaku di Permatang Pasir harus dijadikan teladan.


KERISMUDA berpandangan antara pemimpin di Telok Kemang yang paling banyak mengetahui masalah dan keadaan masyarakat adalah TanSri Mohd Isa sendiri. Selama 20 tahun beliau menjadi Menteri Besar NSDK kawasan Telok Kemang adalah cukup terjaga.

Benar, beliau pernah di dapati bersalah oleh Lembaga Disiplin UMNO. Namun beliau menerimanya sebagai "gentleman" dan menjalani hukuman beliau. Semasa menjalani hukuman beliau tidak pernah putus asa atau berhenti dari membantu UMNO/BN dalam kempen Pilihanraya. Beliau tidak pernah terjun dari kapal UMNO macam Pak Brahim Ali. Beliau beristiqamah dan redha apa yang berlaku.Atas ketabahan beliau tersebut , hukuman penggantungan keahlian ditarik balik dan kini beliau adalah ahli dan pemimpin UMNO yang mempunyai hak untuk dicalonkan sebagai wakil rakyat selaras dengan Perlembagaan UMNO sendiri.

Apa yang berlaku pada diri Tan Sri tidak ada kena mengena dan tidak akan memberi kesan kepada hal ehwal masyarakat di Bagan Pinang pun sekiranya beliau terpilih selaku calon wakil rakyat. Malah dengan pengalaman beliau yang luas, beliau dijangka berupaya untuk membantu rakyat di Bagan Pinang.

KERISMUDA faham. Keputusan siapa calon yang akan bertanding terletak di tangan Majlis Tertinggi. Sekiranya Tan Sri Mohd Isa tidak terpilih sekalipun KERISMUDA percaya beliau tidak akan kecewa atau putus asa macam pemimpin-pemimpin UMNO yang lain. (tengok je le contoh di Bahagian Seremban masa PRU-12 yang lalu).Tetapi jangan kita bawa persoalan dan persepsi tentang beliau didapati bersalah sebagai alasan untuk mengatakan beliau tidak layak untuk menjadi calon. Itu tidak adil bagi Tan Sri Mohd Isa. Semua itu adalah proses disiplin parti bukannya undang-undang dan beliau telahpun secara akur menjalani proses tindakan disiplin tersebut. UMNO dewasa ini kelihatan seolah-olah terlalu takut terhadap apa yang kononnya persepsi masyarakat sedangkan persepsi yang dikatakan itu kadang-kadang langsung tidak wujud pun. KERISMUDA berharap agar Majlis Tertinggi membuat keputusan yang sewajarnya dalam perkara ini.

Apapun,Pergerakan Pemuda UMNO Bahagian Seremban akan turun membantu rakan-rakan di sana waimma siapapun diletakkan sebagai calon wakil rakyat BN kelak!

3 comments:

PADANGBOLA said...

harap isa jadi calon...isa yg terbaik untuk bagan pinang

Anonymous said...

apappun kita harus reda pada ketentuan TUHAN dalam siapa yang bakal menjadi calon. siapa pun tiada masalah tapi yang penting kemenangan yang besar pada parti harus diutamakan kerana pemimpin datang dan pergi tapi kemenangan parti keramah melayu harus mendahului sesiapa sahaja yang yang bakal dicalonkan bagi menaikkkan imej serta semangat ahli UMNO serta kepercayaan rakyat amnya.semua diharap akan jitu bertugas bagi memastikan kemenangan di bagan pinang.

kerismuda said...

Kalau KERISMUDA di beri peluang untuk beri pandangan memang Tan SriMohd Isa calon yan terbaik di Bagan Pinang. setuju dengan Padang Bola di atas.

KERISMUDA juga berpandangan isu tindakan disiplin itu juga x sepatutnya jadi kriteria untuk menidakkan Tan Sri dari diletakkan sebagai calon

KERISMUDA juga berpandangan Bagan Pinang x same dengan Permatang Pasir atau Kuala Terengganu. Tan Sri Isa x same mcm Rohaizat atau Wan Farid.

KERISMUDA faham keputusan meletakkan calon yag akan diketahui 29-9-09 ini terletak pada tangan MT.

Cume KERISMUDA nak tau kalaulah Tan Sri Isa x terpilih adakah Bagan Pinang akan bersedia tanpa dia?