Sunday, May 31, 2009

Berbaloi ke rm 200 juta?

Dulu PAS mainkan isu bahawa Taman Tamadun Islam di Pulau Wan Man,Kuala Terengganu ni projek membazir! RM 200 juta dibelanjakan untuk buat Taman Tamadun Islam dan Masjid Kristal dan orang-orang PAS kata patut beri peruntukan itu kepada orang miskin. Macam-macam lagi dikaitkan katanya Idris Jusoh (Menteri Besar Terengganu pada masa itu) dapat banyak keuntungan dari Projek ini dan sebagainya.

KERISMUDA tak pasti sama ada orang-orang PAS ni dah pergi ke Taman Tamadun Islam tu ke belum, sebelum keluar kata-kata macam ni.Kadang-kadang orang kita ni suka dengar cakap-cakap orang dan juga suka menambah cerita. Kadang-kadang cerita 10 sen boleh jadi RM 1.00 dek kepakaran orang kita menokok tambah cerita.

Kalau belum pergi, elok lah pergi. Mungkin setelah pergi mungkin kita boleh faham sama ada Taman Tamadun Islam ini projek membazir atau sebaliknya.

Taman Tamadun Islam(TTI) ini dibina di atas Pulau WanMan,Kuala Terengganu. Jalan ke sana perlu masuk ke jalan Kg Losong (terkenal dengan keropok Losong) dan projek ini telah menelan kos sebanyak RM 200 juta.

Apa yang ada di TTI ni ? Dalam TTI ini dikumpulkan replika monumen-monumen dari 21 negara yang melambangkan ketinggian senibina, budaya dan tamaddun Islam. Setiap monumen ada sejarahnya sendiri dan sejarah monumen-monumen ini telah di kaji dan di selidik dengan teliti agar fakta yang sahih dapat disampaikan kepada para pengunjung.



Replika menara Masjid Xian, China yang dibina oleh Laksamana Cheng Ho



Replika Masjid Negara Brunei DarusSalam. Mengikut faktanya, semua kubah-kubah di masjid ini disaluti dengan emas

Banyak fakta yang menarik boleh didapati dari monumen-monumen TTI. Barulah KERISMUDA tahu selain ibadah ISLAM juga turut menggalakkan kemajuan dari segi sains, teknologi,budaya yang mana adalah komponen penting dalam pembentukan tamadun sesuatu bangsa itui.Dari sinergi komponen-komponen ini monumen-monumen yang indah tersebut dapat dibina.

Walaupun di TTI hanya terbina replika-replika monumen,namun apa yang menarik adalah cerita serta fakta di sebalik pembinaan monumen-monumen tersebut serta kehalusan kerja, senibina dan ciri-ciri kebudayaan bangsa yang terserlah dari setiap monument tersebut.Ia juga turut menggambarkan tamadun bangsa yang berkembang dibawah kebesaran syiar Islam yang banyak mempengaruhi perkembangan budaya dan kehidupan bangsa tersebut.

Antara fakta yang menarik adalah berkenaan dengan Kubah As Sakhrah,Baitul Muqaddis,Palestin. Kubah ini dibina berdekatan dengan Masjidil Al Aqsa,kiblat awal umat Islam. Kubah ini di bina semasa pemerintahan Khalifah Bani Umaiyyah Abd Malik Ibni Marwan untuk melindungi batu pejal yang besar yang terapung 10 kaki dari muka bumi. Menurut sejarah batu ini adalah batu tempat berpijak Rasullullah SAW sebelum di naikkan ke langit semasa Israk Mikraj. Apabila Rasullulah SAW diangkat ke langit untuk menerima syariat ibadah sembahyang dari Allah SWT , batu ini turut mahu mengikut Rasullullah ke langit,namun atas perintah Allah SWT batu ini diperintahkan untuk tinggal dan tidak mengikut Rasullullah. Atas ketaatan batu itu kepada perintah Allah SWT, batu itu berhenti separuh jalan menyebabkan ia terapung 10 kaki dari muka bumi sehingga sekarang dan menjadi bukti nyata akan kekuasaan dan kebesaran Allah SWT. Namun bukti kebesaran dan kekuasaan Allah SWT ini terlalu besar untuk diterima manusia sehingga manusia yang melihatnya boleh menjadi gila dan ibu yang mengandung boleh keguguran apabila melihatnya. Oleh itu, Khalifah Abd Malik telah mengambil inisiatif untuk melindunginya bagi mengelakkan kemudaratan kepada manusia apabila melihatnya.Ketika orang Yahudi Israel menguasai Palestin mereka telah membina tiang dibawah batu tersebut dan cuba menyangkal fakta bahawa batu itu terapung dan mengatakan batu itu berada sedemikian kerana di sokong oleh tiang-tiang tersebut. Ini adalah antara agenda serta propaganda Yahudi untuk menyangkal kebenaran Rasullullah sebagai Rasul terakhir dan syariat ibadah sembahyang.


Replika kubah As Sakrah, Palestin

Ini adalah salah satu contoh kisah yang Kerajaan mahu tonjolkan supaya umat Islam di negara ini sedar tentang kebenaran dan agenda musuh untuk menidakkan kebenaran. Walaupun perkara ini berlaku berkurun lamanya namun perkara ini masih berlaku hingga sekarang. Walaupun kesahihan perkara tersebut telah jelas namun ada pihak di negara ini mahu menidakkan kebenaran. Kalau fakta sejarah menunjukkan bahawa UMNO berjuang mendapatkan kemerdekaan negara ini namun ada pihak menidakkan fakta ini dengan mengagung-agungkan komunis yang dikatakan sebagai pejuang kebebasan bagi negara ini.Ini dibuat untuk mengelirukan minda warga muda negara ini tentang siapa yang mendapatkan kemerdekaan negara ini. Sekiranya perkara ini tidak dibendung akhirnya generasi akan datang akan lupa siapakah yang telah berjasa memerdekakan negara ini. Begitu juga Gagasan 16 September yang dibawa oleh PKR dan pakatan pembangkang. Mereka mahu 16 September dianggap sebagai Hari Kebangsaan kerana tarikh tersebut adalah tarikh penubuhan Malaysia.Mereka tidak mahu lagi menerima tarikh 31 Ogos sebagai tarikh Hari Kebangsaan kerana tarikh tersebut terlalu sinonim dengan perjuangan UMNO dalam usaha mencapai kemerdekaan negara ini.Mereka mahu rakyat melupakan sumbangan UMNO dan mereka mahu melenyapkan sejarah perjuangan UMNO dari minda generasi muda negara ini.



Masjid Kristal,Pulau Wanman,Kuala Terengganu

Sekiranya anda berpeluang melawat TTI jangan lupa singgah bersolat di Masjid Kristal yang dibina dihujung kawasan TTI dan sebahagian dari masjid itu berada di atas air. Orang ramai memperkatakan buat apa bina masjid kalau tak boleh sembahyang Jumaat di sana?. Perlu dinyatakan bahawa masjid ini dibina bukannya untuk dijadikan masjid kariah tetapi dibina untuk memudahkan pelancong menunaikan solat waktu ketika berkunjung di TTI serta mempamerkan kemahiran dan teknologi arkitek dan jurutera tempatan. Lagipun kalau perasan, sudah ada masjid kariah yang dibina di kawasan berdekatan dan pembinaan Masjid Kristal ini bukan bertujuan lansung untuk mengambilalih fungsi masjid kariah yang berdekatan. Oleh itu tak perlu jadikan isu kenapa solat Jumaat tidak di buat di Masjid Kristal berkenaan.

Kalau ada ruang dan peluang, berkunjunglah ke sana! Faham dan hayatilah bahawa agama Islam tidak menghalang pembangunan dan perkembangan sains dan teknologi. Ketahuilah bahawa Islam meggalakkan perkembangan budaya dan tamadun DAN BUKAN kemunduran!

0 comments: