Thursday, May 7, 2009

Konsep 1 Malaysia ? Apa makna konsep ini kepada anak muda Melayu seperti aku…

Baru-baru ini, Perdana Menteri Datuk Seri Najib ada mengumumkan satu konsep “ Satu Malaysia” dan katanya konsep ini seharusnya difahami dan dihayati agar dapat membangkitkan rasa cintakan negara dalam hati semua rakyat Malaysia yang mendiami negara ini.

Aku tanya Atuk aku tentang konsep Satu Malaysia ini sebab dia dah lama dalam UMNO. Menung jugak dia. Bila dia bersuara , dia kata takut kalau konsep Satu Malaysia ni sama macam konsep yang dibawa oleh Lee Kuan Yew (mantan PM Singapura) iaitu “Malaysian Malaysia”. Kata Atuk aku lagi konsep Malaysian Malaysia ni mahukan hak sama rata diberikan kepada semua kaum. Konsep ini terang-terang menolak keistimewaan orang Melayu kerana katanya ia adalah suatu diskriminasi kepada kaum lain di Malaysia.Bila Singapura keluar Malaysia ,konsep ini dijuarai pula oleh DAP. Tengok ,bila DAP tawan Pulau Pinang , Ketua Menterinya buat dasar tolak perlaksanaan DEB dan kononnya dia ambil prinsip merit dan samarata. Hakikatnya dia nak pinggirkan orang Melayu ! keluh Atuk aku.

Dalam hati aku berkata,Tak kan PM nak buat macam tu pulak! Tak kan nak bagi “mileage” pada DAP pulak !

Untuk orang Melayu muda macam aku susah nak hayati konsep ini. Keliling aku orang Melayu. Kebanyakan percampuran aku dengan orang Melayu. Mungkin ke aku lebih faham kalau aku kawan dengan orang Cina atau India ke?

Masa sekolah rendah orang Cina dan India hantar anak diaorang di SJKC dan SJKT. Sekolah Kebangsaan yang macam aku pergi diaorang kurang minat nak pergi. Masa waktu sekolah menengah ramai diaorang ini pergi sekolah bekas sekolah Mubaligh macam Anglo Chinese ke St Paul ke. Kerajaan buat sekolah Wawasan pun kaum lain tentang, tak setuju. Dalam keadaan macam ini aku sering tertanya bila baca suratkhabar bila kaum lain tuntut hak sama rata macam HINDRAF . Orang Cina pun sering tuntut itu dan ini. Kawan aku pergi kempen PRK Bukit Gantang aritu kata Orang Cina nak hakmilik tanah 999 tahun atas alasan mereka juga bangsa Malaysia dan mereka menyumbang untuk Malaysia. Kalau begitu tuntutan mereka, kenapa mereka tak mahu sokong dasar Kerajaan seperti sekolah aliran kebangsaan atau konsep sekolah Wawasan kalau benar mereka kata mereka nak sama rata atau mahu gelar diri mereka ini Satu Malaysia?

Secara kebetulan satu malam aku duduk minum dengan kenalan aku. Dalam asyik berborak timbul cerita pasal Satu Malaysia ni.Kenalan aku cakap Konsep Satu Malaysia ni dah ada lama dah. Pada pandangan dia apa yang PM bawak ini satu PENEGASAN dan PENGHAYATAN MENDALAM prinsip Rukun Negara yang Allahyarham Ayahanda PM lancarkan dahulu. “Cuba ingat balik prinsip Rukun Negara”, katanya pada aku. Aku cuba ingat balik dan cakap satu persatu ;

KEPERCAYAAN KEPADA TUHAN
KESETIAAN KEPADA RAJA DAN NEGARA
KELUHURAN PERLEMBAGAAN
KEDAULATAN UNDANG-UNDANG
KESOPANAN DAN KESUSILAAN.

Seterusnya kenalan aku tu berkata prinsip Rukun Negara ini adalah idealogi Negara. Setiap warganegara tidak kira Melayu ke, Cina ke atau India ke harus menghayati prinsip ini selagi mereka memanggil diri mereka warganegara Malaysia.

Contohnya, orang Melayu pegang kepada Perlembagaan yang sama, Orang Cina pegang Perlembagaan yang sama dan orang India pun pegang Perlembagaan yang sama. Kesemua perkara yang dimaktubkan dalam Perlembagaan itu harus kita pegang dan junjungi. Islam adalah Agama Persekutuan itu harus dipegang dan dijunjungi oleh semua orang. Bila dah dijunjungi tak perlu nak adakan Inter Faith Council atas dasar hak kebebasan beragama.Tak perlu nak timbulkan isu azan yang berkumandang. Tak perlu pertikaikan kenapa peruntukan diberikan kepada masjid-masjid dan kenapa tidak diberikan kepada kuil-kuil. Apabila Perlembagaan dijunjungi, tidak perlu pertikaikan perezaban kuota untuk orang Melayu. Tak perlu nak pertikaikan biasiswa untuk pelajar Melayu, tak perlu hairan kenapa orang Melayu duduk dalam Jabatan Kerajaan dan tak perlu pertikaikan kenapa orang Melayu dapat bantuan MARA, TEKUN dan sebagainya.

Sekarang aku boleh faham konsep Satu Malaysia yang dibawa oleh PM kita. Masalah timbul apabila orang tak faham Perlembagaan dan Prinsip Rukun Negara atau kadang-kadang dah faham tapi saja buat tak faham. Aku harap semua orang muda macam aku kat Malaysia ni perlu faham dan hayati Perlembagaan dan Prinsip Rukun Negara yang ada di negara ini.

Kenalan aku tu bayar minum dan makan kami malam tu. Agaknya dia gembira dapat “sekolahkan” aku. Aku sendiri pun reda "disekolahkan” olehnya. Kalau tak mungkin aku sampai sekarang menjadi sebahagian besar pengundi muda yang tidak faham tentang negara sendiri.

1 comments:

mika_mika said...

salam......
konsep 1 Malaysia?
apa maknanyer...menarik tajuk post awk...
juz wanna shre..bg sy , 1 malaysia hanyalah 1 ideologi baru yg dibawa oleh PM kita.x ubah seperti Pak Lah dengan Islam Hadharinya. kita lihat sekarang, ad lg k yg menyebut mengenai islam hadhari setelah perubahan pucuk pimpinan????
apabila naiknya seorng PM,akan wujudlah satu pendekatan yg kononnya memberi kesenangan kepada rakyat. saya x nafikan, sy tertarik dgn ideologi 1 Malaysia. namun, sy berfikir, apakah ideologi ini adalan satu mainan politk atau sekadar ideologi semata ataupon sememangnya untuk negara dan rakyat???