Friday, August 13, 2010

Ungu - Andai Ku Tahu

Sekadar buat renungan kita bersama dalam mengharungi kehidupan duniawi yang sementara ini. Renung2kanlah serta marilah kita sama-sama bermuhasabah diri atas KEESAAN ALLAH kepada hambanya yakni kita hamba yg terlalu kerdil yang tiada daya dan upaya melainkan segalanya dengan kehendak dan keizinan ALLAH S.W.T.

Salam Ramadan dari Ketua Pergerakan Pemuda UMNO Bahagian Seremban

Syukur alhamdulillah bertemu kita kembali Ramadan 1431H yang mulia ditahun ini dan Allah terus merahmati dan memberikan keizinan untuk kita semua menikmati kelazatan berpuasa serta memperbaiki diri dalam usaha menentang hawa nafsu serta menginsafi akan kekurangan dan ketidaksempurnaan saudara sesama kita dalam kehidupan yang sementara ini.

Dikesempatan ini ingin saya mengucapkan selamat menjalani ibadah puasa pada seluruh warga muda serta keluarga semoga kita bersama mengambil ruang serta peluang dibulan yang penuh dengan hikmah yang dijanjikan Allah yang hanya datang sekali dalam setahun bagi memperbaiki diri serta mengandakan amalan untuk bekalan dunia dan akhirat. Kepada sahabat semua, rebutah peluang keemasan yang ada bagi kita bermuhasabah diri serta melihat sekeliling kita apa yang perlu untuk kita laksanakan kearah yang lebih menambahbaik akan diri kita sendiri dalam kehidupan. Marilah sama-sama kita mengisi sebaik mungkin dengan amalan serta aktiviti-aktiviti yang lebih berfaedah dalam membantu anak bangsa yang lebih memerlukan perhatian serta bantuan yang diperlukan.

Bersandarkan kepada kebiasaan, saya yakin ramai pihak mahupun pertubuhan atau badan-badan tertentu berbondong-bondong akan melaksanakan kerja-kerja amal seperti kebiasaan sepanjang bulan ini dan Pemuda Seremban sendiri telah mengadakan perancangan serba sedikit bagi pengisian aktiviti-aktiviti sepanjang bulan Ramadan yang mulia ini mengikut kemampuan yang ada dan akan diwar-warkan didalam blog ini kelak untuk makluman semua.

Pada seluruh warga muda, marilah kita bersama-sama mengambil peluang sepenuhnya bagi menghayati hikmah sepanjang Ramadan ini sebaik mungkin kerana belum pasti kita akan berkesempatan bagi menemuinya ditahun-tahun yang bakal mendatang. Selamat menjalankan ibadah berpuasa serta mengerjakan solat tarawih pada malam hari dan juga amalan-amalan yang sesuai untuk kita rebut dibulan yang penuh dengan kenikmatan dan keberkatan yang dijanjikan Allah S.W.T.



Salam hormat.

Shahrul Ekhsan Hj Osman

Wednesday, February 24, 2010

Hujung Minggu ni.. Jom Futsal, Jom Takraw!



Salam perjuangan kepada semua.
Pemuda UMNO Bahagian Seremban nak menjemput semua sahabat-sahabat dan para pembaca budiman untuk bersama dalam pertandingan FUTSAL merebut Piala MBNS. Pertandingan ini adalah anjuran bersama semua gerakan sayap muda BN iaitu MIC,PPP,MCA ,Gerakan dan UMNO Parlimen Seremban.
Sebanyak 126 pasukan FUTSAL bakal berentap merebut Piala tersebut. Perasmian pembukaan akan dirasmikan oleh YAB MBNS iaitu pada 27 hb dan perasmian penutup dan penyampaian hadiah akan dilaksanakan oleh Ketua Pemuda Malaysia Sdr Khairy Jamaluddin pada 28hb jam 6 ptg. Pertandingan akan diadakan di Kompleks Belia dan Sukan Paroi.

Hadiah cukup lumayan. Tempat Pertama RM 3000 Kedua RM 2000 dan Ketiga RM1000 hingga tempat ke lapan pun ada hadiah. Datang beramai-ramai! Jom FUTSAL kito!




Ok, kepada peminat Sukan Sepak Takraw pula, KERISMUDA juga nak maklumkan tentang suatu Pertandingan Takraw Belia Terbuka anjuran Persatuan Kelab-Kelab Belia Malaysia (MAYC) kawasan Seremban yang akan diadakan di Gelanggang Centre Court, Kompleks Sukan Stadium Paroi. Dengarnya sebanyak 50 pasukan akan berentap untuk merebut Piala Pusingan Pertandingan. Ada pasukan dari Kelantan, Selangor , Pahang, Melaka dan Johor akan turut sama beradu kekuatan dan nasib di pertandingan itu.

Pertandingan ini akan dirasmikan oleh YB Abd Samad Exco Pembangunan Modal Insan, Belia dan Sukan Negeri. Siapa yang nak tengok servis lempang dan servis kuda datanglah ke Centre Court pada 28-02-2010 bermula dari jam 8.30 pagi. Sejak Piala Isa dah tak di anjurkan dan dengarnya sejak Persatuan Sepak Takraw Negeri Sembilan dibubarkan tiada lagi pertandingan peringkat kebangsaan di adakan. Inilah yang paling dekat dengan peringkat kebangsaan. Peminat yang dahagakan aksi lipat melipat -Jom ke Centre Court kita!

Thursday, February 11, 2010

CERITA ORANG KEMPUNAN....

Ekau nak lawan sapo? Habih semuo ekau nak lawan. Raja pun kau derhaka!


Nampaknya Nizar tidak boleh lagi menerima kenyataan bahawa dia bukanlah Menteri besar Perak. 5-0 cukup bulat keputusan Mahkamah Persekutuan yang mengesahkan DS Dr Zambry yang sah menjadi Memanda Menteri bagi Negeri Perak.
Nizar kata negara ini sudah menjadi negara Monarki Mutlak. Dalam erti kata lain dia marah dia dilucutkan jawatan oleh YTM Sultan Azlan. Apabila Mahkamah mengesahkan penglucutan itu katanya keputusan sebenar terletak kepada Mahkamah Rakyat. Bukan ke dia yang bawak kes ini dulu ke Mahkamah. Apabila Mahkamah dah buat keputusan dia kata keputusan patut dibuat oleh rakyat.
Apa cerita belit-belit ni Nizar. Setahu umum kau ada darah keturunan Cina aje! Sebenarnya ini semua cerita orang kempunan....
Berhentilah berpolemik. Selama PR memerintah rakyat dapat polemik aje bukan kemajuan. Biar BN yang perintah kemajuan dapat manfaat dapat.

Friday, February 5, 2010

SKETSA: CAN I F***K YOU TODAY ? WHAT?

Kriiiuk! Bunyi kedengaran apabila pintu bilik kondominium no. 11-5-1 di buka. Kelihatan seorang pemuda berkulit cerah sedang memegang dokumen masuk ke bilik kondo tersebut. Pergerakannya nampak tergesa-gesa, mungkin kerana sampai lewat dari sepatutnya. Dalam bilik kondo itu kelihatan seorang lelaki yang berusia lebih separuh abad sedang duduk di meja makan. Lelaki tua tersebut terus menoleh ke arah pemuda itu apabila mendengarkan pintu kondo tersebut di buka.

HAH DAH SAMPAI PUN! CEPAT! MARI DUDUK DEPAN NI! BANYAK PERKARA NAK “BUAT” HARI INI! Getus lelaki tua tersebut. Mendengar getusan lelaki tua yang lebih separuh abad usianya itu, pemuda itu terus bergegas dan duduk di hadapan lelaki tua tersebut. Dengan segera dokumen yang dibawanya di berikan kepada lelaki tua tersebut.

Lelaki tua tersebut melihat dokumen yang dibawa oleh pemuda tersebut satu-persatu. Sesekali lelaki tua itu bertanya sesuatu kepada pemuda tersebut. Pemuda tersebut cuba menjawab setiap persoalan yang diajukan oleh lelaki tua tersebut sebaik mungkin.

Tiba-tiba lelaki tua tersebut meletakkan dokumen-dokumen yang diperiksanya tadi di atas meja. Dia terus merenung pemuda tersebut sambil bulu keningnya terangkat-angkat. Kelihatan dada lelaki tua tersebut berombak-ombak seraya merenung pemuda di depannya. Lagaknya seakan-akan seekor kucing jantan yang sedang merenyam.

“ CAN I FUCK YOU TODAY? Tanya lelaki tua itu terus kepada pemuda tersebut. Bagaikan terkena air panas pemuda tersebut terus tersentak. Dalam hatinya penuh persoalan bagaimana mahu menjawab soalan lelaki tua yang lagaknya seakan kucing merenyam ini. Orang yang selama ini dianggap sebagai Bos. Orang yang selama ini jua yang memberikannya gaji yang banyak walaupun dirinya tiada kelulusan Universiti.

Dato Seri, Saya tak mahu! Jawab pemuda tersebut. Mendengar jawapan pemuda tersebut, lelaki tua itu terus melenting dan dengan lantang menyergah pemuda tersebut, “WHAT?”

Terkedu pemuda tersebut apabila di sergah oleh lelaki tua tersebut. Ketakutan dan rasa panik dengan segera menyelubungi diriya.

KAU MASUK DALAM BILIK MASTER BEDROOM ! Di sebabkan rasa ketakutan pemuda tersebut memasuki bilik utama kondo tersebut.

Lelaki tua tersebut bingkas bangun dari kerusi meja makan dan menuruti pemuda tersebut masuk ke bilik tidur utama. Apabila di dalam bilik, lelaki tua dengan segera menutup langsir bilik dan menutup lampu bilik.Gelap samar keadaan dalam bilik itu jadinya!

PI BASUH PONGGONG HANG DALAM BILIK AIR NU! Kata lelaki tua tersebut. seolah-olah dia tahu pemuda tersebut telah terkucil dalam seluar akibat di sergah tadi.Akibat takutkan lelaki tua itu, pemuda tersebut mengikut tanpa membantah.

Setelah membilas punggungnya dengan air, pemuda itu keluar dari bilik air dengan hanya bertuala. Dalam samar-samar kelihatan lelaki tua tersebut yang hanya bertuala memanggil pemuda tersebut datang ke arahnya. Sebaik sahaja pemuda tersebut tiba dekat dengannya,lelaki tua itu terus merangkul dan memeluk pemuda yang sedang dalam ketakutan tersebut dengan penuh nafsu. Jelas pemuda tersebut tidak dapat menolak serakah nafsu binatang lelaki tua tersebut………

“MY LORD! AT THIS JUNCTURE I REQUEST THIS TO BE HEARD IN CAMERA”, Tiba-tiba kedengaran suara seorang Benggali tua dari belakang sekaligus memutuskan lamunan ghairah (potong stim) pemerhati-pemerhati yang ada dalam galeri Mahkamah…..

Bersambung……..



Sketsa ini dibintangi oleh:-


Sebagai pemuda yang terkucil......



Sebagai lelaki lebih separuh abad yang berselera songsang......

Sebagai Benggali tua pemotong stim


P/S
Sketsa ini ditujukan khas kepada semua pemimpin dan penyokong PKR termasuklah Puan Nurul Izzah bersama ucapan CAN I F**K YOU TODAY? WHAT?

Tuesday, February 2, 2010

Dah Bayar RM 5.7 juta . Nak Apa lagi?

Baru-baru ini kecoh dengan kemelut hutang cukai tanah Yayasan Basmi Kemiskinan Selangor (YBK) yang mencecah jumlah RM 5.7 juta. Kerajaan Negeri Selangor melalui Menteri Besarnya Tan Sri Khalid Ibrahim berhasrat bertindak untuk merampas tanah seluas 312 hektar di Serendah,Rawang milik YBK yang di dakwa telah gagal untuk membayar cukai tanah selama 8 tahun.

Mengikut sumber YBK, tanah seluas 312 hektar tersebut telah diluluskan kepada YBK masa zaman Tan Sri Muhammad Mohd Taib menjadi Menteri Besar. Tujuannya adalah sebagai tapak bagi membangunkan kampus cawangan Universiti Teknologi MARA (UiTM)

Beberapa usaha dibuat oleh YBK untuk mempertahankan tanah tersebut dari di rampas Kerajaan Negeri antaranya memohon penangguhan, memohon bayaran secara ansuran dan banyak lagi. Tetapi cadangan ini ditolak oleh Tan Sri Khalid dan hanya akan memberi ruang jika tanah ini di berikan kepada Kerajaan atau kepimpinan YBK di serahkan kepada proxy Tan Sri Khalid.


Semalam Yayasan Melaka telah membantu YBK dengan melunaskan hutang cukai tanah tersebut dan semua hutang tersebut telah di bayar,namun Tan Sri Khalid memperlekehkan usaha itu dan mahu meneruskan hasrat merampas tanah tersebut.

Undang-undang kata (Kanun Tanah Negara 1960) sekiranya semua cukai terhutang dan penalti telah dibayar, proses perampasan terhenti. Jadi dah bayar RM 5.7 juta,nak apa lagi Tan Sri Khalid?

Sebenarnya ada agenda tersembunyi Tan Sri Khalid untuk mendapatkan semula tanah tersebut dan atau menguasai YBK. Bukan isu hutang sebenarnya tetapi isu hendak mengambil milik. Jelas Menteri Besar PKR ini mahu gunakan undang-undang dan kelemahan YBK untuk menguruskan hutang demi untuk kepentingan agenda mereka. Mereka tidak peduli pun nak bina UiTM ke, tak pedulipun tentang kepentingan pelajaran kepada anak bangsa. Janji agenda berbau politik mereka tercapai.

Itulah senarionya bila pembangkang memerintah. Ada diaorang peduli tentang untung nasib anak bangsa?

Fikir-fikirkan le.

Friday, January 1, 2010

Antara Keuntungan,Islam dan Semangat 1 Malaysia; Selamat Tahun Baru 2010

Selamat Tahun Baru 2010 KERISMUDA ucapkan kepada semua.KERISMUDA berharap dengan kedatangan tahun baru ini kita semua dapat memperbaharui azam dan memperkukuhkan istiqamah agar apa yang dicitakan menjadi kenyataan.
Tahun 2009 menyaksikan berbagai peristiwa yang boleh dijadikan panduan dan tak kurang juga dijadikan sempadan. Namun di penghujung tahun 2009 KERISMUDA sedikit kecewa apabila mendapat perkhabaran tentang dua perkembangan semasa.

Pertamanya, dalam hajat YAB Perdana Menteri untuk menjayakan Gagasan 1 Malaysia, KERISMUDA sedih apabila mendengar perkhabaran tentang keputusan PETRONAS untuk menaja Mercedes dalam gelanggang sukan permotoran F1 sedangkan Malaysia dibawah kepimpinan YAB Perdana Menteri telah mewujudkan Lotus F1 yang dipunyai oleh Proton(Malaysia) dan sememangnya memerlukan penajaan seumpama itu. Mana perginya semangat kebangsaan ,mana perginya semangat 1 Malaysia?Mungkin rakyat biasa sahaja mahu menerima seruan serta semangat 1 Malaysia yang mahu diterapkan oleh YAB Perdana Menteri manakala golongan korporat BANGANG dalam PETRONAS hanya mahu fikirkan keuntungan. Tun Dr Mahathir selaku Penasihat PETRONAS telah menasihatkan kepimpinan PETRONAS untuk memberikan penajaan kepada Lotus FI yang dimiliki oleh Malaysia tetapi nasihat ini telah diabaikan.

Bagi semua individu pelanggan setia minyak PETRONAS mungkin akan tersinggung dengan keputusan kumpulan KEPARAT PETRONAS ini! Langsung tak de semangat cintakan tanahair!Langsung tidak mahu nak hayati semangat 1 Malaysia.

Benarkah perkhabaran yang KERISMUDA terima bahawa di PETRONAS tempat penyokong pembangkang bersarang? Benarkah perkhabaran yang diterima bahawa di PETRONAS ini tempat anak Melayu atau konsultant Melayu yang terasa diri mereka elit dan hebat berada?Lupakah mereka bahawa mereka dapat berada di situ kerana PETRONAS adalah milik Kerajaan yang memerintah, legasi kepimpinan BN sejak 1974 hingga sekarang.

Kepada YAB Dato' Seri Najib, ramai lagi anak Melayu yang bijak pandai dan cintakan tanahair yang mampu, berupaya dan boleh memimpin PETRONAS. Masa untuk PETRONAS di "overhaul"kan ADALAH SEKARANG!

Keduanya, Hakim Mahkamah Tinggi (Bahagian Rayuan dan Kuasa-Kuasa Khas) Lau Bee Lan hari ini juga memutuskan bahawa Gereja Katolik dibenarkan menggunakan perkataan "Allah" dalam akhbar mereka "The Herald " Menurut Hakim tersebut lagi bahawa Gereja Katolik dibenarkan oleh Perlembagaan untuk penggunaan perkataan "Allah" kerana mereka tidak berdakwah kepada orang Islam. Semakan ini dipohon oleh Gereja Katolik kerana pengharaman penggunaan perkataan "Allah" dalam akhbar mereka oleh Kementerian Dalam Negeri (KDN).

Kesan keputusan ini maka mana-mana orang bukan Islam dalam apa-apa tujuan boleh menggunakan perkataan "Allah" selagi mereka tidak mengedarkan kepada orang Islam. Kalau begitu "toilet paper" boleh ditulis perkataan "Allah" selagi ia tidak diedarkan kepada orang Islam.Mungkinkah kita kelak akan dapat melihat kalimah Allah di tapak kasut tetapi kita tidak boleh berbuat apa-apa kerana ia tidak dijual kepada orang Islam dan pemakainya juga adalah bukan Islam?




Terjaminkah bahawa penulisan mereka ini tidak akan dibaca oleh orang Islam lebih2 lagi kini sudah ada media alternatif (blog,weblog,website) yang boleh dipaparkan di alam maya tanpa mendikriminasi pembacanya adalah Islam atau sebaliknya?

KERISMUDA sedih kesucian Islam diletakkan atas tangan seorang Hakim yang mungkin tidak faham pengertian perkataan "Allah" kepada umat Islam di negara ini .

Sudah tiba saatnya kuasa yang terkandung dalam Perkara 38 (2) (b) Perlembagaan Persekutuan dititahkan oleh Raja-Raja Melayu bagi memelihara kesucian Islam dalam konsep sejagat 1 Malaysia yang disarankan oleh Kerajaan kini!

Salam 1 Malaysia dan Salam Tahun Baru buat semua........


Nota kaki:

PERLEMBAGAAN PERSEKUTUAN PERKARA 3 (1) Ugama Islam ialah ugama bagi Persekutuan; tetapi ugama-ugama lain boleh diamalkan dengan aman dan damai di mana-mana bahagian Persekutuan.

PERLEMBAGAAN PERSEKUTUAN PERKARA 11 (4) Undang-undang Negeri dan mengenai Wilayah-Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur, Labuan dan Putrajaya, undang-undang persekutuan boleh mengawal atau menyekat pengembangan apa-apa iktikad atau kepercayaan ugama antara orang-orang yang menganuti ugama Islam.

PERLEMBAGAAN PERSEKUTUAN PERKARA 38 (2) Majlis Raja-Raja hendaklah menjalankan tugas-tugasnya bagi - (b) Mempersetujui atau tidak mempersetujui supaya apa-apa perbuatan, amalan atau upacara ugama meliputi seluruh Persekutuan.