Keputusan kepimpinan BN untuk tidak meletakkan calon untuk PRK Dun Penanti sekaligus membuat keputusan untuk tidak bertanding telah menarik reaksi dari pelbagai pihak.
Beberapa pandangan dari beberapa pemimpin BN:
" Kita ada asas-asas yang kukuh dan sebab musabab kenapa buat begitu"
TS Muhyiddin Yassin*
" Imej BN tidak akan terjejas tetapi akan lebih terjejas jika perkhidmatan kepada rakyat dan negara ini tidak dapat dilaksanakan dengan berkesan.....Kita tidak berupaya memberikan tumpuan kepada pengurusan dan pentadbiran kerajaan jika lebih banyak tertumpu menghadapi pilihanraya kecil"
DS Mohd Shafie Afdal*
" Kita tak perlu bertanding, ini agenda pembangkang,ini protes kita terhadap pembangkang yang hanya memainkan sistem demokrasi dengan cara mengadakan pilihanraya"
YB Khairy Jamaluddin*
" Kita dah dengar ungkapan serial rapist,serial killer dan kita tak mahu ada serial by-election pula kerana pilihanraya bukan permainan"
DS Sharizat Abdul Jalil*
" Kita tidak boleh terima cara mereka. setiap wakil rakyat harus kerja keras bukannya berhenti separuh jalan apabila ada masalah dalaman parti,lebih baik kita tumpu kepada pembangunan rakyat di Penanti"
DSU Mohamad Hj Hasan*
* di petik dari akhbar Utusan Malaysia 20-5-2009
namun ahli-ahli di akar umbi mempunyai pendapat yang berbeza:
Seorang Ketua Cawangan yang sempat diambil pandangan mengatakan adalah telah menjadi tradisi kepada BN untuk meletakkan calon sewaktu PRK kerana prinsip BN untuk membela untung nasib rakyat. Dahulu PRK di salah satu DUN di Pahang apabila pembangkang tidak bertanding,kita kata pembangkang penakut lah, bukan menjaga kepentingan rakyat la. Sekarang kena batang hidung kita sendiri!
Seorang ketua pemuda cawangan pula mengatakan sistem demokrasi memang macam tu. Bila Speaker Dewan dah isytihar kerusi DUN tu kosong dan bila dah dibagi tau kepada SPR kena ada Pilihanraya sama ada kita suka atau tidak dan waima apa jua sebab pengosongannya. BN sepatutnya bertanding dan di situ kita dapat lihat sama ada sokongan orang Melayu kepada BN bertambah atau sebaliknya bila DS Mohd Najib mengambilalih kepimpinan negara.Kita tak boleh bagi kemenangan"walk over" kepada mereka. Lawan tetap lawan!
Kepada individu yang pro pembangkang pula pandangannya mudah- BN Bacul,takut kalah!
Seharusnya kita lihat perkara dari pelbagai perspektif. Apakah BN benar bacul?
Dari segi undang-undang dan sistem demokrasi yang diamalkan tiada apa-apa kewajipan atau mandatori bagi BN untuk bertanding.Tiada apa-apa pun peruntukan dalam Perlembagaan yang mewajibkan BN bertanding. Oleh itu dari perspektif undang-undang BN adalah berhak untuk buat keputusan untuk tidak bertanding.
Namun bak kata seorang Tok Batin Kelantan yang kini menetap di Rasah Jaya " Eventhough it is legally correct yet morally it may be wrong"
Adakah keputusan BN untuk tidak bertanding menjejaskan reputasinya dari segi moral? Adakah moralnya BN takut kalah kerana Penanti adalah kampung Brader Anwar Bin Ibrahim dan semestinya kubu kuat PKR?Adakah secara moralnya BN melihat sekiranya BN menang bertanding ia tak akan mengubah fakta kekuasaan pembangkang di Pulau Pinang. Maka dari banyak mengeluarkan belanja baik jangan bertanding. Lagipun lagi 2 atau 3 tahun Pilihanraya Umum akan menjelang semula. Buat apa bertanding?
Mungkin di atas adalah sebahagian dari persoalan yang timbul apabila cuba melihat perkara ini dari perspektif moral. Perbahasan dari segi moral tidak ada penghujungnya kerana perbahasan begini melibatkan pandangan. Malaysia mempunyai 22 juta penduduk maka 22 juta pandangan mungkin boleh diberikan.
Yang penting apa jua keputusan PRK Penanti tidak akan menjejaskan kepimpinan negara yang ada sekarang.Kerajaan harus memfokuskan kepada agenda pembangunan dan kesejahteraan rakyat. lebih-lebih lagi dalam situasi ekonomi dunia yang tidak menentu dan dan dalam keadaan wabak penyakit rentas sempadan yang melanda.
Gembira melihat usaha kerajaan untuk menyelaraskan harga barangan di kawasan bandar dan pendalaman. Bayangkan di kawasan pendalaman Sabah harga minyak masak sampai RM40.00 sebotol dan gas memasak hampir RM70.00 setong.Perkara ini lebih penting diperjuangkan dari hanya nak rakyat keluar mengundi akibat parti ada masalah dalaman.
Kata mereka, BN Bacul! Kata kita, Pedulilah! kita ada agenda yang lebih penting nak buat!
0 comments:
Post a Comment