Thursday, August 20, 2009

Bersama Bapak Achmad (baju biru) di Hotel Grand Pavillion Kuala Lumpur.

Minggu lalu kebetulan semasa KERISMUDA bertugas di Kuala Lumpur, KERISMUDA berpeluang untuk bertemu dengan seorang tetamu dari Jakarta. Setelah berkenalan barulah KERISMUDA tahu bahawa tetamu dari Jakarta ini bukanlah sembarangan orang. Rupa-rupanya beliau adalah Ahli Dewan Perwakilan Rakyat (DPR) Parlimen Republik Indonesia (Ahli Parlimen Indonesia). Beliau juga adalah anggota Komisi VII: ENERGI SUMBER DAYA MINERAL,RISET DAN TEKNOLOGI,LINGKUNGAN HIDUP (Mengikut struktur pentadbiran di Indonesia, Komisi-Komisi ditubuhkan untuk membantu Kerajaan Indonesia meneliti,memantau dan memberikan cadangan tindakan kepada Kerajaan tentang isu permasalahan dan pembangunan dalam bidang berkaitan. Di Malaysia Komisi ini serupa dengan apa yang kita panggil Suruhanjaya).

Tuan Achmad atau lebih mesra dipanggil “ Bapak Achmad” datang ke Malaysia kerana menguruskan urusan kemasukan anaknya yang ingin menyambung pelajarannya di Institut Lim Kok Wing. Namun apa yang menarik dalam pertemuan dengannya selama 2 jam adalah pandangannya yang mendalam tentang politik di Asia Tenggara khususnya di Malaysia dan di Indonesia.

Dalam perbualan bersama dengan Bapak Achmad dapat dilihat bahawa Bapak Achmad ini amat arif tentang perkembangan politik di Malaysia. Dia turut menyentuh tentang Gerakan Mansuhkan ISA (GMI) dan mengatakan bahawa ada pihak yang sengaja mahu mengaitkan Kerajaan Malaysia ini sebagai kerajaan yang zalim kerana melaksanakan ISA.Menurutnya undang-undang seperti ISA adalah perlu demi untuk membendung kegiatan seperti kegiatan pengganas dan demi untuk menjaga keamanan di dalam negara.

Katanya, mengapa bisa dilihat kejadian pengeboman berlaku di Indonesia di kawasan yang dikunjung oleh wisata (pelancong) sedangkan di Kuala Lumpur juga wujud kawasan-kawasan sedemikian. Kalau di Malaysia mana-mana orang yang cuba beli bahan letupan, Pihak Polisi (Pihak Polis) akan segera mengetahuinya.Di Indonesia dahulu ada undang-undang seumpama ISA tetapi telah dimansuhkan atas nama demokrasi dan “human rights”. Sekarang kerana tiadanya undang-undang seumpama itu membisakan orang yang ektrimis seperti Noordin Mat Top , Azahari duduk bersembunyi di Indonesia.

Beliau juga menyatakan tidak terkejut apabila di Malaysia orang bukan Islam mempertikaikan hak orang Islam., rakyat mula biadap kepada Raja dan pemerintah. Menurut beliau Indonesia sudah mempunyai pengalaman sebegitu. Lihat sahaja tragedi di Ambon iaitu pergaduhan antara orang Islam dan Kristus. Begitu juga di Aceh. Beribu-ribu nyawa telah melayang kerana pergaduhan tersebut. Sekiranya dikaji semula dilihat ada usaha pihak luar yang cuba memporak peranda keadaan dalam negara yang aman . Pihak luar ini seharusnya menggunakan orang dalam negara sendiri untuk merealisasikan agendanya. Mereka gunakan slogan yang sama “Demokrasi”! “Human Rights”! dan berusaha membangkitkan kemarahan rakyat kepada pemerintah. Perkara inilah yang berlaku di Indonesia sehingga terjadinya kejatuhan kepimpinan Bapak Suharto.Sejak itu Indonesia sudah ada 5 orang Presiden dalam tempoh 15 tahun. Ini menunjukkan ketidakstabilan keadaan kepimpinan di Indonesia.

Kenapa berlaku sedemikian? Menurut Bapak Achmad, jawapannya amat mudah.Indonesia mempunyai orang Islam teramai di rantau ini. Kedua teramai berada di Malaysia. Pihak luar tidak mahu melihat orang Islam dapat menguasai rantau ini atau mana-mana rantau pun di dunia ini. Siapakah pihak ini? CIA, Yahudi ? Semuanya mungkin! Katanya bacalah kalam Allah SWT dalam surah Al Baqarah ayat 120!

KERISMUDA teringat cerita rakan-rakan yang pulang berkempen dari Manik Urai. Menurut mereka semasa berhenti minum di Kg Pahi, Manik Urai Kelantan, mereka melihat seorang kanak-kanak sekolah rendah sedang menconteng gambar Pak Lah dan gambar Duli Yang Maha Mulia YDPA. Apabila anak kecil ini ditanya mengapa dia berbuat begitu, jawabnya mudah: CIKGU YANG SURUH!


Gambar yang sempat dirakam dari buku sekolah kanak-kanak di Kg Pahi, Manik Urai, Kelantan

Disini dapat dilihat anak yang masih kecil telah diajar untuk membenci pemimpin negara dan Raja yang memerintah! Sesuatu yang TIDAK BOLEH DIMAAFKAN!! Adakah ini bibit-bibit permulaan seperti yang di alami oleh Indonesia?

KERISMUDA merasakan bahawa cabaran untuk mengekalkan kepimpinan Melayu yang berteraskan Islam di tanahair tercinta ini akan menjadi lebih berat! Adakah kita sebagai pemuda bersedia untuk menggalas cabaran ini? Fikir-fikirkanlah bersama!

Sunday, August 16, 2009

Program gotong royong Pemuda UMNO Kg Dusun Nyior

Kelihatan Ketua Pemuda Sdr Mohd Zaire (4 dari kiri),Ketua Belia Sdr Roshidi (kiri sekali) bergambar bersama penduduk kampung Kg Dusun Nyior


Suatu program gotong royong yang dianjurkan secara bersama oleh Pergerakan Pemuda UMNO Cawangan Kg Dusun Nyior, Persatuan Belia Kg Dusun Nyior dan penduduk Kg Dusun Nyior membersihkan tanah perkuburan di Kg Dusun Nyior, Ampangan, Seremban telah di adakan pada 16-08-2009.

Program gotong royong terebut terhasil dari muafakat bersama dan dilaksanakan bersama sempena menyambut bulan Ramadhan yang bakal menjelang.Program gotong royong tersebut bermula jam 8.00 pagi dan berakhir jam 12.00 tghari. Gotong-royong tersebut melibatkan kerja-kerja menebas lalang dan rumput rumpai dan membersihkan daun-daun kering di persekitaran tanah perkuburan tersebut.

Menurut Ketua Pergerakan Pemuda UMNO Cawangan Dusun Nyior Sdr Mohd Zaire bin Abdul Razak (41 tahun) program yang di adakan ini selain dari melakukan kerja amal, ianya dapat mengeratkan lagi persefahaman dan perhubungan antara penduduk kampung , belia dan pemuda UMNO sendiri. Beliau berharap program seumpama ini dapat dilaksanakan lagi di masa-masa yang akan datang.

Thursday, August 13, 2009

XPDC BELIA ,PEMUDA & PUTERI

Suatu program yang memaparkan sinergi belia pemuda dan puteri telah dapat direalisasikan pada 8 hingga 10 Ogos lalu apabila wakil-wakil dari Majlis Belia Negeri,Pergerakan Pemuda UMNO Seremban dan Pergerakan Puteri UMNO Seremban telah bersama-sama menyertai ekspedisi(XPDC) 1 Belia 1 Malaysia yang dianjurkan secara bersama dengan Jabatan Belia dan Sukan Negeri. XPDC yang telah melibatkan penyertaan seramai 70 orang ini dimulakan dari Kompleks Belia dan Sukan ke destinasi seperti Jasin, Batu Pahat , Kuantan dan akhirnya di Serting, Negeri Sembilan.

Pergerakan Pemuda UMNO Bahagian Seremban telah diberi penghormatan sebagai "hos"apabila delegasi XPDC tiba di Kuantan. Dengan sumbangan,i hksan serta sambutan ikhlas dari Ketua Pergerakan Pemuda UMNO Kuantan, Sdr Mohd Suffian Awang merangkap EXCO Pemuda UMNO Malaysia peranan sebagai hos telah dapat dilaksanakan dengan sempurnanya di Kuantan. Di Kuantan makan malam disumbang oleh Pejabat Menteri Besar Pahang yang mana telah diadakan di Annex Rest House Kuantan. Disana delegasi XPDC telah diraikan dan majlis dimeriahkan lagi dengan kehadiran Sdr Mohd Suffian Awang, Ketua Pergerakan Pemuda UMNO Bahagian Kuantan.




Delegasi Khusyuk mendengar taklimat




Barisan kenderaan yang terlibat dalam XPDC



Sdri Wan Salwati, Sdr Mohd Suffian dan Sdr Samsor Zainal bergambar sewaktu jamuan makan malam



Tuan Pengarah Belia turut menunjukkan skill nyanyian karaoke sewaktu majlis makan malam



Abang kat belakang tuh...! Suara Ketua Puteri Seremban OK ape! Tak yah le sampai tepuk dahi!



Pemimpin muda negara, Sdr Mohd Suffian yang mempunyai ketrampilan sendiri!


Delegasi XPDC bergambar kenangan bersama Sdr Mohd Suffian

Bagi pihak Pergerakan Pemuda UMNO Bahagian Seremban, KERISMUDA mengucapkan ribuan terima kasih dan penghargaan kepada YAB Menteri Besar Pahang atas sumbangan makan malam di Kuantan dan kepada Sdr Mohd Suffian Awang, Ketua Pergerakan Pemuda UMNO Kuantan merangkap ahli EXCO Pergerakan Pemuda UMNO Malaysia yang telah menjadikan persinggahan delegasi di Kuantan amat bermakna. Tidak lupa kepada Pengarah dan pasukan dari Jabatan Belia dan Sukan Negeri, Negeri Sembilan yang telah menganjurkan program ini dengan jayanya. Terima Kasih kepada semua yang terlibat!

Tuesday, August 11, 2009

Revolusi melemahkan kepimpinan Melayu?

Hari Sabtu yang lepas , KERISMUDA berpeluang berada di Institut Latihan Memperkasakan UMNO (ILMU) di Janda Baik, Pahang.Sewaktu itu penganjur kursus antara lain telah menjemput Dato' Seri Khir Toyo sebagai penceramah. Banyak isi ceramah yang menarik yang disampaikan oleh Dato' Seri. Memang terpancar karisma beliau , ye lah, mantan Menteri Besar le katakan.

Apa yang menarik di sampaikan oleh beliau adalah bagaimana usaha pihak pembangkang untuk mewujudkan situasi agar orang Melayu bencikan pemimpin Melayu sendiri. Walau baik mana pemimpin tersebut, namun ia tetap akan dibenci oleh rakyat. Ini juga adalah helah pembangkang untuk mengalihkan perhatian rakyat dari bersyukur kerana jasa yang ditaburkan oleh pemimpin Melayu kepada kebencian yang tidak bersempadan. Setiap tindakan pemimpin akan dikeji dan dinista dan ini adalah strategi pembangkang untuk meraih undi untuk Pilihanraya akan datang untuk menutup kegagalan mereka merealisasikan apa yang telah dijanjikan kepada rakyat.

Usaha pihak pembangkang ini dilakukan terang-terangan. Contohnya tidak lama dahulu anak Karpal Singh menuduh Dato' Sri Mohd Najib sebagai pembunuh Altantunya dalam Parlimen.Ini dibuat untuk mewujudkan kesangsian dan skandal terhadap pemimpin Melayu oleh pembangkang. Anak Karpal Singh sekali-kali tidak berani untuk mengulangi tuduhan tersebut diluar Parlimen (kerana beliau ada kekebalan dalam Parlimen).Kita sedar ada juga umat Melayu yang mempercayai kata-kata anak Karpal Singh ini kerana minda mereka telah di sumbat dengan kebencian kepada pemimpin bangsa sendiri,walaupun tiada bukti yang membuktikan tuduhan tersebut.

Usaha ini diteruskan dengan pelbagai kaedah. Terbaru dengan menganjurkan perhimpunan Gerakan Mansuhkan ISA (GMI). Dari 589 orang yang ditahan oleh pihak berkuasa sewaktu perhimpunan tersebut ,583 daripadanya adalah orang Melayu. Ada yang berusia baru 13 tahun ! Mereka ini di momokkan dengan slogan Kerajaan BN yang diterajui oleh orang Melayu adalah zalim! Mereka ini adalah bangsa Melayu....yang terpaksa menahan balingan batu dan sepak terajang mereka adalah pihak berkuasa yang majoritinya adalah orang Melayu! Di belakang mereka ini berdiri pemimpin-pemimpin pembangkang yang bukan Melayu menyeru orang Melayu membenci kepimpinan orang Melayu!

Di Rembau isu pengambilan tanah di Chembong oleh KTMB laluan keretapi berkembar telah dijadikan mainan politik untuk menyemaikan kebencian rakyat kepada kepimpinan Melayu di Negeri Sembilan. Kita faham kalau perkara ini dimainkan oleh pembangkang kerana itu memang kerja mereka tetapi yang tidak boleh diterima apabila Ketua UMNO Bahagian Seremban juga turut campur tangan dalam memainkan isu berkaitan dengan pengambilan tanah di Chembong. Apa perlu beliau turun ke sana? Beliau hanya Ketua Bahagian UMNO di Seremban dan Chembong bukanlah dalam kawasan dalam bahagian Seremban untuk beliau campur tangan?


Dato' Ishak bergambar bersama dengan ahli AMK,PKR di Chembong


Yang paling tak sedap didengar adalah apabila Ketua UMNO ini turun di Rembau , beliau bersama Cikgu Bad, Ketua AMK PKR Negeri pergi berjumpa orang kampung di Chembong. Turut dimaklumkan bahawa beliau di depan khalayak ramai dan ahli-ahli pembangkang mengatakan wakil rakyat BN Chembong dan Menteri Besar Negeri Sembilan tak tahu buat kerja. Aduh! Kenapa pemimpin UMNO sendiri mahu melemahkan kepimpinan Melayu di Negeri Sembilan?

Persidangan Perwakilan Bahagian Rembau baru-baru ini berlaku pertelagahan apabila ada perwakilan dari Cawangan Mampong Perigi Jernih secara biadap berteriak kepada Menteri Besar ( yang juga Ketua UMNO Bahagian Rembau) semasa beliau berucap merasmikan Mesyuarat Bahagian. Isu yang berkaitan adalah isu pengambilan tanah tersebut. Apa yang berlaku menunjukkan ahli UMNO sendiri sudah mula biadap dan membenci pemimpin mereka sendiri. Firasat KERISMUDA ini adalah kesan dari tindakan pemimpin UMNO sendiri yang mahu melemahkan kepimpinan UMNO sendiri.Sudahlah pembangkang dari setiap sudut cuba untuk mewujudkan kebencian rakyat kepada pemimpin UMNO tetapi apabila pemimpin UMNO sendiri juga turut bersama berusaha unuk mewujudkan kebencian tersebut, keadaan diihat sudah menjadi parah!

Atas dasar prinsip KERISMUDA dengan ini secara tegasnya membantah tindak-tanduk Ketua UMNO Bahagian Seremban dan akan melawan sebarang usaha untuk melemahkan kepimpinan Melayu di Negeri Sembilan!

PROGRAM AMAL JARIAH DI MANTIN

Ada orang berbunyi, Pergerakan Pemuda UMNO Bahagian Seremban ini sepi tanpa apa-apa program. Mungkin diaorang ni tak pernah baca blog pemuda atau tak tahu nak buka blog atau hanya berpandukan media konvensional tanpa sedar peranan media baru seperti blog, weblog dan sebagainya.

Pergerakan Pemuda UMNO Bahagian Seremban ingin mengucapkan ribuan terima kasih kepada akhbar Sinar Harian kerana sudi untuk menyiarkan catatan Program Pemuda Perihatin Pergerakan Pemuda UMNO Bahagian Seremban. Mungkin ini akan menjadi paparan kepada para insan yang hanya bergantung kepada media konvensional sebagai sumber maklumat.

Tahniah kepada Pergerakan Pemuda UMNO Seremban dan Pergerakan Pemuda UMNO Cawangan Mantin atas program tersebut yang dilaksanakan dengan jayanya pada 2-8-2009 di Kg Abdullah(Che Lah) Mantin Dalam, Nilai tempohari.

Thursday, August 6, 2009

TURUN PADANG LAWAT MANGSA KEBAKARAN




Pada 1-8-2009, berlaku suatu kebakaran yang telah memusnahkan sebuah rumah yang beralamat di lot 701, Kg Sg Machang Hilir, Lenggeng, Seremban.

Kejadian yang berlaku pada jam lebih kurang pukul 4.30 petang tersebut dipercayai berpunca dari litar pintas yang telah akhirnya mengakibatkan kebakaran yang memusnahkan seluruh rumah tersebut.

Pemilik rumah tersebut yang dikenali dengan nama Mak Cik Ani (58 tahun) berkata kejadian tersebut berlaku amat pantas. Dalam sekelip mata api menjadi marak dan terus memusnahkan rumah yang di diaminya sejak 20 tahun lalu. Pihak Bomba yang tiba di tempat kejadian tidak lama selepas itu bagaimanapun gagal menyelamatkan rumah tersebut kerana api telahpun marak membakar rumah tersebut.

Mak cik Ani yang tinggal sehelai sepinggang akibat kebakaran tersebut walaubagaimanapun bersyukur kerana dia dan 2 orang anak buahnya yang ada di rumah tersebut ketika kejadian itu terselamat dan tiada kemalangan jiwa yang berlaku.

Perlu dinyatakan di sini bahawa Mak Cik Ani adalah ibu kepada Sdr Zakaria Kamaruddin,penolong setiausaha Pemuda UMNO Cawangan Sg Machang Hilir yang sewaktu kejadian berada di Kuala Lumpur.

Wakil Pergerakan Pemuda UMNO Seremban Sdr Abdul Halim Lokman dan Sdr Abd Aziz Nordin telah berkesempatan menziarahi mangsa di rumah penempatan sementara dan telah berbincang dengan pihak mangsa tentang bentuk bantuan yang boleh disalurkan oleh Kerajaan kepada mangsa kebakaran tersebut. Dalam perbincangan tersebut Pergerakan Pemuda UMNO Seremban juga telah menghulurkan sedikit sumbangan berupa wang ringgit dan keperluan dapur kepada pihak mangsa.

Wakil Pergerakan Pemuda juga berkesempatan untuk melihat tempat kejadian dan mendapati keseluruhan rumah mangsa telah musnah akibat kebakaran tersebut. Pihak Pergerakan Pemuda akan memanjangkan kepada pihak yang berwajib agar bantuan ihsan bencana dan bantuan pembinaan rumah dapat di salurkan kepada pihak mangsa.

Diharap ahli pemuda yang ingin menghulurkan derma kepada keluarga Sdr Zakaria, bolehlah dibuat melalui Sdr Abdul Aziz Nordin yang boleh dihubungi di talian 013 255 1649

Monday, August 3, 2009

Tribute to Pendekar Bukit Sagu

Barisan..... Barisan Sediap! Kecuali budak botak belakang tu! Orang serius, dia boleh sengih-sengih lagi.... Sah anai-anai dalam kepala budak nih!




Melapor kekuatan. Kekuatan 9 orang, hadir 10 orang tuan !

Tak pe...tak pe kena latihan keras, tadi ada minta fasi untuk sediakan nasi lemak ayam sambal lebih dan burger ayam double! lepas ni boleh bedal!


Ya Allah berilah kami kekuatan untuk meneruskan latihan ini! Makhluk Tuhan paling *****!


Mungkin terlalu letih sampai salah seorang ahli kumpulan terpaksa pulang ke" alam barzakh"



Sesi lepas perasaan dan uji suara. Berdiri sebelah ketua, Sdr S jibeng Junior (43 tahun) (berkaca mata hitam)

Penghulu peserta yang luas pandangan, lebih 8 kilometer luasnya dari peserta lain.



Sdr Ketua menyampaikan amanatnya....

Peserta meraikan kejayaan menyempurnakan kursus. Hidup Pemuda UMNO Seremban!