Thursday, August 6, 2009

TURUN PADANG LAWAT MANGSA KEBAKARAN




Pada 1-8-2009, berlaku suatu kebakaran yang telah memusnahkan sebuah rumah yang beralamat di lot 701, Kg Sg Machang Hilir, Lenggeng, Seremban.

Kejadian yang berlaku pada jam lebih kurang pukul 4.30 petang tersebut dipercayai berpunca dari litar pintas yang telah akhirnya mengakibatkan kebakaran yang memusnahkan seluruh rumah tersebut.

Pemilik rumah tersebut yang dikenali dengan nama Mak Cik Ani (58 tahun) berkata kejadian tersebut berlaku amat pantas. Dalam sekelip mata api menjadi marak dan terus memusnahkan rumah yang di diaminya sejak 20 tahun lalu. Pihak Bomba yang tiba di tempat kejadian tidak lama selepas itu bagaimanapun gagal menyelamatkan rumah tersebut kerana api telahpun marak membakar rumah tersebut.

Mak cik Ani yang tinggal sehelai sepinggang akibat kebakaran tersebut walaubagaimanapun bersyukur kerana dia dan 2 orang anak buahnya yang ada di rumah tersebut ketika kejadian itu terselamat dan tiada kemalangan jiwa yang berlaku.

Perlu dinyatakan di sini bahawa Mak Cik Ani adalah ibu kepada Sdr Zakaria Kamaruddin,penolong setiausaha Pemuda UMNO Cawangan Sg Machang Hilir yang sewaktu kejadian berada di Kuala Lumpur.

Wakil Pergerakan Pemuda UMNO Seremban Sdr Abdul Halim Lokman dan Sdr Abd Aziz Nordin telah berkesempatan menziarahi mangsa di rumah penempatan sementara dan telah berbincang dengan pihak mangsa tentang bentuk bantuan yang boleh disalurkan oleh Kerajaan kepada mangsa kebakaran tersebut. Dalam perbincangan tersebut Pergerakan Pemuda UMNO Seremban juga telah menghulurkan sedikit sumbangan berupa wang ringgit dan keperluan dapur kepada pihak mangsa.

Wakil Pergerakan Pemuda juga berkesempatan untuk melihat tempat kejadian dan mendapati keseluruhan rumah mangsa telah musnah akibat kebakaran tersebut. Pihak Pergerakan Pemuda akan memanjangkan kepada pihak yang berwajib agar bantuan ihsan bencana dan bantuan pembinaan rumah dapat di salurkan kepada pihak mangsa.

Diharap ahli pemuda yang ingin menghulurkan derma kepada keluarga Sdr Zakaria, bolehlah dibuat melalui Sdr Abdul Aziz Nordin yang boleh dihubungi di talian 013 255 1649

0 comments: