Wednesday, November 18, 2009

KONVOI 61 DUN AMPANGAN

Pada 7-11-2009 yang lalu, suatu aktiviti konvoi bermotor Belia DUN Ampangan telah dilaksanakan. Aktiviti konvoi bermotor yang julung-julung kali di adakan khas untuk para belia dianjurkan secara bersama oleh Sekretariat Bersama DUN Ampangan yang didokong oleh Sekretariat Belia DUN Ampangan, Jawatankuasa (Penaja) MAYC Kawasan Seremban,Pergerakan Pemuda UMNO DUN Ampangan,Pergerakan Puteri DUN Ampangan dengan kerjasama dari Jabatan Belia & Sukan Negeri, Jabatan Keselamatan Jalan Raya(JKJR) dan Polis DiRaja Malaysia (PDRM).



Laporan dalam Sinar Harian mengenai aktiviti konvoi Belia DUN Ampangan

Konvoi yang melibatkan 61 orang belia dan 61 buah motor berkuasa dibawah 135cc telah dilepaskan oleh Puan Wan Salwati Hj Abdullah, pegawai khas kepada Menteri Belia dan Sukan merangkap Ketua Puteri UMNO Bahagian Seremban dari Pusat Khidmat BN DUN Ampangan dan bergerak melalui Rembau,Tampin, Alor Gajah, Ayer Keroh dan Bandar Hilir di Melaka. Terdapat 4 check point di tetapkan dalam konvoi ini iaitu di Dataran Rembau, Kawasan Rehat Tampin, Dataran Alor Gajah dan Kompleks Belia dan Sukan (KOMBES), Ayer Keroh Melaka. Di setiap check point, peserta konvoi diberikan tugasan yang berlatar belakangkan pengetahuan kenegaraan dan di check point akhir (di KOMBES Ayer Keroh) semua peserta telah bersama-sama menyiapkan logo 1 Malaysia.

Sebelum majlis penutupan yang di rasmikan oleh Sdr Abdul Halim selaku Pengerusi Program, semua peserta telah di bawa duduk di bilik kuliah mendengar ceramah bertajuk "Belia dan Negara" yang disampaikan oleh Tuan Mohd Faizal bin Abas, penceramah dari Biro Tatanegara, Negeri Sembilan.

Menurut Sdr Mohd Zairi Abdul Razak, Ahli Jawatankuasa Pemuda UMNO Bahagian Seremban merangkap Sekretariat Belia bagi DUN Ampangan yang dilantik oleh Kerajaan Negeri , program seumpama ini adalah sesuai dengan citarasa anak muda sekarang ini yang amat suka dengan aktiviti bermotor. Buktinya banyak permohonan untuk menyertai aktiviti ini sehingga ke saat akhir walaupun pada rancangan mulanya aktiviti ini hanya melibatkan 40 buah motorsikal sahaja.Melalui aktiviti seumpama ini para belia dapat di bawa ke arah yang sihat dan kepada penambahan pengetahuan tentang negara serta penghayatan tentang konsep 1 Malaysia yang diperkenalkan oleh PerdanaMenteri .

Puan Wan Salwati memberi ucapan perasmian aktiviti di Pusat Khidmat BN DUN Ampangan


Peserta konvoi memberi tepukan gemuruh pada acara perasmian

Peserta mendengar taklimat keselamatan dari ASP Abdul Halim Hamzah dari Ibu Pejabat Kontinjen Trafik PDRM ,NSDK

Antara anggota Trafik PDRM yang mengiringi konvoi

Di Check Point Kawasan Rehat Tampin

Taklimat semasa oleh Korporal Rahman PDRM di Dataran Alor Gajah,Melaka

Peserta menyempurnakan tugas "1 Malaysia" di KOMBES Ayer Keroh,Melaka

Abdul Halim Lokman selaku Pengerusi Program dalam ucapan perasmian penutupan. Kelihatan ASP Abdul Halim dan Sdr Rosdi Mohd Nor wakil dari Jabatan Belia & Sukan NSDK

Bergambar kenangan beramai-ramai di KOMBES Ayer Keroh,Melaka

Bergerak pulang melalui Bandar Hilir,Melaka diiringi oleh PDRM

Konvoi ini kemudiannya bergerak pulang ke Ampangan melalui Bandar Hilir dan Masjid Tanah. Peserta konvoi sampai semula dengan selamat di Ampangan pada jam 6.00 petang. Pihak penganjur merakamkan setinggi penghargaan dan terima kasih kepada Puan Wan Salwati , En Baharuddin bin Jali, ASP Abdul Halim bin Hamzah, warga kerja Jabatan Belia dan Sukan Negeri, anggota PDRM yang terlibat dalam menjayakan konvoi ini. Juga kepada Jabatan Keselamatan Jalan Raya atas sumbangan topi keledar dan vest keselamatan dan kepada semua barisan urusetia yang telah bertungkus lumus dalam menjayakan aktiviti ini.

P/S. Angka 61 dimaklumkan mempunyai makna tersendiri. 61 peserta konvoi,61 motorsikal,Negeri Sembilan menjadi juara Piala Malaysia setelah 61 menanti dan YTM Tuanku Mukhriz di tabalkan menjadi Yam Tuan Besar pada umur 61 tahun-KERISMUDA.

5 comments:

Anonymous said...

salam aidil adha pada rakan pemuda seremban...
tanya sikit ket saudara zairi abdul razak..
bukan anda di pilih oleh pemuda bhg untuk jadi penyelaras belia bagi dun ampangan...

Anonymous said...

betul,tapi tahu buat kerja bodoh tak mcm kau main tolo kp baru nak buat kerja,ada rm baru nak buat kerja,pemuda apa kau ni,bodoh kau tengok p.belia dun sikamat apa di buat cakap bukan main pun kp bahagian pilih satu kerja tak buat,masa pr yg lalu ikut pkr nama dalam spr ada ke tidak.tahu buat kerja sudahlah bodoh,bukan buat kerja nak isik perut sendiri tapi buat kerja untuk kawan2 di dun ampangan, kau apa yang ada buat kat dun sendiri bodoh. zairie buat buat keja bukan nak ampu diri sendiri tapi tanggung jawab dia buat keja la ngok

Anonymous said...

p.belia nama pun xder dalam spr dia ahli umno ker atau ahli pkr..?aku rasa dia ni masih lagi ahli pkr dan menjadi tali barut pkr senang kata kiri kanan dia makan.ahli umno pun bukan spr pun x daftar lagi ..

Anonymous said...

cakap bukan main sana buat,sini buat,sana kenal,sini kenal,dalam sinar dah keluar botak ni buat kerja tak siap orang taman dah mula tanya siapa kontrator ni kat ketua cawangan......

Anonymous said...

dengarnya budak yg buat kerja tak siap tu dari ampangan,ketua pemuda cawangan dalam dun ampangan,buat malu saja kat pemuda dun ampangan.lepas ni jgn bagi kerja kat budak ni lagi baik baik bagi kat orang yg ada otak dan tahu buat kerja baru boleh siap,ni tak sana tak siap,sini tak siap,