Nik Aziz kadangkala melakukan sesuatu yang mungkin menjadi pertanyaan kita semua. Dia adalah Menteri Besar Kelantan sejak pilihanraya tahun 1990. Kelantan hampir tumpas ke tangan BN di bawah UMNO pada pilihanraya tahun 2004. Namun, Nik Aziz menggunakan kelebihan beliau sebagai ulama untuk tetap menerajui Kelantan.
Taktik yang digunakan adalah dengan memperbesar-besarkan gambar beliau mengangkat tangan berdoa pada Allah. Ini dilakukan ketika pilihanraya ke-12 pada tahun lalu. Ini satu strategi untuk memenangi hati rakyat. Pemimpin kita juga berdoa selepas sembahyang tetapi tidak diwarwarkan kerana beribadat adalah di antara kita dan Ilahi bukan untuk dipertontonkan kepada umum.
Jelas, Nik Aziz memakai dua baju iaitu ulama dan umarak namun ini memberikan kesan yang amat negatif. Di Kelantan, PAS menang kerana kononnya imej Nik Aziz yang bersih sedangkan beliau menggunakan peranan sebagai ulamak ketika menjadi umarak! Fikir-fikirkanlah.
P/S: Ayuh Pemuda Seremban, maghi kita bantu di Manek Urai-demo mesti bantu calun UMNO BN kita Tuan Aziz. Awek Kelate come-come Abe......
Hidup UMNO! Hidup Melayu!
5 comments:
Nik Aziz ni patut dudk rumah jaga bini dan anak dia je
Nik Aziz takut Kelantan akan dimenangi oleh UMNO pada puilihanraya ke 13 kelak. Semalam, apabila Najib merasmikan perhimpunan Jemaah Tabligh di Nilai, ia merupakan tamaparan yang cukup hebat pada Nik Aziz.
Asalamualaikum... Allo sedaro.Jgn sodap mulut kau bercakap yo.Soal gmbr nik aziz berdoa pulak kau nak politikkan.Gmbr tu yg elok apo salah eh pulak.Gmbr Rosmah Puako beromen dgn artis bollywood tu elok bonar ko?Apo pasal kau x komen pulak?
Kau ni golongan Tabligh ko?kalau yo elok kau pogi masuk hutan kampung2 org asli dokek sabah/srwak tu berdakwah drpd brdkwah dgn org2 dkt semenanjung ni.dkt sano mubaligh2 kristian mmg ramai..lg bagus kalau mcm tu,tau tk?
kisah manik urai penyokong pas kurang ajar dengan org tua dan wanita,diaorg dok menkafirkan org2 UMNO(BN).Lagi 1 sapa pangkah PAS masuk syurga,pangkah BN masuk neraka.kalu org india atau cina pangkah pas diorg msuk syurga juga ke? Abis org2 arab yang xda parti PAS xmasuk syurga la? Jadi lu org ada otak, lu orang pikir la sendiri.
hahahah nik aziz dah sesat dah skang ni dok asyik mengkafirkn orang BN.Mcm org BN ni x tau agama.
Post a Comment