Wednesday, February 24, 2010

Hujung Minggu ni.. Jom Futsal, Jom Takraw!



Salam perjuangan kepada semua.
Pemuda UMNO Bahagian Seremban nak menjemput semua sahabat-sahabat dan para pembaca budiman untuk bersama dalam pertandingan FUTSAL merebut Piala MBNS. Pertandingan ini adalah anjuran bersama semua gerakan sayap muda BN iaitu MIC,PPP,MCA ,Gerakan dan UMNO Parlimen Seremban.
Sebanyak 126 pasukan FUTSAL bakal berentap merebut Piala tersebut. Perasmian pembukaan akan dirasmikan oleh YAB MBNS iaitu pada 27 hb dan perasmian penutup dan penyampaian hadiah akan dilaksanakan oleh Ketua Pemuda Malaysia Sdr Khairy Jamaluddin pada 28hb jam 6 ptg. Pertandingan akan diadakan di Kompleks Belia dan Sukan Paroi.

Hadiah cukup lumayan. Tempat Pertama RM 3000 Kedua RM 2000 dan Ketiga RM1000 hingga tempat ke lapan pun ada hadiah. Datang beramai-ramai! Jom FUTSAL kito!




Ok, kepada peminat Sukan Sepak Takraw pula, KERISMUDA juga nak maklumkan tentang suatu Pertandingan Takraw Belia Terbuka anjuran Persatuan Kelab-Kelab Belia Malaysia (MAYC) kawasan Seremban yang akan diadakan di Gelanggang Centre Court, Kompleks Sukan Stadium Paroi. Dengarnya sebanyak 50 pasukan akan berentap untuk merebut Piala Pusingan Pertandingan. Ada pasukan dari Kelantan, Selangor , Pahang, Melaka dan Johor akan turut sama beradu kekuatan dan nasib di pertandingan itu.

Pertandingan ini akan dirasmikan oleh YB Abd Samad Exco Pembangunan Modal Insan, Belia dan Sukan Negeri. Siapa yang nak tengok servis lempang dan servis kuda datanglah ke Centre Court pada 28-02-2010 bermula dari jam 8.30 pagi. Sejak Piala Isa dah tak di anjurkan dan dengarnya sejak Persatuan Sepak Takraw Negeri Sembilan dibubarkan tiada lagi pertandingan peringkat kebangsaan di adakan. Inilah yang paling dekat dengan peringkat kebangsaan. Peminat yang dahagakan aksi lipat melipat -Jom ke Centre Court kita!

6 comments:

Anonymous said...

mari kita lihat, sapa yang kena

pemuda seremban said...

tahniah kepado kp seremban kerana kejohanan futsal piala YAB DATO' SERI UTAMA MENTERI SEMBILAN.erm raso2 den lah kan sejak dari dulu lagi x ponah den tgk yg parti2 komponen bersama dengan umno bergandingan bahu untuk bersama2 menjayakan program yang meriah serta x lupo jugo pada kawan kp yang lain turut menjayakan program itu
sekali lagi tahniah

Anonymous said...

alhamdulillah...
semuanya berjaya baikfutsalatautakraw...
dua2 pnmeriah ditambahpuladgn autoshow...
tp nape tarikh leh same???
perancangan buat sendiri ke???
ini x sepatutnya berlaku....

bdk nilai said...

MB siap datang sorang2 lagi futsal walaupun dengar crita tak sihat. kawan bgtau dia siap sepak bola. tak ada gmbar ke?

Anonymous said...

tengok la sapa panggil

pemantau said...

sekalung tahniah kpd pemuda seremban dan belia mayc. perbykkan aktiviti utk org muda itu yg penting.