Sunday, September 13, 2009

KEPERIHATINAN PUTERI & PEMUDA SEREMBAN DAPAT PERHATIAN.....

Hari Jumaat masuk paper, hari Sabtu pun masuk paper. Semuanya melaporkan tentang program Jom Sahur Pergerakan Puteri UMNO dan Pergerakan Pemuda UMNO Seremban. Rupa-rupanya keperihatinan Puteri dan Pemuda UMNO Bahagian Seremban ini mendapat perhatian dari pihak media. Bukan nak mendabik dada dan bukan nak glamour tetapi objektif program ini adalah untuk mengetahui untung nasib serta kesusahan bangsa kita sendiri ..setelah 52 tahun merdeka. Lihat sahaja lah laporan akhbar kat bawah ni. Bolehkah tuan-tuan semua percaya anak-anak Melayu masih tidur dalam bangsal ayam akibat kemiskinan? Sanggupkah tuan-tuan buat tak tahu apabila ada anak-anak Melayu menderita akibat kemiskinan? Adakah tuan-tuan sekadar menjawab ..Ahh, itu tugas Kerajaan, itu tugas wakil rakyat?Sanggupkah kita pejam mata sambil mengatakan itu bukan hal aku?

Itulah persoalan-persoalan yang timbul di benak KERISMUDA sehingga secara tidak sedar air mata menitis melihat kedaifan bangsa sendiri. KERISMUDA percaya perasaan sebak itu juga dikongsi bersama oleh semua sukarelawan yang bersama pada malam itu dalam program Jom Sahur yang turut menyaksikan kedaifan saudara kita bangsa Melayu. KERISMUDA juga mendapati dilemma ini bukan baru tetapi sejak Dato Ishak menjadi wakil rakyat lagi namun tiada tindakan diambil.Cuma apabila ADUN bertukar, barulah dapat Mak Cik Kamsiah Abdul Rahman ( 71 tahun) ini bantuan JKM sebanyak RM 400 sebulan dan permohonan rumah PPRT diluluskan.Ini bukan KERISMUDA yang cakap tapi keluar dari mulut Makcik Kamsiah sendiri......

Mak Cik Kamsiah amat terharu dengan kedatangan rombongan Jom Sahur Puteri dan Pemuda dan merasa bangga dengan kehadiran pemimpin-pemimpin muda yang perihatin tentang penderitaan yang dihadapinya.

Memandang cerita Mak Cik Kamsiah ini barulah KERISMUDA insaf sebelum ini kepimpinan utama UMNO Bahagian Seremban telah gagal untuk memerhati serta memantau masalah-masalah bangsa sendiri terutama di Bahagian Seremban.Adakah nasib bangsa Melayu terbela dengan hanya program pertandingan bola sepak,takraw,Sikamat Run dan Pantai Walk atau Pertandingan Nyanyian Lagu Asli?Adakah nasib bangsa Melayu terbela apabila kepimpinan utama UMNO Bahagian gemar dan suka mengongkong apabila pergerakan sayap muda ingin berbakti kepada bangsanya sendiri. Sebelum ini semua program perlu dapat persetujuannya,tak kira program pemuda ke,puteri ke atau wanita. Tetapi apabila sayap Pergerakan muda yang dipimpin oleh Sdr Shahrul Ehsan dan Pn Wan Salwati mengorak perubahan barulah program seumpama ini dapat dilaksanakan dan barulah masalah-masalah bangsa Melayu yang selama ini dibuat tidak tahu oleh kepimpinan UMNO Bahagian terungkai!

KERISMUDA ucapkan syabas dan tahniah kepada pemimpin pergerakan muda UMNO Bahagian Seremban yang berani membuat perubahan demi untung nasib bangsa sendiri. Mungkin dengan paparan dalam akhbar ini dapat menjawab soalan seorang pencacai bangang berjawatan ketua cawangan dan AJK UMNO Bahagian yang suka merokok menggunakan filter.Pencacai bangang ini sudahlah tidak berilmu tetapi merasakan dirinya bijak. Dia boleh bertanya APA YANG PUTERI DAN PEMUDA SEREMBAN BUAT.?

Perlukah soalan ini dijawab apabila semua bukti sudah ada di depan mata ?


5 comments:

Anonymous said...

Mulanya ucapan tahniah kepada pemuda dan puteri seremban yg berani buat perubahan.

Rasanya tau sangat sape yang dimaksudkan oleh KERISMUDA tu. siapa lagi kalau bukan Sahak Malek ,pencacai bangang yang langsung x berilmu.

Pergi mampus sama Sahak Malek tu, Pemuda dan Puteri lakukan terus apa yang dilakukan kini

Syabas sekali lagi

Anonymous said...

Apo lah korang ni bulan puasa tak habib nak kutuk org,kalau kutuk org Pas tak apalah ni sesama UMNO patutlah UMNO Nak mampus sebab ada org macam korang ni.

Shahrul Ekhsan Hj Osman said...

Salam Ramadan para sahabat generasi muda sekalian...tahniah kepada seluaruh warga Pemuda dan Puteri yang terlibat dalam segala apa program yang telah dianjurkan cuma sekadar pandangan ikhlas dari kacamata saya pada perkara yang telah lalu biarkanlah berlalu dan kita semua mengoraklah langkah yang lebih bermanafaat untuk kita semua membantu nasib anak bangsa kita sendiri.

Ibarat dalm perlumbaan lari 400 meter, jangan bila kita telah hampir kegarisan penamat masih asyik melihat pelari dibelakang kita sahaja kerana khuatir akan tersanggul dan kita akan tersungkur sebelum kegarisan penamat tp sekadar menjeling cukuplah bagi menjadi pedoman dalam membuat pertimbangan dalam larian dan begitu jugalah perumpamaan dalam kehidupan yang sementara ini. Buatlah yang terbaik dan persetankan sindiran atau cemuhan kerana proses perjalanan kita dalam memartabatkan nasib anak bangsa amat jauh lagi dan berbagai rintangan serta cabaran dan liku2 yang harus kita tempuhi dalam perjuangan ini. Yang penting istiqamah dalam membuat sesuatu amanah insyaALLAH apa yang kita ingin lihat akan berjaya.

Syabas dan tahniah kepada semua warga muda Seremban yang terlibat dan kekalkan momentum serta tingkatkan gerakkerja atau nawaitu dalam berkhidmat untuk rakyat kerana kita tidak perlu menjadi wakil rakyat tp cukuplah sekadar individu yang ikhlas dalam menyumbang tenaga dan idea membantu kepimpinan yang sediaada, nescaya baraqahnya akan dapat dinikmati oleh semua. Syabas kepada Halim PSU serta seluruh warga Pemuda Seremban atas penyusunan kerja yang cemerlang bagi nengatur selia semua aktiviti2 Pemuda Bahagian Seremban selama ini.


Selamat menjalani ibadah puasa buat semua...

Anonymous said...

Asyik aktiviti DUN ye, aktiviti bhg tak dak ka?

Anonymous said...

kp bahagian tak dapat buat apa2,sebab nor rabun selalu tipu kp bahagian,