Pergerakan Pemuda UMNO Bahagian Seremban melalui Biro Aduan,Khidmat Rundingan dan Pembelaan Masyarakat meneruskan penglibatan pergerakan tersebut dalam Program Amal Jariah Kerajaan BN yang mana Kerajaan telah menyediakan peruntukan untuk membaikpulih dan menyelenggara rumah penduduk-penduduk yang telah usang dan yang berpendapatan rendah.
Pengerusi Biro ,Sdr Abdul Halim yang juga merangkap Pen Setiausaha Pergerakan Pemuda UMNO Bahagian Seremban telah mengunjungi rumah penduduk-penduduk di Kg Ismail ,Ampangan untuk melihat hasil kerja baikpulih tersebut disamping menyampaikan cenderahati dari Pergerakan Pemuda UMNO Bahagian Seremban berupa jam dinding yang berlogo UMNO kepada penduduk tersebut.
Pengerusi Biro ,Sdr Abdul Halim yang juga merangkap Pen Setiausaha Pergerakan Pemuda UMNO Bahagian Seremban telah mengunjungi rumah penduduk-penduduk di Kg Ismail ,Ampangan untuk melihat hasil kerja baikpulih tersebut disamping menyampaikan cenderahati dari Pergerakan Pemuda UMNO Bahagian Seremban berupa jam dinding yang berlogo UMNO kepada penduduk tersebut.
Penyampaian cenderahati kepada Mak Cik Jariah,penerima bantuan Projek Amal BN. Penyampaian cenderahati Pergerakan Pemuda UMNO Bahagian Seremban berupa jam dinding berlogo logo UMNO disampaikan oleh Pen Setiausaha Pemuda UMNO Bahagian Seremban
Senyum terukir dibibir Mak Cik Hasnah, penerima bantuan Program Amal BN
Dalam rangka kunjungan yang diketuai oleh Pengerusi Biro tersebut, Pengerusi Biro juga telah berkesempatan bertemu dengan beberapa orang penduduk di sekitar Kg Ismail. Dalam kesempatan itu Sdr Pengerusi Biro juga telah menerangkan kepada penduduk tersebut tentang bantuan di bawah Program Pembasmian Kemiskinan Bandar serta cara-cara bagi memohon bantuan tersebut. Program Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan ini mengandungi beberapa komponen bantuan dalam bantuan ini diberi dalam usaha untuk membasmi kemiskinan dalam bandar.Program ini telah bermula sejak tahun 2006 dan penglibatan Pergerakan Pemuda dalam menjayakan program Kerajaan BN ini adalah didorong oleh niat dan keazaman Ketua Pergerakan Pemuda UMNO Bahagian Seremban sendiri iaitu Sdr Shahrul Ekhsan yang mahu melihat pemuda turun padang bagi melihat,mendengar masalah rakyat serta bertindak untuk kebajikan dan maslahah rakyat .Ini adalah satu lagi komitment Pergerakan Pemuda UMNO Bahagian Seremban dalam usaha membela untung nasib rakyat serta golongan yang memerlukan.
3 comments:
Aaa elok gak aku tengok pemuda bahagian Seremban ni. Buat amal dan bela rakyat dan gunakan program Kerajaan BN ni sebaiknya. Bukan macam Dato Sahak yang bongok tu! Pergi Kg Ismail lawat orang bukan nak bagitau Kerajaan BN ni ok tapi dia kutuk pulak Pusat khidmat BN dan MB! Ketua Bhg UMNO pulak tu yang bantai BN balik!Walaupun dan berpuluh tahun pengalaman tapi masih lagi pikir jumud. Harap pemuda UMNO Sban teruskan apa yang diorang buat. Barulah masyarakat mahu terima UMNO atau BN semula!
orghang tuo tu dah tak releven pada zaman ini dan banyak meracau. lupakan dio dan maju kedepan pemudo seromban. cam tulah baru rakyat nak tengok, ni tak asyik koba orghang salah tapi apo tindakan kito sendiri? syabas pado pemudo baru ni.
hari nie masuk paper berita harian..
sahak botak prihatin kek penduduk pantai.Kiro eh dio yang dapat kan bantuan PPRT untuk penduduk pantai.Ado 21 buah rumah perlu dibaiki..hehehe...
nampak bonar maso dio jadi wakil rakyat xponah turun padang.Yolah sibuk dek hontam kepimpinan negeri jo.mano ado maso nak turun padang.bilo da tak jadi wakil rakyat baru nak turun padang belo nasib rakyat.Sudah-sudah la tu tok.da macam orang gilo talak jo nmpk eh..Yang ditunjuk lain yang dipandang lain..Ado jawatan xdo kuaso xguno jugak..Publisiti murahan la.nak poie tgk umah atap tercabut pun nak panggil wartawan..Pemudo Seremban da siap repair rumah-rumah yang rosak xdo pun panggil wartawan.Tu baru dipanggil pembela nasib rakyat.Ikhlas,telus dan jujur.-celik
Post a Comment