Friday, July 3, 2009

Draf Cadangan Konsep Pemilihan dan Pindaan Perlembagaan UMNO: Bahagian 1

Berikut adalah Kertas Draf Cadangan Konsep Pemilihan dan Pindaan Perlembagaan UMNO yang di edarkan oleh Setiausaha Agung UMNO ke bahagian-bahagian. Alhamdulilah cadangan KERISMUDA seperti tercatat sebelum ini dimakbulkan.Mungkin kerana pandangan dalam blog ini atau mungkin secara kebetulan UMNO Pusat memang berniat untuk edarkan. Sekarang, kertas konsep ini juga adalah garis panduan dan pihak perbahasan di peringkat bahagian akan lebih terarah. Maksudnya risiko perbahasan keluar tajuk dapat diminimakan.

Oleh itu ahli-ahli semua,baca kertas konsep ini dan bagi pandangan anda! Kita mesti ambil bahagian dalam proses pindaan ini. Kita mestilah jadi sebahagian dari lipatan sejarah. Segala pandangan saudara adalah di hormati. Pandangan saudara boleh diberi sebagai komen di kaki artikel ini atau email kepada kami. Kami akan paparkan pandangan anda dalam Part 2 Artikel ini.



10 comments:

budak ampangan said...

Alamak koram sayap dah jadi 25 orang untuk mesyuarat? Mesyuarat pemuda nak sah kene cari 25 orang pulak dah untuk cukup koram.Dikira pada situasi sekarang ni banyak yang tak dapat bermesyuarat ni sebab tak cukup koram!Jadi payah lah pulak.Patut kekalkan 9.

Anonymous said...

Semua nak jadi ahli seumur hidup? Nak masuk UMNO bayar rm100? Fuh!mahal tu. Budak umur 18 tahun boleh ke cari rm 100? Takan ketua cawangan nak bayar sume! mampos tak ada orang nak jadi ketua cawangan,pemuda,wanita atau puteri!

Anonymous said...

Puteri je ke boleh di naikkan had umur? Minta pemuda pun dinaikkan had umur ke 45. baru le matang. Mesti ramai sokong ni,sebab masih boleh bertanding dan jadi perwakilan walaupun umur dah lebih 40.Umur 45 ni siape yang layak jadi KP cawangan atau bahagian dah kira matang. korum 25 orang pun x de hal sebab KP dah berpengalaman

Anonymous said...

Cadangan ak naikkan jumlah koram pemuda,puteri dan wanita ini dibuat tanpa tengok hakikat sebenarnya apa yang berlaku kat akar umbi. Nak tanya cket mana dia dapat angka 25 ni? Ahli pemuda di setiap cawangan mesti lebih dari 25. Kalau ada 24 ahli tak boleh lagi buat mesyuarat atau kalau baru tak leh taja pemuda. Ini bukan hal koram aje tapi boleh bagi kesan nak tubuhkan pemuda di cawangan. Ni sapelah punye cadangan nih!

Petua (Pemuda Tua) said...

Nampak gayanya proses pemilihan ahli MT dan bahang serta kempen untuk ke jawatan MT nak ditolak ke Bahagian-Bahagian. Persoalannya adakah ia akan menyelesaikan masalah lobi melobi,masalah SI (salam isi) dan politik wang?

Pada situasi sekarang, jumlah perwakilan adalah 191 bahagian x 13 orang = 2483
Campur wakil pemuda,puteri dan wanita = 30 orang. Tak masuk yang menyandang jawatan MT, perwakilan adalah seramai 2513 orang.

Pada situasi sekarang yang berminat nak bertanding jawatan MT kene lobi dan kempen kepada 2513 orang. Walaupun ramai tetapi situasi pemilihan yang lalu menggamarkan x de masalah untuk melobi 2513 orang.

Dengan pindaan ini, hajat nak buat pemilihan dibuat oleh para perwakilan. Katalah 1 bahagian ada seramai 350 orang . 350 x191 bahagian =66850. Dengan ini dijangkakan susah untuk sesiapa yang melobi nak melobi dengan 66,850 orang. Yalah kalau sorang bagi RM 200, cube kalikan RM 200 dengan 66,850. Cecah sampai RM13 juta tuh!

Tapi kene ingat! UMNO nak banteraskan politik wang dengan cara menyusahkan kempen dijalankan. Tapi AWAS kaedah ini boleh backfire!

Hakikatnya di bahagian-bahagian, politiknya amat mudah. Kau orang Ketua Bahagian atau tidak? Yang mana kuat dia akan jadi Ketua Bahagian dan perwakilan bahagian akan majoritinya orang Ketua Bahagian. Ye laa, kalau majoriti bukan orang dia, macam mana dia dapat jadi Ketua Bahagian!.

Ketua Bahagian akan control orang-orang dia. Orang-orang Ketua Bahagian le yang akan mencorakkan undi / pemilihan MT di sesetiap bahagian.

Siapa yang pandai bertanding MT, dia cuma jaga 191 Ketua Bahagian aje! Tak Payah susah2 nak jage sampai 2513 orang seperti sekarang atau nak jage 66,000 lebih orang seperti yang nak dicadangkan sekarang!

Dalam hal ini yang menyandang jawatan menteri akan beruntung dan mempunyai advantage bertanding ahli MT!

Masa ini siape yang jadi Ketua Bahagian akan jadi little Nepoleon/Warlord!

Tak selesai masalah UMNO ni!

orang UMNO said...

Aku sokong dengan pandangan Petua! Ramai yang akan mahu bertanding jawatan ketua bahagian.Yelah sape tak nak rasai manfaat ada "bargaining power" dalam tangan. Beramuk-amuk esok tu nak jadi Ketua bahagian. Betul jugak cakap Petua tu! Bahang dan sepak terajang kempen utk jawatan dalam MT nak di tolakkan ke bahagian.Ini orang atas punye idea la ni suruh orang di akar umbi beramuk-amuk!Pak Menteri-Pak Menteri yang pegang portfolio yang ada projek akan tersenyum lebar. Demokrasi macamana nih. Ini Monopoli!

Satu lagi kriteria nak bertanding mesti ada dinyatakan jelas dalam Perlembagaan.Kalau tak ade nanti ikut suka hati ahli majlis tertinggi nak tetapkan. Kita akan tengok ketetapan yang tidak konsisten nanti. Bila dah jelas, barulah Jawatankuasa Pemilihan Umno (JPU)boleh pastikan krieria tersebut dipatuhi.

Satu lagi JPU mesti bebas buat keputusan dan tidak tertakluk kepada kuasa Majlis Tertinggi.Kuasa Majlis Tertinggi hanya setakat lantik Pengerusi JPU sahaja dan kuasa-kuasa yang lain dinyatakan jelas dibawah perlembagaan atau peraturan yang digubal khas untuk tujuan pemilihan UMNO. Majlis Tertinggi x boleh overrule JPU. Keputusan ttg isu pemilihan diletakkan pada Pengerusi JPU Pusat secaramuktamad dan tidak boleh dirayu kepada MT dsb.

Barulah kredibiliti JPU dapat dilihat sebagai badan yang bertanggungjawab unuk menjalankan pemilihan UMNO.

Apak Sikamat said...

Akum Petua dan orang UMNO,

Kalau cara tu tak berkesan, cara macamana lagi? Kalau kekalkan yang sedia ada amat berleluasa amalan politik wang ni.

Cadangan aku murnikan cara pemilihan UMNO yang dicadangkan.

Pertama, kekalkan kaedah pemilihan jk cawangan sebab pemilihan cawangan x rumit sangat.

Kedua, calon2 untuk jk bahagian juga hanya perlu satu cadangan dan satu sokongan.x perlu datang dari cawangan tapi dari mana-mana ahli berbayar yuran dari mana-mana cawangan. Calon mestilah memenuhi kriteria calon yg dinyatakan dalam Perlembagaan.

Ketiga, penamaan calon dan pemilihan peringkat bahagian di uruskan oleh Jawatankuasa Pemilihan UMNO yang dilantik oleh Perhubungan dgn mandat MT (mestilah yang bebas. Boleh dibuat semasa mesyuarat bahagian). Siapa yag layak mengundi adalah sama ada Jawatankuasa cawangan yang dipilih

Keempat, pemilihan MT juga perlu penamaan di buat. Hari penamaan perlu diadakan. Cukup satu pencadang dan penyokong. Mesti cadangan dan sokongan dari ahli yang berbayar yuran.

Kelima, JPU Pusat periksa kriteria calon berdasarkan Perlembagaan dan menentukan sama ada calon boleh bertanding

Ke enam, kertas undi dibuat dan dihantar ke bahagian-bahagian untuk pengundian serentak 191 bahagian.

Aku rasa macam ni, jika dibuat susah orang atas nak lobi dan susah Ketua Bahagian nak jadi war lord! Barulah demokrasi at its utmost!

The IT Crowd said...

Sokong kalau UMNO buat secara online. it opens up application for the public. Tapi mungki perlu dihalusi kerana kalau tak berbagai kesan boleh timbul, antaranya

By passing kepimpinan cawangan. orang x kenal oleh jk cawangan, tiba-tiba boleh jd ahli.

Boleh disalahgunakan kalau x ada kawalan. Especially musim pemilihan.

Kalu nak buat online, kene ada portal khas. Setiap cawangan diberi ID sendiri dan password kepada 4 pengguna untuk KC, KW,KP dan KPu3. Setiap penjawat ni boleh access portal dengan password dan ID.

Bila bertukar jawatan, password ini boleh ditukar dengan kemukakan bukti penjawat baru telah ambil alih jawatan.Password lama akan diberhentikan accessnya.

Pembayaran kemasukan boleh dibuat melalui kredit card atau mesin deposit dengan menghantar email slip deposit itu ke pusat/portal admin.

Kalau pblic nak mohon masuk satu-satu cawangan, boleh buat application tapi applicaton itu hendaklah digantung sehingga mendapat pengesahan sama ada dari KC,KWC,KPC atau KPu3C. Apabila dapat pengesahan terima barulah di terima. kalau dibantah boleh email semula kepada pemohon untuk tujuan rayuan.

Semua ini perlukan kepakaran IT dalam menguruskan permohonan online. Perlu juga kematangan dan pengalaman IT dikalangan KC,KWC,KPC atau KPu3C.Elok kalau kita cube dan tengok ahli UMNO sudah bersedia ntuk itu atau belum?

Cara lama memang lambat dan kadang-kadang dimusykilkan. Cara online banyak pengetahuan kene ada. Timbang-timbanglah!

moklan said...

Melihat pada deraf & konsep pindaan ini, beban pemilihan diletakkan kepada cawangan.Cawangan kene pilih JK Bahagian dan kemudian JK Cawangan. Keupayaan cawangan terhad dan susah nak kendalikan kedua-duannya. Terhad dari segi nak cukupkan koram dan perlaksanaan mesyuarat. Secara teori kalau ada 100 cawangan takkan nak buat pemilihan untuk JK Bahagian pada 100 tarikh yang berbeza?Hakikatnya nak buat mesyuarat cawangan adalah bersandarkan kepada kebijaksanaan ketua cawangan untuk memilih tarikh dan masa yang sesuai dan kena menimbangkan faktor orang kahwin,orang bekerja dan orang bercuti dan sebagainya.

Adakah cadangannya nak buat serentak? Susah juga atas faktor-faktor di atas.

Cadangan Apak Sikamat tu ada betulnya. Semasa mesyuarat cawangan calonkan sahaja nama ke jawatan JK Bahagian. Pencalonan dikumpulkan dan diserahkan kepada JPU yang ditubuhkan untuk pemilihan JK Bahagian.JPU akan uruskan hari penamaan calon2 JK Bahagian berdasarkan kriteria yang ditetapkan oleh Perlembagaan. Setelah selesai barulah JPU tetapkan hari pemilihan untuk JK Bahagian. JPU kena tetapkan siapa yang boleh mengundi sama ada perwakilan dari setiap cawangan atau JK Cawangan yang dilantik.Disini perlukan penelitian.Cawangan akan berebut-rebut bayarkan yuran ahli nak maksimum jumlah perwakilan. Tapi kalau dicadangkan JK cawangan & pegawai yang mengundi, cantik juga. Semua cawangan sama jumlah pengundinya.

Itu cuma cadangan,namun yang x paham pindaan tentang hak ahli di bawah 6.3.4. Tak jelas nak dimansuhkan ke atau di tambah ke. Itu perlu penjelasan!

Anonymous said...

The Lyford Cay School serves as a community resource after international and Bahamian families. Lyford Cay Grammar offers a acme par Nursery past High Alma mater education. Through a multi-cultural habitat that promotes reason amongst diverse nationalities, students are provided with the opportunities and resources to ripen into cross-cultural learners and culpable citizens. Lyford Cay Clique is an competent, non-denominational, hour school. The coterie is a non-profit-making entity governed near a Game table of Directors.

http://tesygitubi.wordpress.com
http://isalul.wordpress.com/
http://ujojeby.wordpress.com/
http://emahycori.wordpress.com/